Komunikasi ialah satu proses pertukaran maklumat, perasaan, idea dan fikiran yang berlaku antara seseorang individu kepada individu yang lain dan kadang-kala melibatkan kumpulan yang ramai. Komunikasi juga biasanya berkait rapat dengan hubungan. Komunikasi boleh merapatkan hubungan antara manusia, namun jika silap caranya, komunikasi juga boleh mejarakkan hubungan sesama manusia.
Biasanya bagi orang yang rapat seperti kawan baik dan adik beradik, komunikasi antara mereka biasanya tidak bertapis dan lebih selamba. Tetapi bagi orang yang tidak begitu rapat seperti kenalan baru, pekerja-majikan, orang asing dan sebagainya, mereka tidak boleh berkomunikasi seperti itu. Kita perlu tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh bila berkomunikasi dengan orang yang tidak begitu rapat dengan kita.
Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dan dielakkan ketika anda sedang berkomunikasi dengan orang yang tidak berapa rapat agar tidak timbul rasa meluat, menyampah, jengkel, jelek, annoying dan irritating pada diri anda:
1. Jadi pendengar yang setia
Bila ada orang mahu bercerita, meluahkan prasaan, menerangkan sesuatu, memberi tunjuk ajar, jadilah pendengar yang setia. Tumpukan perhatian, jangan main smartphone, jangan menyampuk, jangan banyak soal dan sebagainya. Ini bila orang tengah bercakap, kau sama ada buat tak tahu atau kau pulak nak control seluruh perbualan. Bercakap bila perlu sahaja, kalau tak perlu, kau diam dan dengar sahaja. Kau nak orang dengar cakap kau tapi kau tak nak dengar bila orang lain bercakap.
2. Jangan kuat mencelah ketika orang sedang bercakap
Waktu orang tengah bercakap, elakkan dari terlalu banyak mencelah atau menyampuk. Orang baru cakap beberapa ayat, kau mencelah potong percakapan dia. Kalau nak bercakap, tunggu dia habiskan percakapan dia dulu baru kau pula cakap. Ini orang tu baru buka mulut keluar 4 5 patah perkataan kau dah menyampuk, orang pun dah malas nak bercakap dengan kau.
3. Bagi kritikan bila diminta sahaja
Ada masa orang bercerita sesuatu, tentang kerja, tentang hal peribadi, tentang masalah, tentang apa jua kepada seseorang yang lain hanya untuk berkongsi sahaja tanpa mahu sebarang cadangan, pandangan, kritikan, komen dan sebagainya, maka jangan nak pandai-pandai kritik, bagi cadangan dan sebagainya. Kau bagi pandangan kau hanya kalau diminta sahaja.
4. Elak angkat diri sendiri dalam topik perbualan
Bila orang tengah bercakap tentang sesuatu, tentang dirinya, tentang kerjanya, tentang keluarganya, tentang aweknya, tentang kawan-kawannya, tentang apa sahaja, elak angkat diri sendiri dalam topik yang sedang dibualkan. Contohnya kalau orang tengah cerita masalah mat rempit, kau pun cakap kau ada kawan mat rempit power. Orang tengah cerita pasal gangster, kau pun up saudara kau gangster hebat kat kampung. Orang sembang pasal bisnes, kau brag sembang pakcik kau usahawan paling berjaya kat tempat dia. Asal cerita apa pun mesti ada je benda yang kau lebih hebat.
5. Hormat minat orang lain
Kalau ada orang tengah bercakap tentang hobi, minat atau apa-apa kegemaran dia, kalau kau tak minat pun tak perlu kau perlekeh dan kutuk-kutuk minat dia. Ada kawan beritahu dia ada melukis komik, kau pun cakap budak-budak je baca komik. Ada kawan cakap dia suka bola, kau pun cakap orang bodoh je suka bola. Ada kawan cerita dia minat K-Pop, kau pun kutuk-kutuk artis kegemaran dia depan dia. Ada member cakap dia suka seorang awek, kau cakap dia takde taste, awek tu hodoh.
6. Jangan jadi perosak suasana
Bila ada orang nak meluah atau berkongsi kegembiraannya, cuba jangan jadi perosak suasana atau mood spoiler. Kawan kau cari kau nak meluahkan rasa gembiranya dapat naik pangkat, kau pun cakap naik pangkat bukan boleh bawak masuk kubur pun. Member kau belanja kau makan kat kedai, lepas makan kau cakap makanan tak sedap. Hancur terus mood dari gembira rasa nak terajang.
7. Elak memanggil orang dengan nada jengkel
Ada orang suka panggil nama orang dengan nada yang sangat jengkel dan jelek. Ada kawan kau nama dia Ridhuan, kau pun panggil dia "Riddhuuuaaaaaaaaaaaaaaan" dengan nada jelek dan kuat sampai satu pejabat dengar, tambah pula dengan mimik muka yang sangat menjengkelkan.
8. Jangan mulakan percakapan dengan "Tak"
Bila bercakap dengan seseorang, jangan mulakan percakapan dengan perkataan "Tak" atau "Tidak". Bila orang cakap tentang sesuatu, kau pun cakap, "Tak, aku tak suka bla bla bla...". Bila orang cakap pasal politik, kau pun mulakan dengan "Tak, sebenarnya macam ni bla bla bla...". Bila kawan kau cakap pasal kerja, kau pun cakap, "Tak, aku biasa buat bla bla bla...". Dah semua benda "Tak", apa benda yang "Ya"?
9. Elakkan dari asyik bertanya "Kenapa"
Elakkan dari asyik bertanya soalan "Kenapa" pada orang lain. Tak semua benda orang selesa dengan soalan "Kenapa". Nampak kawan kau potong rambut, kau tanya "Kenapa potong rambut?" Kawan kau beli telefon, kau tanya "Kenapa kau beli telefon Samsung? Kenapa tak beli iPhone?" Ada orang guna pergi kerja naik motor, kau tanya "Kenapa naik motor? Kenapa tak naik kereta?" Lepas tu bila orang tu bagi jawapan, kau tanya lagi "Kenapa jawapan dia macam tu?" Semua benda kau nak tanya kenapa, kau dah kenapa?
10. Jangan pertikai dan kritik semua benda
Elakkan asal bukak mulut je mesti nak pertikai sesuatu, asal bercakap je mesti ada benda yang nak dikritik, bila berbual je ada je benda nak dikeluh. Orang cerita pasal kerja, kau pertikai kenapa dia buat kerja macam tu. Kau pergi wayang dengan wayang, dari awal cerita sampai habis ada je benda kau nak kritik. Bila cerita pasal kaum, ada je benda kau nak pertikai kaum kau sendiri, ada je benda yang tak betul. Yelah kau jelah yang paling betul dalam dunia, benda lain semua salah.
11. Jangan selalu nak berdebat dan mahu menang
Kadang-kadang orang berbual ni memang sekadar nak berbual, nak berkongsi cerita, nak bertukar fikiran. Bukan semua perbualan itu perlu dijadikan sesi debat. Ini asal berbual je ada je benda kau nak bangkang, ada je benda kau nak hujah, lepas tu mesti kau je yang nak menang, kau je yang nak betul, cakap kau je yang orang lain kena dengar. Takpelah kau ambik la piala kemenangan tu, dah pergi jauh-jauh.
12. Hormat masa peribadi orang lain
Kau kena tahu bila masa orang boleh diajak berbual, bila masa yang tidak sesuai. Kalau nampak orang tengah tekun bekerja, tengah fokus buat sesuatu, tengah relaks tenangkan diri, tak payah sibuk-sibuk nak ajak dia berbual. Hormat masa peribadi atau "me time" orang lain. Kalau takde benda yang penting nak cakap, tak payah cakap. Kalau nampak dari gaya atau bahasa badan dia macam malas-malas nak layan, faham-faham je la tolong berhenti dan berambus.
13. Tahu bila masa nak berhenti
Ada orang kalau dah bercakap memang susah nak berhenti. Tak tau apa masalah mungkin terlalu peramah. Kadang-kadang orang cuma nak bercakap dengan ringkas je kerana ada hal yang perlu dilakukan, tapi kau pula ajak bersembang tak reti-reti nak berhenti, lepas tu sembang hal-hal ke laut yang takde kaitan pun dengan topik perbincangan asal. Bila orang tu dah rasa awkward dan bagi hint suruh kau berhenti, kau berhenti jelah.
14. Elak bercakap pasal diri sendiri sahaja
Bila tengah berbual dengan orang lain, elakkan dari bercakap tentang diri sendiri sahaja dari A sampai Z. Sekali sekali tanya pula perihal orang lain. Tunjukkan yang kau juga ambil berat dan peduli terhadap perasaan orang lain, bukan obses pasal diri kau dan nak orang je rasa tahu dan kagum tentang diri kau. Kalau kau nak orang rasa kagum pada diri kau, kau jangan bersembang dengan orang, kau tulis status Facebook je.
15. Jangan memaksa orang bercakap
Ada ketika bila ternampak seseorang membuat sesuatu yang boleh menimbulkan perasaan ingin tahu kau, tak perlu tanya melainkan dia sendiri nak cerita. Kalau dia tak nak beritahu, jangan paksa dia beritahu. Macam kau ternampak kawan kau layan video Youtube kat telefon dia, tak perlu tanya dia tengok video apa. Kalau kau tanya juga tapi dia cakap takde apa-apa lah, maka jangan paksa dia untuk jawab lagi. Jangan sibuk dengan hal orang lain yang takde kaitan pun dengan diri kau sebab ia hanya akan mendatangkan perasaan kurang selesa pada orang lain.
16. Jangan membahan orang lain
Bahan membahan dan ejek mengejek memang biasa di kalangan kawan-kawan baik, tapi ia terhad di situ sahaja. Kalau orang yang kau tak berapa kenal dan tak berapa rapat, jangan pandai-pandai nak membahan dia macam kau tu dah kawan rapat dengan dia sejak kecil. Bila kawan-kawan rapat dia bahan, kau jangan sibuk-sibuk nak turut serta bahan. Kau takde lesen untuk membahan dia.
17. Elakkan bercakap dengan kuat
Kalau kau bercakap dengan orang lain, duduk pun depan-depan, tak payah la bercakap kuat-kuat macam dia duduk sebatu dengan kau. Cakap kuat-kuat sampai orang sekeliling pun boleh dengar apa benda yang kau bualkan, apa yang kau cuba buktikan sebenarnya?
18. Jangan tunjuk pandai dalam semua hal
Bila berbual apa-apa topik pun, jangan nak tunjuk pandai dan sembang macam kau tahu semua benda dalam dunia. Orang cakap pasal filem, kau sembang kau tahu semua. Orang cakap pasal anime, kau sembang kau tahu semua benda. Orang cakap pasal motor, kau sembang kau tahu semua benda pasal motor. Kadang-kadang orang yang sedang kau bercakap tu lebih tahu dari kau, dan dia tahu apa yang sembang tu banyak yang temberang, tapi sebab malas nak melayan debat dengan kau, dia diam sahaja sambil menikmati kau terus memperbodohkan diri sendiri.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir
Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di
sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: tips komunikasi berkesan hubungan kawan kenalan rasa jengkel jelek menyampak meluat awkward annoying irritating conversation
Aku pernah keluar dating dengan sorang awek dulu. Dari awal sampai akhir dia asyik cerita pasal diri dia je. Yang peliknya dia langsung tak tanya perihal aku. Dalam kepala otak aku pikir, dia ni mesti obses dengan diri sendiri dan tak berminat nak tahu hal orang lain, apa lagi nak memahami perasan orang. Dia nampak seronok sangat bila bercerita pasal diri sendiri. So, aku kata aku tak nak start hubungan ni. That's the example of communication fail.
BalasPadambetul tu. terima kasih untuk tips ni, dah dimasukkan dalam list.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam