Selasa, 3 Jun 2014

36 Fenomena kesanggupan beratur panjang di Malaysia

Di luar negara, fenomena beratur panjang, tidur dan menunggu seawal tengah pagi adalah perkara biasa terutama pada hari pertama gajet elektronik dan permainan video seperti iPhone, Xbox, Sony Playstation dan sebagainya dipasarkan. Tahukah anda, hanya di Malaysia, ramai orang sanggup tidur, beratur panjang di kaki lima dan menunggu dari tengah pagi semata2 untuk membeli tudung?


Tahu tak yang fesyen tudung bertingkat dan berlapis2 tu:
  1. Sangat hodoh di mata kebanyakan orang lelaki.
  2. Tak menutup aurat dengan sempurna pun.

Dan di luar sana lebih banyak pilihan tudung yang:
  1. Lebih cantik di mata kebanyakan orang lelaki.
  2. Menutup aurat dengan sempurna.
  3. Tidak perlu beratur dan tidur di kaki lima untuk membelinya.
  4. Jauh lebih murah.

So aku masih tak dapat hadam kenapa ada kaum hawa yang masih sanggup berhabis wang dan masa untuk membeli tudung seperti ini.

Btw berikut adalah fenomena kesanggupan orang2 Malaysia sanggup beratur panjang kat Malaysia ini selain daripada nak beli tudung:

1. Pasal sukan - nak beli tiket perlawanan akhir bola sepak.


2. Pasal hiburan - nak ambil tiket free Maharaja Lawak.


3. Pasal nak jadi artis - nak audition Akademi Fantasia.


4. Pasal duit - nak ambil baucer BR1M.


5. Pasal benda percuma - ais krim Baskin Robbins percuma.


6. Pasal patung kartun - patung permainan Minion kat McDonalds.


7. Pasal politik - nak mengundi dalam pilihanraya.


Kepada siapa2 yang sanggup menghabiskan masa, duit dan tenaga untuk beratur semata2 kerana minat dan taksub terhadap sesuatu, ikut koranglah itu hak korang. Bukannya ada sesiapa paksa korang ada kat situ, dan bukannya korang menyusahkan orang lain, kan?

Ya memang tak apa, cuma... nampak macam... kesian... kecuali beratur sebab mengundi pilihanraya, sebab itu memang kewajipan kita sebagai seorang rakyat Malaysia.




tags: fenomena sanggup beratur panjang tidur kaki lima tunggu tengah pagi malam beli tudung fareeda arianni bangi kelantan kesian lawak taksub fanatik tingkat berlapis

36 ulasan:

  1. ada sapa tahu kat mana ada jual goreng pisang area brazil?..urgent..thanx

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat sebelah rumah neymar ada jual... dulu neymar penah keje kat situ

      Padam
    2. ada kat sebelah rumah encik roberto anak lelaki rosalinda ayamor

      Padam
    3. noob cuba cari jap pasal surah al-Kahfi hilang dari Al-Quran..

      Padam
  2. pemuda kacak berakhlak mulia.3 Jun 2014 pada 5:02 PTG

    1sto.....

    BalasPadam
  3. I thought that the photo circulated on the net is just a gimmick.Betol2 rupanya. Fareeda takde sponsor khemah ke? LoL

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. itulah realiti di butik fareeda bandar baru bangi, kebanyakan yg beratur adalah seller2.. beratur nak tunggu ambil angka giliran. bila sampai turn, hanya dibenarkan selama 5 minit je untuk pilih tudung, then di halau keluar.

      Padam
    2. ko penah beli ke Tanpa Nama3 Jun 2014 5:20 PTG, siap tau bagai..ahaks

      Padam
    3. laluan harian g kije. bleh tengok everyday camtu...

      Padam
  4. Hahah... noob, aku pon rasa tudung ekspress singkat yang berlapis-lapis dan bertingkat tu pelik benar rupanya, dah rupa macam ada jelly fish melekat kat kepala, hahahah... *sorry to all penggemar tudung ekspress yang sebegitu rupa, just merely stating my pov here, ok~* ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya nampak mcm kek lapis atau jeli je

      Padam
    2. "Gua pailang" kata Makcik Rafidah kepada wanita di belakangnya yang sama-sama menunggu giliran untuk membeli tudung Fareeda.

      Padam
    3. aku minat tudung tingkat2 ni.. tapi fareeda punya tudung, dah macam kanak2 riang punye size da..

      yang aku ingat aku beratur panjang untuk apply ptptn, keluarkan duit masa loan baru masuk masa kat u, lori milo masa kecik2, apa lagi tak ingat pulak.

      Padam
  5. tudung freedada. dahla tudung pendek, buah dada pulak tersembul. ape kejadah la diorang buat mcm ni. siap tdo depan kedai. xda perasaan malu ke. x reti nak jaga aib makbapak,laki masing2. haiyyah ...
    betina skrg, pakai tudung bkn utk tutup aurat tapi nak nampak seksi dipuji jantan...

    cadburry hazelnut punya freedada

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalahnya tudung fareeda mangkuk tingkek ni xseksi & xmenarik langsung dimata jantan pun... xtahu la apa motip org pompuan yg suka pakai tudung ni... diorg rasa diorg cun kot pakai tudung neh... diorg rasa laaa... syok sendiri

      Padam
    2. Sbb owner tudung F tu pun bukan besar sgt aset dia...sbb 2 tudung dia singkat. Yg montok2 x digalakkan pakai...tersembul mata kaum adam nanti.

      Padam
  6. kalo pilihanraya, pi mengundi jam 2-5pm..gerenti lengang giler..dah 4 kali saya mengundi..jam 3pm..sumer dah xder orang da..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tp mengundi jam 9-11am hapenning, ramai tukang sorak dr 2 parti..tp xleh complain byk2 la jika beratur. Nak senang mmg mengundi ptg, x ramai org

      Padam
    2. Rugi mengundi petang. Sebab wang peruntukan tambang balik kampung dah habis. X sempat nak 'claim'. Orang pagi sapu habis. Hare.

      Padam
  7. BW sini..lama juga tak BW ni, so hri ni Cik Anis jenjalan la ^^
    Jemput singgah blog Cik Anis juga ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. x hingin nak singgah.bukan best pun

      Padam
    2. pala hotak ko xbest. best dowhh... sblm ni aku seorg katak bawah tempurung, tp selepas aku bc blog dia barulah aku tau koleksi scarf & shawl yg terkini... kalah aku xbaca blog dia td sampai hari ni aku masih xtau

      Padam
  8. maafla. lambat lg la nk beratur sbb bli tudung tu. yg lain2 tu boleh consider

    BalasPadam
  9. dear admin how are you i hope you are fine. i want to talk with you i today i visit your blog that's very nice i want to publish it on my facbook page and want to link exchange with you for more vistor's if you agree then contact me at husnainali.jaffri@yahoo.co.uk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes bos..u kenot tok wih mi..ef u wan tu pablesh..u pablesh la..

      Padam
    2. wadafak u talking bro. by d way im fine thank kayu.

      Padam
  10. mei huaaa~ mei huaaa~ menangis kau kerana cintaaaa....

    BalasPadam
  11. si fareeda tu dok gelak je.."hahahahaha..larisnya tudung kek lapis aku"

    BalasPadam
  12. hehehehe beratuq amik brim dapat duit, beratuq nak beli tudung habis duit..tapi itukan masing-masing punya citarasa..ikut suka hati la..janji hepi..

    BalasPadam
  13. Adeh aku paling last komen. beratur kat Fareeda punye pasal laa nie. punye laa panjang. kire datang sebelum subuh dah tu. kalu ia pakai sistem nombor kan senang

    BalasPadam
  14. Yg beratur beli tudung 2 kebanyakaan ialah agen utk negeri masing2, diaorg beli byk n jual balik dgn harga up sikit..sbb 2 mereka sanggup beratur sbb nak bisnes untung. Ada gak yg beli sbb tudung F ni limited stock, so kalau beli fesyen 2 mmg beberapa org je kat Malaysia pakai, sbb limited yg ada sesetangah org sanggup beli, baru la ekslusif.

    Mmg diakui tudung ni mmg agak singkat n x sempurna, tp disebabkan tudung ekslusif ni menyebabkan org ppuan kat Malaysia tergila2 nak beli. Tp bersangka baik je la...sbb beli tudung lagi baik dr pergi beli konsert yg beratus2 ringgit just utk few hours performance. Doakan lepas pki tudung F ni, terbuka hati lagi nk pakai lebih labuh. sekian.

    BalasPadam
  15. aku yang perempuan ni pun x paham kenapa perempuan lain dok tegile tudong lapis singkat ni.daha owner de kerek bajet cun.lagi2 laki dea.huh..aku dari dulu memang x kenan langsong tudung ade awning tejulur2 ni..da macam sister plak.aku pakai bawal 5rm jek.aidijuma pun adela gak beli

    BalasPadam
  16. pelik dlm beragama org sibuk mengomen fanatik agama ektrimis yg bejet dia rasa ekstrim tp tang beli tudung yg melebih2 dari sepatutnya xde pun org sibuk kata ni ekstream fanatik...kurang kedengarn lol

    double standart madfkr

    BalasPadam
  17. Oh, Noob masih menggunakan istilah 'tudung'...
    Para hijabista zaman sekarang mana main istilah tu dah...
    Kena guna 'hijab'..
    Hahahaha

    BalasPadam
  18. errr.. 1st time dengar org beratur panjang utk beli tudung.. err atau deno ketinggalan zaman? hihihi... btw tak sanggup den nak beratuq panjang aih just nak beli tudung.. belambak tudung bawal kat supermarket senang pilih2 je^^

    BalasPadam
  19. SEMUA ORANG YANG SUKA BERATUR ADALAH BODOH DAN KERJA KERJA BODOH

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.