Halaman

Rabu, 30 September 2020

Buasir Otak TV: Setiap kali tertidur dalam kelas

Bila setiap kali kau terlelap dalam kelas masa cikgu tengah mengajar. Jom tonton video animasi ini.

Isnin, 28 September 2020

Buasir Otak TV: Ragam budak belajar Simpulan Bahasa

Macam-macam ragam bila cikgu Bahasa Melayu ajar murid tentang Simpulan Bahasa. Jom tonton video animasi ini.

Sabtu, 26 September 2020

Buasir Otak TV: Contoh haiwan Mamalia, Reptilia dan Amfibia

Setiap kali bila cikgu suruh murid-murid bagi contoh haiwan-haiwan Mamalia, Reptilia dan Amfibia. Jom tonton video animasi ini.


Jumaat, 25 September 2020

Buasir Otak TV: 5 jenis pemain Among Us versi Impostor

Lima jenis-jenis pemain Among Us versi Impostor. Korang yang mana satu? Jom tonton video animasi ini.

Sabtu, 19 September 2020

Buasir Otak TV: 5 jenis pemain Among Us versi Crewmate

Lima jenis-jenis pemain Among Us versi Crewmate. Korang yang mana satu? Jom tonton video animasi ini.

Rabu, 16 September 2020

Buasir Otak TV: Bila cikgu bagi banyak kerja rumah

Bila tiba hari Jumaat tapi cikgu bagi banyak gila kerja rumah atau homework lepas tu suruh hantar hari Isnin.  Jom tonton video animasi ini.


Ahad, 13 September 2020

Buasir Otak TV: Makan percuma kat rumah Mokcik Gemok

Bila kau lapar dan kawan kau tiba-tiba telefon ajak datang rumah makan Tauhu Bergedil. Untung dapat durian runtuh dapat makan percuma. Ini adalah animasi kolaborasi bersama Mokcik Gemok. Jom tonton video animasi ini.

Sabtu, 12 September 2020

Buasir Otak TV: Sesi Q&A Buasir Otak TV

Sempena video ke-200 Buasir Otak TV, kami akan mengadakan Sesi Q&A untuk menjawab kebanyakan soalan-soalan yang telah diberikan oleh anda kepada kami. Jangan lepaskan peluang untuk mendengar sendiri jawapan kepada segala kemusykilan anda dari pengasas channel ini iaitu Prince of Noob sendiri. Jom tonton video animasi ini.


Rabu, 9 September 2020

Ibarat gajah bersungguh-sungguh memijak semut

1. Engkau orang besar. Kau ibarat gajah. Ku hanya semut merah. Aku orang kecil. Selepas beberapa hari masih tak reda lagi kisah adik Veveonah. Sebelum ini Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia mendakwa adik Veveonah menipu tidak ambil ujian atas pokok, kemudian Timbalan Menteri Kewangan I yang juga Ahli Parlimen Kudat pula mendakwa dia menipu dan berdrama lalu mengarahkan pegawainya menjalan siasatan.

2. Dakwa beliau, adik Veveonah M tidak tinggal di Kampung Sepatang, malah kalau nak ambil exam online patut boleh ambil di Pekan Pitas yang mempunyai kemudahan Internet yang lebih baik, jadi kenapa berdrama nak ambil ujian online atas pokok?

3. Persoalannya, aku tak tahulah kenapa sampai 2 orang ahli politik beria sangat nak cari salah seorang budak yang bukan dari keluarga senang, malah dia bukan sesiapa pun, bukan ahli politik pembangkang pun, hanya seorang pelajar asasi yang baru nak kenal dunia. 

Ahad, 6 September 2020

Politik kita perlu butang reset untuk mula semula

1. Minggu lepas berlaku isu Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia mendakwa Youtuber Sabah, adik Veveona M menipu panjat pokok untuk views.

2. Sebelum itu ada isu seorang Timbalan Menteri hantar surat kepada Menteri untuk menyokong anaknya diberi jawatan di sebuah syarikat farmaseutikal.

3. Antara isu lain juga, seorang menteri yang baru pulang dari luar negara tidak dikuarantin dan bebas berjalan, sedang orang awam lain terpaksa dikuarantin. Bila rakyat bising, dia kena kompaun RM1,000.

Buasir Otak TV: Apabila artis perempuan popular kahwin

Apabila artis, selebriti dan pelakon wanita popular Mira Filzah dah berkahwin, ramai lah lelaki yang frust kecewa tertonggeng tak tentu pasal tak tahu apa masalah. Jom tonton video animasi ini.

Jumaat, 4 September 2020

Bila ahli politik mendakwa Youtuber menipu demi views

1. Bulan Jun 2020 lalu, tular kisah adik Veveonah M kat Youtube yang sanggup panjat dan belajar atas pokok semata-mata nak dapatkan line Internet untuk jawab exam.

2. Namun tular pula apabila Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia memberi kenyataan dalam Parlimen bahawa adik Veveonah hanya menipu semata-mata nak dapatkan views di Youtube.

3. Maka ramailah netizen percaya cakap menteri tersebut lalu kecewa dengan adik Veveonah, malah turut mengecam adik Veveonah tersebut kerana sanggup menipu demi views. 

Khamis, 3 September 2020

Buasir Otak TV: Ciri-ciri calon suami idaman wanita

Ciri-ciri yang kena ada pada orang lelaki bila setiap kali perempuan nak cari calon suami. Tak semua cuma sebahagiannya lah. Jom tonton video animasi ini.


Selasa, 1 September 2020

Memahami konsep pengembaraan masa dalam filem Tenet

1. Sabtu lepas aku tengok filem Tenet. Aku bukan peminat Christopher Nolan dan tak semua filem dia aku tengok. Aku tengok filem Tenet ni pun sebab tertarik dengan trailer dia dan juga sebab minggu ni filem Tenet lebih dicanang-canangkan berbanding filem lain yang tengah main kat pawagam sekarang.

2. Aku tak mahu bandingkan filem Tenet dengan filem Nolan yang lain sebab bagi aku setiap filem adalah cerita yang tersendiri walaupun diarahkan oleh orang yang sama. Kalau nak buat perbandingan pun, aku lebih suka bandingkan filem dalam genre dan tema yang sama, dalam hal ini, pengembaraan masa atau time travel.

Buasir Otak TV: Bila minda masih belum merdeka

Bila negara dah lama merdeka tapi minda kau masih lagi terjajah dan belum merdeka kerana terlalu mengikut budaya barat sehingga lupa asal usul. Jom tonton video animasi ini.