Halaman

Sabtu, 20 September 2014

Proses dan fasa cinta untuk kecapi kebahagiaan

Semua orang di muka bumi ini pasti mempunyai perasaan cinta, mempunyai perasaan ingin mencintai dan dicintai. Fitrah setiap insan ingin mempunyai pasangan yang ingin dijadikan peneman hidup sehinggalah ke hembusan nafas terakhir. Namun cinta itu tidak boleh dipaksa dan ia bukan hadir dengan sekelip mata. Cinta memerlukan satu proses dan fasa yang panjang untuk mencapai tahap matangnya dalam menuju bahagia. Sebab itu dalam mencari percintaan yang mahu dijadikan jodoh dan teman hidup, pastikan anda lulus tiga fasa berikut, semoga hubungan yang dibina akan kekal till jannah.


1. Mengenali hati budi

Ini adalah fasa yang pertama sekali dalam mana2 hubungan cinta, iaitu mengenali hati budi pasangan. Orang kata, tak kenal maka tak cinta, oleh itu untuk bercinta, kita perlu mengenali hati budi insan yang ingin kita jadikan pasangan suami atau isteri. Dalam fasa ini, kita harus kenal dan pelajari latar belakang, sejarah hidup, ahli keluarga, rakan2, kesukaan, kegemaran, hobi, minat dan lain2 yang berkaitan dengan pasangan.

Yalah, masakan kita ikhlas mahu bercinta dengannya jika nama ibunya pun kita tidak tahu, makanan kegemarannya pun kita tidak mahu ambil tahu dan hobi masa lapangnya juga kita tidak ambil peduli.


2. Cari keserasian

Setelah lulus fasa pertama, fasa kedua yang perlu dilalui adalah mencari keserasian atau chemistry di antara anda berdua. Tempoh ini boleh dikira sebagai tempoh percubaan dalam hubungan anda. Dalam fasa ini, anda perlu mengenalpasti apakah persamaan dan perbezaan antara anda berdua, contohnya persamaannya adalah anda berdua mempunyai makanan kegemaran yang sama. Contoh perbezaan pula adalah anda seorang yang sukakan filem barat dan bencikan filem melayu, manakala pasangan anda seorang yang sukakan filem melayu dan bencikan filem barat.

Kenalpasti perbezaan antara anda berdua, dan jika didapati yang anda dan dia terlalu jauh berbeza, misalnya anda itu A manakala si dia itu Z, jika perbezaannya terlalu besar atau orang cakap tiada chemistry, maka anda perlu menilai semula perhubungan anda dan mungkin anda terpaksa untuk tidak meneruskan lagi hubungan ini kerana jurang perbezaan yang terlalu besar boleh memberi kesusahan dan masalah apabila sudah hidup bersama kelak.

Ini kerana apabila masing2 tidak faham akan pasangan masing2, maka di situ akan timbul segala macam konflik, sedangkan dalam suatu hubungan, kita perlu memahami antara satu sama lain untuk kita kongsikan segala buah fikiran, emosi dan perasaan antara satu sama lain.


3. Penerimaan pasangan

Akhir sekali, setelah anda kenal hati budi pasangan anda dan sudah berjaya mencari keserasian antara satu sama lain, maka fasa yang terakhir adalah penerimaan atau acceptance. Dalam fasa ini, kita perlu faham yang tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini dan setiap manusia itu pasti punya kelemahan. Sebab itu perkara yang paling penting akhirnya dalam sebuah hubungan adalah sama ada kita bersedia atau tidak untuk menerima kelemahan dan kekurangan pasangan, sebagaimana mereka juga boleh menerima kelemahan dan kekurangan kita.

Suka atau tidak, kita perlu menerima pasangan kita seadanya sebagaimana diri mereka, kerana pada masa mereka mereka jatuh, kitalah yang perlu menjadi tiang sokongannya dan begitu juga sebaliknya. Jatuh dan bangunnya pasangan kita, kitalah yang perlu ada di sampingnya yang harus menjadi tulang belakangnya.

Namun jika kita tidak boleh menerima kelemahan dan kekurangan pasangan, maka sukar untuk sebuah hubungan yang bahagia itu terbina terutama setelah mendirikan rumahtangga bersama. Ungkit-mengungkit, kata2 perli dan sinis, membanding2kan pasangan dengan orang lain, mahu kita jadi orang seperti lain, semua yang negatif pasti akan diterjemahkan dalam bentuk kata2 dan perbuatan yang pasti boleh menyakiti dan mengguris hati serta perasaan pasangan kita, lantas  mengakibatkan perasaan cinta yang asalnya mekar itu hilang dan mati, dan akhirnya perasaan cinta dan sayang itu berubah menjadi perasaan benci dan kecewa.


Proses dan fasa2 cinta di atas ini aku tulis kerana aku tidak percaya akan cinta sejati dalam hubungan antara manusia dengan manusia. Aku hanya percaya kepada cinta realistik, di mana dalam cinta ini tiada kisah dongeng putera raja yang selamatkan perempuan dengan menunggang kuda putih, tiada kisah puteri raja yang sanggup berkahwin dengan gelandangan jalanan, tiada drama melayu di slot Akasia jam 7 malam. Yang ada hanya macam mana kau nak sara bagi anak bini kau makan, macam mana kau kena bayar bil dan pinjaman tiap2 bulan dan macam mana kau nak bahagikan masa untuk diri kau dengan masa bersama keluarga dari mula kau kahwin sampailah kau mati.

Sebab itu jika anda berjaya melepas ketiga2 fasa ini, maka anda selayaknya untuk bercinta, dan insya Allah anda akan dapat memberi kebahagiaan kepada diri sendiri dan pasangan anda till jannah.

Cinta itu suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.




tags: fasa percintaan dalam mencari kebahagiaan cari menuju bahagia love stage steps mengenali hati budi knowing each other cari keserasian chemistry penerimaan acceptance kelemahan keburukan kekurangan

33 ulasan:

  1. Putera raja menunggang kuda untuk menyelamatkan puteri itu hanya satu metafora berkaitan cinta. Ia bukan harus diangkat sebagai makna cinta yang sebenar. Jika ada yang menyangka bahawa cinta bermakna sebegitu, maka dia masih tidak faham apa erti sebenar cinta dan cuma melihatnya sebagai satu beban di mana dia harus tanggung sehingga mati. Akhirnya kematian merupakan perkara yang lebih dicintai daripada kehidupan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus la tu, lebih baik cinta pd kematian drpd terlebih cinta pd dunia(perempuan).

      Padam
    2. perrgghh aku tabik! cinta kematian, kau tak tau mati tu rasa macam mana? "how can you love death when your whatever is death himself?"

      Padam
  2. oh 2nd... sob sob (>﹏<)

    BalasPadam
  3. cinta itu ibarat kentot, oleh itu marilh m'gent0t dmuka sir0sli Pr00000000oootttT!! argh!! leganya

    BalasPadam
    Balasan
    1. crettttttt creeeeeeeetttt kat muka Tanpa Nama20 September 2014 6:02 PG argh legaaaaaaa~

      Padam
    2. Seriously konek pendek20 September 2014 pada 1:00 PTG

      fap, fap fap.....crett,creeettt kat lubang anus Seriously. #nohomo

      Padam
  4. Ingatkan aila yg tolong copy paste entry ni..huhuhu... Fasa paling indah ialah fasa pertama. Petua paling senang nak berjaya dlm relationship, terima kekurangan pasangan, tahu tanggungjawab dan jangan bermulut puaka.

    BalasPadam
  5. Ye noob. Aku dulu berkawan dgn dgn bini aku ni 7 tahun sebelum berkahwin. Dia bukanlah yg tercntik..tp dialah yg paling sempurna utk aku. Terimalah pasangan anda sepertimana dia menerima anda sepenuh hati. Jgn cari yg anda hendak saja..tapi cari apa yg anda perlukan. Isteri yg baik..yg sediakan makan minum kita..yg jaga keperluan kita..yg pandai jaga anak2. Tak guna kalau muka cntik bak bidadari..tapi kemas rumah tak reti..masak tak reti..tiap2 pagi bgun lewat smpaikan org tnye..nape bini ko tak bgun lagi? Matahari dah tinggi. Susah nak bhgia kalau cmtu. Mula2 memang boleh sabar..tapi lama2, tak tahan jugak.
    Aku ada member..kitorang semua dah kwin. Dah ada anak. Dia dok keluar dting dgn awek2 lagi. Katanya tak jumpa yg perfect. Padahal semua awek2 yg dia keluar tu macam model. Dia pernah cakap..biar cari pmpn yg cntik rupa..tak pandai masak dan jaga rumah pun tak pe. Hmm..kalau itulah targetnye..sampai mati pun tak bahagia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shrek is love,Shrek is life20 September 2014 pada 8:28 PG

      takrif bahagia berbeza setiap individu. kl member ko rasa dia akan bahagia bila dpt perempuan tercantik, siapa anda untuk menidakkannya

      Padam
    2. Memang berbeza. Tp tak semua betul. Mcm contoh..org cintakan dunia..memandang harta yg bnyak barulah bahagia. Org yg cintakan agama..harta sederhana..tp amalan diutamakan..barulah bahagia. Tp yg betulnya cuma kebahagiaan yg kedua. Kita boleh buat keputusan.tp tak semestinya keputusan kita tepat. Malah..ramai yg tak tau apa itu kebahagiaan sebenarnye..gembira tidak bermakna bahagia..ketawa tak bermakna bahagia..bangga isteri cntik tak bermakna bahagia

      Padam
    3. Ahhh..senang cakap kawan ko tu plyboy sebenarnye. Org cmtu tak akan berani kawin

      Padam
    4. TApi sekarang ni cinta nafsu je semata, hari ni kenal, malam nanti kena rogol (ingatan pada semua yang masih gadis) .

      Padam
    5. Ade sesetgh org nk cari org gaji utk dijadikn bini, baru bahagia..ye x TN 752pg?

      Padam
    6. Org yg terlalu kisahkn ape org lain fikir psl hal rmh tgge sndri adalh org yg paling x bahagia skali. Kalu de mulut yg tnye psl nape bini ko x bngun lg bila matahari dh tggi, ko jwb je die penat kje smpi lwt mlm..hujung mggu cmni biar la die tido lme sket. Atau lg sng, ko watdek je soklan nyibuk hal rmh tgge cmtu, xde kje lain kepe? Psl mmbe ko tu plak, biar la die nk cari yg cantik, xslh kowt. Bahagia dia xsme mcm bahagia ko kowt..dia msti bnyk duit bleh kuar dating ngn rmai awek cun kowt, nnt dh dpt yg bkenan dhati die xsuruh jd org gaji dlm rmh, die upah je org gaji utk buat sumer kje2 rmh tu, mcm pak arab yg kaya raya nuh..bini cntik utk dibelai gi melancong gi bwk hadir event mne2..tu takrifan bahagia bg dia. Ikut kmampuan msg2 arr..

      Padam
    7. tanpa nama 7:52pg. yg sebenarnya ko jeles dkt member ko kan? dia bahagia dgn cara dia yg ko sibuk apehal. dahlah ko kata bini x cantik walhal sepatutnya setiap bini adalah yg plg cantik bagi seseorang lelaki

      Padam
  6. bila pelajar mcm pelajar sekolah malaysia bila JepunXMalaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. apakaitannya? ngan post noob? haha2 post noob dh mcm aila gahaha2 ke aila kot tukar jd noob haha bosan neeeeeext

      Padam
    2. ProoooOooOOottTT !! D muka sirosli...

      Padam
    3. apa yg ko merepek ni samdol? (dahlah reply diri sendiri)

      Padam
    4. ramai jugak nick seriously nih...tapi IP sama aje...ha ha ha!

      Padam
    5. sirosli ni memang kebudak2an. sanggup post dua kali semata2 nak dapat top komentar.. apa pekdahnya taktau la

      Padam
  7. noob ni biasa jd pakar politik, pernah jd pakar it, pakar ekonomi, pakar agama, pakar kaunseling, skrg jadi pakar cinta pula.. untungnye perempuan yg dpt jd isteri noob..

    noob, kalau awk blm ada kawin & blm ada awek, sy... sudi jd isteri awk.. selama sy baca pemikiran2 awk, sy dpt rasakan yg awk ada ciri2 lelaki idaman sy walau sy tau awk pun bkn lelaki yg perfect. sy ni pun bknnya cantik atau baik sgt, mungkin jauh dr expectation awk, tp maybe we can give a try? kalau awk sudi awk replylah komen sy ni.. sy harap awk jgn hampakan harapan reader awk.. sy dh lama follow blog awk..

    ・:*:・(*/////∇/////*)・:*:・

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shrek is love,Shrek is life20 September 2014 pada 2:17 PTG

      ala noob x payahlah nak menyamar jadi anon, komen up diri sendiri

      Padam
    2. kenapa pulak sy kena menyamar jd noob?? awk jeles ke xde perempuan suka kt awk? awk pergi tulis blog sendiri la... sibuk je org nk noob reply bkn awk

      Padam
    3. Butoh noob, stim dekat diri sendiri

      Padam
    4. Seriously konek pendek20 September 2014 pada 7:24 PTG

      noob pondan jatuh cinta dgn diri sendiri. aseksual sungguh

      Padam
  8. err...aku tak pernah ada masalah bab ini, sebab...
    i) aku adalah jauhari yang mengenal manikam
    ii) aku boleh kawal nafsu gila pada pompuan.

    fasa aku bercinta? ha ha ha! aku cinta selepas kawin...err...tak main laa cinta sebelum nikah ha ha ha!! sebelum wife aku, ramai gak pompuan, betina, jalang yang dok gatal kat aku...tapi semua aku tepis...yang taraf model lima bintang pun ada...tapi itu semua tak ada makna...sebab ada manusia dalam dunia nih dia dah tau destinasi dia kat dunia nih, apa misi dia...maka aku tunggu misi aku...dah sampai, aku buat...aku ngorat awek nih...sampai dapat...lepas tu aku kawin dengan dia, ada anak...dan itulah misi aku...aku tak ada masa nak bercinta...pendek kata kalau kau biar Tuhan tentukan hidup kau...nanti kau tau jua tempatmu di mana ha ha ha ha!

    nak kenal manikam pi tanya jauhari, jangan tanya blogger, silap-silap di aibnya kau! ha ha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seriously konek pendek20 September 2014 pada 7:27 PTG

      tak tanya pun. apa aku peduli dgn kehidupan ko. nak tulis pjg-pg buat kan blog sendirilah mangkuk

      Padam
  9. adakah mgkin noob sudah jatuh cinta dgn seseorg? Hihi.. Sbnarnye kalau kita nak tahu itu jodoh kita,p'tama mestilah rasa selesa b'dampingan seseorg tu..kalau dia jauh,kte rasa rindu n nak jmpe dia n sgup korban masa , tenaga dan wang utk dia.. Pastu kita trima seadanya tntang diri dia,mcam noob ckp lah.. Bg ak,pengorbanan tu penting dalam p'cintaan sbab dari situ kita nampak kesungguhan dia utk m'dapatkan kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seriously konek pendek21 September 2014 pada 7:58 PG

      noob tengah gersang. umur dah 33 awek/bini belum ada. apa kata ko gi melamar dia

      Padam
  10. gersang sangt dah noob ni. kesian. udah le noob. ko tibai je la mana2 awek yg tak kawin lagi kat tempat keje ko. ajak trus kawin. takyah la memilih sngt. agak2 sekufu dengan ko tu..jalan je la. takyah cntik sngat pun xpe..yang penting barang baik.hahah

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.