1. Manusia ni ada satu perangai suka bandingkan diri dengan orang lain, bitter dengan kehidupan orang lain dan rasa eligible untuk jadikan kehidupan dia benchmark untuk orang lain ikut.
2. Nampak orang hantar anak pergi sekolah pakai kereta besar, dia rasa tak puas hati, anggap orang tu nak menunjuk kaya. Tengok orang lain beli kereta besar dia rasa perbuatan tu membazir, lebih baik buat macam dia simpan duit untuk beli rumah.
3. Bila tengok apa-apa post kat media sosial yang dia tak berkenan, terus komen macam-macam rasa tak puas hati cakap sepatutnya dia kena macam ni, sepatutnya dia kena buat macam tu, sambil memberitahu pencapaian hidup sendiri sebagai contoh yang harus diikuti.
4. Masalahnya kenapa kita ni suka sangat nak sibuk hal orang lain dan judge orang tak tentu hala? Ada je benda tak kena kat mata dan hati kau. Eh suka hati la orang lain nak beli apa ke, nak hantar anak guna kenderaan apa ke, nak post apa kat FB ke Youtube ke. Ini dok itu salah ini salah, itu tak betul ini tak betul, sepatutnya sepatutnya bla bla bla.
5. Selagi orang lain tak kacau hidup kau, tak guna duit kau, suka hati dia la nak buat apa pun, apatah lagi orang yang kau tak kenal dan dia pun tak kenal kau. Takkan semata-mata nak jaga hati kau, orang lain tak boleh beli apa yang dia suka, tak boleh buat apa yang dia suka dan tak boleh hidup dengan cara dia sendiri?
6. Kita ni tak habis-habis nak tentukan hidup orang lain kena ikut selera tekak kau je. Ikut suka la orang nak hidup ikut cara dan pilihan masing-masing selagi tak salah dari segi moral, etika, agama dan undang-undang. Kalau salah tu takpelah juga nak tegur atau bagi nasihat.
7. Dia macam ni, tak kira lah kau ni siapa, hebat mana pun pekerjaan kau, besar mana pun pangkat kau, banyak mana pun ilmu kau, tinggi mana pun darjat kau, kalau kau ada rasa yang kehidupan kau layak dijadikan benchmark atau ikutan pada orang lain, kau seorang yang narsis.
8. Tak salah untuk bagi panduan dan tunjuk ajar pada orang lain, tapi jangan sampai rasa diri hebat, jangan banding kejayaan kau dengan orang lain, jangan perkecil pilihan orang lain dan jangan memandang rendah kehidupan orang lain.
9. Kerana akhirnya, kau siapa sampai nak tentukan hidup dan pilihan orang lain? Kenapa semua orang nak kena ikut cakap kau? Kenapa kau rasa cara kau je yang paling betul? Apa yang membuatkan kau rasa layak untuk judge hidup orang lain?
10. Perjalanan hidup ini tiada satu atau dua resipi yang semua orang kena ikut kalau nak hidup berjaya. Kehidupan seseorang yang berjaya, jika resipi hidupnya diikuti satu persatu pun belum tentu kejayaan yang sama boleh diulangi pada orang lain.
11. Kau mungkin seorang yang hebat, tapi kau gagal untuk hadam benda yang paling simple, di mana jalan kehidupan manusia semua berbeza. Latar belakang berbeza. Laluan berbeza. Cabaran berbeza. Persekitaran berbeza. Keluarga berbeza. Nama berbeza. Jasad berbeza. Nyawa pun berbeza. Serba serbi berbeza.
12. Kau dengan hidup kau, aku dengan hidup aku. Jadi kau buatlah apa yang kau rasa baik untuk kau, aku buat apa yang baik untuk aku. You do you and I'll do me.
Sekian.
Baca juga artikel berkaitan:
- Bagaimana masyarakat terlalu mudah menilai orang?
- Kehidupan kita bukan penanda aras orang lain
- Kita mudah menilai orang bila kita berada di atas
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: orang lain kena hidup kehidupan ikut selera tekak cara pilihan kau masing judgemental judge menilai manusia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.