1. Ada segelintir yang tak bersetuju dengan artikel aku tentang Cancel Culture sebelum ini dengan mengatakan kenapa kita kena takut untuk berkata benar atau 'speak the truth'.
2. Dalam artikel aku tu aku tak halang orang untuk berkata benar. Lagi pun itu yang kita disuruh pun dalam agama, iaitu jujur dan berkata benar.
3. Aku cuma cakap, berhati-hati dalam tutur kata dan memberi kenyataan dan pandangan sama ada dalam bentuk penulisan mahupun percakapan, kerana setiap orang bertanggungjawab terhadap penulisan/percakapannya sendiri.
4. Tak salah nak bagi pendapat, tapi guna ayat yang elok. Tak salah nak bagi pandangan, tapi pakai bahasa yang baik. Tak salah nak bagi kritikan, tapi jaga sensitiviti. Tak salah nak keluarkan kenyataan, tapi patuh dengan undang-undang.
5. Dan setiap yang kita tuturkan tu, tak semestinya semuanya 'speak the truth'. Kemungkinan hanya sekadar pandangan kita yang bukan fakta, atau mungkin kita berkata bohong, atau memfitnah, atau mereka-reka cerita.
6. Malah pandangan yang kita rasakan benar pada kita, mungkin salah pada orang lain, begitu juga sebaliknya. Jadi siapa sebenarnya yang 'speak the truth'?
7. Lagipun, pentingnya kita jaga tutur kata ni, bukan kerana Cancel Culture sahaja, bukan setakat kerana tak mahu orang marah kat Facebook lepas tu report akaun kita je, tapi benda tu kemungkinan boleh memudaratkan kita dari sudut undang-undang.
8. Ada orang pernah kena saman, ada yang pernah kena heret ke mahkamah, ada yang pernah masuk penjara, ada yang hilang pekerjaan, ada yang pernah lari ke luar negara, hanya kerana satu status FB atau satu Tweet sahaja. Benda ni bukan tak pernah berlaku, dah banyak kali berlaku sebelum ni. Benda-benda tu sepatutnya dah boleh dijadikan pengajaran kepada kita untuk lebih berhati-hati dalam menulis di media sosial.
9. Mungkin pejuang sosial yang jenis rebel dan kuat memberontak ni boleh lah cakap tak payah takut bersuara, lalu mengajak dan menyeru orang lain supaya cakap je apa-apa, tulis je apa-apa, lawan je apa-apa. Namun pemikiran dia seperti ini mungkin kerana dalam hidupnya dia tiada banyak tanggungan dan tanggungjawab yang besar.
10. Orang macam ni aku pun tak nak kisah sangat, sebab kalau dia kena apa-apa, tiada orang lain yang terkesan pun. Tapi orang lain yang banyak tanggungan dan tanggungjawab, seperti seorang suami atau isteri, ibu bapa yang ada anak-anak kecil, anak-anak yang menjaga ibu bapa yang sudah tua, yang ni aku mahu ingatkan agar berhati-hati lah dalam menulis atau berkata-kata.
11. Prinsip aku macam ni sebab aku seorang yang realist, bukan idealist, Bayangkan kalau mata pencarian kau terjejas, keluarga kau tergantung, kehidupan kau tergugat, hanya kerana beberapa patah perkataan dan ayat kau di media sosial, berbaloi ke?
12. Dan andai kata kau kena apa-apa, yang tanggung kesan dan akibatnya hanyalah kau dan orang terdekat kau. Adakah kau rasa orang yang influence kau untuk 'bersuara' tu akan tolong kau? Adakah kau rasa akan ada pejuang sosial yang akan tanggung dan sara keluarga kau kalau kau kena apa-apa?
13. Kerana akhirnya para pejuang sosial, aktivis dan ahli politik yang kita selalu nampak lantang bersuara tu pada akhirnya, seperti mana kita, ada periuk nasi yang perlu dijaga juga. Lagipun pejuang sosial di Malaysia bukan lah macam di luar negara pun.
14. Pejuang sosial di luar negara kalau diorang nak buat protes atau demonstrasi kat jalanan, diorang buat je terus bila-bila masa, sanggup duduk dan berkhemah untuk protes berhari-hari.
15. Manakala pejuang sosial kita, nak buat demonstrasi jalanan seperti yang tahun-tahun sebelum ini pun, kena tunggu hari Sabtu dan Ahad. Buat pun sehari je, pagi mula petang balik. Sebab apa? Sebab esoknya dah hari Isnin semua nak kena pergi kerja.
16. Jadi adakah ia suatu benda yang buruk? Tidak, bahkan ia suatu yang normal, sebab aku faham semua orang ada tanggungan dan tanggungjawab dalam hidup masing-masing.
17. Ingatlah, kita bukan wira yang hidup dalam drama atau filem. Kalau dalam filem, asalkan kita wira, apa pun kita buat, penonton akan bersorak, menyokong, menyanjung dan mengangkat kita.
18. Tapi dalam kehidupan, kita adalah wira dalam cerita kita sendiri, begitu juga orang lain. Sendiri buat sendiri tanggung. Tiada penonton yang akan bersorak, menyokong, menyanjung dan mengangkat kita. Kerana pada akhirnya, kita sendiri kena jaga diri kita, kerana hanya kita yang boleh menolong diri kita sendiri.
19. Dan ya, artikel ini hanyalah pendapat aku. Aku tidak memaksa korang untuk menerimanya. Kalau korang rasa "ah, lantak lah aku punya suka lah aku nak tulis/cakap apa", jadi sila teruskan je lah dengan pegangan korang tu. Tak perlu nak argue dengan aku ya, penat aku nak ulang benda sama lagi.
20. Sebab sama ada korang nak follow atau tak nasihat aku ni, aku tak rugi apa-apa. Kalau kau ikut dan tak kena apa-apa, aku tak terkesan pun. Kalau kau tak ikut dan satu hari jadi apa-apa kerana penulisan/percakapan kau, aku masih lagi tak terkesan. Jadi yang rugi masih lagi kau, bukan orang lain.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: kita bertanggungjawab atas pada setiap tutur kata penulisan percakapan perbuatan sendiri tangkap speak the truth kebenaran hati-hati tanggungan hilang kerja cancel culture
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.