Manusia juga sentiasa ada kemahuan.
Namun semuanya bergantung kepada kemampuan.
Dalam hal mengurus ekonomi sendiri dan menampung keperluan, kemahuan dan kemampuan kehidupan kita seharian, manusia itu ada 4 jenis:
1. Berharta tetapi sentiasa tidak merasa cukup.
Spesis ini memang banyak wujud. Dia ada duit, ada pekerjaan yang bagus, ada kereta, ada rumah, pakai iPhone, ibu bapa pun senang, makan minum cukup, tapi sentiasa tak merasa cukup dengan apa yang dia ada.
Walaupun mungkin tidak lah kaya atau hidup mewah, tapi harta semua cukup serba serbi, namun setiap hari mengeluh cakap duit tak cukup nak menampung kehendak yang bukan keperluan, lepas tu maki dan kutuk kerajaan kerana tidak prihatin kepada orang miskin, sedangkan diri sendiri nak sedekah kepada orang miskin pun berkira ya amat.
2. Tidak berharta dan sentiasa tidak merasa cukup.
Orang tidak berharta dan tidak merasa cukup ini memang ramai yang kita jumpa. Dia memang tidak ada harta atau tak banyak harta, gaji pun kecil, kereta kecil, rumah sewa, nak makan sehari sekali pun susah, dan sentiasa merasa tidak cukup. Dia sentiasa merungut dan mengeluh dengan nasibnya dan sering menyalahkan orang lain, namun tidak pula berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan dan sering membazir dengan benda-benda yang bukan keperluan sehingga melebihi kemampuannya.
3. Berharta dan sentiasa merasa cukup.
Orang macam ni ada ramai juga tapi jarang kita jumpa. Mereka berharta, gaji sederhana atau besar, kerja bagus, keperluan asas seperti kenderaan, rumah, makan minum, semua lengkap serba serbi, dan sering merasa cukup dengan apa yang dia ada. Kadang-kadang walaupun dia banyak duit namun dia jarang belanjakan kerana rasa tidak perlu dan hanya berbelanja mengikut keperluannya walaupun dia sebenarnya mampu untuk berbelanja lebih dari itu.
4. Tidak berharta tetapi sentiasa merasa cukup.
Orang yang tidak berharta atau tidak banyak harta dan turut merasa cukup ini boleh kata spesies yang rare. Mereka wujud tapi susah untuk kita jumpa. Gaji mereka kecil, rumah kecil, kenderaan kecil, serba serbi kecil tapi mereka sentiasa merasa bersyukur dan cukup dengan apa yang mereka ada. Mereka tiada banyak kemahuan dan kehendak yang macam-macam, asalkan cukup menampung keperluan asas yang minima sahaja. Kadang-kadang kita pula rasa kesian tapi mereka memang tak kisah dengan kehidupan seperti itu.
Maka kita yang mana?
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: berharta tidak kaya miskin merasa cukup syukur mengeluh merungut
Ok..biasalah tuu yg nama manusia mana pernah puas..di kasi satu lembah emas pun tk cukup..πΆπ΅
BalasPadamSalam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog nie. :)
BalasPadambahagia bila takde hutang....hati lapang wpun ada rm100 je dlm bank.
BalasPadamSi A gaji rm10K sebulan. Jumlah perbelanjaan encik A termasuk membayar hutang piutang kereta mewah kad kredit dll adalah rm11K. So hutang nya bertambah 12K setahun.
BalasPadamSi B bergaji 3K. Perbelanjaan sebulan tolak hutang adalah 2K sebulan. 1K disimpan dlm bank. Maka kekayaan nya bertambah sebanyak rm12000 setahun.
Walaupun gaji si A gaji besar 10ribu sebulan. Tapi hakikat nya si B yg gaji 3k adalah lebih kaya dari si A.
Ramai org yg merungut pasal duit xcukup. Tp sebenarnya diri sendiri yg jahil pasal ilmu pengurusan kewangan. Maki najib xmembuatkan kita lg kaya ...