Halaman

Rabu, 23 Mei 2018

Sebenarnya masih ramai yang sayangkan UMNO dan BN

Sudah 2 minggu tampuk kepimpinan dan kerajaan Malaysia berubah. Saat keputusan PRU14 diumumkan tatkala hening pagi 10 Mei 2018, orang ramai tak kira penyokong BN, PH, PAS atau pengundi atas pagar yang terkedu, tergamam dan langsung tidak menyangka dan tak dapat membayangkan yang BN akhirnya tewas setalah 60 tahun lebih mentadbir Malaysia.

Malah ramai penyokong BN terutama mereka dari generasi lama, golongan ibu bapa kita, golongan tua dan warga emas turut bersedih sehingga mengalirkan air mata seolah-olah tidak percaya dan tidak sanggup menerima berita kekalahan itu, seperti yang dikongsi oleh netizen di Twitter ini.




















Sumber dari FB Sir Azri @ Papagomo.

Suka atau tidak, UMNO dan Barisan Nasional memang sudah terlalu sinonim dengan masyarakat terutama generasi terdahulu, yang mana warna biru tua sudah mengalir pekat dan sebati dalam diri dan jiwa mereka.

Masakan tidak, mereka lahir ketika pentadbiran BN, membesar dengan pentadbiran BN, mendapat pendidikan, kemudahan dan pembangunan di bawah pentadbiran BN. Malah ada warga tua zaman sekarang yang sempat merasa zaman ketika UMNO membebaskan Tanah Melayu dari jajahan British.

Bagi mereka Malaysia, UMNO dan BN sudah amat sinonim dan melengkapi antara satu sama lain.  Sebab itu walau apa pun yang berlaku pada hari ini, walau apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN pada hari ini, mereka tetap akan menyokong UMNO BN kerana bagi mereka parti UMNO BN ini sudah terlalu banyak berjasa dan berbudi kepada mereka, maka mereka rasa terlalu sayang, terhutang budi dan mahu membalas jasa-jasa mereka dengan terus mengundi parti keramat ini.

Namun seperti yang aku tulis dalam artikel "Bagaimana UMNO-BN boleh dapat kembali sokongan?", perjuangan yang ada pada hari ini bukanlah sama dengan perjuangan 60 tahun lepas. UMNO BN yang ada pada hari ini bukanlah sama dengan UMNO BN zaman dahulu.

Walaupun dasar parti masih sama, tetapi tampuk kepimpinan bukanlah sama seperti dahulu. Pemimpin yang tinggal pada hari ini hanyalah generasi anak dan cucu kepada pemimpin generasi terdahulu. Sebab itu pemimpin yang ada pada hari ini hanya mencari peluang untuk mengkayakan diri sendiri, keluarga dan kroni apabila mendapat kuasa, kerana mereka pun tidak mengerti dengan perjuangan orang terdahulu.

Oleh kerana itu maka wujudlah satu perjuangan baru pada zaman sekarang. Jika perjuangan generasi terdahulu adalah untuk membebaskan diri dari cengkaman British, maka perjuangan generasi hari ini adalah untuk membebaskan diri dari cengkaman kerajaan BN. UMNO BN yang jatuh pada hari ini pun, percayalah yang ia bukanlah kerana dasar dan prinsip parti, sebaliknya disebabkan orang-orang yang mengemudikannya.

Lagipun kerana sudah terlalu lama memerintah, UMNO BN sudah dilihat seperti parti yang tua atau evergreen. Bila sesuatu itu sudah menjadi terlalu lama, orang yang masih menyokongnya pun adalah orang lama yang membesar dan hidup pada zaman kegemilangan mereka, sedangkan generasi baru sudah pun menyokong suatu yang baru.

Hal ini bukan dalam politik sahaja pun tapi dalam perkara lain sekali pun, contohnya muzik. Band hebat seperti Metallica, Queen, Linkin Park, Nirvana dan sebagainya pun yang suatu ketika dahulu sangat gah dan popular di zaman mereka.

Namun pada hari ini, nama-nama ini sudah sangat jarang didengari di corong radio dan media massa. Majoriti masyarakat yang ada pada hari ini adalah generasi muda yang membesar dengan meminati muzik yang terhasil dan popular pada zaman sekarang. Generasi muda pada zaman ini tidak pernah merasa kehangatan dan kehebatan scene muzik generasi terdahulu, menyebabkan populariti pemuzik dulu semakin suram dan kelam.

Kalau ada orang yang masih mendengar lagu-lagu dari pemuzik lama pun, majoritinya adalah orang yang pernah menjadi peminat setia mereka serta yang pernah membesar dan hidup di zaman kegemilangan mereka. Susah bagi mereka untuk menarik minat peminat baru yang terdiri dari orang-orang muda, lalu akhirnya hanya tinggal kenangan dan nostalgia yang boleh diibaratkan sebagai suatu relik atau artifak.

Begitulah juga dengan dunia politik kita. Kalau parti yang sama je memerintah Malaysia, sampai satu masa generasi baru pasti akan merasa bosan dan mahukan suatu yang baru, yang kena dan sesuai dengan jiwa dan zaman mereka.

Kerana itulah pentingnya kita perlu sering bertukar tampuk kepimpinan.
Kerana itu juga aku pernah cadangkan kita buat "Undi Terbalik".

Kerana kehidupan ini lumrahnya begitu.
Kerana manusia ini sifatnya begitu.
Kerana akhirnya, tiada apa yang kekal selama-lamanya di dunia ini.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: warga tua sayang pada umno bn mengangis ibu bapa sedih kalah pru14 jaga hati twitter

7 ulasan:

  1. Ya..suka atau tk terima jerr hakikat..org bkn benci umno tapi pemimpin mereka yg korupsi..jikalau pemimpin PH lakukan rasuah dn penyelewengan kita tolak mereka plk..umno dh tua selalu sakit2..umno perlu ada utk semak imbang kpd kerajaan sekarang..perasaan nii sekejap jerr lama2 biasalah tuu..⌛⏳

    BalasPadam
  2. menganjing ke? orang tua xde internet diorang xfhm kenapa diorang kena gst, kenapa kes 1mdb tu berat... sedih apapun sabarlah semoga PH pegang untuk penggal akan datang jugak....

    BalasPadam
  3. Bisjut kepala bapak ko

    BalasPadam
  4. Sy berpendapat BN kalah disebabkan penolakkan beramai2 sbb kes Najib terutama dlm isu 1MDB dan isu GST. PRU dah habis n bukak buku baru.

    Tp BN still ada peluang utk menang next PRU15, cuma dgn beberapa syarat:
    1. Siapa akan jadi kapten baru utk BN
    2. Mcmana PH mentakbir seperti yang dijanjikan
    3. Kesefahaman parti2 komponen dlm PH

    Tp jgn terkejut, lepas ni PH pulak akan buat apa cara sekalipun utk kekal menang PRU15. Info yg x rasmi sy dpt tau ialah kawasan Parlimen di luar bandar dikurangkan dan kawasan Parlimen di dalam bandar ditambah. I other words kebanyakan kawasan bandar ditandingi oleh kawasan pengundi majoriti Cina..so kalau Cina nak DAP dalam PH kekal selama2nya walaupun byk isu berlaku, PH akan forever kekal sebagai gov.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.