Rabu, 7 Ogos 2024

0 Jenis-jenis bos yang selalu kita kena hadap

Sepanjang aku kerja 20 tahun, dah banyak bos aku hadap. Ada yang dah lama pencen, ada yang masih berkhidmat. Berikut adalah jenis-jenis bos yang aku pernah kena hadap:

1. Bos terpaling kayangan

Ni zaman aku masa mula kerja muda-muda dulu. Bos zaman tu ramai yang boomer dan pemikiran dinasor. Jenis yang suka maki herdik orang dalam meeting, campak dokumen ke lantai, tepuk meja hempas barang, orang kena layan dia macam VIP. Sekarang dah lama pencen mungkin tengah melayan cucu kat rumah atau dah kat alam lain.

2. Bos yang cerewet

Nak buat surat, memo, minit mesyuarat pun dekat 10 kali dia semak suruh betulkan ayat, ejaan, grammar, tapi last-last guna balik ayat yang pertama. Teliti memang teliti, tapi buang masa. Why not kau tulis je sendiri ikut cara kau, habis cerita. Orang lain banyak lagi kerja dari nak melayan karenah kau.

3. Bos yang kedekut

Bukan kedekut duit dia, tapi kedekut duit jabatan. Nak buat maintenance pun dia suruh buat sendiri tak payah hire vendor. Last-last bila ada masalah, anak buah yang sakit. Ada yang terpaksa pakai duit sendiri dulu nak cover masalah jabatan. Nak guna duit dia lagi la jangan harap.

4. Bos pentingkan diri

Dulu masa muda dia mahir bab teknikal. Tapi bila naik jadi bos dah masuk pengurusan, banyak benda dia tak nak bertanggungjawab. Dalam meeting dia biarkan meeting habis tanpa keputusan, benda patut dia sign dia tak nak sign. Lepas tu suka petik nama anak buah jadi kambing hitam. Katanya, nak pencen dengan aman. Kau sedap la dah pencen, yang nak kena hadap lagi kami ni ha.

5. Bos suka mengelak

Ni pun tak tahu macam mana boleh naik jadi bos. Meeting yang patut dia duduk depan, dia duduk menyorok kat belakang. Benda patut dia buat, dia "sila" kat orang lain, padahal ada je dalam bilik. Bila dia kena bercakap, mula la tergugup gagap. Tapi bila kerja datang je, defensif nak mati berjuta alasan datang.

6. Bos tak tahu apa

Waktu dia muda banyak benda dia tak tahu. Bila jadi bos, langsung tak tahu apa. Tugas hakiki dia pun tak tahu, objektif jabatan pun buat tak tahu, skop kerja anak buah pun langsung tak ambik tahu. Agihan kerja ikut suka kepala otak dia je. Dalam meeting dia mesti bawak seseorang, sebab dia sendiri tak reti nak jawab. Dalam group Whatsapp pejabat, tengah kecoh ada isu ke apa, dia senyap je. Bila dah selesai, baru dia muncul tapi sekadar letak emoji ibu jari ke atas.

7. Bos kaki projek

Bos macam ni dia rapat dengan semua orang, dengan anak buah, dengan bos-bos di bahagian/jabatan lain, dengan vendor. Network dan kabel dia besar. Aku tak peduli sangat kalau tak menyusahkan aku, tapi bila dia nak bawak masuk projek yang sebenarnya tak perlu pun, kitorang jugak la yang kena handle dan maintain.

8. Bos terpaling entitled

Yang ni kuat mengarah orang. Suruh orang buat itu ini, malah benda di luar skop dan luar pejabat pun dia suruh buat. Internet rumah ada masalah, komputer kat rumah rosak, dia suruh datang baiki. Dia buat kenduri anak kahwin, dikerah orang-orang kat pejabat kena handle majlis.

9. Bos kaki klaim

Kerja dan fungsinya dalam projek/pasukan tak banyak mana, kebanyakannya hanya sekadar menuding jari. Masa buat kerja, biasanya dia yang paling kat belakang, tapi bila nak dapat pengiktirafan, muka dia lah yang paling kat depan. Bila pembentangan, selalu gunakan ayat "saya" instead of "kami".

10. Bos hilang arah

Dia jadi bos, pegang jabatan besar, tapi tak tahu keutamaan, apa yang lebih penting, apa objektif dan sasaran jabatan. Yang dia lebih kisah, pagi Jumaat kena buat bacaan Yassin kat pejabat, buat potluck makan-makan, program public speaking setiap minggu, kursus team building, lawatan, jamuan, aktiviti sukan, kelab dan lain-lain selain kerja hakiki.

11. Bos tak serius

Orang tengah bincang hal serius, dia boleh bergurau senda dan buat lawak tak kelakar. Kita punyalah hormat kat dia, boleh pulak dia "bro" kan kami. Nampak macam dia cuba nak mesra dengan anak buah, tapi caranya sangat annoying dan tak profesional langsung. Bila berlaku hal kecemasan, dia hanya ambil ringan, boleh cakap "takpelah awak handle la dulu, saya ada perbincangan lain".

12. Bos kaki media sosial

Ni kebanyakannya generasi millenials yang dah jadi bos. Kau bos, kumpulan profesional dan pengurusan, pangkat tinggi pulak, tapi kaki media sosial. Suka buat video-video cringe kat FB/TikTok, letak lagu-lagu cringe, buat mimik muka acah-acah cute. Malu la anak buah tengok woii. Lepas tu suka sangat snap hal pejabat letak kat story Whatsapp/IG macamlah orang lain kisah sangat pasal kerja kau. Dah la kadang dokumen sulit pun kau nak buat story. Common sense mana?


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: jenis bos yang selalu kena hadap toksik toxic annoying

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.