Namun penarikan gelaran itu bukanlah apa-apa jika dibandingkan dengan kecaman yang mereka dan ahli keluarga mereka terima oleh netizen. Permohonan maaf dan titisan air mata juga belum mampu menahan gelombang kecaman ini. Yang pasti selepas seminggu dua, netizen akan mula lupa akan kisah ini dan move on dengan cerita viral yang lain pula.
Dewi remaja...
1. Aku bukan seorang peminat program realiti, kerana program realiti ini bukanlah serealiti mana pun sebenarnya. Bila wujudnya kamera depan kita, kita tidak lagi jadi diri kita, sebaliknya kita akan jadi apa yang orang lain harap dan mahu tengok untuk mendapatkan perhatian penonton.
2. Maka lebih baik program realiti ditukar nama menjadi program palsu. Nak tengok program realiti lebih baik tonton rancangan Bersamamu atau 'fail compilation' kat Youtube.
3. Namun disebabkan ramai penonton ingat apa yang dihidangkan dalam rancangan realiti itu adalah adalah hal yang sebenar dan bukan lakonan, maka mereka menjadikan peserta program realiti ini sebagai ikon atau role model.
4. Kalau dalam program realiti biasanya peserta akan diberi tugasan, contohnya buat kerja-kerja amal di rumah anak yatim, peserta ini akan nampak berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kerja-kerja amal itu, lalu kita terus rasa orang itu layak jadi ikon.
5. Hakikatnya mereka buat kerja-kerja tu sebab nak selesaikan tugasan yang diberi untuk merebut gelaran juara rancangan tersebut. Cuba kalau mereka tak masuk rancangan tu, rasa-rasa mereka pergi tak rumah anak yatim dengan rela hati? Kita sendiri pun malas.
6. Bagi aku kalau perlukan seseorang untuk dijadikan role model atau contoh, lebih baik cari orang yang dekat atau yang kita betul-betul kenal, contohnya ibu bapa kita, abang kakak kita, saudara mara kita, guru kita, sahabat kita, rakan sekerja kita, ketua kita, mentor kita, atau mana-mana orang yang kita memang kenal dan kita pernah merasai sendiri pengalaman bersama dengannya.
7. Mengangkat para selebriti, artis dan ahli politik untuk dijadikan role model kita bukanlah suatu yang bijak, sebab kita bukanlah kenal betul pun mereka luar dan dalam. Apa yang kita tahu pasal mereka hanya di lapisan yang paling luar, kehidupan dia yang sebenarnya kita tak tahu pun. Depan memang lah semua nampak baik, tapi kat belakang dia kaki clubbing ke, kuat minum arak ke, kaki perempuan ke, kuat makan rasuah ke, kita bukannya tahu.
8. Program realiti yang kau tonton kat TV tu tengok boleh percaya jangan, anggaplah ia sebagai hiburan semata-mata. Tapi kalau tak tengok pun takpe, bukan rugi apa pun tak tahu siapa peserta tu siapa artis ni siapa penyayi tu siapa penyanyi ni.
9. Berbalik pada isu peserta kantoi tu, kita kutuk kecam caci maki pun benda dah jadi. Mereka pun dah terima banyak cercaan dari orang ramai dan diambil tindakan, maka tak perlulah kita nak tambah lauk lagi komen kat media sosial. Aku yakin mereka pun mesti menyesal dan hal ini akan menghantui kehidupan mereka sepanjang hayat mereka. Lagipun mereka juga seperti manusia yang lain yang berhak peluang kedua.
10. Tak perlu juga kecam keluarga mereka, ibu mereka, bapa mereka. Seorang anak tidak semestinya mewarisi sikap dan perangai ibu bapa mereka. Anak seorang ustaz tak semestinya banyak ilmu seperti bapanya. Anak seorang penagih dadah tak semestinya akan turut menjadi penagih dadah. Kita tak berada di tempat mereka.
11. Mungkin ibu bapanya telah mendidik mereka dengan baik dari kecil, namun bila anak sudah besar mereka sudah tidak lagi boleh dikawal dan boleh menentukan hidup mereka sendiri. Kalau kita kecam ibu bapa mereka pun hanya akan menambah kelukaan dan kesedihan mereka. Bagi peluang ibu bapa mereka menguruskan hal anaknya sendiri.
12. Cuma dalam hal ini aku lebih kesiankan orang-orang biasa yang kat belakang dan sekeliling mereka tu, yang pasti juga ada anak-anak Melayu Islam, yang sedang menari-nari, berpakaian seksi, teguk arak dan bersosial tanpa batasan. Peserta-peserta Dewi Remaja yang kantoi tu sekurang-kurangnya dah mendapat balasannya, yang lain?
13. Aku yakin mesti ada di kalangan mereka juga orang Melayu Islam, malah mungkin ada juga yang masih bawah had umur masuk kelab malam sama seperti peserta Dewi Remaja ini, cuma yang membezakan mereka adalah orang biasa, manakala peserta Dewi Remaja itu berstatus selebriti dan dikenali ramai.
14. Itulah realitinya, bila orang yang dikenali masuk kelab teguk arak, semua orang kisah, semua ambil peduli. Bila orang biasa anak Melayu kita masuk kelab teguk arak, siapa yang peduli?
15. Tak percaya cubalah serbu kelab malam, pasti akan jumpa ramai anak Melayu kita terkinja-kinja mabuk-mabuk. Tapi tu lah, orang Melayu ni se-barat dan se-liberal mana pun ideologi mereka, arak judi zina semua dia OK, tapi bila tang babi tak makan pula. Harammmm katanya.
16. Cuma bila buat benda tak baik ni satu je lah, kalau kantoi tu tak perlulah nak salahkan orang lain, salahkan kawan, salahkan mak bapak, salahkan cikgu. Segala perbuatan kita adalah atas pilihan kita sendiri, maka kita perlu bertanggungjawab atas perbuatan kita sendiri. Kalau ada orang yang perlu dipersalahkan, salahkanlah diri sendiri.
17. Isu ini mengajar kita betapa susah dan sukarnya untuk mencipta nama dan membina sebuah reputasi. Ia memerlukan kesungguhan, keazaman, usaha keras, semangat dan tempoh masa yang lama. Namun reputasi ini boleh hancur sekelip mata sahaja andai kita tidak menjaganya dengan baik.
18. Akhir kata, menghentam itu memang mudah, tapi nak membimbing mereka kembali ke pangkal jalan tidak semua orang sanggup.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.
tags: juara dewi remaja haneesya hanee ernisha fazreen kantoi kelab malam arak parti liar penganjur tarik balik pakai tudung
cedihnye....
BalasPadamnak bisjut?
BalasPadamBisjut kepala tenuk hang
Padammek pun ada komen untuk kisah ni. jemput baca
BalasPadamhttp://www.mekyunie.com/2019/01/kisah-dewi-remaja-2018-antara.html
Huhu setuju ngan point no. 17 & 18
BalasPadam