Halaman

Sabtu, 23 Julai 2016

Ramai orang gila di media sosial dan Internet

Di media sosial... memang ramai orang gila.

Ini bukan lagi yang sekadar ada kesihatan mental, tapi bagi aku memang cukup syarat untuk diklasifikasikan sebagai orang gila.


Takde angin takde ribut, tiba-tiba kau dapat mesej dari seorang random stranger yang langsung tak dikenali kat FB, tiba-tiba mesej pasal fizikal kau cakap tak selesa tengok muka kau yang ada jerawat, ada taik lalat, gelap, tembam dan sebagainya.

Kau dah la tak kenal dia, tiba-tiba dapat mesej yang bukan-bukan, tak ke sikit punya gila?


Kau Like status orang lain kat FB.

Tiba-tiba pemilik status PM kau maki kau babi setan sebab kau Like status dia dan dia tak suka orang Like status FB dia. Apa ke gila?




Serius orang macam ni pun wujud di media sosial ke? Apa punya gila la.

Aku tengok profile siap ada keluarga ada anak nampak macam normal tapi perangai sikit punya gila. Orang yang mempunyai akal yang sihat dan otak yang waras takkan buat benda-benda psiko macam ni.

Itu baru 2 contoh yang orang kongsikan, belum kes-kes lain yang aku tak tahu dan tidak dikongsikan kepada umum. Dan itu baru gila yang psiko, belum gila seks lagi. Yang gila seks lagi lah berlambak-lambak.

Tolonglah, aku mintak tolong betul-betul. Kalau kau tu gila, jangan main Internet. Kalau kau ada keluarga atau kawan yang gila, jangan bagi dia main Internet.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: orang gila main media sosial internet sakit otak jiwa mental facebook youtube twitter

9 ulasan:

  1. Kahkahkah..gila..gilaa..teringat pulak watak pakcik din kat komik ujang..mungkin sama spesis..

    BalasPadam
  2. kay, 2x5 je ruang komentar atas dan bawah.

    BalasPadam
  3. mmg gile pn.. serius mntal.. makin lama makin jahanam generasi skrg.

    BalasPadam
  4. noob org yg kena maki pasal like tu ko ker? serius klaka .. xlama lg mesti viral dkt page siakap keli & lain2

    BalasPadam
  5. hahaha memang. people are sick! sebab tu aku deactivate FB dah 2 tahun. bahagia hidup aku.

    BalasPadam
  6. Adoii... serius gila.
    Alhamdulillah Mrs. A belum pernah jumpa gila tahap ni

    BalasPadam
  7. Kurg2kn la main FB ni...sbb kita xkn belajar mengenal org n komunikasi secara efektif.

    Kalau kita maki org babi dlm fb sempat deactivate akaun..kalau depan org ckp babi on the spot dpt penalti kick. Be normal person..baru x gile

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.