Rabu, 15 Oktober 2025

0 Anak bermasalah salah siapa?

1. Apa-apa masalah yang dilakukan oleh orang bawah umur, sama ada hisap rokok, vape, dadah, buli, rogol, bunuh atau lain-lain jenayah, tanggungjawab utama tetap terletak pada ibu bapa, bukan sekolah, bukan kerajaan, apatah lagi masyarakat.

2. Ya, kita boleh salahkan kawan-kawan, pengaruh sekeliling, tekanan pelajaran, hiburan, drama, filem, game, media sosial dan sebagainya. Tapi hakikatnya, semuanya bermula dari rumah, daripada didikan, pemantauan dan kawalan ibu bapa sendiri.

3. Biasanya, anak yang bermasalah datang daripada keluarga yang bermasalah. Ibu bapa yang mengabaikan, tidak peduli, toksik; adik-beradik, pakcik makcik pun bermasalah; tiada sistem sokongan keluarga yang baik, semua ini membentuk moral dan neraca pemikiran anak.

4. Lebih-lebih lagi kalau anak itu ada masalah psikiatri atau mental. Mereka memerlukan lebih perhatian, bukan pengabaian. Mungkin bukan salah sesiapa anak itu lahir begitu, tapi ia tetap tanggungjawab dan amanah yang perlu dijaga. Pandai buat anak, pandai lah jaga!

5. Jangan harap orang lain jaga anak kita. Orang lain pun sibuk dengan keluarga, kerja, urusan dan tanggungjawab sendiri. Anak duduk bawah bumbung rumah sendiri, kalau sampai ibu bapa pun tak tahu anak simpan apa, buat apa, atau dengan siapa, siapa lagi yang patut tahu? Takkan aku kot?

6. Letaklah seribu CCTV sekalipun, ia takkan mampu cegah apa-apa. CCTV cuma boleh jadi bahan bukti selepas sesuatu terjadi, bila semuanya dah terlambat. Ia takkan tahu apa yang ada dalam poket atau beg seseorang, melainkan kalau CCTV tu ada X-ray vision. Itu pun masih perlu orang pantau skrin monitor CCTV tu juga.

7. Mungkin juga boleh dicegah dengan pasang metal detector, tapi realistik ke nak pasang di semua sekolah, bangunan, atau tempat awam? Berapa banyak pula belanja nak kena keluarkan? Nak kita hidup macam penjara?

8. Jadi, entahlah. Macam mana ye nak buat supaya kepala otak semua mak bapak kat negara ni benar-benar faham tanggunajawab mereka agar semua orang boleh hidup dengan aman dan tenteram? Aku pun tak tahu. Kita sibuk menyalahkan orang lain, tapi diri sendiri tak pernah dipersalahkan. Bila rumah rosak, masyarakat pun akan ikut runtuh.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: anak bermassalah salah siapa rogol buli jenayah bunuh tikam sekolah 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.