Beberapa bulan sebelum SPM, seluruh sekolah dah mula sibuk dengan persiapan peperiksaan. Tapi untuk Bo, fokus lain pula.
Tahun ini ada Kejohanan Bola Keranjang SBP Zon Timur. Sekolah SBP yang terlibat datang dari Pahang, Kelantan dan Terengganu. Kalau menang, ada peluang ke peringkat kebangsaan.
Bo sebenarnya tak pernah sangka dia akan mewakili sekolah dalam sukan bola keranjang. Tahun lepas, peluang tu sepatutnya ada, tapi hanya seorang je pelajar Tingkatan 4 yang dipilih sebab kapten pasukan nak beri peluang kawan-kawan Tingkatan 5 dia wakil sekolah supaya boleh masuk dalam Sijil Berhenti Sekolah.
Bo pula terpaksa akur sahaja sebab dia baru Tingkatan 4, jadi memang tak dapat peluang, lagipun dia tak berani nak melawan kapten pasukan.
Tahun ni, Bo main di posisi PG, sementara Ray main SF. Mereka dari Tingkatan 1 memang tak boleh berpisah. Kalau di padang, sentiasa saling cover, saling bagi arahan.
Ahli pasukan lain pun ada yang baru pertama kali wakil sekolah, jadi prestasi mereka tak berapa konsisten.
. . .
Hari pertama kejohanan, Bo dah rasa tegang. Tempat kejohanan di SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan. Bas mereka tiba awal, tapi peserta lain dah pun warm-up, menjerit, dan buat dribble sakan.
Sebab ini adalah pengalaman pertama Bo, Ray dan ahli pasukan yang lain mewakili sekolah, prestasi mereka tidaklah berapa baik. Di peringkat kumpulan, mereka dah kalah dua perlawanan. Tinggal satu sahaja lagi.
Masa tengah tunggu perlawanan seterusnya bermula, Bo pun jalan-jalan tengok perlawanan perempuan yang sedang berlangsung, pasukan perempuan SEMESTA lawan Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER). Dia duduk di tepi gelanggang sambil bagi sokongan.
Tiba-tiba, seorang perempuan tegur Bo. Dia pakai baju sukan biasa, tudung diikat kemas, wajah cantik. Suaranya ada loghat Terengganu yang pekat.
“Ni pasukan sekolah awak ke?” katanya sambil tersenyum.
Bo terkejut, tersentak seketika. Pandang sekali, dua kali, sebelum menjawab perlahan, cuba nampak santai:
“Ya… pasukan saya, lawan SESTER. Harap-harap menang lah, dah leading pun ni.”
Perempuan tu tersenyum, kemudian kata:
“Itulah, nampak macam ada peluang. Awak pun main juga ke?”
Bo cuba buat lawak. “Tak lah, saya tukang buat air je, haha. Eh… main juga sebenarnya. Nama saya Bo. Tapi pasukan saya dah kalah dua perlawanan, tinggal satu je lagi. Kalau menang pun, rasanya tak boleh pergi final ni.”
Perempuan tu ketawa perlahan, tapi nada dia serius.
“Takpe… menang kalah nombor dua. Yang penting kita berpeluang cipta memori macam ni. Masa macam ni takkan datang dua kali dalam hidup.”
Bo dalam hati rasa kagum. Pemikiran dia deep gila. Tahun terakhir di sekolah ni memang masa paling unik, memang takkan berulang.
Bo ambil peluang nak kenal dia lebih lanjut.
“Oh ya, nama awak siapa? Awak dari sekolah SESTER ke?”
“Ya… Diana, Tingkatan 5, SESTER. Nampaknya kita musuh la kali ni, haha.”
Bo senyum, rasa satu semangat aneh mengalir dalam diri.
. . .
Perlawanan lelaki yang Bo sertai diteruskan.
Tapi sebelum itu, Bo masih duduk di tepi gelanggang untuk menyokong pasukan perempuan SEMESTA lawan SESTER.
Skor masa tu SEMESTA 57 – SESTER 54, tinggal suku masa terakhir.
Tiba-tiba jurulatih SESTER panggil Diana:
“Diana, cepat siap. Lepas ni masuk!”
Bo terkedu. “Eh… dia pemain jugak rupanya?”
Dia nampak Diana ambil tempat di gelanggang, main di posisi SG. Sekali shoot… 3 pointer masuk.
Skor terbalik, SESTER mula potong markah SEMESTA.
Diana licin dan cekap, lincah. Bo perhatikan setiap pergerakan dia, dribble laju, passing tepat, dan beberapa kali rebound pantas.
Dalam dua perlawanan sebelum ini, Diana jadi MVP dan penjaring terbanyak.
Bo rasa kagum, tapi ada sedikit perasaan pelik, kagum bercampur geram sebab pasukan dia hampir tewas disebabkan Diana.
. . .
Habis perlawanan perempuan, Bo sempat ucap tahniah kepada Diana.
“Good luck untuk perlawanan seterusnya,” kata Bo.
Diana senyum, “Good luck juga untuk pasukan awak. Jangan risau, ni pengalaman terakhir kita di sekolah. Enjoy je lah.”
Perlawanan ketiga Bo lawan Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT).
Tiba-tiba, semangat Bo lain macam. Dia rasa nak main habis-habisan.
Dribble, passing, shoot, semuanya masuk. Ray pun sama, mereka main synchronize.
Pasukan SEMESTA menang. Tapi itu sahaja. Mereka tak dapat pergi ke pusingan seterusnya sebab keputusan dua perlawanan awal tidak berpihak kepada mereka.
Bo berharap nak tunggu Diana sampai habis kejohanan, tapi cikgu suruh naik bas awal. Pasukan lelaki dan perempuan sama-sama tak dapat ke pusingan seterusnya.
Diana pula sibuk dengan pasukannya. Tak sempat Bo nak jumpa, minta nombor telefon atau sekadar bertegur sapa. Dia tengok dari jauh, tersenyum ringan, kemudian ikut jurulatih masuk bas.
. . .
Dalam perjalanan balik sekolah, Bo termenung. Ray yang duduk sebelah perasan kawan dia murung, cuba menenangkan:
“Weh, chill la… kalah je pun, takde masalah kot,” kata Ray sambil tepuk bahu Bo ringan.
Bo senyum nipis, tapi cepat dia geleng kepala.
“Bukan sebab tu, Ray… tapi. Kalah bersukan, badan yang sakit. Tapi kalah dengan perasaan, jiwa yang sakit,” jawab Bo perlahan, mata masih menatap jalan di hadapan.
Ray diam seketika, faham maksud kawan dia, cuma mampu tepuk bahu sekali lagi. “Haih… jangan fikir banyak sangat la. Kita dah cuba yang terbaik je pun.” Dia tak tahu pun sebenarnya kisah pendek yang berlaku antara Bo dan Diana.
Petang tu, Bo dengar berita pasukan perempuan SESTER jadi juara Zon Timur dan layak ke peringkat Kebangsaan.
Bo cuba pujuk diri sendiri:
“Takpelah… nak buat macam mana. Lagipun, dia hebat. Dia pun takkan pandang aku.”
Bo tahu itu adalah kisah percintaan yang tak kesampaian di zaman persekolahannya.
Bukan sebab dia tak cuba, tapi sebab dunia remaja kadang-kadang tidak adil, peluang datang sekejap, tapi tak sempat dipegang.
Dia tarik nafas panjang. Memandang papan skor imaginasi di fikirannya, melihat Diana tersenyum di gelanggang, dan mengakui:
“Ini memang yang terakhir. Tapi pengalaman ni akan aku ingat sampai bila-bila.”
Bo senyum, perlahan-lahan rasa legakan hati.
Tahun-tahun di sekolah memang penuh kejayaan, kekalahan, dan rasa malu. Tapi itu semua menjadikan dia lebih matang, lebih kuat, dan lebih menghargai memori remaja yang datang sekali seumur hidup.
(Sambungan novel ini akan diterbitkan pada setiap hari jam 8 malam)
- Bab 1 - Si Genius
- Bab 2 - Tugasan Berkumpulan
- Bab 3 - Hari Pembentangan
- Bab 4 - Cinta Pertama
- Bab 5 - Jejaka Perasan
- Bab 6 - Adik Angkat
- Bab 7 - Kena Main
- Bab 8 - Kesedihan Berganda
- Bab 9 - Dewi Pelajaran
- Bab 10 - Budak Pengakap
- Bab 11 - Yang Terakhir
- Bab 12 - Selepas SPM
- Bab 13 - Masih Sama
- Bab 14 - Luahan Hati
- Bab 15 - Gagal dan Gagal
- Bab 16 - Gadis Gamer
- Bab 17 - Kawan Sahaja
- Bab 18 - Kirim Salam
- Bab 19 - Mesej Tak Disangka
- Bab 20 - Peluang Kedua
- Bab 21 - Dan Akhirnya
- Bab 22 (Epilog) - Majlis Konvokesyen

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.