Ahad, 28 November 2021

0 Takkan itu pun tak tahu?

1. Tular sebuah screenshot yang dikongsikan bos kepada seorang pekerja baru fresh grad yang tersalah faham makna minit mesyuarat.

2. Maka ramailah orang yang gelakkan fresh grad tersebut dan memberi cemuhan seperti "Takkan itu pun tak tahu?", "Minit mesyuarat tu basic knowldege kot?", "Itulah bodoh sombong tak nak bertanya" dan yang sewaktu dengannya.

3. Ada juga yang berkata "Sepatutnya benda ni dah belajar kat sekolah, kat universiti, kat itu ini, takkan tak tahu?", "Ni mesti kat sekolah tidur", atau "Lain kali kat universiti kena aktif lah masuk persatuan itu ini bla bla bla baru boleh belajar catat-catat minit mesyuarat". Jawatan setiausaha persatuan satu, tapi ahli 50 orang. Memang semua orang ada peluang belajar buat benda sama ke? 

Sumber FB.


4. Aku beberapa tahun yang lepas pun ada pemikiran macam ni. Bila ada budak baru masuk kerja yang macam sangat naif tak tahu sangat sesuatu, aku pun cakap, "Takkan itu pun tak tahu? Benda tu basic kot. Sepatutnya dia kena la macam itu ini bla bla bla...". Lepas tu benda tu akan jadi bahan ketawa aku dan rakan-rakan.

5. Tapi setelah beberapa tahun aku menghadapi perkara yang sama, aku sedar yang perwatakan dan personaliti seseorang itu tak sama. Kehidupan seseorang itu tak sama. Latar belakang seseorang itu takkan sama dengan orang yang lain. Ketawakan orang takkan mengubah apa-apa. Mencemuh orang juga takkan mengubah apa-apa.

6. Malah bila aku flashback 20 tahun lepas, ketika aku baru fresh grad, walaupun kat sekolah dan universiti dah belajar macam-macam, tapi bila melangkah je ke alam pekerjaan, boleh kata 10% je ilmu dan pengalaman aku yang terpakai, lagi 90% kena belajar balik.

7. Dan kadangkala, ada juga lah aku membuat kesilapan bodoh akibat ketidak ketahuan aku, tapi syukur juga nasib baik zaman tu media sosial tak wujud lagi, maka kebodohan aku tu takde lah bos aku nak up kat media sosial untuk dijadikan bahan jenaka.

8. Kita semua pun pernah jadi orang baru. Lagipun bukan semua benda diajar kat universiti/institut/politeknik/sekolah. Hari pertama masuk kerja pun kita tak tahu nak guna mesin fotostat macam mana. Yelah kat rumah bukan ada mesin fotostat untuk kita belajar fotostat.

9. Aku orang IT, dan sepanjang aku kerja, aku pernah supervise 4 orang pelajar praktikal. Serius aku cakap, banyak benda yang mereka tak tahu. Terlalu banyak. Malah kadang-kadang mereka tanya aku something yang basic sangat, tapi aku tak pernah gelak, cemuh atau perlekehkan mereka.

10. Manusia semua tak sama. Keupayaan semua tak sama. Persekitaran mereka dibesarkan tak sama. Benda yang basic bagi kita, mungkin bukan basic bagi orang lain. Begitu juga kita, benda basic bagi orang lain mungkin kita pun tak tahu.

11. Malah manusia ni pun ada macam-macam perwatakan. Ada yang extrovert jenis suka bercakap, ada yang introvert jenis tak suka bercakap, ada yang jenis memang pandai buat kerja tapi cakap kurang, ada yang jenis pandai sembang tapi tak mahir sangat buat kerja.

12. Mereka ni orang baru, student praktikal, fresh grad. Kita nak expect dia ada pengalaman 10 tahun kerja ke apa? Kita kena lah ajar dan bagi panduan. Setiap orang belajar dari kesilapan.

13. Ini bila kita dah kerja lama sikit, dah ada banyak pengalaman, dah duduk kat atas, terus rasa kita ni layak untuk gelakkan orang, perlekehkan dan cemuh orang. Kita rasa layak untuk judge orang lain. Rasa eligible untuk kehidupan kita dijadikan contoh dan penanda aras untuk orang lain ikuti.

14. Bagi aku selagi mereka masih ada akhlak yang baik dan semangat mahu belajar, takde masalah pun. Benda tak tahu boleh belajar. Aku cuma ada isu dengan sikap. Jika mereka berakhlak buruk, kurang ajar, ada masalah disiplin, ada isu moral, tak boleh ditegur akan kesilapan serta tak mahu belajar, orang macam tu kita tak perlu ajar, tak perlu gelak, tak perlu perlekeh. Tamatkan sahaja perkhidmatan mereka.

15. Ingat, kita tak boleh expect semua orang sama macam kita, dan kita tak boleh expect semua orang akan belajar semua benda kat sekolah dan institusi pengajian tinggi. Sepanjang kehidupan kita adalah proses belajar.

16. Malah kalau ada orang buta huruf umur 30 pun masih tak boleh membaca, wajar kah kita gelak dan cemuh dia cakap benda dah belajar kat sekolah takkan tak reti baca?

17. Ada orang dah usia 50 tahun pun masih tak reti baca Al-Quran, adakah kita layak untuk gelak dan perlekeh dia? Benda dah belajar sejak sekolah rendah, takkan tak tahu? Bagi kita baca Al-Quran tu basic, tapi hakikatnya masih ada yang tak boleh baca walaupun dah lanjut usia. Maka wajarkah kita gelakkan mereka, cemuh mereka, perlekeh mereka?

18. Jadi apa yang kita harus buat ya sahabat-sahabat semua? Ajar dan guide mereka selagi mana mereka mahu belajar.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: takkan buat itu benda tu pun tak tahu minit mesyuarat meeting minute kerja fresh grad

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.