Halaman

Isnin, 23 Januari 2017

Doraemon, Stand By Me: Dari Kaca Mata Orang Dewasa

Selepas habis peperiksaan, antara rancangan dibuat adalah "qada" balik anime yang terlepas pada tahun lepas. Asalnya ingin tonton anime filem Doraemon, Stand by Me (DSBM), entah macam mana selapas tiga tahun, baru tercapai rancangan itu.Sebelum itu, saya ingin mengataan bahawa saya merupakan peminat siri cerita Doraemon sehingga sekarang.

Pada masa saya kecil, takala ramai budak-budak berebut nak baca Mutiara Naga semasa Majiin Buu Arch, saya pula masih setia membaca komik Doraemon berulang-ulang kali tanpa jemu walaupun dah kusam kulit buku. Semasa orang lain bangun awal untuk tidak terlepas tengok Dragon Ball pada pukul 10 pagi pada hujung minggu, saya pula tertunggu-tunggu anime Doraemon pada pukul 7 malam pada Hari sabtu di TV1 kemudiannya bertukar pada NTV7.

Macam mana Doraemon yang gemuk boleh muat lalu laci?


Berlainan dengan filem Doraemon sebelum ini, DSBM menampilkan dua benda berbeza dengan filem sebelumnya. Pertama, anime Doraemon pertama dihasilkan dalam 3D. Mungkin ini adalah transformasi baru dalam industri anime yang selalunya dihasilkan dalam 2D, ini merupakan langkah baru supaya Doraemon sentiasa segar mengikut perubahan masa. Menarik juga dinyatakan bahawa DSBM menggunakan material daripada komik asal daripada permulaan hingga bab 1 jilid ketujuh Tankoubon. Selama ini, Filem Doraemon menggunakan cerita "stand alone" daripada material asal. Pada perlancaran filem ini tiga tahun lepas, banyak juga review dan iklan di televisyen. Boleh dikatakan sambutannya amat baik di pawagam Malaysia.

Baiklah, berbalik pada cerita dan plot, jika anda sudah biasa dengan cerita Doraemon, anda boleh menanggak jalan cerita. Doraemon dari abad ke-22 datang ke zaman dahulu untuk mengubah sejarah Nobita yang  menyedihkan kepada suatu yang baik. Sepanjang cerita ada banyak latar yang anda perasaan persamaan dengan anime/manga yang anda baca.

Cerita yang diberi fokus dalam filem ini adalah:
  1. Pertemuan pertama Doraemon dan Nobita
  2. Nobita cuba berpisah dari Shizuka
  3. Mesin Telur anak itik
  4. Misi selamatkan Shizuka pada zaman Nobita di universiti
  5. Sehari sebelum perkahwinan Shizuka dan Nobita
  6. Hari Terakhir Doraemon
  7. Alat terakhir daripada Doraemon

Memandangkan cerita ini sudah saya baca dan tonton, kali ini saya cuba tonton DSBM dari pandangan orang dewasa. Nobita dalam filem ini lebih menjengkelkan dan riuh daripada dalam komik. Doraemon juga berbeza apabila dilihat kurang berperanan sebagai penjaga Nobita serta kurang tegas pada kenakalan Nobita. Cuma Shizuka bagi saya masih mengikuti perwatakan daripada sumber asal yang memaparkan sumber inspirasi kepada Nobita. Suneo dan Giant juga masih setia pada perwatakan sama di dalam komik. Jika anda tertanya apakah plot cerita ini, secara mudahnya, DSBM fokus hubungan antara Nobita dan Shizuka juga bagaimana Nobita berkembang.


Perbezaan dalam 2D dan 3D. Hanya Nobita sahaja yang nampak pelik dalam bentuk 3D


Memandangkan saya sudah biasa dengan cerita ini, saya cuba menonton kembali dengan pandangan orang dewasa. Nobita bagi saya kanak-kanak yang sangat manja dan pentingkan diri sendiri. Berlainan dengan komik dan anime yang saya masih bersimpati dengan Nobita, DSBM membuatkan saya rasa ingin cakap "Padan muka kau". Serius, jika anda berfikir ketika menonton Doraemon, anda perasan yang banyak masalah buat sebab dia kena buli bahkan sebab dia cari pasal dengan guna alat Doraemon.

Pernah tak terfikir bahawa Nobita ini menyerupai seseorang?

Ingat, jika Nobita adalah budak berumur 10 tahun, jadi perangainya sangat difahami serta sikapnya sebenarnya menyerupai seorang yang dekat dengan kita. Nobita adalah sebenarnya adalah KITA.

NOBITA ADALAH DIRI KITA

Mungkin ini tidak diketahui oleh ramai orang tetapi ada suatu temubual dengan mangaka Fujio F. Fujiko, dia ingin buat watak Nobita sama seperti kanak-kanak dan buat watak tersebut membesar dengan diri mereka. Boleh jadi, manga yang dibuat mesti dekat dengan kanak-kanak. Nobita juga boleh jadi cerminan pada diri kanak-kanak.

Ingatkah diri kita semasa kecil, kita adalah seseorang yang kita takutkan umpama Nobita takutkan Gaint, seorang yang kita benci kerana dia lebih baik dari kita macam Nobita bencikan Tegisuki, seorang yang kita suka ala cinta monyet macam Nobita sukakan Shizuka serta kecewanya kita jika apa yang rapat dengan kita akan meninggalkan kita macam Nobita takut kehilangan Doraemon.

Nobita mungkin dungu, dia juga mungkin tak berguna. Apa yang Nobita ada adalah dia seorang yang naif atau dalam bahasa orang kampung "pure minded". Nobita tunjuk emosi dan perasaan seikhlas hati tanpa berselindung. Sama seperti kanak-kanak yang bersih dan suci pemikirannya. Inilah yang DSBM gagal tunjukkan dalam filem sebagaimana di dalam manga dan anime.

Jika Nobita adalah simbolik pada diri kita, Doraemon semestinya simbolik pada ibu bapa, kawan, adik-beradik, guru, mentor atau sesiapa yang menjadi inspirasi kita. Merekalah yang menjadi "safe zone" kita takala kita menghadapi masalah. Semasa kecil, kita juga inginkan Doraemon wujud agar jika setiap kali kita menghadapi masalah kita hanya menjerit "DOORAEEMONNN!!!" sambil minta alat untuk selesaikan masalah. Malangnya, ada suatu masa, 'Doraemon' kita akan tiada.

Ibu bapa semakin tua, kawan terpisah selepas sekolah, adik-beradik semakin tak rapat serta orang yang dikagumi akan mengkhianati kepercayaan kita. Pada satu masa, kita perlu terima yang "safe zone" kita akan hilang begitu sahaja. Kita akan hilang tempat bergantung sama ada suka atau tidak. Apa yang kita boleh buat hanyalah untuk berdiri sendiri.

Filem ini beberapa kali telah tunjukkan Nobita hanya berkembang setelah selesai sesuatu tanpa bantuan alat Doraemon. Dia mampu selamatkan Shizuka di pergunungan dengan mengingati peristiwa yang berlaku. Bahkan Nobita akhirnya dapat kalahkan Giant dengan terus berlawan walaupun dah parah kena tumbuh. Macam Genji dalam Crow Zero, tiap kali Nobita jatuh, dia terus bangun sampai Giant menyerah kalah.

Hari terakhir Doraemon sebenarnya paling ikonik dan terkesan dalam hati. Bayangkan, Nobita sanggup lawan Giant untuk tunjukkan Doraemon yang dia mampu melawan tanpa kehadiran Doraemon. Nobita jadi matang hanya menghadapi  masalah sendiri tanpa bantuan Doraemon. Ini beri mesej pada kanak-kanak yang menonton yang sehebat mana pun alat dari abad ke-22, lebih bermakna suatu kerjayaan jika buat atas usaha sendiri.

Saya kecewa kerana bahagian yang ikonik telah dipotong daripada filem. Bahagian tengah komik di atas di mana Doraemon papah Nobita balik rumah tiada dalam filem. Ini penting pasal saya tak sempat rasa "feeling" pada Nobita yang sebenarnya.


Doraemon adalah anime lama yang masih ada pengaruhnya sehingga hari ini. Dekatnya cerita ini dengan diri kanak-kanak buatkan ini menjadi anime malar segar. DSBM sebenarnya tidak memenuhi harapan saya dan penceritaannya lemah. Mungkin kerana filem ini khas untuk sasaran penonton kanak-kanak yang sekarang lebih dekat pada animasi 3D. Apa-apa pun bagi saya ia cukup bagi untuk orang dewasa bernostalgia tentang kartun yang dekat dengan diri mereka ketika kecil.


P/S: Ada satu "loophole" terbesar dalam cerita Doraemon keseluruhannya. Doraemon pernah mengatakan bahawa mengubah sejarah sebenarnya sangat berbahaya dan berisiko bahkan dilarang oleh polis masa. Malangnya, kedatangan Doraemon ke zaman Nobita iaitu masa lampau sebenarnya telah meletakkan sejarah masa mengalami masalah besar serta Doraemon telah membuat jenayah terbesar; mengubah sejarah kehidupan Nobita seterusnya memberi impak pada sejarah keluarga Nobita. Nampaknya pembaca dan mangaka hanya sekadar "let it go" sahaja kerana ia sekadar kartun budak-budak sahaja. LOL


3 ulasan:

  1. Yaa..mmg nostalgia katun doremon nii..tapi sikap pemalas nobita jgn diikuti..sedar2 semuanya berlalu dgn pantas...black bladerz..hei plain ko xnk komen kerr..kata peminat katun..😍😚😜😝👅

    BalasPadam
  2. Komik Doraemon ni dah lama aku tinggalkan.
    Kali terakhir baca sejak sekolah rendah.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.