Halaman

Isnin, 22 November 2021

Pilihan Raya Melaka suatu tanda aras untuk PRU15

1. Keputusan PRN Melaka baru-baru ini, dari 28 kerusi DUN yang dipertandingkan, BN menang besar mendapat majoriti 2/3 sebanyak 21 kerusi. PH menang 5 kerusi. PN menang 2 kerusi.

2. Pecahan terperinci - Barisan Nasional (UMNO - 18, MCA - 2, MIC - 1), Perikatan Nasional (BERSATU - 2), Pakatan Harapan (DAP - 4, AMANAH - 1). PKR dan PAS langsung tak memang kerusi.

3. Untuk rekod, pecahan kerusi DUN Melaka ketika Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) adalah BN - 13 manakala PH - 15 kerusi.

4. Sebelum itu kita tengok keputusan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas PRU14. Daripada 12 PRK, PH - 6 kerusi manakala BN - 7 kerusi. Sebanyak 2 kerusi yang sebelum ini milih PH berjaya dirampas oleh BN.

5. Jadi apa yang kita boleh simpulkan dengan trend keputusan pilihan raya pasca PRU-14?

6. Pertama, majoriti pengundi Melayu dah kecewa dengan PH selepas mereka pegang kerajaan selama 2 tahun sebelum jatuh akibat langkah Sheraton.

7. Kedua, parti Melayu dalam BN ada, dalam PN ada. Tapi bila disuruh memilih, majoriti Melayu akan undi UMNO berbanding BERSATU kerana UMNO dah lama wujud, manakala BERSATU pun asalnya adalah serpihan UMNO jua.

8. Ketiga, majoriti bukan Melayu pula akan terus undi PH lagi lebih-lebih lagi jika calonnya dari DAP.
 
9. PAS pula? Tak tahu lah nak cakap. Dah macam lalang dan takde pendirian.

10. Ini realiti yang berlaku pada pasca PRU-14. BN kembali mendapat sokongan ramai bukanlah kerana kuatnya BN, tapi kerana lemahnya PH dan PN.

11. Sebelum PH jadi kerajaan dulu, mereka nampak begitu gah bersuara, turun ke jalanan, menuntut itu ini, memperjuangkan pelbagai isu. Tapi kini, apa je lagi modal yang mereka boleh guna untuk menarik minat pengundi untuk sokong mereka? Isu Najib? Benda dah basi. Najib pun dah tak jadi PM dan masih dibicara dalam mahkamah. Nak attack PM sekarang? Takde modal apa sangat.

12. PN pula apa je modalnya untuk menarik minat pengundi untuk undi mereka? Kalau BERSATU nak sembang tentang isu perjuangan Melayu, itu modal UMNO sejak turun temurun. PAS pula kini apa je modal untuk menarik orang undi mereka? Perjuangan negara Islam? Hudud? RUU355? Tuntut haramkan judi dan arak? Tak kedengaran dah semua-semua tu.  

13. Jadi kalau lepas ni BN letak la siapa-siapa jadi calon pun, yang pernah ada isu rasuah ke, moral ke, pasti boleh menang jua. Malah mereka tak perlu letak manifesto bombastik macam menghapuskan rasuah ke, meningkatkan integriti ke, memperjuangkan pendidikan ke dan sebagainya. Cukup sekadar ungkit semula kekecewaan rakyat ketika PH jadi kerajaan selama 2 tahun, itu pun dah memadai. Sebab itu BN dah ready nak buat PRU15 cepat-cepat, sebab mereka yakin boleh menang.

14. Maka apa tindakan kita untuk ubah situasi ini? Entah, aku pun tak tahu. Kalau ikut aku, aku dah lama cadang untuk reset situasi politik negara kita dengan Undi Terbalik. Undi je semua muka baru yang dicalonkan tanpa mengira parti. Lantaklah calon baru tu umurnya 21 ke, 30 ke, yang penting semua orang-orang lama dan warlord-warlord politik ni kalah, baru semua gelabah terduduk terciduk.

15. Ahli politik ni patut bagi 1 penggal je untuk jadi wakil rakyat. 2 penggal pun kalau ikutkan dah kira lama dah. Sebab lagi lama mereka pegang kuasa, lagi lama mereka tahu kat mana nak twist, macam mana nak korek projek, kontraktor mana boleh makan. Kalau orang baru ni diorang blur je nak buat semua benda-benda tu sebab takde pengalaman.

16. Yang sebenarnya menggerakkan jentera kerajaan adalah kakitangan kerajaan, bukanlah ahli politik. Wakil rakyat dan menteri dalam tempoh 5 tahun boleh berubah-ubah, tapi kakitangan kerajaan akan kekal sampai pencen umur 60 tahun. Kakitangan kerajaan lebih berpengalaman untuk guide menteri-menteri ni buat dasar dan polisi.

17. Malah ketika kabinet kerajaan dibubarkan atau lumpuh, jentera kerajaan masih berjalan seperti biasa. Pejabat kerajaan, sekolah, hospital kerajaan, agensi keselamatan seperti polis dan tentera masih berjalan dan beroperasi seperti biasa. Jadi kita sebenarnya tak perlu risau kalau kita tukar ahli politik pun.

18. Cuma masalahnya itulah, kita tak berani untuk mengambil tindakan drastik, sebab kita ini terlalu berjiwa hamba. Berjiwa hamba pada parti politik, dan berjiwa hamba pada pemimpin politik.

Sekian.

Baca juga artikel berkaitan:


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: keputusan pilihan raya melaka prn prk pru14 pru15 umum kecil tanda aras benchmark bn ph pn

 

1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.