Halaman

Rabu, 16 November 2016

Pelajar aliran sains VS aliran bukan sains

Malaysia berdepan masalah kekurangan pelajar aliran sains yang serius yang mampu menjejaskan usaha mencapai status negara maju.

Presiden Akademi Sains Malaysia, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali berkata ketika ini terdapat hanya 90,000 pelajar aliran sains yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jauh kurang berbanding 270,000 yang diperlukan setiap tahun.

Kekurangan itu boleh mengakibatkan jumlah ahli sains yang tidak mencukupi di negara ini.

"Bagi menggerakkan negara ini ke depan, kita memerlukan lebih ramai ahli sains dan jurutera yang lahir daripada mata pelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)," katanya. 



Baca laporan sepenuhnya di portal Astro Awani - "Malaysia berdepan kekurangan pelajar aliran sains yang serius".

Baca juga:



Jika baca pada semua laporan berita di atas, negara kita semakin kurang pelajar yang ambil aliran sains, semakin ramai pelajar tam minat sains dan matematik, ahli sains dalam Malaysia semakin kurang dan sebagainya.

Maka jika dilihat dari sudut kebangsaan amnya, aku menyaran supaya lebih ramai pelajar yang mengambil aliran sains agar objektif yang ditetapkan kerajaan ini tercapai.

Namun jika dilihat dari sudut individu, aku sarankan kepada pelajar agar ambillah jurusan apa pun yang anda minat, kemudian belajar dan usahakan betul-betul apa yang anda minat itu.

Untuk mengambil aliran sains lalu menyambung pelajaran ke cabang bidang sains seperti kedoktoran, perubatan, kimia, fizik, kejuruteraan, teknologi dan sebagainya, memang memerlukan pencapaian yang cemerlang dalam akademik.

Namun tidak semestinya orang yang cemerlang dalam akademik di sekolah wajib menyambung pelajaran ke bidang sains. Mereka juga boleh menyambung pelajaran ke bidang lain selain sains jika mereka minat.

Nak sambung belajar bidang sains memang kena pandai akademik, tapi yang sambung belajar bidang selain sains bukan bodoh. Mereka hanya tidak berbakat besar dalam akademik. Aliran selain sains bukanlah aliran kelas kedua.

Malah tak salah kalau pelajar cemerlang mahu sambung pelajaran dalam bidang agama, sastera, seni, ekonomi, perniagaan, kemahiran, kulinari, sukan, politik dan sebagainya. Malah lebih baik pun sebenarnya kerana boleh melahirkan lebih ramai agamawan, orang seni, sastera, usahawan, chef dan ahli politik dan lain-lain yang bijak dan cemerlang dalam akademik. Sekurang-kurangnya nampaklah aliran selain sains ni bukan hanya untuk orang yang tak pandai akademik sahaja.

Dan penting untuk tidak memandang rendah kepada mereka yang bukan dari aliran sains. Mereka mungkin tidak pandai matematik, tapi mereka mungkin pandai membuat muzik yang orang sains pun jadikannya sebagai hiburan, atau boleh menulis dan melukis cerita yang orang sains pun boleh mendapat inspirasi daripadanya.

Sains memang penting, tidak dinafikan ia amat penting dalam kehidupan seharian, dan amat penting untuk memupuk minat masyarakat terhadap sains dari kecil, namun tak boleh paksa orang untuk bekerja dalam cabang sains kalau mereka tak minat.

Malah kalau ada pelajar cemerlang yang nak sambung bidang selain sains kerana mahu mengejar kerjaya dalam bidang yang diminati, jangan marah, jangan halang, jangan kecewa. Biar mereka yang mencari hala tuju dan menentukan masa depan mereka sendiri.

Btw negara kita dah berlambak-lambak graduan dari cabang sains setiap tahun, tapi masih ramai juga graduan dari bidang sains yang menganggur dan akhirnya kerja lari dari bidang kerana kekurangan kekosongan kerja/jawatan. So kalau supply banyak demand kurang pun tak guna jugak.

Bagi aku apa yang kita perlu bukan sekadar orang yang bijak, sebaliknya orang yang baik tanpa mengira apa latar belakang, status pendidikan dan pekerjaan mereka.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: pelajar aliran sains tulen sastera ekonomi seni perdagangan akaun tingkatan 4 kejuruteraan fizik kimia sains kekurangan serius

12 ulasan:

  1. Masuk aliran Sains, akhir graduate meleis boleh buat hypotesis "bumi itu rata, bukannya sfera". Kendian masuk keje gomen, jadi masyarakat beruk bodoh abadi. Best kan Noob keje gomen ni kan.

    Sekian, Wassalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anda sila mereput

      Padam
    2. Prooot!!!kapishhhhh!!!

      -sirosli-

      Padam
    3. Idup lg rupanya ko sirosli. Proo0otRt d muka hang

      -siroslan-

      Padam
    4. Haha.. marilah mereput sama2.

      Padam
    5. KOMEN YANG SANGAT KURANG BERILMU

      Padam
    6. sesiapa sila belanja dia kondom, supaya genetiknya tidak akan dapat diwarisi

      Padam
  2. Macam yang dimention kat atas,

    Kalau betul tak cukup ramai student aliran sains, apesalla graduan-graduan aliran sains ramai yang menganggur, yang kerja luar daripada bidang pun ramai..?

    Bancian ni mungkin tak lengkap.. Tak tahula aspek apa yang diambil kira.. *sigh.*

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila masuk kerja swasta, segala pengurusan melibatkan kewangan dan dasar syarikat dibuat oleh mereka dari aliran sastera / business admin.

      bila masuk kerajaan...kebanyakkan dasar juga dibuat oleh Menteri dan PTD (Pengurusan tertinggi kementerian / jabatan) yang majoriti dari aliran sastera juga.

      Padam
  3. Demmit ko Prince of Noob. Dulu kita sama-sama bertatih buat blog. Skang dah makin maju. Congrat Bro.

    BalasPadam
  4. ni semua bgantung kpd minat. Pilihlah bidang mana yg kau minat dan mampu bawa. Takut silap pilih nnti menyesal pula. Btw, aliran sains ni macam lebih open sikit sbb nanti nak pilih bidang dekat Uni lebih mudahlah. :)

    Jemput Singgah : Jadual Siaran Langsung Piala AFF Suzuki 2016

    BalasPadam
  5. Dikira "bodoh" ke kalau ambil aliran selain sains, bagi Aku latar belakang pendidikan bukanya penting sangat pn bill gates dan Mark Zuckerberg tu drop out kot drpd University tapi elok je hidup x pon orang kata diaorang bodoh.. education is not important bro..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.