Halaman

Khamis, 24 Januari 2019

Amalan U-turn menggugat reputasi kerajaan PH

Kerajaan Pakatan Harapan hari ini seringkali dilabel sebagai kerajaan U-Turn terutama oleh pihak pembangkang Barisan Nasional. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kerajaan pusingan U ini? Kenapa ada ketikanya kerajaan terpaksa membuat U-Turn? Salahlah kerajaan membuat U-Turn jika ia demi untuk kebaikan rakyat walaupun terpaksa dianggap kencing rakyat kerana tidak mampu menunaikan janji-janji pilihanraya?


Kerajaan U-Turn...
1. Kerajaan PH sering dikaitkan dengan U-turn, yakni menukar atau menarik semula keputusan atau kenyataan yang telah dibuat. Begitu juga dengan penyokongnya.

2. Ada beberapa perkara yang dulunya dijadikan bahan dan modal menghentam dan menyindir kerajaan lama, kini diteruskan sahaja.

3. Ada benda yang dulunya sibuk nak mansuhkan, kini tidak jadi. Tol dan PTPTN misalnya.

4. Ada amalan kerajaan lama yang dulunya dikecam teruk, kini diulangi oleh mereka. Menggunakan kenderaan rasmi kerajaan bagi kegunaan kempen pilihanraya misalnya.

5. Ada hal yang berlaku dulu semua diletakkan kesalahan pada kerajaan lama, kini ia masih berlaku namun tidak pula menyalahkan pihak sendiri. Penyusutan nilai ringgit misalnya.

6. Kalau dulu Barang Naik, kini Penaik Harga. Dulu bila ada kenaikan harga terus kerajaan dipersalahkan, kini bila berlaku kenaikan harga tidak pula menyalahkan pihak sendiri. Harga minyak misalnya.

7. Dulu pemimpin kerajaan BN sering dikecam kerana keluarkan kenyataan merapu, kini masih ada kenyataan yang merapu dari pemimpin kerajaan PH terutama di media sosial, siap edit 2 3 kali bila dah kena kecam. Transgender boleh guna tandas OKU misalnya.

8. Walaupun sekarang ini sudah ada macam-macam isu yang tak sedap didengar berkaitan kerajaan PH, tak dinafikan ada juga inisiatif dan dasar baik yang diperkenalkan, antaranya seperti kasut sekolah warna hitam, larangan merokok di kedai makan, cadangan larangan remaja keluar lewat malam, media yang lebih bebas dan sebagainya.

9. Namun begitu juga halnya dengan kerajaan lama BN, walaupun selama ini dilanda pelbagai kontroversi seperti skandal 1MDB, tak dinafikan banyak dasar dan inisiatif bagus yang telah mereka laksanakan selama ini termasuk juga di zaman PM Najib seperti 1Malaysia, BR1M, rasionalisasi subsidi, UTC, RTC, MRT dan sebagainya.

10. Jika kerajaan BN yang sudah memerintah selama 60 tahun itu tak bagus langsung, kita takkan capai apa yang kita sudah capai pada hari ini.

11. Sebab itu pentingnya fungsi kerajaan dan pembangkang ini, bukanlah untuk bergaduh, berebut kuasa dan membangkang sepanjang masa semata-mata, sebaliknya untuk bersama saling bekerjasama antara satu sama lain untuk membangunkan negara.

12. Tidak semua yang kerajaan itu buat itu sentiasa salah dan harus sentiasa dibantah. Tidak semua juga yang pembangkang tegur itu salah dan harus sentiasa diketepikan.

13. Bila berlaku suatu masalah, seharusnya kerajaan dan pembangkang duduk bersama-sama mencari penyelesaian bukan saling bergaduh dan menuding jari. Sebab tak kira lah mereka di pihak mana, mereka semua dibayar gaji untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia, bukan kepada mana-mana penyokong parti politik.

14. Ini bila ada usul dari pihak kerajaan je, terus dibantah pembangkang. Bila ada cadangan dari pihak pembangkang je, terus tidak dipedulikan. Kenapa tidak bila ada suatu usul dan cadangan, sama-sama bagi idea dan solusi untuk memantapkan lagi usul dan cadangan tersebut demi rakyat Malaysia juga?

15. Ini bila satu pihak asyik bangkang-bangkang pun sebelum ini, bila mereka dah bertukar peranan jadi kerajaan, banyak benda yang mereka bangkang selama ini tetap diteruskan juga, sebab akhirnya baru mereka sedar yang kerajaan perlukan duit yang banyak untuk run the country, untuk pembangunan, untuk kemajuan, untuk kebajikan dan sebagainya.

16. Ambil contoh BR1M. Dulu pembangkang bangkang-bangkang pun bila dah jadi kerajaan masih teruskan cuma tukar nama je.

17. Dulu pembangkang bukan main nak mansuhkan tol, siap sindir lagi kena banyak bayar tol, tapi bila dah jadi kerajaan tol masih wujud pun.

18. Dulu isu PTPTN selalu dijadikan modal pembangkang untuk meraih undi, sekarang PTPTN masih megah berdiri siap kaedah bayaran balik semakin diperketatkan.

19. Dulu pembangkang tidak bersetuju dengan apungan harga minyak secara mingguan lalu ditetapkan pada harga tetap. Kini harganya kembali diapungkan secara mingguan semula, bezanya cuma dulu harga ditukar pada hari Rabu, kini hari Jumaat.

20. Dulu ada cukai GST. Kemudian GST dimansuh dan SST diwujudkan semula. Harga barang tetap naik. Tidak hairan jika satu hari nanti GST diperkenalkan semula kerana disedari ia lebih efektif.

21. Dengan apa yang kita saksikan hari ini, aku percaya modal dan bahan kempen yang bakal digunakan untuk PRU akan-akan datang akan berubah.

22. Tidak boleh lagi guna isu kos sara hidup, isu kenaikan harga, isu cukai, isu mansuh itu ini, sebab apa? Sebab semua janji-janji tu dah terbukti tak boleh pakai pun dari parti BN mahupun PH. Siapa berani lagi nak berjanji bulan dan bintang lagi? Mungkin isu yang masih boleh dipakai adalah isu berkaitan agama, kaum, bahasa dan sebagainya.

23. Bayangkan masa mana-mana Pilihan Raya Kecil (PRK) yang wujud selepas PRU14, apa je pun modal kempen yang boleh dipakai. PH nak perjuangkan penurunan kos sara hidup, janjikan pembangunan pun tak boleh. Nak perjuang, berjanji apa lagi, mereka dah jadi kerajaan. Tanpa PRK pun mereka dah ada kuasa untuk buat semua benda tu.

24. Di pihak pembangkang BN juga sama, nak berjanji dan perjuangkan itu ini pun tak boleh sebab mereka dah ada masa 60 tahun untuk laksana tapi tak juga dilaksana. Last-last modal yang mereka ada cuma kritik dan troll kenyataan dan tindak tanduk pemimpin kerajaan. Nak janji harga barang turun ke, kos sara hidup turun ke, masa mereka memerintah pun sama juga takde turun mana pun.

25. Cuma nak cakap, kita sebagai rakyat, membangkang kerajaan ni memang sedap tak kira la kerajaan mana pun. Tapi jangan kerana kita mengkritik kerajaan baru, kita terus jadi penyokong kepada pembangkang baru. Jangan lupa dulu pun kita lah yang kuat jugak kecam kerajaan lama atas pelbagai sebab. Hari ini pun sama kita kecam kerajaan baru atas pelbagai sebab juga.

26. Sebab tak kiralah kerajaan atau pembangkang, kalau dah namanya ahli politik, atas bawah kiri kanan pusing ikut mana pun akhirnya sama sahaja. Jangan kerana kebodohan pemimpin kerajaan hari ini, kita lupa terus kebodohan pemimpin kerajaan dahulu. Jadilah rakyat yang rasional, bukan catur kepada mana-mana parti dan pemimpin politik.




P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: kerajaan u turn pusingan u signboard papan tanda prk cameron highland pakatan harapan barisan nasional ph bn pembangkang

3 ulasan:

  1. Apa bolehh buat..ph terpaksa bohong rakyat utk mng..ngakal sikit2 jerr..ada bohong yg dibolehkn jika tk dtgkn mudarat..kikiki..😊😊🤗🤗🙃🙃

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.