Sabtu, 2 Mei 2015

8 Jawapan terbuka kepada Ahmad Maslan mengenai GST

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Dato Ahmad Maslan, ramai orang tak faham GST. Tun Mahathir tak faham GST. Mufti Perlis Dr. Asri tak faham GST. Pensyarah serta penganalisis politik Prof. Dr Agus tak faham GST. Selagi mana2 orang yang mengkritik dan mengatakan GST itu tidak bagus, mereka tak faham GST. Yang paling memahami GST mungkin Mawar Rashid, peserta Dewi Remaja yang telah membuat research dan mendapati GST itu bagus tanpa mengetahui makna GST itu sendiri. Berdasarkan video penerangan daripada Ahmad Maslan berikut, aku senaraikan kebaikan2 GST yang ramai orang tak faham:



Menurut Ahmad Maslan, dengan GST kita dapat, kita dapat, kita dapat. Kerana GST:

1. Kita mendapat sistem percukaian yang cekap, telus dan berkesan.
2. Cukai pendapatan diturunkan antara 1% - 3%.
3. Kita turunkan cukai korporat 1%.
4. Kita turunkan cukai koperasi 1%.
3. Kita bagi duit tambahan BR1M RM300.
6. Kita dapat tambahan pendapatan negara. Kerana itu kita boleh bagi lebih banyak kepada rakyat. Kadang2 orang mempertikaikan perkara yang 6 sen dan sebagainya. Cuba kita tukar sikit mindset kita kepada menjadi penyumbang kepada negara, membangun dan maju bersama, Grow and Share Together (GST).

Dengan hasil cukai, kita dapat.
1. Keamanan
2. Pendidikan
3. Kemahiran
4. Kesihatan
5. Pembangunan
6. Pekerjaan

Apa salahnya contribute sikit cukai, 6 sen sekali topup. Bolehlah kita kata aku juga bersama membangunkan negara.


Sekali lagi, dengan GST kita menurunkan 6 cukai rakyat:

1. Cukai 10% turun kepada 6%.
2. Cukai 5% turun kepada 0% sebahagian barangan.
3. Cukai pendapatan turun 1% hingga 3%.
4. Cukai syarikat turun 1% daripada 25% ke 24%.
5. Cukai koperasi turun 1% hingga 2%.
6. Cukai PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) turun 1% daripada 20% ke 19%.

Dr. Asri, Dr. Agus dan Tun Dr. Mahathir disarankan agar belajar lagi pasal GST. Pegawai dan penasihat2 Tun M tolong cerita yang benar pasal GST, kesian orang tua tu.


* * * * * * * * * * * *

Berikut adalah jawapan terbuka aku berdasarkan dua2 video penerangan Dato Ahmad Maslan:

1. Kita mendapat sistem percukaian yang cekap, telus dan berkesan. Ini hanya faedah kepada kerajaan bukan rakyat.

2. Jika GST turunkan cukai 10% kepada 6% dan 5% turun kepada 0% bagi sebahagian barangan, habis tu kenapa barang yang naik harga lebih banyak daripada yang turun harga? Malah perkhidmatan yang sebelum ini tiada cukai sekarang ini sudah kena cukai? Aku tak rasa ini adalah faedah dan keuntungan kepada rakyat.

3. Cukai pendapatan turun 1% - 3%. OK ini adalah faedah kepada rakyat, atau lebih tepat, sebahagian rakyat yang layak dan wajib membayar cukai pendapatan. Orang yang tiada kerja tetap atau berpendapatan rendah langsung tidak terkesan dengan penurunan ini.

4. Cukai korporat/syarikat turun 1%. Penurunan ini hanya memberi faedah kepada segelintir sahaja rakyat yang mempunyai syarikat yang layak dikenakan cukai korporat. Dengan turunnya cukai syarikat kepada 1%, gaji pekerja tidak semestinya akan naik. Maka orang miskin dan pekerja yang makan gaji masih tidak terkesan.

5. Cukai koperasi turun 1% - 2%. Sama seperti point no. 4.

6. Cukai PKS turun 1%, Masih sama dengan point no. 4.

7. Bagi duit tambahan BR1M RM300. Ini memang faedah GST, namun tanpa GST pun kerajaan masih tetap kena naikkan nilai BR1M sehingga RM1,200 setahun untuk seisi rumah kerana itu memang sudah ada dalam manifesto BN untuk PRU13.

8. Kita dapat tambahan pendapatan negara. Ya, itu sudah semestinya, faedah terbesar buat kerajaan.

9. Dengan hasil cukai, kita dapat keamanan, pendidikan, kemahiran, kesihatan, pembangunan dan pekerjaan. Itu adalah faedah untuk rakyat, namun selama ini tanpa GST pun, kita masih menikmati perkara yang sama, so ia bukan suatu yang baru dengan adanya GST.

10. Memang bagus contribute sikit untuk negara, tapi kalau diri sendiri pun tak mampu atau hanya cukup2 makan je untuk menyara diri sendiri dan keluarga, macam mana nak contribute untuk negara? Malah hanya kerana nak turunkan cukai pendapatan, cukai korporat/syarikat, cukai koperasi, cukai PKS dan menambahkan pendapatan negara, maka orang miskin pun sekali kena tanggung untuk menampung peratus2 yang sudah kurang itu?

Tugas contribute kepada negara itu bagilah kepada rakyat yang mampu dan berkelayakan sahaja agar contribution itu dapat dicontribute pula kepada golongan bawahan dan miskin. Ini kalau mereka pun kena contribute sekali agar ia dapat dicontributekan semula kepada diri mereka sendiri atas nama kerajaan, baik tak payah.

11. Seperti yang aku pernah cakap sebelum ini, aku bukanlah tak setuju langsung pasal GST asalkan ia tidak lebih memberi beban lebih kepada segenap lapisan rakyat, cuma aku tak percaya kepada orang yang menguruskannya. Dengan cukai SST pun terlalu banyak ketirisan dan salahguna seperti yang dilaporkan oleh Laporan Audit Negara, apatah lagi apabila kantung kerajaan akan semakin banyak dengan GST, aku tak percaya mereka akan dapat menguruskannya dengan lebih baik, amanah dan telus.

12. Kita bising GST 6 persen bukan kerana kita benci Malaysia. Kita bising GST 6 persen bukan kerana kita tak mampu bayar. Tapi kita bising sebab janji tak serupa bikin. Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen. Memang kita berduit. Memang kita berharta. Namun, jauh di pelusuk sana,ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk terkontang kanting. Mereka tak ada slip gaji. Jauh sekali Socso mahupun KWSP. Kerjanya keluar pagi balik dinihari. Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis? Hanya 6 persen? Itu pun nak bising? Kerja lah lebih kuat lagi? Beribadatlah lebih lagi? Untuk dimurahkan rezeki?

Ya, sembang kalian sembang mereka yang berharta. Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa. Sedangkan ada mereka yang Facebook pun tiada. Motor buruk hanya tunggu masa. Kerja lebih kuat dari si sarjana muda. Kerja lebih ikhlas dari si PHD mahupun master. Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.Ya, mereka tak berharta. Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda. Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka? Kalau itu sistem kehidupan. Aku rela jadi bodoh dari kalian, kerana aku taknak hilang perikemanusiaan. #copypastegroupsebelah

13. Btw Dato Ahmad Maslan, sekali topup mana ada 6 sen, itu keluar duit guna MEPS. Orang kalau topup RM10, kena tambah 6%. So tindakan PM Najib memberi arahan hanya Menteri Komunikasi dan Multimedia DS Shabery Cheek yang boleh memberi kenyataan berkaitan isu topup prepaid aku kira adalah suatu yang amat tepat.


14. Saya harap, kita semua dapat bermuhasabah diri termasuk dengan Dato Ahmad Maslan juga. Ingatlah, kita bukan sentiasanya benar, dan rakyat serta orang lain bukan sentiasanya salah.




tags: jawapan terbuka kepada timbalan menteri kewangan ahmad maslan gst video senaraikan kebaikan dr m mufti perlis maza professor penyarah dr agus tak faham akur arahan shabery ulas isu top-up prepaid tweet twitter najib razak pm

8 ulasan:

  1. Datuk Ahmad Maslan ingat kami tak mengaji Matematik rupanya... dulu DZ tak kena income tax, bila gst tiap2 kali belanja kena gst. Brim dapat setahun sekali.... hehe

    BalasPadam
  2. Sori Maslan. kami tiada kuasa membeli... kami x mampu nk tambah duit utk byr gst... lg besar nilai belian lg besar nilai gst... sori lan... hang bg je la duit hang...

    BalasPadam
  3. Menyampah betuulll la aku tgk muka ahmad maslan. Cer try ko tepek muka sora aoi syok jugak nak baca entry ni noob..

    Dlm islam ada zakat.. Amik sedukit duit org kaya, bg dkt org2 miskin. Gst suma org kna bayar. Yg miskin kerja buruh tinggal dlm pondok buruk bersama anak bini pun kna bayar cukai. Apa punya baghal laa .

    BalasPadam
  4. Hanya warga asing guna kad topup,,mmg taik!!

    BalasPadam
  5. Kan anyonw explain pasal top up and gst...
    Bukan 6% tuh dilaksanakan macam biasa ke...

    Kalau top up rm10.. Kita kena bayar 10:60... Tapi dapat topup value 10...

    And so on and so forth utk 20 and 50

    BalasPadam
  6. Tingat ke iklan gst kt tv 😜

    BalasPadam
  7. Rembat dah rembat dah. Sembang buat bodo je. PM lagi syok, dok diam trus. Dari pemerhatian aku, gaji April potongan cukai tak berubah langsung!!! Tanya jugak HR, apasal x turun? Dia bitau xder apa2 arahan pun! Camana turun 1-3% ??? Jelas Ahmad Maslan ni penipu.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.