Halaman

Ahad, 15 Oktober 2017

Masa untuk Cabaran Komik Online Malaysia 2017 MatKomik

Berita baik untuk penggiat komik tanah air tak kira tua atau muda, masih bersekolah atau bekerjaya, amatur atau professional. Acara tahunan anjuran Matkomik yang menguji kemampuan dan kebolehan pelukis komik dengan menghasilkan karya komik berdasarkan tema yang tertentu kini kembali lagi iaitu Cabaran Komik Online Malaysia 2017 (CKOM2017).

Pada CKOM kali ini, pelukis dikehendaki menghasilkan komik berdasarkan tema 'SUKAN'. Apa saja jenis sukan kecuali BOLA SEPAK.

Tarikh tutup: 15 Disember 2016 jam 12:00 AM.

Baca lebih lanjut tentang pertandingan ini di sini → http://bit.ly/CKOM2017
Download Syarat dan Peraturan → http://bit.ly/rulesCKOM2017



Like page FB Matkomik untuk segala update dan berita terkini tentang pertandingan ini. Ini peluang anda terutama generasi muda yang minat melukis untuk mengembangkan sayap dalam bidang komik tanah air.

Hadiah juga sangat menarik, selain ganjaran wang ringgit, pemenang juga berpeluang untuk menghasilkan komik solo anda sendiri dan diterbitkan oleh Komik-M.

Jom sertai beramai-ramai. Kongsikan pada orang ramai, mana tahu anda, anak anda, adik anda, sepupu anda, jiran anda, kawan sekolah anda bakal menjadi salah seorang dari pelukis komik lagenda tanah air.

* * * * * * * * * *

Tema kali ini adalah Sukan. Mungkin ada yang rasa susah, tak berapa suka lukis aksi sukan, rasa susah nak lukis cerita sukan dalam 10 muka surat. Anda sebenarnya boleh buat lebih dari sukan itu sendiri.

Cerita sukan tak semestinya tentang main sukan, masuk pertandingan, kalahkan pihak lawan dan menang kejuaraan. Boleh jadi cerita genre kekeluargaan, konflik, cinta, dakwah, slice of life, pendidikan dan apa-apa sahaja, asalkan ada elemen sukan. Contohnya penggunaan sukan untuk meningkatkan semangat belajar, atau seseorang yang benci sukan akhirnya menjadi orang yang paling aktif bersukan, atau sepasang suami isteri yang bertemu jodohnya dalam sukan dan sebagainya.

Dan sukan pula tidak semestinya sukan mainstream seperti badminton, bola keranjang, olahraga dan yang seangkatan. Sukan juga boleh merangkumi permainan tradisional, board games, e-sports, martial arts, alat permainan (kereta control, Tamiya, Beyblade, etc), sukan ekstrim, sukan bermotor dan sebagainya. Cuba cari kelainan agar sukan yang dipilih tidak sama seperti orang lain.

Oleh itu saya harap anda semua boleh sertainya, kerana kali ini hadiahnya lebih lumayan, di mana pengkarya yang menang berpeluang untuk terbitkan komik solonya dengan Komik-M. Siapa yang memang ada cita-cita nak jadi pelukis komik mainstream, ini peluang anda. Malah kalau rasa tak mampu nak buat seorang, boleh cuba berkolaborasi, bertukar idea dan pandangan serta minta nasihat dari otai-otai untuk kenalpasti kelemahan dan ruang pembaikan.

Jika anda berminat dan mempunyai impian untuk melihat karya anda dibukukan dan dijual di rak-rak kedai buku, ambil peluang ini untuk mencuba. Jangan terlalu fikirkan kalah atau menang, yang penting cuba dan usaha dulu. Kalau kalah pun sekurang-kurangnya kita telah mencuba.

Selain itu ada hadiah saguhati di mana beberapa komik yang terpilih akan dibukukan untuk buku indie Buasir Otak: The Komik volume 5. Mungkin 10 - 15 karya akan terpilih, bergantung kepada penyertaan. So saya harap boleh anda semua masuk, kalau tak menang hadiah utama pun sekurang-kurangnya dapat merasai peluang komik anda dibukukan.

Akhir sekali, siapa nak join kami galakkan untuk buat awal-awal dan jangan hantar last minute. Permarkahan adalah 100% dari juri dan bukan undian daripada orang ramai, namun jika hantar awal, komik anda akan disiarkan lebih awal dari orang lain.

Dengan itu cerita kita pun tidak akan nampak sama seperti komik orang lain sebab kita dah buat dulu. Kalau kita nak buat komik pasal sukan badminton, kalau hantar lambat tengok-tengok dah ada orang lain yang buat dulu komik pasal sukan badminton juga, jadi tak bestlah sebab subjeknya sama.

Satu lagi kalau hantar awal, kita boleh dapat banyak respon dan feedback dari orang lain, so ada masa lagi untuk tahu kelemahan kita dan perbaikinya dalam komik yang lain, sebab untuk pertandingan ini seorang peserta boleh hantar berapa banyak penyertaan yang dia nak.

Akhir kata, selamat maju jaya kepada yang akan menyertainya.

Pesanan ikhlas dari;
Buasir Otak, Penaja Bersama CKOM2017.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.