Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus).
Gambar dari Harian Metro.
Berikut adalah video kemenangan beliau ketika menerima FIFA Puskas Award 2016 ini:
Berikut adalah video jaringan gol yang berjaya menjadi 3 terbaik bagi FIFA Puskas Award ini:
Sebulan lepas aku ada komen kat Youtube tu dan mendapat rating tertinggi.
Pada aku gol Faiz Subri memang patut menang bukan kerana semata-mata aku sama negara dengan dia, tapi kerana pada penilaian aku gol itu memang paling cantik dan terbaik antara ketiga-tiga jaringan yang menjadi finalis itu.
Kemenangan Faiz ini bagi aku amat mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Siapa sangka orang Malaysia boleh berdiri sebaris dengan Cristiano Ronaldo, Alex Ferguson dan lain-lain tokoh bola sepak dunia malah menerima anugerah lagi.
Ramai netizen yang memberi ucapan tahniah, dan seperti biasalah, kalau dah nama pun orang Malaysia, ramai juga netizen yang memberi komen toxic di media sosial kerana pelbagai isu. Ada je benda yang tak kena, ada je benda yang nak dipertikaikan, ada je benda nak dijenakakan.
Ada yang cakap kenapa over sangat nak pakai busana melayu?
Kenapa tak pakai baju melayu pula?
Kenapa tak cakap BM?
Kenapa dia cakap Inggeris berterabur?
Kenapa FAM tak bantu latih BI dia?
Kenapa dia tak macam ni?
Kenapa dia tak macam tu?
Sepatutnya dia kena buat macam ni.
Sepatutnya dia kena buat macam tu.
Sepatutnya Najib yang menang.
Baju tu ada lambang salib... really?
Korang ni bising betul kan? Macam langau. Tin kosong.
Biar je la tuan punya badan nak buat apa pun. Korang tak payah nak beritahu apa yang dia apa yang dia patut buat. Yang menang dia, bukan korang. Ucap tahniah sahaja sudah. Yang penting dia bawa nama negara ke persada dunia. Dia nak pakai baju suit ke baju melayu ke biar lah. Kalau dia tak berapa fasih cakap BI pun, lantak la. Kau yang fasih cakap BI pun belum tentu pandai main bola sepak lencong sampai dapat anugerah dunia. Setiap orang ada kelebihan, kekurangan, kemahiran dan kepakaran masing-masing.
Sama je masa Harith Iskander menang ke, atlet dapat pingat Olimpik ke dan lain-lain kemenangan orang Malaysia di persada antarabangsa mahu pun peringkat kampung sahaja, pasti ada je komen toksik yang bodoh-bodoh dan mempertikai macam-macam.
Tahu sebab apa mereka boleh menang? Sebab mereka buat, korang cuma cakap.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: faiz subri menang anugerah puskas award fifa 2016 komen netizen sembang tin kosong langau ada saja tak kena pertikai
kondem dan org kita berpisah tiada
BalasPadamabaikan mulut-mulut longkang yang mengkondem faiz subri..yang penting dia dah mengharumkan nama negara kita..
BalasPadamYaa..tapi faiz patut tingkatkn lagi mutu permainanya..pretasi dia sekarang biasa2 jerr..sampai bila nk di kenali hannya dgn golll ajaib tuu..🏀⚾⚽🐱🌏
BalasPadamKo igt senang nk dpt gol ajaib tu. ProoOootT d muka ang !
Padam-ted ahmadnoff bin sirosli-
sama je pemain lain yg tercalon utk gol tercantik, prestasi sepanjang tahun biasa je... anugerah ni utk gol tercantik aje..so dah rezki faiz la satu sepakannya menjadi gol yg tercantik ...
PadamPemikiran segelintir bangsa melayu masih lemah...pemikiran kolot,hasad dengki,perkauman,lucah,dan sebagainya. Kerana kecewa dgn sikap segelintir toxic ini aku nak melebelkan mereka ini sebagai Bodoh dan mempunyai IQ yang Sangat Rendah
BalasPadam"mereka ini sebagai Bodoh dan mempunyai IQ yang Sangat Rendah"...
Padambetulll tu dah lama aku perati...
Tahu sebab apa mereka boleh menang? Sebab mereka buat, korang cuma cakap.
BalasPadamwell said.
betul well said.
Padamada yang kontot akal tak boleh nak bezakan antara mikrofon dengan salib. ni jenis manusia tertular sakit hati melampau atau sakit jiwa melampau.
BalasPadamItulah yang menghairankan dengan sikap sebilangan netizen malaysia, buruk perangai, masalahnya, terlalu buruk dan busuk.
BalasPadamAlah ni pemcapaian individu je xperlu nak berbangga sgt .. yg penting pencapaian pasukan sepakbola ..
BalasPadam-Tayy yeamm jayy-
teamwork is important!! remember that!!
BalasPadamdiorang dengki la noob. dah mmg itu rezeki faiz subri.
BalasPadamnetizen xtau la knp. mcm ada penyakit.
mr prince noob, main hembus je kau ni kan, kiritikan ni membawa kepada sesuatu yg membina , ambik la dari sudut positif. come on la, mmg FAM reponsible dgn ap yg terjadi, fam patut training player untuk self-improvement bukan takat pandai main bola je.mcm mana nak ke pringkat internasional. ni salh satu bani melayu xsedar diri.pikir xhabis main hembus je. - Peserta Mencari RAMLI -
BalasPadam"Regards from Switzerland" haha part ni boik! *thumb up*
BalasPadam