Halaman

Rabu, 21 September 2022

Sisi gelap game Roblox yang perlu ibu bapa tahu

1. Sebagai Youtuber, selain buat animasi di channel Buasir Otak TV, saya juga selalu buat live streaming main game Roblox sebagai content. Jadi kepada ibu bapa yang ada anak suka main Roblox, saya akan buka rahsia beberapa sisi gelap tentang game Roblox yang perlu kalian tahu.

2. Sebelum itu sedikit pengenalan tentang game Roblox. Ramai budak kecil tertarik untuk main Roblox sebab watak-wataknya comel macam Lego, serta gamenya yang colourful dan fun untuk dimainkan.

3. Budak-budak kecil dan bawah 10 tahun biasanya suka main game Roblox yang tak kompleks macam lompat-lompat dan panjat platform (game Obby). Pemain cuma perlu tekan butang dan tak perlukan kemahiran bersosial yang lain.

4. Seiring dengan peningkatan usia, mereka akan mula main game Roblox yang agak kompleks dan matang macam bela haiwan, bina rumah, survival, misteri, kena kejar hantu, peperangan, lawan-lawan dan sebagainya. Dalam pada itu, mereka cenderung untuk mencari kawan yang boleh diajak bermain bersama-sama.

5. Bila mereka mula menjejak kaki ke alam remaja dan dewasa, jika mereka masih gemar main Roblox, mereka akan lebih berminat untuk main game yang berbentuk Role-Play (RP) seperti jadi polis, bomba, askar, pencuri, criminal dan sebagainya, dan juga game bersifat Social Hangout (SH), yakni game yang sekadar tempat untuk lepak bersembang.

6. Macam saya sendiri bila buat content Youtube berkaitan Roblox, saya lebih suka main game yang matang dan bukan untuk kanak-kanak memandangkan target audien saya adalah remaja dan dewasa.

7. Cuma inilah isunya dengan game kategori RP dan SH ini. Game macam ini ibarat kita dok bersembang kat mIRC zaman tok kaduk dulu lah. Bezanya kat mIRC dulu kita sembang dengan stranger guna teks dan nampak nickname sahaja.

9. Manakala game genre RP dan SH dalam Roblox ni, kita boleh bersembang guna teks atau voice chat, ada pula avatar watak kita dengan pelbagai fesyen dan aksesori pakaian, sambil-sambil boleh buat sebarang aktiviti dalam game.

10. Biasanya akaun Roblox bagi pemain bawah 13 tahun ada filtered chat di mana tapisan text chatnya sangat ketat. Tulis sikit akan censored keluar ####. Tapi untuk umur 13 ke atas, tapisan chat tidak begitu ketat, malahan jika kita sahkan umur kita dengan tunjuk IC, kita boleh bersembang guna suara (voice chat).

11. Dan inilah masalah yang sering berlaku yang saya sendiri pernah nampak dan alami. Pertama, buli cyber. Ramai pemain suka maki hamun dan carut kat pemain dengan guna kata-kata kesat dan lucah. Pula tu bila pemain tu ada geng, dia akan ajak geng dia beramai-ramai untuk buli pemain lain.

12. Memandangkan kita bukannya tahu berapa umur pemain yang lain, tak mustahil jika anak-anak kita yang masih bersekolah rendah dan ke bawah boleh menjadi mangsa buli oleh pemain lain yang lebih dewasa.

13. Malahan pemain kanak-kanak yang nakal juga cenderung membuli dan memaki hamun pemain lain yang mungkin lebih dewasa dari mereka tanpa rasa bersalah. Saya juga pernah banyak kali kena. Kena sembur dengan perkataan seperti b****h, b**i, s**l, pu****k, k**e tu dah biasa sangat.

14. Sebab tu sampai sekarang saya tak sanggup nak enablekan voice chat dalam Roblox. Sedangkan kena maki dalam bentuk teks pun boleh terkesan, inikan pula jika dengar suara bocah yang memaki. Nak maki balik tak sampai hati sebab budak-budak. Tapi ia memang sangat hurtful untuk emosi dan jiwa saya.

15. Dan yang kedua, masalah yang lebih serius, adalah amang seksual (sexual grooming) dan pedofilia. Dalam game ni pemain bebas bersembang pasal apa pun. Lebih merisaukan apabila pemain enablekan voice chat. Disebabkan game ni tiada batasan umur, siapa-siapa je pun boleh main, jadi kanak-kanak terdedah dengan ancaman sexual predator.

16. Bayangkan, seorang pemain budak perempuan berumur 11 tahun, dalam game boleh berbual secara private dengan pemain lelaki dewasa yang tak dikenali berumur 20/30-an, kemudian bersembang pula di Discord, bertukar-tukar pula nombor telefon dan menjadi kawan rapat, akhirnya sampai bercouple-couple, sehingga berkongsi-kongsi pula foto peribadi.

17. Ibu bapa yang ada anak perempuan bawah umur, cuma bayangkan jika anak remaja anda main Roblox malam-malam sambil bersembang mesra malah secara intim dengan seseorang yang bertaraf pakcik atau atuk tanpa pengetahuan anda, apa yang anda rasa? Menakutkan, bukan?

18. Walaupun peraturan Roblox melarang dating dan sexual related, tapi ia sukar dibendung. Biasanya Roblox akan ban akaun bila ada orang report je. Kalau mereka berdating dan bersembang dalam Roblox secara private, takde siapa yang tahu dan takde siapa yang nak report.

19. Masalah yang terakhir, adalah pada game kategori SH itu sendiri. Biasanya game SH dibangunkan oleh komuniti tertentu untuk mencari kawan dan bersembang. Jadi jangan pelik jika dalam game Roblox ada tempat bersosial khas untuk komuniti LTBG dan sebagainya. Minta dijauhkanlah anak-anak kita dari terjebak dalam game seumpama ini.

20. Akhir kata, tak salah anak nak main game Roblox. Saya cerita sisi gelap ini pun bukan kerana nak melarang anak anda dari main Roblox. Saya juga pernah menulis sisi positif game Roblox dalam post sebelum ini. Cuma saya nak ingatkan, penting untuk ibu bapa pantau dan tahu apa yang anak-anak main dalam game Roblox. Jangan biarkan mereka hanyut sendiri.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: game roblox bahaya untuk anak kanak adult content tapis tapisan dating love sexual predator grooming amang seksual predator pemangsa pedo pedofilia pedophile cyber bully buli ltgb

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.