Sabtu, 7 Jun 2025

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Kekal Sahabat

Walau kita berpisah dengan haluan masing-masing, namun kita tetap kekal sahabat.


Buasir Otak: The Muzik - Kekal Sahabat
 
Lirik:
 
Tahun bertukar silih berganti
Kita bersama mengharung hari
Pagi ke petang tak kenal jemu
Melakar kisah di waktu lalu

Dalam kelas selalu di sisi
Ukir harapan berkongsi mimpi 
Luahkan segala yang di hati
Mungkin peluang hanya sekali

Bila kita berpisah nanti
Mungkin takkan bertemu lagi
Mungkin juga takkan kembali
Kerna beza haluan diri

Walaupun masa terus berjalan
Kenangan kita jadi ingatan
Tak kira jauh atau pun dekat
Kita kan tetap kekal sahabat
Kekal sahabat

Dewasa nanti siapa kita?
Masih tertawa gurauan lama?
Apakah mungkin merasa janggal?
Orang asing yang sekadar kenal

Apakah kita kan masih ingat?
Bauan kelas dan kisah hangat?
Wajah guru dan apa diajar?
Mungkin segalanya akan pudar

Bila kita berpisah nanti
Mungkin takkan bertemu lagi
Mungkin juga takkan kembali
Kerana beza haluan diri

Walaupun masa terus berjalan
Kenangan kita jadi ingatan
Tak kira jauh atau pun dekat
Kita kan tetap kekal sahabat
Kekal sahabat

Masa hadapan masih misteri
Jarak pasti kan mengubah diri
Namun kita pernah di tempat sama
Tak mungkin akan padam cerita

Walaupun masa terus berjalan
Kenangan kita jadi ingatan
Tak kira jauh atau pun dekat
Kita kan tetap kekal sahabat

Walaupun masa terus berjalan
Kenangan kita jadi ingatan
Tak kira jauh atau pun dekat
Kita kan tetap kekal sahabat
Kekal sahabat
 
Lirik: Prince Of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri kekal sahabat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.