Halaman

Selasa, 23 Oktober 2012

Jangan hukum mereka, mereka ada masa depan

Selagi anda orang muda, belajar tinggi2 kat Universiti, atau seorang atlet bertaraf kebangsaan, anda boleh langgar peraturan, buat blog lucah ke, rakam video seks dan sebarkan di internet ke, rogol gadis sekolah ke, jangan risau, kerajaan tidak akan kenakan tindakan kepada anda, kerana kerajaan kita begitu baik hati tidak mahu masa depan anda akan terjejas. Oh melainkan ada pergi berdemo menentang kerajaan, yang tu anda akan dikenakan tindakan.


Aku tak tahulah apa nak jadi dengan sistem pengadilan negara kita sekarang. Kenapa kena ada double standard dan pilih kasih dalam menguatkuasakan undang2? Mengikut sumber di TheMalaysianInsider:
KUALA LUMPUR, 18 Okt — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini berkata keberatan untuk mendakwa pasangan muda Malaysia yang menyiarkan gambar dan video aksi seksual mereka dalam blog kerana ia akan menjejaskan masa depan pasangan tersebut.

“Jika saya pergi mencari mereka, ia akan menjadi kes jenayah ... masa depan mereka akan terjejas,” Pengerusi SKMM, Datuk Sharil Tarmizi memberitahu The Malaysian Insider.

“Cukuplah,” tambah beliau merujuk kepada penyiasatan telah diumumkan oleh Lembaga Disiplin Universiti Nasional Singapura (NUS).
. . . . .
Polis Jenayah Komersil Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata semalam bahawa pihak berkuasa mempertimbangkan mengambil tindakan terhadap kedua-duanya pasangan tersebut kerana melanggar undang-undang menyebarkan bahan-bahan lucah.

Beliau mengatakan perkara tersebut akan dirujuk kepada SKMM terlebih dahulu.

Di bawah seksyen 292, Kanun Keseksaan, pasangan itu boleh didakwa di bawah undang-undang tersebut adalah penjara selama tiga tahun atau denda.

So masa depan mereka je yang terjejas? Orang2 lain yang buat kesalahan masa depan diorang tak terjejas? Adam Adli yang kena gantung beberapa semester di UPSI, Khalid Ismath pernah kena masuk balai, Muhammad Ammar kena buang kolej, mereka ni takde masa depan ke?

Ok lihat kes seorang pemain tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan yang merogol gadis bawah umur yang terselamat dari hukuman atas alasan 'dia mempunyai masa depan yang baik'.

Sumber Sinar Harian.

Ni pula kes seorang juruelektrik, Chuah Guan Jiu yang juga terlepas hukuman penjara untuk kesalahan merogol gadis bawah umur juga atas alasan masa depan.

. . . . .
Sumber Mstar.

Masa depan lagi... dan tak tahu pulak aku umur 22 tu dikira masih muda untuk dikenakan hukuman penjara. Sekarang ni boleh main lepas hukuman atas alasan masa depan sahaja. Aku pun tak tahu macam mana seseorang itu boleh diklafikasikan sebagai ada masa depan atau tidak. Ramai je yang duduk dalam penjara, maksudnya mereka semua tu takde masa depanlah. Yang ada masa depan mana boleh dikenakan hukuman dan masuk penjara. So lepas ni kalau korang kena tangkap atas apa2 kesalahan, cakap je yang korang tak patut dikenakan hukuman atas alasan anda masih muda, ada pekerjaan dan masa depan anda akan terjejas, so mungkin anda akan terlepas.

Seriously, kalau semua kesalahan boleh guna alasan masa depan akan terjejas untuk lepaskan diri dari hukuman, apa guna ada undang2 dan ada penjara, yelah kalau nak diikutkan logik semua orang pun ada masa depan, malah orang yang hanya berkelulusan SPM sahaja pun ada masa depan, hatta penagih dadah pun ada masa depan, pencuri perompak pun ada masa depan. So SKMM pun rasanya dah boleh dibubarkan lah, yelah nak ambil tindakan pun rasa keberatan, kasihan.


Tapi yang paling ada masa depan dah tentunya ahli politik terutama yang berbaris. Biarlah kantoi dengan video seks pun masih tiada apa2 tindakan, malah masih boleh jadi pemimpin parti, mencampuri urusan agama Islam pun takde kawan buat dek je. Tu belum cerita mereka2 yang terlibat dengan rasuah, kantoi dengan gambar2 berpeleseran dengan perempuan2, di kelab2 malam, minum arak, mana ada orang kisah, tindakan lagi la langsung tidak diambil, boleh je lagi pegang jawatan yang besar2. Yelah nak buat macam mana, mereka kan ada masa depan yang baik, buat jelah apa pun.

Sebenarnya apa kesan buruk dengan terlepasnya individu dari undang2 hanya kerana memikirkan masa depan mereka? Bila berlaku lagi kes seumpama ini di masa akan datang seperti kes rogol budak bawah umur, ataupun kes rakyat Malaysia membuat dan mengedar video atau gambar lucah, ataupun apa2 sahaja kesalahan yang berkaitan, mereka boleh guna kes2 terdahulu sebagai reference untuk melepaskan diri mereka, sekiranya mereka masih dikenakan hukuman, mereka boleh lawan dan mengatakan yang hukuman kepada mereka sebagai tidak adil dan double standard, so ia sebenarnya amat merosak dan merugikan sistem perundangan di negara kita.


Lagi satu, macam menjadi satu trend dikalangan masyarakat cina, mereka yang buat kesalahan pula akan diangkat dan dijulang oleh segelintir (bukan semua) masyarakat mereka termasuk media2 cina seperti seorang selebriti. Chua Soi Lek yang pernah kantoi video seks dengan kawan peribadinya dibelakang isteri dan keluarganya masih lagi menjadi pemimpin, Namawee yang pernah hina lagu kebangsaan dan azan diangkat menjadi selebriti dan kini sudahpun menjadi seorang pengarah filem.


Dan kini yang terbaru pelakon porno amatur homemade Alvin Tan dan Vivian tu dah dipanggil temuramah di stesyen radio Red FM dan Capital FM dan mereka mungkin bakal menjadi pelakon. Mungkin beberapa tahun lagi anda boleh tengok mereka di carpet merah Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian tercalon dalam mana2 kategori pelakon porno lelaki/perempuan baru terpopular/terbaik.

Sumber Mstar.

Dan ironinya... seorang pelajar undang2 tidak peduli pasal undang2, malah tidak kisahpun kena buang dari universiti, sanggup mengabaikan pelajaran dan kelulusan akademik yang boleh melayakkan dirinya menjadi peguam, hakim atau penguasa undang2 yang boleh menjamin masa hadapannya, hanya kerana dia memilih nak jadi porn star dan buat blog lucah, sesuatu benda yang takkan mendatangkan sebarang keuntungan jangka panjang ataupun hanya memberi keuntungan jangka pendek. Oh tapi mungkin menjadi pelakon adalah masa depan mereka.

So sesapa yang nak jadi pelakon dan terkenal dalam jangka masa singkat, silalah rakam video lucah dan pastikan anda punya masa depan.

* Kredit to Si Pipi Merah.




tags: alvin tan vivian lee blog lucah porn porno seks sex video skmm suruhanjaya komunikasi multimedia malaysia keberatan ambil tindakan dakwa masa depan jejas kes jenayah polis pdrm akta seksyen kanun keseksaan rogol gadis bawah umur noor afizal azizan pemain boling kebangsaan juruelektrik chuah guan jin hakim mahkamah peguam lepaskan gugur dakwaan hukuman peraturan undang-undang chua soi lek skandal scandal namawee negarakuku fuck tnb jumpa nazri aziz temuduga interview radio red capital fm

77 ulasan:

  1. Balasan
    1. haha..mcm la ko tak kenal noob ^^

      Padam
    2. Bhai Noob sedang mengayat tue.... hahaha

      Padam
    3. taufik dan noob adalah lelaki yang baik..pemilik blog yang dikredit sila buat pilihan terbaik:D

      Padam
    4. Pengerusi SKMM, Datuk Sharil Tarmizi

      penakut dengan cina ker?

      Padam
  2. So, Pengerusi SKMM tu jenis racist lah. Tak pun dia memang jaga kepentingan amoi2 Malaysia. Tak pun dia tu tak layak jadi Pengerusi.

    Susah sangat ke nak ikut undang2 yang telah ditetapkan. Undang2 dah ada, siap dengan seksyen lagi, tu pun kena timbang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rules are made to be broken <-- sah dia pikir camni..LoL

      Padam
    2. racist dan juga ada 'habuan'.
      tak pn kena ajak skali buat 'pesta seks' ramai2 kot. tp dia taknak la dgn alvin, dia nak dgn amoi2 jah

      Padam
  3. double standard! apepun, itula manusia zaman sekarang.. kebanyakannya tolak nilai agama dan moral.. buat salah disanjung malah dipuja2.. tak faham aku.. kalau aku yang jadi camtu, haihhh, aku dh tak sanggup nak hadap muka org.. plg2 pun tengok muka mak ayah.. cukupla, tak malu dengan org lain, malu dengan parents.. kecewanya dorang.. errrr, camana mak ayah dorang ni rasa ehh??

    BalasPadam
    Balasan
    1. parents yg 'moden': Waahh, ini anak aku sudah jadik clebriti aku mau tumpang skit.

      parents yg 'kolot': memalukan, memalukan keluarga, keturunan dan segala-galanya! aku bukan seorang mak bapak yg baik sbb anak aku jadik macam ni!!!

      Padam
    2. betul2, sebab ada mak bapak moden la yang serang cikgu2 kat sekolah, ank2 dia tak boleh dijentik KATANYA sebab dia pun tak penah letak tangan kat anak dia, tak penah dimarah.. so bila besar, spoilt.. hmmm pendek kata, dunia akhir zaman..

      Padam
    3. kalau anda baca report akhbar, ibu Lee memang sangat marah dan ugut nak halau anaknya keluar rumah jika x kawin dgn pasangannya. parents yg laki tu pulak... x sure.

      Padam
  4. yg ada "pngkat" , org "bagi muka" . yga tak de pngkat.Lantak situ. Tah ape-ape je la

    p/s ~ entri ni agak emo ya hahaha

    BalasPadam
  5. macam ape je.
    org curi susu. curi sadin kene penjara 2 3 bulan
    ada yang bertahun2
    tak pegi PLKN kene penjara

    apekah kebabian ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bhai/DeeDee Doraemon...

      Ini bukan babi... ini lagi hina dan jelik dari babi.... sekurang-kurangnya babi pon berzikir bertahmid kepada Allah senantiasa....

      Padam
    2. orang miskin curi susu = takde masa depan - PENJARA!!!
      budak miskin x dapat pergi PLKN kerana nak kerja bantu keluarga = takde masa depan - PENJARA!!!

      pemain boling kebangsaan rogol budak = ada masa depan - BEBAS!!!
      juruelektrik rogol budak = ada masa depan - BEBAS!!!
      porn star pelajar universiti = ada masa depan - JADI SELEBRITI!!!

      Padam
  6. Lepas ni jenis yg buang bayi tak payah sorok muka lg dah.Tunjuk ajer,untung2 jd selebriti

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la tu, boleh lah dgn terang-terangan buang bayi atau hantar kt balai polis serahkan bayi tu. sape2 ade bayi yg comel tu ada untung skit kot2 bayinya akan diambil sbg anak angkat.

      Padam
  7. BODO

    BODO

    BODO

    MALAYSIA LAMA2 AKAN KENA JUAL!

    ORANG2 HADAPAN MALAYSIA SUMER DAH TAK BETUL!

    WALOPUN AKU MASIH BERSYUKUR DUK KT MESIA YG DIKATAKAN 'MASIH' AMAN NI (KONON LA AMAN SBB TAKDE PERANG TP AMAN DR SEGI LAIN? AMAN DR SEGI MENTAL YG TERPAKSA PIKIR KEBODOHAN ORANG2 ATASAN)

    ARRHHHHHGGG AKU TENSEN

    TENSEN

    TENSEN

    RASE NAK BAGI PENUMBUK JE SEKOR2

    ORANG MUDA2 MUDI SKALIAN, KALO NAK MERASA BUAT SALAH, BUAT LA SKRANG SBB KORANG AKAN TERLEPAS SBB ATAS ALASAN ADA MASA DEPAN.

    AKU RASE DIA PATUT NAIKKAN UMUR KENA MASUK PENJARA TU BILA DAH 30 TAHUN LA. TAK PUN 50 TAHUN.

    DAH DAH KANG AKU MEREPEK BNYK LAGI KANG.

    ARGGHHHH

    BalasPadam
  8. takpelah, pegi je la sumbat due ekor tu masuk penjara, pastu boleh buat 'pesta seks' beramai ramai kt penjara.

    eeeeeeeeee lagi merosakkan banduan yg nak jadik baik.

    eeeeeee bangangnya. aku btul2 nak bagi penampa tngk gambar dorang kt konti radio tu argghhhhhh

    BalasPadam
  9. bila manusia mentafsir undang2 ikut kepala otak masing2.inilah jadinya. btw aku nampak ada unsur menjaga hati kaum cina demi undi pru13. what a wonderful world-louis amstrong.

    BalasPadam
  10. budak ini bijak sebenar bukan bijak kuota, dapat biasiswa asia lgi tu, rugilah negara kalau disia-siakan msa depan mereka..

    KLIK menyanggah Nazri Aziz, Malaysia sebuah negara sekular

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer yer new hope..kitorng tau u butthurt sbb x dpt kos engineering dlu..we understand ^^

      Padam
    2. bijak pekebenda cmtu.dok post kehidupan seks untuk tatapan umum.tu bodohlaknat.lantak gi la biasiswa asia ke,dunia ke..

      Padam
  11. bagus..syabas malaysia..sayabas..teruskan kebodohan ini..TERUSKAN!!

    BalasPadam
  12. Aku tak arif pasal undang-undang.
    Tp aku tetap nak bising-bising macam tin kosong kena sepak. Hahaha..

    Ada yang cakap vivian ni atheist. Untuk menjadi rakyat malaysia, harus patuh 5 Rukun Negara.
    No.1 : Kepercayaan kepada TUHAN!

    Wawasan 2020
    4.Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.

    Rukun Negara No.1 adalah untuk Cabaran Wawasan 2020 No.4.

    Kalau dia ni ada agama, dia tidak akan berkelakuan seperti ini. Nak cakap tak bermoral mcm bunyinya terlalu menghakimi secara peribadi.

    Bagi aku, jika dia betul2 athiest, Vivian layak dilucut kerakyatan kerana atas dasar mencabul rukun negara indirectly dia juga menyebarkan ideologi yang tidak menggambarkan wawasan rakyat Malaysia.

    Itu sahaja. Penjara tak penjara, itu aku tak kisah.

    Saya sayang Malaysia.
    Saya mahu bangsa yang beretika tinggi.

    Yuhuuu!! Semangat di pagi hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bravo bravo Len...aku bangga jd kawan kau muahahahaha XD

      Padam
    2. pssst Len, ko baru lepas amik ujian induksi ke? kehehehee ^^

      Padam
    3. Hahahahahah.... sungguh terharu pengakuan itu! T.T!! XD

      oh! tidak..

      itu cuma semangat tinggiku mencintai negara Malaysia seperti keazaman Kazuma Azuma membuat roti Jepun.

      Padam
    4. pernah layan yakitate japan detected..XD

      Padam
  13. what the hell with Malaysia today! haish..it's all about Pantek!

    BalasPadam
  14. bagai kaduk naik junjung

    BalasPadam
  15. Masa depan meraka cerah sebab bakal jadi top porn star..wakaka


    Saya datang dan menulis daripada web untuk dapatkan Facebook like secara percuma

    BalasPadam
  16. bab2 mcm ni memang malas sgt KA nk komen!

    BalasPadam
  17. Mana nak undi ni PR lebihkan cina dan BN pun lebihkan cina..mampus

    BalasPadam
  18. dunia nak kiamat..pembuat dosa serta ahli maksiat dijunjung,ulama dihina dan difitnah.tanda2 kiamat dah banyak muncul.

    tanda-tanda lain yang telah berlaku:
    1) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim #tiap2 ari leh baca kat paper.

    2)Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat -Nasai.#sekarang masjid dibina dengan teknologi canggih,struktur unik dan moden.tapi lagi banyak tiang masjid berbanding makmum.

    3) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia"
    - Riwayat Thabrani #hah,mcm dalam entry ni lah.

    4)Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
    Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. "Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang". # perkara biasa zaman sekarang

    5)Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim #surat khabar,berita banyak menipu.

    6)Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
    “Apabila sesuatu amanah itu di salahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran (kiamat).” Para sahabat bertanya: “Bagaimana amanah itu disalah gunakan wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya (jahil) atau bukan orang yang layak (fasik), maka tunggulah saat kehancuran. #ni toksah cakap lah,sendiri mau paham.

    7)Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan. #yup,blaja untuk pangkat..bukan sebab cintakan ilmu dan berjihad.

    8)Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan).“Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari #berlambak pasar2,nak shopping takde masalah.

    9)Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai

    10)Banyak berlaku peperangan demi peperangan.“Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan". - H.R. Ibn Majah

    dan banyak lagi tanda-tanda akan datangnya kiamat telah berlaku dan sedang berlaku..

    BalasPadam
    Balasan
    1. meremang seh...tp kenapa anda komen dgn tanpa nama? apakah anda sendiri tidak yakin dgn hujah2 yang anda ingin sampaikan ini?

      Padam
    2. menggunakan tanpa nama bukanlah bermakna tidak yakin.Ini disebabkan tidak ada blog,tidak pernah mengunjungi blog ni(ni first time) dan kemungkinan lepas ni tidak berkunjung kesini lagi.

      Padam
    3. Nauzubillah..
      ape2 pn kiamat pasti datang.. dan pada masa itu kami mahu mati berada di dalam orang2 beriman dan bertaqwa kpd Mu ya Allah...

      T____T

      Padam
    4. ya, kita nak smpaikan nasihat tak perlu heboh2 sape kiter. mase aku bace ni pn tak terlintas kt paler aku 'eh siapakah orang ni?' sbg perkara pertama. (perkara kedua ketiga ade la)
      tp first thing yg aku pikir, 'alangkah bagusnya kiter masih ada lagi org yg nk bg nasihat panjang2 cmni'

      Padam
    5. ya,ramai org asyik membincangkan isu dan permasalahan dunia..itu perkara baik,tapi dalam masa yg sama mereka tidak teringat langsung kepada kiamat yg sudah hampir melainkan disebut seperti ini dan kemudian akan melupakannya semula. Sesungguhnya,manusia yg paling bijak ialah manusia yg sentiasa ingt akan kematian.Ajal manusia berbeza-beza masanya,kecuali pada hari kiamat dimana setiap yg bernyawa pasti akan mati selepas israfil meniup sangkakala termasuklah si peniup sangkakala itu sendiri.

      Padam
    6. kemungkinan lepas ni tidak berkunjung kesini lagi...tapi dah komen 2 kali.mungkin lepas ni akan berkunjung lagi utk tengok reply2 kepada komen ini.

      Padam
    7. bagus bagus...bersatu teguh bercerai roboh ^^

      Padam
    8. subhanallah. Inilah anon2 yg dicari selama ini. Hidup Anon!

      Padam
    9. kita mmg berada diakhir zaman.

      Padam
    10. Wtf anon yg berhati busuk ni,si anon nak bg peringatan kat kita sume pun ko nak ungkit dia lepak kat sini berapa kali.maunye dia cakap betul..dia tak lepak sini dah..tak pasal-pasal ko fitnah dia.ni lah manusia,org tegur kebaikan..bukan nak amik pengajaran..tapi dok cari kesalahan.beruk betul.beruk wat the hell pun ag bagus.owh beruk,selamat kembali.

      Padam
    11. Masyaallah..tersentuh hati ana membacanya..Jazakallahu khairan kathira..Allah yang mengurniakan rahmat keatas setiap hamba2 yang kehendaki..Mungkin ana tersasar jauh dari landasan yang sebenar dalam menghayati makna ikhlas dalam kehidupan seharian,yakni penyakit hati..semoga Allah menemukan ana semula dan kita semua ke jalan yang benar..
      ana malu,tiap2 hari ke masjid berjemaah(bukan nak menunjuk) tetapi bila dah masoh bab2 jadi anon ni ana maki hamun sekalian manusia di sekeliling ana..ana mohon maaf kepada semua..ikhlas dari hati ana..


      Insan yang berdosa.
      -Mr.Fapson

      Padam
    12. baguslah kalau dah sedar. wpun tanda2 ini diutarakan, masih belum terlambat utk kita mengubah keadaan yg tak betul ni. nak dunia kita berubah, sila ubah diri sendiri. contoh:

      1) Jauhi zina- jaga kelakuan anda; jgn berperangai menggoda, jaga pandangan mata etc

      2) Check your facts before disseminating info- ni entah email berantai mana dia dpt main forward aje. hanya kerana maklumat yg anda dpt dtg dari org yg anda hormat, terus percaya dan sebar tanpa usul periksa. Look into the message, not the messenger.

      3) Menuntut ilmu sebab nak dapat sijil- ni ada masa mmg sukar nak elak sebab keadaan memaksa. tapi kita boleh tanamkan sifat ingin tahu dan berusaha mengkaji sendiri demi menambahkan ilmu. jgn harap cikgu saja ajar. kalau cikgu ajar 10 dan kamu tak teruskan dgn kajian sendiri, 10 sajalah yg dpt. padahal ilmu itu ada banyak lagi; mungkin ada 100. ilmu baru diperolehi apabila manusia mengkaji, bukan berguru. cth tgk para saintis.

      4) Peperangan terjadi bila ada pihak yg melebihkan emosi/ nafsu daripada akal waras. peperangan terjadi drp perselisihan. jika kita berselisih faham dgn sesiapapun, selesaikan secara rasional; fakta bukan auta. belajar berkompromi, memahami pihak yg satu lagi. sy yakin, jika kita ketepikan prasangka dan belajar memahami org lain, perselisihan dan peperangan boleh dielak.

      yg lain korang fikir sendirilah. kita masih ada masa dan kudrat utk berubah; selagi dunia belum hancur. jgn tgk dan dgr tanda2 kiamat lepas tu tak berbuat apa2. takat tunggu mcm ayam nak kena sembelih, bkn begitu caranya.

      Padam
  19. bukak link ni. http://www.malaysiakini.com/news/212406

    BalasPadam
    Balasan
    1. pro pembangkang detected....

      Padam
    2. "kredit ti si pipi merah",bak kata en.noob

      Padam
  20. ada masa depan? jadi lepas ni konfirm ramai yang akan buat mcm depa buat tu..
    yeahhh hidup malaysia..hidup malaysia..*sinikal*

    BalasPadam
  21. Semakin dekat PRU13, makin banyak pulak statement cetek akal dikeluarkan

    BalasPadam
  22. Nanti xlama lagi, makin ramai buat benda bangang ni. xder kerja, buat video lucah or buat blog lucah. atas alasan nk cari duit.

    BalasPadam
  23. makin hari makin menjadi benda yg bukan2

    ape nak jadi plak masa akan datang

    BalasPadam
  24. kalau macam tu, dengan erti kata yang lain kalau ikut kes ni sebagai rujukan, sesiapa yang tak pernah buat salah, ada kerja tetap, masih muda, ada "kepentingan" pada negara atau kaum C boleh langgar undang2 dan boleh merogol dan melucah sebab ada masa depan cerah?

    bodoh!

    BalasPadam
  25. Apabila diselami permasalahan seperti ini, malah diperingkat dunia seklaipun, ia bukanlah asing lagi dgn fitrah/sifat kejadian manusia. Teringat buku tulisan Dr. Muhammad Tahir yg menerangkan FITRAH SEBENAR manusia terdiri daripada 1. dorongan utk kepuasan seksual, 2. dorongan utk memelihara kaum, 3. dorongan utk harta kekayaan, 4. dorongan utk kuasa dn pangkat. Manakala FITRAH POTENSI manusia pula terdiri daripada 1. Membezakan antara hak dan batil, 2. Mengakui kewujudan Tuhan, 3. ketelitian dlm prosess pemikiran, 4. kesedaran terhadap tanggungjawab manusia.

    Jadi apa kaitannya kedua2 fitrah manusia ini dgn entri Noob. Setuju atau tidak Kesemua FITRAH SEBENAR manusia telah dibangkitkan dn merangkumi segala permasalahan yg kita lihat amat negatif. Dan itu jg bertentangan dgn FITRAH POTENSI manusia.

    Tp jgn salah tafsir dgn kesempurnaan ciptaan manusia, sbb memang manusia tlh dicipta dgn sebaik-baik ciptaan dan dlm konteks kesempurnaan ciptaan. Fitrah potensi lahir bersama kesempurnaan itu sejak kita lahir sbg bayi lagi (dlm akal separa-sedar), walhal Fitrah sebenar diterbitkan apabila kita mencapai kepuasan pelbagai kemahuan dan nafsu (dlm akal sedar).

    Sbb itulah Fitrah potensi ini perlu menangani fitrah sebenar spy kita mampu menggapai aspek2 kesempurnaan nilai2 murni dan mencapai tujuan sebenar penciptaan diri kita. Untuk mendapatkan fitrah potensi kita perlu berjuang, berusaha dan itu jg merupakan tanggungjawab manusia manakala fitrah sebenar manusia hanyala satu kepuasan yg tdk sukar direalisasikan. Sbb itu jglah hidup ini satu ujian yg perlu ditempuh dgn dugaan dan perjuangan.

    kalau tak silap teori antara dua fitrah ini olh Dr Muhammad Tahir adalh duality in human nature.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila Adam dan Hawa dibuang dari syurga, ini kerana mereka telah dapat membezakan haq dan batil.

      manusia keturunan Adam dan Hawa mempunyai kecenderungan jadi baik atau jahat. tp dgn akal yg dikurniakan, manusia mahu dan belajar utk jadi baik. kenapa? ibu ayah kita di syurga dulu hanya tahu yg baik2 saja sebelum digoda syaitan. keinginan utk jadi baik juga adalah fitrah.

      tidak banyak yg boleh kita buat terhadap ketidakadilan sistem perundangan kita. yg terlepas hukum di dunia x mengapa, di akhirat akan diadili. kita yg melihat ambil pengajaran.

      Padam
  26. kesian dekat budak2 yg kena rogol tu..apapun,sapa yg kaya,kabel kuat,mesti akan duduk atas..yg lemah,yg tak ada apa2 faedah,dudk belakang senyap2..

    yg pasal benda2 alah 18sx tu,rasanya kalau dah teruk,baru semua pihak nak bukak mata kot..

    negara makin hancur rasanya...

    BalasPadam
  27. kalau aku jadi mak bapak budak yg kena rogol tu mesti aku sedih org yg rogol anak aku terlepas mcm tu je.malah kalau aku jadi mak bapak pornstar tu jugak mesti aku malu dan kecewa.apa la nk jadi dgn negaraku ini.

    BalasPadam
  28. bile melibatkan sex, dorang kata takpe sbb ade ms depan
    tp kalo melibatkan parti, siap kena buang kolej lagi
    nampak sgt mana yg lebih dipentingkan..
    ke sbb dh biasa sgt dengan sex2 ni, sbb tu ambil mudah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la tu, agaknya org yg berkuasa/atasan biase dah kot 'terlibat' dgn seks2 (bebas?), tu yg jadik cm dah biase tu.

      ape ntah nak jadik. nauzubillah.

      Padam
  29. sama je dengan pegawai detective sekor ni.. adik ipar aku hampir kena rogol dgn majikan dia seorg doctor, bila kena soal jawap dgn pegawai detective yg siasat case dia, pegawai tu leh cakap? "awak sanggup tgk nama baik doctor tu terjejas?" "awak sangup biarkan klinik doctor ni ditutup?"
    owh what the hell??? terjejas tak terjejas, dah doctor tu yg nak merogol adik ipar aku kot, dah tu, doctor tu x fikir pulak maruah adek ipar aku tercalar???

    p/s: semoga pegawai detective ni mendapat balasan kerana tidak menegakkan kebenaran dan keadilan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Grrr... paling x bleh blah tau benda2 mcm ni. Kalau aku yang kena aku jawab.
      'Ya saya sanggup!Lebih dari sanggup.Biar klinik kena tutup, biar kelayakkan dia kena lucut. Biar dia jadi papa kedana. Sebab kalau dia jadi kaya, dia akan jadi lagi banyak kuasa dan akan aniaya lebih ramai orang. Kalau boleh, dengan kau sekali (detektif) sekali patut kena lucut jawatan sebab tidak punya etika yang sesuai dengan kerjaya. Ada jelas?'.


      Tak boleh jadi 2x! Emo tengok benda2 mcm nih!

      #butthurt

      Padam
    2. tu la.. doctor tu skrg terlepas mcm tu je.. padahal ada saksi, ada bukti medical check up, tapi sbb detective tu pun x nak tolong tegakkan keadilan. dapat pulak doctor tu dtg balai then menafikan dakwaan adik ipar aku.. terlepas la.. senang mcm tu je.. tutup case.
      macam sial je!!
      laki adik ipar aku lak tak nak tlg backup bininya, so mcm tu je la.. klu benda ni jadi kat aku, lantak ler x de sapa nak backup aku, selagi maruah aku masih tercalar, selagi tu aku x kan lepaskan doctor ni!! detective ni x nak tlg aku? dgn kau-kau aku report kat bukit aman.

      Padam
    3. sial, sumer senang dipengaruh dgn duit. ni msti doktor tu dah suap duit dah kt detektif. mentang2 la adik ipar tu mngkin takde duit, senang2 je dia ckp cmtu. mmg hilang trus respek aku kt detektif yg sepatutunye menegakkan keadilan. MMG AKU SANGGUP PN TNGK DOKTOR SIAL TU MERANA, PAPA KEDANA, KLINIK TUTUP! Pstu tanya kt detektif, Sanggup ke encik menjawab dgn Tuhan nnti yg encik pn kira dah bersubahat dgn doktor tu? taknak menegakkan keadlian yg sememangnye tugas encik?

      takpe, case tutup, tp memang tukar keje la pstu. pstu sape2 yg nak masuk keje kt klinik tu, kite contact pmpuan2 tu suruh berjaga2 je dgn doktor tu. Bukan nak aibkan doktor tu (cheit), tp kite pn nak maruah pmpuan2 lain terjaga sbb kite sndiri dh tau prangai dktor tu cmner.

      arrrghhhhhh memang emo btul tngk bnde2 cmni ga!!

      Padam
    4. semua pekerja dah tau.. kat klinik tu ada 8 doctor.. pastu berapa nurse entah.. semua pun dah tau pasal doctor ni.. tapi masing2 terpaksa tutup mulut.. tp semua just hati2 la supaya tak jd mangsa si doctor yg durjana ni. adik ipar aku berenti keje on the spot gak. skrg dah keje kat tmpt lain.
      laki aku siap dah deal dgn kwn dia keje polis kat bukit aman dgn sorg lagi pencegah rasuah. laki aku gi jmpe terus detective ni, ketar2 menjawap soklan wei.. pastu takut punye pasal, ckp nak cepat, ada hal.. perghhh kecut siot.
      mmg ikutkan kalau ada duit, mmg dah naik mahkamah dah,tp kekangan duitnya, terpaksa la tutup case mcm tu jgk.. sbb nya doctor ni dah menafikan dakwaan adik ipar aku tu.. mcm tu je.. sial je rasanya.
      adik ipar aku lak time buat report, dia dah kosong otaknya, x tau nak buat apa, bila tanya lakinya, lakinya tau bebel2 pastu salahkan dia kenapa keje kat situ.. entah apa2 entah, dpt lak detective ni sergah2 marah2 dia sanggup buat aduan polis nanti doctor ni tercemar nama baiknya lah.. bodo punye detective. kalau kena benda ni kat aku.. aku mmg dah bg sekali kat detective ni mcm ayat ko ni "Sanggup ke encik menjawab dgn Tuhan nnti yg encik pn kira dah bersubahat dgn doktor tu? taknak menegakkan keadlian yg sememangnye tugas encik?" HUH!! biar rasa dia!

      Padam
    5. yg tk boleh blah laki adik ipar tu boleh plak bebel2 pstu tanya naper keje kt situ.. awal2 dulu mane la tau doktor tu gatal. ingatkan gatal2 bese2 jer boleh buat bodo jer tp rupanye gatal durjana. patutnye bersyukur la yg isteri dia tu takde ape2. sempat jugak nak bebel2.
      tp kalo majikan dh mnunjukkan tanda2 awal menggatal atau melakukan sexual harassement, mmg dah patut start sourcing carik keje lain jer..

      Padam
    6. mmg dah start gatal2 dulu.. pgl syg la.. gediks weh doctor ni.. padahal dah ada anak bini dah. tapi adik ipar aku tahan kan je.. sbb fikir susah nak dpt keje, hutang ptptn, hutang kete, anak lagi.. pastu bila adik ipar aku x tahan, adik ipar aku kate la nak berenti,tp doctor tu x bg, dia siap naikkan gaji lg.. dipancingnya adik ipar aku ni.. adik ipar aku ok je la.. sbb time ni doc ni just gatal2 panggilan je.. so tulikan je la telinga, lepas je cubaan merogol tu, terus adik ipar aku berenti time tu jgk. laki dia mmg entah apa2.. sbb tu org pertama yg adik ipar aku cari lepas kejadian ni mak dia n laki aku (abang dia la). dia kalau boleh x nak laki dia tau, tp terpaksa gak bg tau.. lepas bg tau mcm tu la jdnya.. bebel. tp mmg la, dunia ni klu ko x de duit, x pyh berangan la ko nak tegakkan keadilan. huh!

      Padam
  30. Singapore yg free lgbt pun buat undang2..kita mengaku negara islam tapi mengalahkan negara bukan islam? Mana keluhuran pelembagaan dan undang2?Ini lah akibatnya umat islam melayu x tegas..tengok saja la kes itu ini..semuanya mencabar kedaulatan negara..tapi pemimpin sekrang? Penakut! Takut x de undi!! Wei bodoh tu kaum minority!!!! Kita kaum majority..ohhh aku lupa..aku RACIST sebab cakap pasal kaum!!! Sial!!! Bodoh punya kaum!!!! Komunis please show up again n let my race know ur truth what is the meaning of real racist!!!!

    BalasPadam
  31. MALAYSIA NI NEGARA SELAM
    BUKTINYA SCORPENE

    BalasPadam
  32. HUHUHUHUUUU....kat mana aku nak tinggal ni...?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.