1. Keputusan PRN Melaka baru-baru ini, dari 28 kerusi DUN yang
dipertandingkan, BN menang besar mendapat majoriti 2/3 sebanyak 21
kerusi. PH menang 5 kerusi. PN menang 2 kerusi.
2. Pecahan
terperinci - Barisan Nasional (UMNO - 18, MCA - 2, MIC - 1), Perikatan
Nasional (BERSATU - 2), Pakatan Harapan (DAP - 4, AMANAH - 1). PKR dan
PAS langsung tak memang kerusi.
3. Untuk rekod, pecahan kerusi DUN Melaka ketika Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) adalah BN - 13 manakala PH - 15 kerusi.
4.
Sebelum itu kita tengok keputusan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK)
selepas PRU14. Daripada 12 PRK, PH - 6 kerusi manakala BN - 7 kerusi.
Sebanyak 2 kerusi yang sebelum ini milih PH berjaya dirampas oleh BN.
5. Jadi apa yang kita boleh simpulkan dengan trend keputusan pilihan raya pasca PRU-14?
6.
Pertama, majoriti pengundi Melayu dah kecewa dengan PH selepas mereka
pegang kerajaan selama 2 tahun sebelum jatuh akibat langkah Sheraton.
7.
Kedua, parti Melayu dalam BN ada, dalam PN ada. Tapi bila disuruh
memilih, majoriti Melayu akan undi UMNO berbanding BERSATU kerana UMNO
dah lama wujud, manakala BERSATU pun asalnya adalah serpihan UMNO jua.
8. Ketiga, majoriti bukan Melayu pula akan terus undi PH lagi lebih-lebih lagi jika calonnya dari DAP.
9. PAS pula? Tak tahu lah nak cakap. Dah macam lalang dan takde pendirian.
10.
Ini realiti yang berlaku pada pasca PRU-14. BN kembali mendapat
sokongan ramai bukanlah kerana kuatnya BN, tapi kerana lemahnya PH dan
PN.
11. Sebelum PH jadi kerajaan dulu, mereka nampak begitu gah
bersuara, turun ke jalanan, menuntut itu ini, memperjuangkan pelbagai
isu. Tapi kini, apa je lagi modal yang mereka boleh guna untuk menarik
minat pengundi untuk sokong mereka? Isu Najib? Benda dah basi. Najib pun
dah tak jadi PM dan masih dibicara dalam mahkamah. Nak attack PM
sekarang? Takde modal apa sangat.
12. PN pula apa je modalnya
untuk menarik minat pengundi untuk undi mereka? Kalau BERSATU nak
sembang tentang isu perjuangan Melayu, itu modal UMNO sejak turun
temurun. PAS pula kini apa je modal untuk menarik orang undi mereka?
Perjuangan negara Islam? Hudud? RUU355? Tuntut haramkan judi dan arak?
Tak kedengaran dah semua-semua tu.
13. Jadi kalau lepas ni BN
letak la siapa-siapa jadi calon pun, yang pernah ada isu rasuah ke,
moral ke, pasti boleh menang jua. Malah mereka tak perlu letak manifesto
bombastik macam menghapuskan rasuah ke, meningkatkan integriti ke,
memperjuangkan pendidikan ke dan sebagainya. Cukup sekadar ungkit semula
kekecewaan rakyat ketika PH jadi kerajaan selama 2 tahun, itu pun dah
memadai. Sebab itu BN dah ready nak buat PRU15 cepat-cepat, sebab mereka
yakin boleh menang.
14. Maka apa tindakan kita untuk ubah
situasi ini? Entah, aku pun tak tahu. Kalau ikut aku, aku dah lama
cadang untuk reset situasi politik negara kita dengan Undi Terbalik.
Undi je semua muka baru yang dicalonkan tanpa mengira parti. Lantaklah
calon baru tu umurnya 21 ke, 30 ke, yang penting semua orang-orang lama
dan warlord-warlord politik ni kalah, baru semua gelabah terduduk
terciduk.
15. Ahli politik ni patut bagi 1 penggal je untuk jadi
wakil rakyat. 2 penggal pun kalau ikutkan dah kira lama dah. Sebab lagi
lama mereka pegang kuasa, lagi lama mereka tahu kat mana nak twist,
macam mana nak korek projek, kontraktor mana boleh makan. Kalau orang
baru ni diorang blur je nak buat semua benda-benda tu sebab takde
pengalaman.
16. Yang sebenarnya menggerakkan jentera kerajaan
adalah kakitangan kerajaan, bukanlah ahli politik. Wakil rakyat dan
menteri dalam tempoh 5 tahun boleh berubah-ubah, tapi kakitangan
kerajaan akan kekal sampai pencen umur 60 tahun. Kakitangan kerajaan
lebih berpengalaman untuk guide menteri-menteri ni buat dasar dan
polisi.
17. Malah ketika kabinet kerajaan dibubarkan atau
lumpuh, jentera kerajaan masih berjalan seperti biasa. Pejabat kerajaan,
sekolah, hospital kerajaan, agensi keselamatan seperti polis dan
tentera masih berjalan dan beroperasi seperti biasa. Jadi kita
sebenarnya tak perlu risau kalau kita tukar ahli politik pun.
18.
Cuma masalahnya itulah, kita tak berani untuk mengambil tindakan
drastik, sebab kita ini terlalu berjiwa hamba. Berjiwa hamba pada parti
politik, dan berjiwa hamba pada pemimpin politik.
Sekian.
Baca juga artikel berkaitan:
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: keputusan pilihan raya melaka prn prk pru14 pru15 umum kecil tanda aras benchmark bn ph pn
Well said. Terutama point no 15 dan no 16 tu
BalasPadam