Jumaat, 3 November 2023

0 Jangan pernah rasa diri ini terpaling

1. Kita hidup ni, bila dah ada kelebihan sikit, jangan pernah rasa diri ini terpaling.

2. Kau baru bercinta 2 3 bulan, dah rasa terpaling sifu percintaan bagi tips sana sini, sedangkan orang bercinta 10 tahun bagai nak rak pun belum tentu ke jinjang pelamin.

3. Kau baru kahwin 2 3 bulan, dah rasa terpaling pasangan ideal bagi tips rahsia kebahagiaan rumahtangga, sedangkan orang dah 20 tahun kahwin pun boleh bercerai.

4. Kau baru lepas sebulan dua dapat anak, dah rasa terpaling ibu bapa terpaling tahu cara nak besarkan anak, sedangkan ibu bapa yang ada anak ramai dan dah besar masih struggle nak jaga anak-anak.

5. Kau baru kerja 2 3 bulan dah rasa terpaling berpengalaman dalam bidang pekerjaan, sedangkan orang dah kerja 15 tahun pun terkial-kial nak survive dalam kerjaya.

6. Kau baru buat bisnes 5 6 bulan dah rasa terpaling bagus dan pandai buat bisnes, sedangkan orang yang dah buat bisnes 20 tahun pun bisnesnya boleh jatuh.

7. Apa yang kau lalui takkan sama dengan orang lain. Apa cara yang kau buat berjaya mungkin takkan berkesan pada orang lain. Sebab hidup ini bukan hitam dan putih.

8. Walau sejauh mana kejayaan dan kehebatan kau, jangan pernah rasa terpaling. Kadang apa yang kita tahu hanyalah teori dan idea, tapi realitinya sangat berbeza.

9. Tak salah nak memberi nasihat, tips, rahsia, panduan, tunjuk ajar dan sebagainya, tapi jangan rasa hanya cara kita sahaja yang terpaling betul dan orang lain salah. Banyak lagi yang kau belum tahu dan kau belum rasa.

10. Cakap memang mudah, namun kadang bila kau telah melaluinya, barulah kau tahu ia tak semudah cakap. Sentiasalah menunduk dari mendongak. Kerana akhirnya, pengalaman adalah guru terbaik bagi kita.

 


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: jangan usah rasa diri ini terpaling hebat bagus pandai mulia sifu

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.