Halaman

Selasa, 24 Januari 2017

Tips kekal kurus tanpa ubat, diet dan senaman

Biasa kita lihat ramai orang yang pada zaman kanak-kanak, remaja dan ketika umur awal 20-an berbadan kurus, namun semakin lama semakin gemuk, muka semakin bulat, perut semakin boroi, seiring dengan peningkatan usia, apatah lagi selepas berkahwin. Kadang-kadang macam tak sangka, orang yang pada awal usia 20-an hanya seberat 65kg, tapi bila dah masuk usia 30 berat badan mencecah 90kg. Selalu kita dengar orang cakap terutama pada orang lelaki, badan mereka naik sebab gembira, bini masak sedap kat rumah. Namun sebenarnya perubahan berat badan ini berkait rapat dengan perubahan gaya hidup kita dulu dan sekarang.


Aku juga tidak terkecuali. Aku dari kecil lagi masuk sekolah rendah, masuk pulak sekolah menengah, kemudian masuk pula universiti sampai aku mula kerja memang aku berbadan kurus. Mungkin salah satu faktornya adalah faktor genetik kerana keluarga aku memang ramai yang kurus-kurus. Berat aku pun biasanya hanya sekitar 60kg - 70kg sahaja.

Namun ketika umur aku di pertengahan 20-an, badan aku mula naik. Perut semakin ke depan, berat sampai 88kg - 90kg. Dulu seluar saiz 32, sekarang saiz 36. Aku pelik, padahal aku makan sama je macam dulu jugak, takdelah makan banyak mana, macam mana badan aku boleh naik ni?

Ya, itulah kesilapan aku dan juga mungkin ramai orang yang lain, kerana walaupun gaya hidup aku dah berubah, tapi tabiat makan aku masih sama dan tidak berubah.

Dulu sejak dari kecil lagi aku seorang yang aktif. Masa budak-budak boleh kata setiap hari aktif bermain macam-macam permainan dan sukan. Masuk sekolah menengah pun setiap petang aku main bola keranjang. Masa di universiti pun aku masih agak aktif bermain bola keranjang waktu petang. Bila dah mula kerja pun aku akan bermain tenis atau futsal sekurang-kurangnya seminggu sekali. Sebab tu kalau aku makan banyak pun, aku susah nak gemuk, sebab semua yang aku makan aku gunakan untuk bersukan.

Namun makin lama aku jadi semakin malas nak bersukan, apatah lagi bersenam. Nak bersukan sebulan sekali pun belum tentu. Kerja pula asyik duduk depan komputer tak pergi mana-mana. Walaupun gaya hidup dah berubah, tabiat makan masih sama macam dulu, kekerapan makan dan kuantiti makanan yang diambil masih sama seperti dulu. Oleh kerana semua benda yang aku makan tidak lagi ditukar menjadi tenaga untuk aktiviti sukan, maka ia ditukar menjadi lemak tepu yang membesarkan badan sahaja terutama di bahagian perut,

Aku tak mahu habiskan duit beli ubat, aku tak mahu tahan lapar dan diet macam-macam, aku masih nak makan macam-macam makanan dan aku juga tahu aku bukan rajin sangat nak bersukan dan bersenam macam dulu, tapi aku nak kurus. Disebabkan itu, sejak tahun lepas aku mula ubah cara pemakanan aku untuk kekal kurus. Cara aku ini mungkin berkesan pada orang yang pernah kurus dan mahu kekal kurus, tapi tak tahulah boleh berkesan tidak pada orang yang dari dulu dah memang gemuk dan mahu kurus.

1. Makan 3 kali sehari

Pertama sekali, amalkan makan 3 kali sehari sahaja. Tetapkan dalam minda yang kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Oleh itu untuk hidup cukup makan 3 kali sehari je iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam sahaja. Malah kalau makan 2 kali sehari pun takkan mati pun. Kalau dah makan sarapan lewat pukul 10 atau 11 pagi tu, makan tengahari dah boleh skip dah.

2. Makan separuh sahaja

Ada orang nak kurus sampai sanggup tak makan nasi kerana tak nak ambil karbohidrat, diet atkins katanya. Nak makan nasi? Haa makanlah, tapi ambil nasi separuh sahaja. Nak makan mee? Makanlah tapi ambil separuh sahaja. Nak makan roti? Makanlah tapi makan sikit je. Nak makan fast food? Nak makan chicken chop? Nak makan lamb chop? Nak makan makanan kegemaran kau? Makanlah tapi ambil set kecil atau sederhana sahaja dan jangan melantak tiap-tiap hari.

3. Makan nasi sekali sahaja sehari

Ada orang setiap hari makan nasi, malah satu hari makan sampai 3 kali nasi. Pagi makan nasi berlauk, tengahari makan nasi ayam, malam makan nasi goreng. Memanglah orang Melayu ni makanan rujinya nasi, tapi tak perlulah setiap kali makan kena makan nasi. Kalau orang dulu-dulu tu takpelah makan nasi 3 4 kali sehari pun, sebab diorang kerja kat sawah, ladang, kebun, kerja yang membanting tulang mengerah kudrat bermandi keringat. Tenaga yang mereka perolehi dari nasi tu diorang gunakan untuk membuat kerja dan aktiviti fizikal.

Yang kita kerja depan komputer 8 jam sehari ni tak payahlah makan nasi banyak sangat, bukan guna tenaga fizikal sangat pun. So sarapan pagi makanlah ringan-ringan sahaja, tengahari makan berat sikit tapi masih dalam kuantiti yang separuh, malam makan sikit sahaja. Macam aku sendiri, kalau tengahari dah makan nasi, malam aku takkan makan nasi dah. Kalau tengahari tak makan nasi, malam bolehlah nak makan nasi, tapi kadang-kadang tak makan pun.

4. Minum air kurang manis

Paling bagus adalah minum air masak je, tapi kadang-kadang tekak mana boleh tahan, nak juga minum air yang ada perasa dan perisa. So cara paling senang adalah setiap kali nak minum, minum air kurang manis. Mintak teh o kurang manis, milo kurang manis, sirap kurang manis, apa-apa sahajalah asalkan kurang manis, malah kalau rasa dah sampai rasa tawar pun takpe. Yang penting kurangkan gula dalam badan sebab kita pun dah tak aktif nak bersukan atau bersenam macam dulu.

5. Berjalan banyak setiap hari

Kadang-kadang bila dah berusia ni kita jadi malas nak bersukan, antara faktornya sebab sibuk dengan kerja, keluarga dan juga tiada kawan-kawan untuk bersukan. Nak bersenam seorang diri pun rasa malas. Maka cara paling mudah untuk keluarkan peluh dan gunakan tenaga dengan cara yang minima adalah dengan berjalan.

Setiap hari kena banyak berjalan untuk gantikan senaman dan aktiviti sukan. Kalau yang pergi kerja naik pengangkutan awam tu pasti dah banyak berjalan dah, tapi bagi yang naik kereta atau motor ni, cuba cari peluang untuk berjalan, contohnya letak kereta jauh sikit untuk berjalan ke pejabat, naik 2 3 tingkat dengan tangga setiap kali nak ke pejabat dan sebagainya.

* * * * * * * * * *

Mungkin cara ini agak lambat berbanding ambil ubat atau amalkan diet atkins ke apa, tapi sejak aku amalkan bermula tahun lepas, berat badan aku berjaya turun dari 88kg ke 74kg. Dengan cara ini juga aku dapat kekalkan berat badan aku antara lingkungan 70kg - 75kg. Seluar saiz 36 aku pun dah longgar terpaksa tarik tali pinggang ketat-ketat. Senang cerita, makan ikut keperluan. Banyak keluar tenaga, banyaklah makan. Kurang keluar tenaga, kurangkanlah makan. Sesuailah untuk orang malas macam aku, tak perlu ubah gaya hidup secara drastik, yang penting cara pemakanan kena maintain.

Tapi macam aku cakap tadilah, tips ini mungkin berkesan untuk orang yang pernah kurus atau orang yang kurus untuk kekalkan kekurusan mereka. Ya, sekadar untuk orang kurus yang malas untuk kekal kurus. Kalau orang yang berbadan besar sejak kecil dan nak kuruskan badan, cara ini mungkin tak sesuai dan perlu berusaha lebih dari ini. Atau kalau yang nak badan sado tu, cara ni lagilah tak sesuai, pergi gym sana.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:


Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: tips kekal kurus tanpa ubat diet atkin atkins senaman sukan exercise slim loss weight turun berat badan

6 ulasan:

  1. Nak kurus kena konsisten dan disiplin. Kalau hari ni diet dan bersenam 8 jam tapi besok2 melantak.. ha sama je kan? :P

    BalasPadam
  2. Kerja manusia zaman sekarang, dok tercongok jer. dah la nak bersenam pun malas, asyk nak telan mcd jer, xbuncit lagu mana.

    BalasPadam
  3. sejak injured sukan takleh buat apa sangat huhu yes tabiat makan still sama

    BalasPadam
  4. Makan 5-6× sehari lg bagus. Tapi portion/sukatan jgn byk. Bagi perut sentiasa berjalan.

    Lg satu, mkn buah sebelum makan sarapan/lunch/dinner n byk2 minum air kosong/suam

    BalasPadam
  5. kurang minum air manis, itu kuncinya ;)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.