Selasa, 31 Mei 2022

0 Game Roblox bahaya untuk anak-anak suatu pencerahan

1. Baru-baru ini ada isu di mana ada ibu bapa yang menyatakan kebimbangan mengenai game Roblox, yang dikatakan boleh memberi impak negatif pada golongan kanak-kanak disebabkan kandungan dewasa yang tidak terkawal.

2. Dikatakan anak-anak belajar perkataan crush, dating, seks dan private part dalam games ini. Malah sesiapa sahaja boleh main game ini tanpa mengira umur dan jantina. Jadi, tidak mustahil pedofilia pun mencari mangsa dari platform ini. 

Sumber TheReporter.


3. Kemudian ada pula ibu bapa lain yang mempertahankan game Roblox dengan menyatakan game ini ada positifnya di mana ia menjana kreativiti kanak-kanak, malah ia selamat dimainkan di mana pihak Roblox memantau dan menapis dengan ketat segala unsur negatif dalam game tersebut.

4. Sebagai content creator, saya juga selalu buat live stream dan rakaman main game Roblox di Youtube. Tak dinafikan, game Roblox ini ada sisi positif dan negatif. Tapi sebelum tu, saya terangkan secara ringkas apa itu game Roblox bagi yang tak tahu.

5. Roblox itu sendiri sebenarnya bukan game, tapi platform bagi pelbagai game. Dalam Roblox ada game lumba kereta, ada game bola sepak, ada game lawan-lawan, ada game perang-perang, ada game role play, ada game lompat-lompat, ada game adventure, ada game seram, ada game simulation dan sebagainya.

6. Contohnya antara game yang paling popular dalam Roblox adalah game Adopt Me!, game ni tentang pemain kena bela dan jaga haiwan peliharaan. Macam dulu la kita main Tamagotchi, Cyber Pet, Virtual Pet, game Pou kat fon, yang mana nak kena bagi makan kat haiwan peliharaan, mandikan, tidurkan dan sebagainya.

7. Kemudian ada game obby seperti Tower of Hell, di mana pemain kena melompat-lompat dari bawah sampai atas dengan halangan yang sangat susah. Orang pertama sampai ke atas akan menang. Macam game Mario dan Donkey Kong la kiranya.

8. Game popular seterusnya seperti Murder Mystery 2. Game ni game berbentuk survival, di mana dari semua pemain, akan ada seorang penjahat yang tidak dikenali di kalangan mereka. Pemain lain kena cuba cari dan kalahkan penjahat tu. Jika penjahat berjaya bunuh semua pemain, penjahat tu akan menang. Konsep game ni macam Among Us.

9. Genre lain yang agak popular juga dalam Roblox ada game berbentuk role play atau mainkan peranan seperti Brookhaven, Jailbreak dan sebagainya. Konsep game-game ni macam zaman kita budak-budak dulu la, main polis entry one two jaga ada jadi polis ada jadi pencuri, main pondok-pondok, masak-masak, kahwin-kahwin dan sebagainya. Bezanya dulu kita main dengan kawan-kawan di alam nyata, dalam Roblox mereka main di alam maya.

10. Dalam Roblox, pemain boleh chat antara satu sama lain, tapi tapisannya agak ketat. Kalau perkataan yang tak elok dalam Bahasa Inggeris memang akan kena tapis jadi ####, malahan kalau perkataan elok tapi dalam bahasa selain BI pun selalu ditapis juga. Tapi ada cara nak elakkan sistem tapisan tu, dengan cara jarak-jarakkan huruf. Itu yang kadang-kadang terkena juga maki "b a b i" dengan budak-budak kat situ.

11. Sisi positif yang saya nampak dalam Roblox, adalah game ni menggalakkan kreativiti kanak-kanak. Game-game yang ada dalam Roblox kebanyakannya dibangunkan sendiri oleh individu-individu secara indie. Kadang-kadang susah nak percaya, tapi memang ramai kanak-kanak yang masih bersekolah rendah dah pandai bangunkan game sendiri guna editor Roblox Studio.

12. Saya sendiri pun pernah cuba bangunkan game Roblox sendiri, dan sejujurnya memang agak susah. Kena design tempat persekitaran, kena buat scripting dan sebagainya. Tak mustahil kanak-kanak yang dah pandai buat game Roblox ni, akan jadi pakar IT dan industri gaming di masa akan datang.

13. Selain itu, banyak game berkaitan identiti Malaysia yang telah dibangunkan dalam Roblox oleh orang-orang tempatan sendiri. Ada game yang lokasinya di Kuala Lumpur, KLCC, lebuh raya PLUS, Dataran Nilai, Jambatan Pulau Pinang, Tugu Negara, bangunan Parlimen, kem tentera, rumah kampung, kampung dalam animasi Upin Ipin, bandar dalam animasi Ejen Ali dan sebagainya.

14. Malah dengan Roblox juga, mereka boleh jana kreativiti dengan hasilkan video menggunakan Roblox, buat video gameplay, short film, drama, music video dan sebagainya, hanya dengan guna Roblox. Mana tahu bila mereka dewasa nanti boleh jadi pelakon atau pembikin drama/filem pula. Cuba cari di Youtube keyword "drama roblox malaysia" dan tengok berapa banyak views mereka. Silap-silap boleh pula jana pendapatan yang banyak hasil dari buat video Roblox je.

15. Kali ini sisi negatif Roblox pula. Pertama, tentang pergaulan sosial yang bebas. Disebabkan Roblox ini open kepada sesiapa, maka kita akan jumpa bermacam-macam orang di Roblox. Jangan kata nak jumpa orang dewasa yang berniat jahat, jumpa kanak-kanak jenis nakal yang kuat maki orang lagi senang nak jumpa. Tapi kadang-kadang budak macam ni kat sekolah pun banyak je, jadi ibu bapa selalu kena ingatkan tentang apa yang boleh diikut, apa yang tak boleh.

16. Kedua, kewujudan game-game role-play berbentuk dating, relationship, social hangout dan sebagainya. Game macan ni takde sebarang objektif yang khusus, just lepak-lepak chill borak-borak dengan stranger dalam game. Kadang-kadang bila asyik berbual je, itu yang tiba-tiba boleh terborak hal di luar batasan.

17. Malahan dengan adanya fungsi voice chat yang baru diperkenalkan dalam game Roblox (kena verify umur lebih 13+), pergaulan sosial ini lagilah bahaya sebab tapisan voice chat susah nak dibuat berbanding tapisan text chat, orang boleh cakap apa sahaja. Jadi elakkan anak-anak kita main game yang berbentuk ini.

18. Game Roblox ni juga boleh menjerumus kepada ketagihan andai tidak dikawal. Bila dah ketagih, diminta pula ibu bapa belikan Robux (matawang yang digunakan dalam Roblox) untuk mereka beli barang-barang dalam game Roblox. Mula-mula kita belikan sekali dua, lepas tu senyap-senyap mereka beli sendiri bayar guna postpaid/prepaid line telefon. Kesudahannya buat habis duit mak bapak je.

19. Begitu juga tanggungjawab para Youtuber atau streamer yang membuat content Roblox. Roblox ini yang mainnya ramai budak-budak, manakala content creator yang popular ini kebanyakannya adalah orang dewasa, jadi tolong jaga kelakuan dan perangai. Kena ada rasa tanggungjawab dan sentiasa bagi pengaruh baik pada budak-budak. Sebab kalau kita pun naik hantu kuat mencarut caci maki, fans budak-budak ni pun mesti akan naik hantu juga ikut perangai idola mereka.

20. Orang dewasa yang main Roblox pula bukan semua berniat jahat, malah ada juga baiknya. Sekurang-kurangnya ada la juga orang dewasa lain yang tolong pantau anak-anak orang. Saya sendiri bila jumpa budak-budak dalam Roblox yang cakap benda tak elok, mencarut, caci maki, saya akan tegur dan nasihat. Kebiasaannya mereka yang kenal saya akan terima teguran tu dan minta maaf.

21. Roblox ni macam platform media lain juga. Contohnya macam Netflix dan Youtube, ada cerita elok, ada cerita tak elok. Hanya kerana ada cerita tak elok, takkan kita nak remove Netflix dan Youtube. Kita pilihlah untuk tidak tonton cerita tak elok tu. Contohnya macam Facebook, Instagram, Twitter, TikTok. Ada orang buat content baik, ada orang buat content tak baik. Takkan sebab ada orang buat content tak baik, kita remove semua platform tu. Kita pilihlah untuk tidak follow dan block orang yang buat content tak baik.

22. Maka kesimpulannya, game Roblox ni ada kebaikan dan keburukannya. Yang penting kita sebagai ibu bapa kena pantau dan kawal anak-anak kita. Kita kena tahu, game apa yang anak-anak kita main dalam Roblox. Ingat, bukan platform Roblox itu yang tak baik, tapi game mana satu dalam Roblox yang tak baik. Game yang tak baik, kita laranglah anak-anak kita main. Cuma akhirnya, terpulang pada ibu bapa sendiri nak menapis atau melarang terus anak-anak dari main Roblox. Hak di tangan ibu bapa sekalian.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: game roblox bahaya untuk anak kanak adult content tapis tapisan dating love

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.