Rabu, 20 Julai 2016

15 Perangai tipikal Melayu di jamuan makan percuma

Majlis jamuan.
Rumah terbuka.
Kenduri keraian.
Makan percuma.

Orang Melayu memang pantang dengan 2 benda ni. Makan dan percuma. Semua makanan akan menjadi sedap jika ia percuma. Kaya atau miskin, tua atau muda, semua suka makanan percuma.

Tak salah suka makan percuma. Yelah, siapa yang tak suka pada barang percuma, lebih-lebih lagi makanan. Tak kira ketika majlis jamuan menyambut hari lahir, rumah terbuka sempena hari raya, kenduri keraian seperti perkahwinan dan kesyukuran dan sebagainya, jika ada peluang untuk mendapat makanan percuma, pasti kita tidak akan ketinggalan untuk lepaskan peluang tersebut.

Gambar hiasan

Ada 2 jenis manusia yang kita biasa jumpa di jamuan makan percuma ini. Satu jenis yang bersabar dan makan sekadar isi perut sahaja. Jenis kedua yang menjadi masalah ini adalah manusia yang penuh dengan sikap pentingkan diri. Ya, PENTINGKAN DIRI.

Berikut adalah beberapa jenis manusia pentingkan diri yang biasa wujud di jamuan makan percuma ini:

1. Tamak-man.

Tamak-man ni memang tamak haloba. Dia ingat semua makanan yang ada tu memang dibuat khas untuk perut dia seorang. Sekali ambik langsung tak ingat orang belakang. Satu pinggan penuh nasi, ayam 4 ketul, daging kambing bakar 5 keping, ikan 3 ekor, sate 15 cucuk. Makanan yang tu pun dia tak sentuh lagi dia dah pergi ambil makanan lain. Atas meja sampai 2 3 pinggan. Pastu makan tak habis, tinggal membazir atas meja macam tu je. Nak hilangkan rasa bersalah, buat-buat offer kat orang sebelah. Sebab ada ramai manusia tamak-man macam dia, makanan cepat habis dan ramai orang belakang tak dapat makan.

2. Gelabah-man.

Gelabah-man ni dia memang gelabah nak mampus. Semua benda dia nak makan, dan sebab dia takut habis, dia akan cari kawan-kawan dia yang tengah beratur nak ambil makanan, lepas tu buat-buat macam tengah berborak last-last terus potong barisan. Orang lain beratur dekat 15 minit nak ambil makanan, dia sedap-sedap je potong queue.

3. Pemalas-man.

Pemalas-man ni lebih kurang macam gelabah-man juga, cuma bezanya dia pemalas. Punyalah malas nak beratur dan ambil makanan. Modus operandi dia cuma cari kawan dia yang tengah beratur lepas tu kirim, "Eh, kau ambil lebih sikit, aku cop tempat". Lepas kawan-kawan dia semua dah datang kat meja, dia kutip semua makanan dari pinggan orang lain masuk dalam pinggan dia. Setiap kali kawan dia bangun nak ambil makanan, dia akan kirim lagi.

4. Tapau-man.

Tapau-man ni dia dah set dalam kepala hotak dia kena ambil lebih untuk ditapau bawak balik sama ada untuk makan kat rumah atau bagi anak bini makan sekali. So setiap kali dia ambil makanan dia akan ambil lebih, lepas tu tapau lebihan masuk bekas atau plastik. Bukan tak boleh tapau tapi tunggu la majlis habis, ini belum apa-apa dah nak tapau dulu.

Pernah sekali di kiosk pisang, orang lain semua ambil sebiji dua pisang, dia terus ambil 3 sisir pisang. Bila kawan tanya nak buat apa ambil banyak-banyak, dia cakap balik rumah boleh buat goreng pisang. Kepala hotak dia. Dahnya ada orang belakang tak dapat sebab dah habis.

5. Kroni-man.

Kroni-man ni macam celaka sikit. Dia ada kawan di kalangan AJK jamuan. Di kala orang lain beratur menunggu giliran untuk ambil makanan, dia tunggu kat dapur atau tempat masak je. Kalau seorang dua kroni tu boleh terima lagi, ini dekat 10 20 orang tunggu kat dapur. Orang lain kena beratur 20 minit kat kiosk satay, kena pula tunggu 10 minit nak tunggu trip satay baru datang sebab kat kiosk dah habis, dia sedap je ambil terus dari tempat orang bakar satay kat belakang sebab tukang bakar satay tu kawan dia, ambil banyak pulak tu.

6. Sorok-man.

Sorok-man biasanya adalah dari kalangan AJK jamuan itu sendiri. Makanan yang diperuntukkan biasa banyak, tapi mereka sengaja keluarkan sikit-sikit kat atas kiosk. Lepas stok makanan kat kiosk dah habis, dia sengaja top-up lambat-lambat supaya orang ingat dah habis. Lepas jamuan dah habis, banyak gila makanan lebihan lalu mereka pun tapau stok makanan yang diorang sorok untuk sendiri bawa balik atau diberi pada kroni.

7. Kotor-man

Kotor-man ini seperti mana namanya, adalah seorang yang pengotor. Lepas ambil makanan banyak-banyak, tinggal semua sisa pinggan cawan polisterin dia atas meja sedangkan beg sampah disediakan tak jauh dari 10 kaki dari tempat dia makan. Tisu, plastik, semua benda yang dia sudah gunakan dibuang sahaja merata-rata dengan mindset dalam kepala hotak "Kalau aku buang kat tong sampah nanti cleaner dah takde kerja".

8. Lembab-man

Lembab-man ni aku tak tahu lah apa masalahnya tapi memang betul-betul lembab terutama masa tengah beratur nak ambil makanan kat kiosk. Belek ayam je dah 5 minit nak cari kepak la peha la, lepas tu belek ikan, belek daging, belek sayur, belek kuah, belek kuih, dengan nasi-nasi pun nak dibeleknya. Dah lah makan free, memilih pulak tu. Dah lah memilih, lembab pulak tu.

9. Lepak-man

Lepak-man pula jenis muka tebal tak reti bahasa suka lepak lama-lama kat meja selepas habis makan masih berborak-borak bersembang-sembang berbual-bual kosong macam membincangkan masalah dunia sedangkan ramai lagi tetamu lain tengah berdiri menunggu meja yang kosong untuk makan. Dah habis makan tu terus bangun blah la bagi orang lain pula duduk. Common sense la sikit.


Ambil lah makanan sekadar yang kita perlu makan, bukan ambil makanan ikut kepala nafsu. Ini baru cerita pasal jamuan makan percuma, belum lagi pasal benda lain.

Baca artikel ini juga - "Orang Malaysia terlalu pentingkan diri sendiri".


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: perangai sikap sifat tipikal orang melayu di jamuan majlis kenduri perkahwinan birthday hari jadi kesyukuran rumah terbuka open house hari raya aidilfitri makan makanan percuma

15 ulasan:

  1. pengotor-man - keje buat sampah teruk gile

    BalasPadam
  2. Biasenye manusia bila berjumpa dengan makanan lagi2 free...they lost their common sense. Belum cite kalau pasal kerje bergaduh2 dlm meeting, ajak makan leh setel semua.

    Makan, hiburan perpisah tiada. Jrg sekali jamuan makan cukup2 habis makanan, selalu terlebih n membazir.

    BalasPadam
  3. pengotor, suka potong q, suka tolak2 masa q, suka melambat-lambatkan masa amik makanan tu..3 jam dok belek2 lauk kat kiosk..nak yang ada isi la nak yg elok la..belum lagi jenis yang bawak org luar kalo jmuan opis..sekampung dia bawk..bkn xleh tp kan tu mkn2 opis pnya.. kalo ada lebih baru pngil.. kalo pempuan plak tgh nak amik makanan pn sempat lagi amik gamba, amik selfie.. what the heck..
    mentaliti jamban/ sampah

    BalasPadam
  4. Siap bungkus kat jiran dan ketua kampung pun ada.. bukan takat anak bini ja.. kebudak2kan betul meleis ni..

    BalasPadam
  5. aku mmg xkan pegi open house yg betul2 open. xsuka makan berebut. lauk punya la byk. bila pegi dpt mkn satay 1 cucuk & air mineral segelas. mcm org somaliaa daa..org somalia pun reti beratur amik makanan cikit sorg..

    baik buat open house kecik2 je umah member or dkt tempat keja. nk mkn pun selesa.

    BalasPadam
  6. ...perkara biasa bagi rakyat malaysia bkn org melayu je. Aku pernah pegi open house raya malaysia di bukit jalil, botol sos cili pun bawa balik, siap bw balik 4-5 bungkus lg (bkn melayu). Ini soal atitud bkn bangsa memang aku meluat dgn segelintir yang perangai macam tu. Nak tanya admin...kalau abis makan kenduri kawin, lepak2 lagi kat situ atau blah dr meja tu? Boleh kata 100% masih duk sembang2...

    BalasPadam
  7. Hang dlm kategori yg mana noob?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku? Aku jenis jenis yang bersabar dan makan sekadar isi perut sahaja so takde dalam kategori pentingkan diri ni.

      Padam
  8. aku betul2 respek dgn org melesia ni. gigih giler berebut2 nak makan free. ada makcik sorg ni dgn suara kuat suruh org ketepi ! ketepi ! sambil belari2 cari kiosk nak amik mkn. dkt tgn dia ada bekas polisterin nasi impit dgn air secawan. bg aku la open house yg besa2 bg org miskin je la dtg. yg mampu mkn sedap2 xpyh la nak menyibuk & berebut mkn mcm org afrika. & aku mmg xsuka pegi crowded place ni..

    BalasPadam
  9. http://www.ohbulan.com/9-perangai-tipikal-melayu-di-jamuan-percuma-agaknya-kita-yang-mana-satu/

    Macam sebijik kena tiru.
    Tapi dia letak kredit.
    Tapi masalahnye idea tulis blog memang takde sampai kena tiru bulat-bulat ke macam mana?

    berikan pandangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe yang ni saya boleh terima kerana dia bagi backlink kepada sumber asal sini, secara tak langsung banyak trafik masuk kat entry ni. Asalkan mereka tak mengaku ni penulisan mereka sendiri sudah.

      Lagipun saya tak anggap website macam OhBulan, SiakapKeli semua tu sebagai blog, mereka tu cuma media/news portal je. Memang modus operandi mereka cuma ambil penulisan dari portal berita dan media sosial orang lain je.

      Padam
  10. melayu x seteruk cina klu bab2 makan secara buffet mcm jamuan ni. terpulang ler nk kata aku rasis ke apa. sekadar dari pengalaman.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.