Halaman

Sabtu, 14 September 2019

Manusia poyo acah-acah rebel di media sosial

1. Golongan Raja juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan macam kita.

2. Mereka juga ada keinginan nak guna Internet dan media sosial macam kita juga.

3. Kalau tak suka dengan mereka, simpan dalam hati sudah atau sembang dalam private group. Pergi cakap kat Twitter memang mendapatlah.

4. Sebab celah mana pun, mereka Raja dan kau cuma rakyat biasa.

5. Ya, mereka memang mendapat elaun dan peruntukan dari kerajaan Malaysia. Sejak dulu dah termaktub dalam undang-undang mereka memang layak dapat atas jawatan dan tugas mereka, buat apa nak persoalkan?


6. Mereka tak berlaku zalim kat rakyat, tak kacau hidup kau, mak bapak kau dan keluarga kau, jadi kau buat hal sendiri sudah.

7. Bila mereka tak bercampur dengan rakyat, kau kutuk. Bila mereka merendah diri bermesra dan mendekatkan diri dengan rakyat, pun kau kutuk. Semua benda tak kena kat mata kau, kau jelah yang acah-acah betulnya.

8. Lepas tu tak habis-habis ungkit pasal duit cukai kau. Kau ingat kau seorang bayar cukai ke kat negara ni? Berapa sangat je lah pun kau bayar cukai, lebih-lebih lagi yang masih belajar. Orang yang banyak bayar cukai pun tak bising macam kau.

9. Lagipun kau ingat duit cukai buat bayar elaun mereka sahajakah? Gaji penjawat awam, bagi peruntukan sekolah, hospital, kebajikan masyarakat, buat jalan raya, bagi subsidi sana sini, semua pun guna duit cukai lah.

10. Terima jelah kau dilahirkan sebagai orang kebanyakan. Relaks lah bukan kau seorang je pun, berjuta-juta orang pun sama, jadi buat apa nak malu, nak jeles.

11. Sistem beraja bukan punca rakyat susah dan negara miskin. Banyak negara takde raja, negara miskin juga. Ada negara yang ada sistem beraja macam negara Jepun dan UK, maju dan kaya juga. Miskin atau kaya bergantung pada kecekapan kerajaan dan rakyat, tak kiralah pakai sistem pemerintahan apa pun.

12. Jadi kat negara ni kau tak payahlah nak acah-acah jadi rebel, jadi pejuang haluan kiri, pejuang liberalisasi, pejuang anarkis dan jadi apa-apa pejuang ideologi selain yang telah diamalkan di Malaysia dan yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang.

13. Sebab kau takkan dapat sokongan ramai, akan dihentam teruk, dikenakan tindakan undang-undang, dan nama kau takkan terukir pun sebagai pejuang yang berjaya, yang dihormati dan disegani dalam lipatan sejarah. Nama kau akan terus dilupakan.

14. Kau tengok lah berapa ramai orang acah-acah pejuang acah-acah rebel sebelum PRU14, tapi sekarang dah dilupakan dan orang tak peduli pun. Ahli politik yang kau beria sokong dulu pun lepas dah menang diorang tak pandang pun kau. Dia sedap-sedap dapat jawatan, kau tak dapat apa.

15. Muda-muda ni kau belajar je lah macam mana nak survive dalam kehidupan kau untuk masa akan datang, sebab takde siapa yang nak tolong kau pun melainkan diri sendiri. Kau buat kerja bodoh, kau juga yang susah. Ingat mak bapak kau, ingat keluarga kau.

16. Akhir kata, tak perlu berangan-angan nak ubah Malaysia ikut acuan idealisme kau. Terima hakikat dan hadap realiti.

* Berikut juga antara komen-komen penghina Raja dalam kes-kes sebelum ini yang pernah aku muatkan dalam artikel "Cabaran dan tanggungjawab rakyat selepas PRU14". Sengaja aku tak tutup nama semua orang ini agar ia kekal dalam lipatan sejarah dan menjadi pengajaran pada insan yang lain.








Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):




P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: hina permaisuri agong institusi beraja tuduh sembah berhala kutuk twitter pejuang rebel poyo acah-acah anis khalidi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.