1. Tular tentang gambar ini yang dikatakan dari buku teks sekolah Tingkatan 2 tapi tak pasti subjek apa. Dalam gambar tu ada beberapa budak sekolah tengah duduk bersembang sambil bermain skateboard dengan caption yang situasi tersebut menunjukkan perlakuan remaja yang tiada penghayatan agama dan kepercayaan dalam hidup.
2. Disebabkan gambar tersebut mempunyai skateboard, ia telah mencetuskan kemarahan komuniti skateboard di Malaysia kerana memberi gambaran seolah-olah bermain skateboard dilihat sebagai suatu yang tidak bermoral dan tiada penghayatan agama.
3. Ya, memang ada sesetengah hobi yang sering menjadi skeptikal dan memberi stigma negatif dalam majoriti masyarakat seperti skateboard, snuker, video game, komik dan sebagainya, tak kira lah sejauh mana hobi-hobi tersebut boleh membawa kita ke pencapaian yang lebih tinggi di peringkat antarabangsa.
4. Cuma untuk isu ini, aku terfikir kenapa pelajar disuruh untuk buat penilaian atau judgement hanya berdasarkan sekeping gambar? Malahan gambar itu digambarkan pula sebagai situasi yang sangat negatif.
5. Mungkin tafsiran gambar tersebut mengikut skema silibus adalah sekumpulan pelajar sekolah yang ponteng sekolah sedang buang masa melepak dan main skateboard.
6. Kalau nak buat tafsiran yang lebih mendalam, kena kaji pula siapa pelajar tersebut, kenapa 3 orang pakai baju sekolah, seorang pakai baju biasa? Kenapa beg dia terbuka? Kenapa yang lain tiada beg? Kenapa hanya seorang main skateboard? Kenapa ada seorang takde skateboard? Kat mana mereka main dan sebagainya. Dah kena jadi detektif lah pula. Tapi bila tulis ikut pemerhatian dan pandangan sendiri, jawapan salah pula sebab tak ikut skema yang ditetapkan.
7. Tapi, ia juga mungkin boleh ditafsirkan sebagai sekumpulan pelajar sekolah yang baru habis sekolah sedang bersosial berbual tentang isu negara sambil melakukan aktiviti riadah dan hobi mereka iaitu bermain skateboard sementara menunggu masuknya waktu Asar untuk bersolat jemaah di masjid.
8. Bukankah kita diajar supaya bersangka baik dahulu, husnuzon dan don't judge a book by its cover, kerana adakalanya apa yang kita nampak, tidak semestinya sama dengan apa yang kita fikir dan apa sebenarnya yang berlaku.
9. Lain lah kalau gambar tersebut memang memaparkan situasi jelas yang menunjukkan perbuatan dan sikap buruk seperti buang sampah merata-rata, peragut sedang meragut beg tangan orang lain, budak-bukak naik basikal lajak di tengah highway jam 2 pagi, pelajar sedang membuli pelajar yang lain dan sebagainya, itu bolehlah kita membuat tafsiran dan penilaian negatif.
10. Sebab itu masyarakat dan netizen kita suka sangat judge orang, suka menilai orang, suka menghukum orang, suka anggap buruk pada orang, suka jaga tepi kain orang, suka membanding-bandingkan orang, walaupun hanya melihat pada sekeping gambar atau video, tanpa tahu asal usul dan situasi sebenar, sebab mentaliti macam ni dah diajar dan diterapkan sejak kecil lagi.
11. Malahan bila nampak orang yang berbeza sikit dengan kita, terus dilabel itu ini, tiada penghayatan agama, tiada kepercayaan, tiada pegangan hidup, tiada masa depan, gagal dalam hidup, poyo, orang pelik, manusia tak guna, kutu berahak, sampah masyarakat dan sebagainya.
12. Akibatnya, kita pula akan menjadi terlalu kisah dengan pandangan orang lain terhadap diri kita, terlalu kisah dengan cakap-cakap orang lain pada diri kita, terpaksa menjadi fake demi memuaskan hati orang di sekeliling kita, sehingga ada kalanya ia memberi kesan negatif pada emosi kita dan menyekat pertumbuhan kita untuk terus maju.
Sekian.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: masyarakat netizen menilai judge hukum orang lain budaya trend mentaliti skateboard gambar buku teks
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.