Melayu... atau apa jua bangsa dalam dunia ini.
Orang yang berbangsa itu ada 3 jenis. Yang superior, inferior dan rasional. Dalam hal ini, aku gunakan contoh kaum aku sendiri iaitu melayu.
Melayu superior
Melayu superior ini merasakan bangsa melayu adalah bangsa yang teragung, kalau bukan di seluruh dunia pun sekurang-kurangnya di Malaysia. Mereka menganggap bangsa mereka lebih mulia dan atas daripada bangsa lain. Mereka bukan sahaja sering merasa prejudis terhadap bangsa lain malah memandang rendah terhadap bangsa lain.
Mereka mudah generalize perkara negatif yang dilakukan oleh seseorang atau segelintir individu dari kaum lain adalah menggambarkan keseluruhan kaumnya. Jika berlaku apa-apa pergaduhan atau perbalahan yang melibatkan seseorang kaum melayu dengan kaum lain, dia akan terus menyokong dan mempertahankan orang melayu itu dengan membabi buta walaupun orang melayu itu yang salah. Bagi mereka orang melayu itu sentiasa betul dan kaum lain itu sentiasa salah.
Melayu inferior
Melayu inferior pula berbangsa melayu, berkulit coklat melayu, bercakap bahasa melayu, tapi benci dengan bangsa sendiri. Dia malu nak mengaku melayu hanya kerana sifat negatif segelintir masyarakat melayu. Bila dia nampak ada orang sebangsa dengannya buat benda bodoh atau jahat, terus mengutuk, menghina dan perlekehkan bangsa sendiri
seolah-olah seluruh kaumnya itu turut merestui dan menyokong kebodohan
dan kejahatan yang seseorang itu lakukan, sedangkan dia tak nampak ramai orang
yang memperbetulkan kebodohan dan menentang kejahatan itu juga ramai
dari kaum dia juga.
Walaupun dia itu melayu, mak bapak dia melayu, atuk nenek dia melayu, dia terus kutuk kaumnya sendiri, malah lebih mengangkat dan membangga-banggakan bangsa lain. Kalau ada orang bangsanya berselisihan dengan orang dari bangsa lain, dia akan terus mempersalahkan orang melayu tersebut. Jika ada bangsa lain mengutuk dan menghina kaum melayu, dia akan turut sama mengutuk.
Melayu superior sangat taksub pada orang melayu.
Melayu inferior sangat benci pada orang melayu.
Melayu superior dengan melayu inferior memang tak boleh jumpa, kalau berdebat memang takkan sudah.
Maka jadilah seorang melayu yang rasional, yang boleh berfikir secara matang dan waras, yang sayang pada bangsanya sendiri, tidak benci pada bangsanya sendiri, dan turut menghormati bangsa lain.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir
Otak: The Komik (Awakening). Versi cetak sudah habis, namun anda boleh
membeli versi digital di Google Play Books dengan harga RM14 sahaja di
sini - https://goo.gl/8bZKUo.
tags: kaum orang bangsa melayu superior inferior maksud definisi
Setuju sangat dengan entry ni, banyak sangat baca benda-benda macamni dekat media sosial especially dekat twitter. kadang-kadang dah naik muak pun baca.
BalasPadamKenapa dh tk review maharaja lawak mega 2017? I like the way your comment about their performance.
BalasPadam