Halaman

Isnin, 7 November 2016

Tajuk berita sampah menghasilkan pembaca sampah

Nora Danish, seorang pelakon wanita tempatan yang pernah aku minati suatu ketika dulu kerana wataknya dalam drama Puteri dengan taglinenya "Kita enjoy!", namanya kini tiba-tiba hangat dikecam netizen kerana dikatakan mahu minta artis diberi pelepasan cukai kerana banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri dalam satu temubualnya bersama akhbar Utusan Malaysia. Walaubagaimanapun dia mendakwa penyampaiannya telah diputar belit.


Aku pun bila baca headline berita dan artikel yang bersepah-sepah kat Internet pun rasa nak join bandwagon kecam jugak, tapi sebab nak berlaku adil, aku cuba baca kenyataan penuh dia dan bandingkan dengan berita yang ditulis di Internet.

Berikut adalah petikan penuh sebahagian temubual Nora bersama akhbar Utusan berhubung isu cukai yang kini mengundang kontroversi:
Soalan: Sebagai antara artis yang berjaya dalam bidang lakonan dan perniagaan, ketika ini juga ramai artis sedang “dikejar” oleh LHDN, Nora bukan salah seorang daripadanya?

Nora: Macam saya cakap, dikejar itu tidaklah. Sebab saya membayar cukai pada waktu yang sudah ditetapkan. Bagi saya jumlah yang perlu dibayar tidaklah terlalu mengejutkan.

Ini memandangkan saya sudah membayar sejak dari awal, setiap tahun, jadi ia masih dalam jumlah yang okay sebab tiada tunggakan.

Soalan: Ada juga artis yang lari daripada cukai ya, bagaimana Nora melihat isu ini?

Nora: Bagi saya sebagai rakyat Malaysia memang ini adalah tanggungjawab kita. Cuma apa yang saya harap ada sedikit pelepasan buat selebriti macam kami ini. Bukan apa, dalam waktu sekarang kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri.

Jadi, ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja bagi kami. Kalau boleh pihak LHDN pertimbangkan hal-hal sebegitu, ia akan lebih baik buat kami para artis dan selebriti lain yang amat bergantung kepada penampilan dan personaliti diri apabila muncul berhadapan dengan khalayak.
Sumber Utusan Malaysia.

Ok, sekarang baca pula tajuk atau headline yang digunakan oleh pelbagai portal berita/media online:

Melihat kepada beberapa tajuk yang digunakan ini, kesimpulan aku, ya kenyataan Nora Danish diputar belit. Aku bukanlah nak pertahankan Nora Danish sebab aku pernah minat dia masa zaman budak2 dulu ke apa, tapi sebab aku rasa, kita netizen perlu berhentilah dari kecam orang kerana salah faham, tanpa sebarang usul periksa. Korang pandai-pandai je cakap dia tak nak bayar cukai, minta artis dikecualikan dari bayar cukai, tak patut bayar cukai, tak nak kena cukai, macam-macam. Apa punya sampah la tajuk berita.

Aku faham orang kita memang jenis suka baca tajuk tanpa baca artikel penuh lepas tu terus buat kesimpulan dan andaian sendiri, tapi portal berita/media online ni pun agak-agaklah nak letak tajuk clickbait pun sampai tak pasal-pasal cetuskan fitnah. Takkan tak tahu lagi perangai orang Malaysia macam mana. Baru baca headline terus label bimbo lah bodoh lah tak berpelajaran lah takde otak lah takde sumbangan pada negara lah dan sebagainya. Siap ada yang bagi komen Nora Danish tak nak bayar GST. Suka hati korang je buat assumption sendiri lepas tu kecam orang berdasarkan assumption korang sendiri.


Dengan ini terbuktilah tajuk berita yang sampah menghasilkan pembaca sampah. Atau sebenarnya korang-korang ni tak layak pun digelar pembaca sebab korang tak baca pun isi kandungan artikel betul-betul tapi baca tajuk je, so gelaran pembaca tajuk sampah mungkin lebih sesuai.

Pertama sekali, dalam kenyataan Nora Danish tu dia cakap, "cuma apa yang saya harap ada sedikit pelepasan buat selebriti macam kami ini". Kata kunci dia, sedikit pelepasan.

Korang tahu tak pelepasan cukai tu apa? Yang menulis berita, yang membaca, korang tahu tak apa maksudnya pelepasan cukai?

Pelepasan cukai tu bukan bermaksud orang tu tak payah bayar cukai atau dikecualikan daripada membayar cukai langsung, tapi ia adalah jumlah pendapatan tertentu yang tidak perlu dikenakan cukai ke atasnya atas sebab-sebab tertentu seperti contoh senarai pelepasan cukai bagi tahun 2016 berikut:

Senarai penuh di sini.

Secara ringkas dia macam inilah. Katakan gaji tahunan korang RM50,000.

Sepatutnya cukai pendapatan korang dikenakan pada RM50,000 tu, tapi korang diberi pelepasan cukai terhadap perkara-perkara yang korang layak seperti dalam senarai tu. Anda masih bujang atau dah kahwin, ada tanggungan, belanja rawatan perubatan ibu bapa, ada sakit kronik, sambung belajar, beli buku, komputer, menyimpan dalam tabung pendidikan anak, beli peralatan sukan, beli insurans nyawa dan sebagainya, semua anda boleh klaim untuk pelepasan cukai.

Maka daripada jumlah RM50,000 tu, lepas tolak semua pelepasan cukai yang korang layak tu, mungkin hanya RM30,000 sahaja daripada pendapatan anda yang akan dikenakan cukai. Malah bagi mereka yang berpendapatan tahunan bawah RM25,000, mereka tidak perlu bayar cukai pendapatan.
Adakah saya layak dikenakan cukai

Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

Rujukan Laman Web Rasmi Hasil (LHDN).

Maka siapa yang biasa bayar cukai pendapatan dan isi borang e-Filing LHDN setiap tahun mesti dah tahu apa maksud Nora Danish ni. Dia mahu sedikit pelepasan cukai, bukan minta selebriti tak payah bayar cukai langsung. Mungkin sedikit pelepasan cukai pada belanja pembelian alat penjagaan diri untuk menjaga penampilan diri, seperti mana pelepasan cukai pada belanja pembelian alat sukan, komputer, buku, majalah dan sebagainya.

Dan biasanya pelepasan cukai ini dibuat bukan pada status seseorang, atau jenis pekerjaan, tapi pada perbelanjaan. Kalau LHDN bagi pelepasan cukai untuk alat penjagaan diri, bukan artis atau selebriti sahaja layak tapi semua orang pun layak. So lepas ni kalau kau beli make-up, deodorant, bedak, gincu, celak dan sebagainya, kau orang biasa pun boleh klaim untuk pelepasan cukai, siapa tak nak? Tak pasal-pasal kau pun dapat tempiasnya.

Katakan kalau had maksimum dia RM1,000, selebriti mungkin dapat klaim pelepasan cukai sampai jumlah maksimum RM1,000 tu, tapi kita mungkin dapat klaim seratus dua je sebab kita tak banyak berbelanja untuk alat penjagaan diri melainkan penjagaan diri kau pun dah macam artis. Kalau kau nak dapat banyak lagi pelepasan, kau belilah buku dan majalah banyak-banyak, tapi resit jangan lupa simpan.

Malah aku rasa siapa-siapa pun berhak suarakan permintaan mereka untuk pelepasan cukai. Kau penulis buku, kau minta dinaikkan jumlah pelepasan cukai untuk pembelian buku. Kau suka bersukan, kau minta dinaikkan jumlah pelepasan cukai untuk pembelian alat sukan. Kau suka main Internet, kau minta pelepasan cukai untuk langganan Internet. Kau suka dengar muzik, kau minta pelepasan cukai untuk pembelian album muzik. Setiap orang ada permintaan sendiri berdasarkan persekitaran dia, dan dia itu seorang artis, memanglah permintaan dia berdasarkan persekitaran kehidupan dia.

Maka apa yang salah dengan selebriti minta pelepasan cukai untuk pembelian alat penjagaan diri untuk menjaga penampilan diri? Mereka tak salah tapi yang salah orang yang tulis berita dan artikel putar belit kenyataan dia dan orang-orang yang suka hina orang tak pasal-pasal sebab dia sendiri yang salah faham atau tak tahu maksud pelepasan cukai. Cakap orang takde otak bagai tapi sendiri percaya putar belit berita.

Tak salah nak mengkritik, tapi bahaskan pada kenyataan yang dia benar-benar maksudkan, bukan kecaman pada kenyataan dia yang disalahtafsir, yang korang sendiri pandai-pandai buat andaian.

Dan andai lepas ni pelepasan cukai untuk pembelian alat penjagaan diri benar-benar menjadi kenyataan, yang kutuk dan hina Nora Danish tak tentu pasal tu melutut la minta maaf dan berterima kasih kat dia.

[KEMASKINI]

Ya, potongan cukai “penampilan diri” untuk penggiat seni sudah diberikan selama ini, jelas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kerajaan memberikan potongan bagi bayaran jurusolek dan sewaan pakaian, selain beberapa kos lain seperti pengurusan artis dan pengiklanan, kata seorang jurucakapnya.

Kos perjalanan seperti petrol, tol dan caj parkir juga boleh dimohon untuk dikecualikan cukai, kata pegawai perhubungan awam LHDN Masrun Maslim kepada ProjekMMO hari ini.

“Untuk perbelanjaan jenis ini, tiada peruntukan atau amaun tertentu yang ditetapkan. Ia terpulang kepada perbelanjaan sebenar seseorang artis tersebut dalam menjalankan profesion mereka,” katanya.

“Setiap tahun mereka kena hantar Borang B. Jadi mereka boleh tuntut belanja operasi setiap tahun.

“Mereka perlu simpan semua dokumen sokongan seperti invois [termasuk, pembelian alat solek] baucer bayaran jurusolek dan pengurus artis, resit pembelian dan lain-lain.”

Baca sepenuhnya di TheMalayMailOnline.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: nora danish pelepasan cukai pengecualian artis selebriti belanja banyak penampilan penjagaan diri personaliti putar belit

11 ulasan:

  1. Balasan
    1. PrOoTt💨💨...arghh lega baq hang

      Sekarang nii dlm tk sedarr kita semua byr cukaii melalui gst..nasib baiik udara yg kita sedut takde cukaii..🚭

      Padam
  2. OK. Ini artikel membina. Selamat dari jadi pembaca sampah. Terima kasih, info yang terbaik.

    BalasPadam
  3. Itu sebab bangsa melayu terus layu...baca tajuk saja... sama juga bila belajar tengok buku tebal dan dalam B.I dah anggap perkara tu susah....bila kerja nak senang tapi gaji nak tinggi
    -jejaka kacak-

    BalasPadam
  4. Owh nora i lurve you. Your photo is my Fap fap fap fap fap in toilet... creettT ahh oh yeah.

    -sirosli lurve nora@tumblr-

    BalasPadam
  5. Org kita jenis pemalas nak buat homework:

    1. Baca status kat FB, x baca pun link diberi utk berita penuh tp terus komen bantai habis.

    2. Selektif utk komen, kalau isu yg perkaitan politik mesti memilih. Kalau parti A rasuah, dia jwb parti ni xleh pakai, jom tukar. Kalau isu yg sama tp yg kena Parti B, dia ckp parti A rasuah lg serius n besar..tu pun nak tangkap

    3. Pasal kes nora ni, salah org yg menulis artikel...isi utama lain, tp tajuk berita dipusing2 supaya nampak sensasi n rating tinggi. Ala2 harian metro punya stail..x tepat n tajuk dia x melambangkan isi yg disampaikan.

    BalasPadam
  6. Spesis meleis bodo matematik, lu nak explain apa lagi noob? Pada gua, kalo gagal matematik, mmg gagal dlm hidup serba serbi.

    BalasPadam
  7. Bukan malas baca sj. Sebenarnya ada org dok tunggu nak bash seseorang yg dia tak suka. Jd bila nampak ada sikit peluang dia pun bash la

    BalasPadam
  8. Terima kasih! Artikel/komen paling cerdik pasal isu ni berbanding dgn beratus2 yg lain. Apa nak jadi org kita ni..pandai nk bash je tapi tk reti baca betul2. Suka hati panggil org bodoh lah bimbo lah, tapi diri sendiri tak paham tax. Lepas tu tak paham yang pelepasan does not equal pengecualian. Yang Nora maksudkan lebih kepada allowable "business expenses" untuk seorang artis.

    -Bukan peminat Nora

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayat nora ialah pelepasan cukai utk kos makeup etc...bukan x bayar cukai langsung. Kesian nora...

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.