Setiap orang pasti akan melalui suatu fasa iaitu fasa perubahan dalam kehidupan. Perubahan rutin hidup, perubahan sikap, perubahan pekerjaan, perubahan perasaan, perubahan emosi, perubahan minat dan sebagainya. Perubahan itu adalah normal dan suatu yang kita tidak boleh elak seiring dengan perubahan masa. Ada orang sukakan perubahan, ada orang sukar untuk menerima perubahan. Walaupun tidak semua perubahan itu menjadi suatu yang lebih baik, itu yang menjadikan seorang manusia itu, manusia.
Untuk kali ini aku nak cakap tentang perubahan minat. Kalau nak cerita dari kecil, aku sudah melalui banyak perubahan minat. Dari sudut sukan, waktu sekolah aku suka main bola keranjang, dan masuk alam pekerjaan, aku minat bermain tenis. Sekarang aku hanya bersukan untuk bersosial seperti futsal, ping pong dan lain-lain sukan yang mudah dimainkan secara santai dan beramai-ramai.
Aku juga minat main game. Kalau zaman muda-muda dulu, aku suka main game JRPG (Japan Role Playing Game) macam Final Fantasy 7, Chrono Trigger dan sebagainya yang perlu aku luangkan masa beratus jam untuk habiskan game tu. Bila masuk universiti, aku mula main game multiplayer macam Counter Strike, Warcraft 3, Starcraft dan sebagainya yang boleh dimain bersama rakan-rakan.
Kemudian aku cuma bermain game di smartphone kerana lebih fleksibel. Sekarang dah zaman game online, game yang aku masih selalu main hanyalah Heroes of The Storm, sejenis game MOBA yang aku boleh main secara santai dan tak perlu ambil masa yang panjang.
Dari sudut muzik pula, dulu aku minat pada genre rock dan alternative music. Aku tak minat genre hip-hop, ballad, pop, boy band dan sebagainya. Tapi bila aku dah bekerja, dah ada kereta sendiri, dah mula selalu mendengar siaran radio dalam kereta, minat muzik aku berubah. Aku dengar semua lagu yang sedap didengar di telinga aku tanpa mengira apa genre dan siapa penyanyinya. Hatta lagu electronic dan techno pun aku layan kalau melodi dia best dan catchy sebab muzik itu universal.
Ya, kita berubah, minat kita berubah, citarasa kita berubah, begitu juga dengan pengkarya. Seorang penulis buku yang popular dengan karya cinta, mungkin akan berubah untuk menghasilkan buku dakwah pula. Seorang lukis komik yang popular dengan kartun lawak jenaka mungkin suatu hari mahu melukis komik seram. Seorang pemuzik yang popular dengan lagu rock mungkin akan keluarkan album lagu jazz 20 tahun kemudian.
Kita sendiri pun, jika asyik buat dan hasilkan benda sama, pasti rasa bosan. Maka kita cuba explore sesuatu yang baru yang kita belum pernah hasilkan. Malah ada orang yang telah berjaya dalam suatu bidang yang kita ceburi itu, mereka sanggup tinggalkan dan cuba hasilkan sesuatu yang baru, bukan untuk menyaingi atau mengulangi kejayaan lama mereka, cuma mereka mahu dan suka buat perubahan itu untuk kepuasan diri sendiri.
Itulah manusia, mereka akan buat apa yang mereka suka walaupun mungkin tidak akan disukai dengan orang lain. Kadang-kadang kita perlu gembirakan hati kita dahulu daripada asyik mahu melayan dan memuaskan hati orang lain tetapi diri sendiri tidak gembira.
Malangnya ada orang yang tak boleh menerima perubahan minat orang yang mereka sukai. Dalam bidang muzik contohnya, band Linkin Park yang terkenal pada awal tahun 2000-an dengan genre Alternative Rock/Nu Metal kini mengeluarkan album pop kontemporari selepas hampir 20 tahun. Mereka bukan sahaja dikecam oleh peminat mereka sendiri malah dikatakan telah merosakkan nostalgia zaman silam mereka. Mereka dimarahi kerana dikatakan bukan sahaja telah mengecewakan peminat mereka malah telah lupa asal usul dan cuba ambil kesempatan mengikut arus buat muzik yang menjadi trend generasi sekarang.
Kalau ya pun mereka cuba nak buat keuntungan dengan mengikut arus perdana, apa masalahnya? Mereka perlu cari makan juga. Mereka ada keinginan untuk berubah seperti orang lain juga. Biarlah mereka nak buat lagu genre apa pun. Kalau kau tak suka dengan lagu baru mereka, tak perlu dengar. Mereka tak paksa pun sesiapa untuk dengar. Kalau kau suka dengar lagu-lagu lama mereka, kau boleh dengar semula lagu-lagu lama mereka berkali-kali kat Youtube.
Pengkarya bukan milik siapa-siapa. Macamlah mereka ada hutang pada peminat apa-apa. Mereka boleh buat apa yang mereka suka. Kalau kau dah tak suka dengan benda baru yang mereka buat, pasti ada orang baru lain yang akan suka.
Sama macam buku Buasir Otak: The Komik yang kitorang buat tu pun setiap jilid kandungan dan pengisiannya berbeza-beza, sebab aku suka cuba buat perkara yang berbeza-beza dan cuba sesuatu yang baru. Aku tak suka stuck buat benda yang sama berulang-ulang kali. Kalau semua buku pun aku buat kandungan dan pengisiannya sama, aku rasa tak puas. So kalau aku nak buat buku yang seterusnya pun aku akan masukkan kandungan dan tema yang berbeza dari yang sebelum-sebelumnya.
Ada orang tak suka dilihat hanya pakar dalam suatu-suatu bidang sahaja, sebaliknya dia lebih suka membuat sesuatu yang lebih versatile yang boleh ceburi dalam pelbagai bidang. Mereka mahu berubah, mereka mahu berevolusi. Maka mungkin kerana itu ada orang yang membuat perubahan atau menukar angin dalam minat mereka.
Maka hormatlah perubahan minat dan kecenderungan seseorang, walaupun ia mungkin bukan sesuatu yang kita suka. Tak perlu merungut-rungut dan paksa orang lain untuk buat dan suka apa yang kita minat.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir
Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di
sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: manusia minat kecenderungan hobi berubah perubahan seiring masa muzik universal lagu ubah genre kategori
Ok..📒📔📙📘📖🚭
BalasPadamAikkk aku lagii..mana pergi semua org nii...
BalasPadambjue.blogspot.my
😁😂😃😄😅😆😉😊☺😋😌😍😘😚😜😝😏😒😳😞😠😡😔😣😖😫😩😤😱😨😰😢😥😪😓😭😵😲😷💤💩👿
nice penulisan ni!..
BalasPadamDulu aku minat perempuan, sekarang ni...
BalasPadamLinkin Park kluar album baru? Kena dgr nih.
BalasPadam