Rabu, 17 Januari 2024

0 Pandai aliran sains VS kurang pandai aliran seni

1. Budak pandai masuk aliran sains, budak kurang pandai akademik masuk aliran seni. Ini benda yang dah menjadi tanggapan sejak dulu kala.

2. Ada yang beranggapan ia suatu pemikiran dan kepercayaan yang jumud dan mengarut, tapi sebenarnya ada sebab ia jadi begitu.


3. Pelajar masuk aliran ini di Tingkatan 4 dan 5. Jadi dulu-dulu pelajar yang pandai biasanya akan masuk aliran sains, sebab aliran sains ini susah, jadi cikgu percaya mereka mampu untuk belajar aliran sains.

4. Dengan subjek seperti Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan lagi. Kalau waktu di menengah rendah lagi result Sains dan Matematik kita rendah, agak sukar sebenarnya untuk survive di aliran sains.

5. Jadi alternatifnya yang ada di kebanyakan sekolah biasanya adalah aliran seni dan sastera. Maka pelajar yang kurang pandai ini, masuklah mereka ke aliran seni dan sastera.

6. Cuma sekarang ini pilihan elektif ada lebih banyak seperti STEM (sains tulen, sains gunaan dan teknologi), akaun, perdagangan, bahasa, sastera, pengajian Islam, ekonomi, vokasional dan lain-lain. Detail tak tahu sangat tapi lebih kurang lah kot.

7. Namun aliran STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) masih kekal lebih sukar berbanding yang lain. Jadi pelajar yang pandai masih digalakkan untuk masuk aliran STEM kerana keupayaan mereka.

8. Namun walaupun mereka pandai, sewajarnya mereka masih boleh diberi pilihan untuk pilih aliran lain yang mereka minat. Jadi mereka mempunyai pilihan yang lebih banyak berbanding yang kurang pandai.

9. Bagi pelajar yang kurang pandai pula, bukan tak boleh diberi pilihan masuk aliran STEM, cuma dikhuatiri tak dapat catch up, last-last gagal. Baik ambil aliran lain yang lebih mudah dengan subjek elektif yang lebih sedikit, sekurang-kurangnya dapat turunkan kebarangkalian untuk gagal periksa SPM.

10. Orang pandai biasanya akan ada lebih banyak pilihan. Contohnya, orang yang ada degree boleh bekerja jawatan yang memerlukan kelayakan degree, dalam masa sama jadi rider makanan. Orang yang takde degree pula boleh jadi rider makanan, tapi tak boleh bekerja jawatan yang memerlukan degree.

11. Cuma kalau nak compare antara budak pandai dengan budak kurang pandai mana lagi berjaya dalam kehidupan, itu dah cerita lain. Benda tu subjektif dan tak boleh dibanding, kerana impian manusia tak sama, dan ukuran kejayaan juga tak sama.

12. Ada orang yang gagal SPM tapi berjaya dalam perniagaan. Ada orang yang ada degree tapi kerja makan gaji dengan gaji yang rendah. Begitu juga sebaliknya. Yang penting dapat survival di alam dewasa dan memainkan peranan dalam masyarakat.

Jadi, ya. Macam itulah lebih kurang.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: pelajar aliran sains budak pandai stem seni sastera tingkatan 4 5 sekolah sistem pendidikan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.