Halaman

Isnin, 11 Mei 2015

Rakyat memang mahu Najib terus kekal menjadi PM

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Beliau berkata selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota UMNO terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau akan tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.



"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di sini hari ini.

Ahli parti sokong PM Najib, ya. Lagipun memilih Presiden parti untuk jadi PM memang hak parti. Rakyat memberi kepercayaan kepada PM Najib, tidak semestinya. Di parlimen Pekan memang majoriti rakyat bagi kepercayaan kepadanya. Walau begitu rakyat hanya berhak memilih parti tapi tidak berhak memilih siapa nak jadi PM. Lagipun jika melihat pada keputusan PRU13 dahulu, majoriti rakyat di Malaysia tidak memilih BN pun kerana hanya 48.7% pengundi yang memilih BN manakala 51.3% memilih sebaliknya. BN hanya berjaya menawan kerusi parlimen dengan lebih banyak berbanding PR.



Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.

Beliau menegaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan anggota UMNO dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.

Jawatan sebagai Presiden UMNO, ya melalui proses demokrasi namun hanya ditentukan oleh anggota UMNO dari seluruh negara. Namun telah menjadi amalan lazim turun temurun dalam parti politik yang jawatan Presiden tidak dipertandingkan dan tidak dicabar sewaktu pemilihan kerana menunjukkan kesetiaan ahli kepada Presiden parti, maka tiada amalan demokrasi pun sebenarnya. Jawatan PM pula sama juga, seperti yang sudah diterangkan di atas tadi, secara default ia ditentukan oleh anggota UMNO, bukan oleh rakyat pun.

Ini semua fakta, bukan omongan kosong.

Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden UMNO.

Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan "rakyat Sabah sokong" sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, "Najib, Najib, Najib".

Ya, ketika Tun Mahathir takde kat Malaysia pergi mengerjakan umrah, tambahan pula di depan penyokong sendiri. Ini namanya SYOK SENDIRI. Lebih baik bagi ucapan secara terbuka dan lantang depan orang ramai yang audiennya berbeza dan terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti orang kampung, orang bandar, orang kaya, orang miskin, golongan terpelajar dan akedemik, golongan professional dan lain2.

Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.

Najib berkata beliau mendapat mendengar sokongan padu dan gemuruh daripada hadiri pada majlis di sini dan juga di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan awal hari ini serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.

Sekali lagi, hanya 5.220 juta rakyat yang memberi mandat kepada BN untuk memerintah negara, itu pun kepada parti BN bukan kepadanya.

"Takkan satu suara (Dr Mahathir) lebih besar daripada suara yang didengari daripada para hadirin di sini dan di Kota Belud dan mandat diterima daripada seluruh negara," katanya.

Takkan satu suara sahaja yang dia dengar? Ramai tokoh, pemimpin, ahli akademik dan para cendekiawan dah bersuara. Itu belum lagi suara berpuluh ratus ribu juta netizen keyboard warrior yang bersuara di media2 sosial seperti FB, Twitter, Youtube, portal berita dan blog. Dan PM Najib masih menganggap hanya SATU SUARA SAHAJA?

Jika benar2 berani dan mahu tahu berapa banyak suara yang didengari, apa kata ambil cabaran dengan menyuruh sebuah badan bebas membuat kutipan suara daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira parti sama ada mahukan PM Najib KEKAL atau TURUN, semudah itu.

Usah SYOK SENDIRI.

Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.

"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab.

"1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri", yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin.

"Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB))," katanya.

Mengungkit sejarah dan kisah lama orang yang mengkritik bukan satu hujah yang baik untuk menjustifikasikan apa yang kita buat pada hari ini adalah betul.

Najib berkata kenyataan Dr Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.

Beliau menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.

Baca selanjutnya di Astro Awani.


* * * * * * * * * *

Isu tidak pernah mahu didebat dan dihujah secara terbuka.
Ucapan hanya di depan penyokong sendiri.
Tepukan dan sorakan hanya datang dari penyokong sendiri.
Hanya duduk dalam kepompong dan zon selesa.
Suara penyokongnya dianggap suara seluruh rakyat Malaysia.

Pintu dan ruang hanya terbuka kepada orang yang menyokong sahaja.
Hanya dia, penyokong dan orang yang bersetuju dengannya sahaja yang sentiasa betul.
Orang yang berbeza pendapat dan tidak menyokong maka mereka adalah salah, jahat dan teruk.
Orang yang mengkritik, bertanya dan mahukan penjelasan acapkali dianggap pemfitnah, penentang dan musuh.

Jangan bandingkan betapa jauh lebih baik pemimpin Malaysia berbanding pemimpin Korea Utara kerana mereka mengamalkan ideologi komunis manakala kita berideologi demokrasi.
Usah pula samakan ideologi demokrasi Malaysia dengan US kerana demokrasi mereka semua rakyat boleh mengundi Ketua Negara mereka manakala kita tidak.

Rasa pelik? Inilah Malaysia Boleh. Yang bijak, yang pelik, yang tak masuk akal, juga semuanya boleh.

Hanya di Malaysia.

Oh, nak tahu yang iklim politik Indonesia sudah jauh lebih matang meninggalkan Malaysia? Lihat sahaja video ini, sebuah rancangan yang sudah pasti tidak akan wujud di Malaysia.





tags:saya tidak akan tunduk kepada tekanan letak jawatan turun rakyat memang mahu dato seri najib razak terus kekal menjadi pm perdana menteri malaysia berita video buletin utama tv3 desakan tun mahathir mohamed indonesia lawyers club semprotan pedas ratna sarumpaet pada jokowi megawati paloh menteri kena sound depan

16 ulasan:

  1. Salam....masalahnya, kat Malaysia ni, RAKYAT pon dok syok sendiri....yg sokong BN syok sendiri...yg sokong PR pun syok sendiri...pot calling kettle black...kan ada yg cakap, we are living in a fucked up society, remember...? dan member of the society tu termasuklah aku, nurul nuha, kamarudin, sabri yunus dan jugak ko yang tengah baca komen merapu meraban aku neh.....noob, ko pon skali, jgn nak perasan berkecuali ek..-akurakyatbiasa-

    BalasPadam
  2. Najib oh najib..baru sekarang kenal sama rakyat!! Slogan mmg cantik, demi rakyat, untk rakyat tpi hakikatnya..? kerajaan Buatlh apa dasar sekalipun tapi jgn kacau poket rakyat

    BalasPadam
  3. Kt indon mmg matang sampai rakyat depa mcm org Kelantan lari merempat negeri org cari mkn. Lgi satu klu ikut undi popular pas x merintah Kelantan o. cuba check angka malaysiakini klu hanpa x pecaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xde sape yang cakap kalah undi popular tak layak memerintah.Tp undi popular menunjukkan sapa yang lebih diterima.Di Kelantan PAS x diterima tapi di Malaysia BN x diterima, itu fakta,x perlu pusing pasal Kelantan.Nak cerita pasal merempat negeri orang, orang negeri BN pun merempat ke negeri laen jugak Selangor contohnya yg bawah PKR tu.Berapa ramai sepupu sepapat aku kat perak ni yang carik rezeki kat Selangor.Aku x la bangang sangat nak panggil merempat negeri orang,tp berhijrah mencari rezeki,bukan negara laen pun,xyah nak bangga sangat dengan negeri.Bukannya negeri kau tu kat German ke UK ke Jepun ke.Masalahnya Datuk Seri Najib ni beliau terlalu selesa dikelilingi penjilat2 tegar membuatkan beliau lost touch dengan realiti.Samada beliau mmg x sedar ataupun beliau x tau nak buat ape hanya boleh berlindung dalam inner circle beliau sahaja.

      Padam
    2. Apabila pemegang amanah mengingkari amanah maka berlakulah kekecohan dan berakhir dengan kehancuran.

      Rakyat amanahkan duit rakyat mereka salah guna bail-out syarikat kroni. Akibatnya negara tanggung hutang berbillion.

      Rakyat amanahkan mereka syarikat rakyat (kerja kerajaan) mereka khianat ambil anak dan saudara bukan kerana kelayakan. Akibatnya servis kerajaan lembap dan mengecewakan.

      Rakyat amanahkan mereka ipt mereka khianat lecturer suruh pilih candidate physical edu mereka pilih awek lawa lawa yang tak sampai pun minima limit. Kalau di maktab anak kenalan dan saudara yang gagal periksa masuk course sukan sedangkan wakil sekolah pun tak pernah. Akibatnya sukan Malaysia merudum.

      Rakyat amanahkah mereka maktab mereka khianat memilih anak dan saudara bukan kerana kepandaian akibatnya akhlak dan bahasa inggeris anak didik di tahap mengecewakan.

      "Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad ) dan juga janganlah kamu mengkhianati tanggungjawab-tanggungjawab yang diamanahkan kepadamu, sedang kamu mengetahui (Al Anfaal : 27)

      KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya .heee

      Padam
    3. first ,aku bukan orang klntan, aku orang utara. Ni nak sebut isu org kelantan merempat ni. Ada lagi rupanya yang dok pi ungkit benda tak cerdik macam ni. Kat mana2 dunia ni, memang dah kebiasaan rakyat berhijrah dalam negara sendiri. Maksudnye menetap di negeri lain. Cuma kita ni malaysia ni, kita mudah terbayang yang org klntn ni suka pi negeri org. Sebab apa? sebab depa punya loghat susah nak hilang. Jadi kita senang tau yang depa tu org klntn. Padahal, cuma bila berkenalan dgn org..tnya dia asal mana..tgk la..mcm2 negeri. org selangor keje kl pun punya la bersepah. Adakah tu juga merempat? bila nak berhujah, jgn racist, jgn ada hasad tak buruk, jgn buruk sangka, ingat hukum agama. Sebab kalau kita lupa semua tu, hujah kita jd celaka ya amat. hang nak salahkan depa sebab berniaga kedai makan kat merata tempat? tu bukan teruk. tu maknanya depa hebat..kebolehan berniaga tu ada. Aku tak kisah la org negeri mana pun. sama ja. yang penting bangsa melayu aku sendiri. Ingt, tuhan jadikan kita ni tak lebih n tak kurang dari org lain. Apa yang bezakan kita ni ialah banyak mana kita isi pahala dan dosa. Serius aku kata..aku bnyak bertugas kat merata negeri sebab kerja aku kena lawat site untuk report. Aku tak pernah tgk kat mana2 negeri yang aku pernah pergi..dimana orgnya solat subuh di masjid seramai di kelantan. tu aku tabik. terkejut aku tgk..mmg depa bagi penuh sekurang-kurangnya beberapa baris saf. Kalau kat tmpat lain aku pi,biasanya tak sampai 10 orang solat subuh berjemaah kat masjid.

      Padam
  4. awat noob..tajuk mcm nak bg org sakit hati..aku panas btui ngan najib

    BalasPadam
    Balasan
    1. baca tajuk je buat apa.kau jadi perdana menteri baru sejuk kot.

      Padam
  5. masalah sekarang parti lain miskin.nak tolong orang macam mana kalau takde duit.tapi masalah bn sekarang pulak sebab dia ada duit.

    " a goverment big enough to give you everything you want,is strong enough to take everything you have"

    BalasPadam
  6. Salam,, bro mana duit tu datang kalu bukan songlap duit kita.

    'siapa yg tak cukup dengan sedikit takkan puas dengan banyak'

    BalasPadam
  7. Nk percaya pkr...aku dh menyampah sejak langkah kajang...nk percaya dap,bernanah telinga aku kalo denga sejak melihat bagaimana mereka melayan pas...nk harapkan pas..alaaahai nk angkat kepala tgk dap pun tk berani...mahathir senyapatutsebiar pemtgkpemimpinru mcmana...22 thn hg peripinn facebookhbar pa kali kong smpai hapun hanya dithngantungtsmpaiakakhbarberapakonarharakahdibenarkan seminggu...bolehlah...biawak hidup proton perwaja pkfz mas amacam? Langkah awal najib yg amat salah dn bodoh ialah biarkan rosmah menonjol...skrg ni ko melutut nk cari sokongan pun pyh dh najib...aku buntu ntuk next election...kita sokong psm hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak percaya DAP? Ko dah lupe ke DAP tu komunis?????

      Padam
  8. Apa x leh ajib ni..sengat da hilang..huhu..bg orang lain pula la memerintah..apa apa pun,tgk bwh ni..baguih punya cara nk cari duit lebih..kan impak gst kaww kaww sekarang ni..

    Check this out!! Quick way to make some cash..pretty cool!!.. http://MyReferralPay.com/index.php?ref=22384

    BalasPadam
  9. Apa x leh ajib ni..sengat da hilang..huhu..bg orang lain pula la memerintah..apa apa pun,tgk bwh ni..baguih punya cara nk cari duit lebih..kan impak gst kaww kaww sekarang ni..

    Check this out!! Quick way to make some cash..pretty cool!!.. http://MyReferralPay.com/index.php?ref=22384

    BalasPadam
  10. Noob.. aku ada ikut perkembangan Ratna tu sejak permulaan tsunami Acheh lagi. Memang beliau bersemangat dlm hal-hal kemanusiaan laksana Unit Amal PAS membuat kerja-kerja tanpa kenal erti lelah. Pernah 3x bertemu mata, ternyata banyak kecaman-kecaman pedas beliau mendapat perhatian rakyat kebanyakan.

    Malang, malang dan malang... entah dari apa manusia politik jahat ini diciptakan. Kebanyakan kecaman Ratna itu tak kemana.

    Apa yg aku perhatikan, di kepulauan Melayu kita, bermula di Alotau (Selat Solomon di Papua New Guinea) ke Maluku, ke Makassar, ke Surabaya, mudik ke Jakarta, ke Lampung, ke Tanah Minang Batipuh Padang Panjang mengunjur ke seluruh Acheh merentas bekas tapak kerajaan Pasai di barat Acheh. Mengunjur ke Tanah Melayu hingga ke Muang Songkhla, ke Pattani, Tak Bai di Pengkalan Kubor dan terus mengunjur ke Rompin, Brunei dan Selatan Mindanao, hidup dgn pelbagai panggilan. Ada Jawa, ada Batak, ada Siam, ada Tausug dgn berbahasa ibunda masing2 spt Bugis, Batak, Yala, Melayu Medan, Minang, Makassar, Sunda. Semuanya faham dengan baik akan BAHASA MELAYU sbg lingua franca kita di seluruh nusantara.

    Selain beberape benda kita kongsi, spt bahasa melayu layaknya diiktiraf sbg bahasa ug boleh difahami di seluruh pelusuk nusantara..

    Ada dua perkara menarik yg kita kongsi bersama. Namun kedua2nya benda maju canggih tapi tiada manfaat langsung bila bersama dgn kita.. Iaitu islam dan kebodohan yang tak mampu sesiapa pun tahu macammana nak bina bangsa sendiri dgn penoh azam.

    Patutnya dgn islam, kita layaknya jadi maju. Namun tersungkur tak tahu malu terus memeluk Islam dgn hobinya menipu. Banyak silap kita. Hidupnya kita banyak ketawakan org lain dan menipu sesiapa saja dikeliling kita

    BalasPadam
  11. Xpa jib, gua sokong lu kekal. Jgn undur. Lagi lama lu kekal lagi ramai org meluat. Xpyh pegi jauh, tgk komen fb ko ari2 ko kena maki. Kesian, next Pru14 lu & BN dua2 bungkus .. .

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.