Suatu pagi yang aman dan tenteram di sebuah agensi kerajaan...
Adakah hanya aku yang merasakan segala jenis prank call atau panggilan palsu yang dibuat oleh stesen2 radio perlu dihentikan? Masa awal2 dulu aku rasa lawak la jugak, tapi bila dah lama kelamaan prank call yang dibuat agak keterlaluan sehingga aku rasa annoying dan meluat. Kadang2 tu kenakan orang sampai buat orang tu menangis, kenakan hal2 yang tak sepatutnya seperti hal yang berkaitan dengan rumahtangga, masalah peribadi yang kadangkala boleh mendatangkan dan mendedahkan keaiban orang, habis 1Malaysia tahu dan ketawakan kita, kalau ada kawan2 pejabat atau jiran yang dengar, tak ke malu?
Selalunya ada orang mintak DJ radio kenakan kawan mereka tu aku still boleh accept sikit, tapi bila ada yang agak keterlaluan sampai isteri yang call suruh kenakan suami, suami suruh kenakan isteri, anak suruh kenakan ibu bapa dan lain2. Korang suka orang ketawakan suami korang ye? Korang suka orang ketawakan mak bapak korang ye? Korang suka buat bini korang menangis kat radio ye? Dan kita semua suka gelakkan orang yang terkena prank call ye?
Walaupun mungkin ada orang cakap ia hanya lawak dan gurauan, tapi aku still tak boleh terima. Gurau gurau jugak, tapi kau memalukan orang lain untuk dijadikan bahan lawak, tak kira la panggilan hangit ke, hangus ke, gotcha call ke, krappi call ke dan apa2 prank call yang seumpama dengannya, kau ketawa dan gembira di atas kelemahan, keburukan, keaiban dan kemaluan orang lain, silap haribulan boleh menjatuhkan maruah orang tu. Ini bukan hanya tertakluk pada prank call sahaja, tapi juga prank2 seperti April Fool dan rancangan2 prank atau prank show lain seperti Bang Bang Boom, Wakenabeb dan sebagainya.
Sejak bila budaya prank menjadi budaya kita?
Notakaki: Seperti biasa, setinggi penghargaan buat Nazha Anua @ http://kartunster.blogspot.com/ kerana sudi menyumbangkan lukisan untuk Buasir Otak...
tags: segmen prank call panggilan palsu stesen radio dj hot fm panggilan hangit am krew fara fauzana fafau faizal ismail fbi ag hits fm morning crew jj ean gotcha call fly fm prem ben nadia pagi rock crew johara pagi era johan ray hanif breakfast show hentikan stop saman gurauan usikan ejekan lawak jenaka pemanggil pendengar kejar rating ranking dengar online stream sinar suria my thr gegar raaga mix xfresh red melody osai sedih menangis gelak ketawa lucu marah geram sakit hati
bang bang boom kot kat tv3 tu kan.
BalasPadam:)
haah la salah... dah betulkan... tq huhu
Padamsama-sama. ^_^
Padamلين Si Pipi Merah
Padamsudikah cik menerima Price of NOOB sebagai suami cik adik..
hamba tgok.. kalian cocok skali..
jodoh noob dah ni XD
Padamaku perasan diorng slalu sokong menyokong ant 1 sama lain..
PadamNOOB sila la masuk meminang cpt2.. xyah kapel2..
wakenanbeb kot kat tv7 tu kan.
Padam:)..hahaha
mohon jgn buat gossip. ana sangat tidak layak, bagai langit dengan bumi. beliau berhak mendapat yg jauh lebih baik.
Padamrasanya si pipi merah ni tunangan orang kowt.. nampak cincin di jari beliau.. mohon Prince of noob jgn frust
Padamaku sokong ko nyer post diatas. rasa cam org melayu ni suke memperbodohkan org lain....kepada stesen radio terbabit, terasa x? hahaha... btw cantik lukisan diatas...
Padamtime kasih sbb puji lukisan i.. hewhewhew
Padamnoob..plain83 pun ape kurangnya..nengok cara dia komen persis seperti dalam hati ada taman..
Padamkdg2 prank mcm ni sekadar nk hiburkan hati,tp kadang2 gak makin jadikan seseorang sakit hati,.huhuuhu...
BalasPadamprank2 macam tu aku kurang minat la
BalasPadambanyak negatif dari positif
tapi kalau just for laugh punya prank memang terbaik
tak melampau sangat
simple & sweet
we want Insidious
Padameh
silap komen
sbb tu budaya luar mmg rasa best je tengok, tapi bukan utk diikuti. just for laugh tu org tak rasa sakit hati sbb masyarakat diorang mmg camtu, rasa malu dalam diri tu kurang, batasan agama pun takde. tapi org malaysia terutama org melayu islam ni perlu fikir batas2 agama dan sifat malu, pulak tu ramai yg sensitif dan panas baran, kat radio atau tv tu berapa ramai dah dengar diorg maki, mencarut, siap sampai nak bergaduh lagi. mmg la at the end hanyalah lawak semata2, tapi sedikit sebanyak orang lain dah tau orang tu tak bayar duit kereta, rumah nak kena lelong dan lain2 hal personal yang dijadikan bahan lawak.
Padammmg org asia tenggara terutama msia dn indonesia sng sgt nak butthurt..time aku gile trolling dulu pun, selalu je fake account aku kena block olh org asia..hahahaha..lucu lah plk..tapi org putih ok jer..walaupun inglis aku suck, tapi dorang tu supporting gler..tapi betullah, dorang lain kita lain..so buat2 lah cara Asian
Padambutthurt teramat : Level: Asian..
sebab tu kot kat malaysia ni tak boleh ada debat, demonstrasi "aman" dan yang sewaktu dengannya..cuit sikit terus melenting..
Padamgolongan yg gemar akan prank call kenakan org lain ni got nothing better to do in life..merasakan hidupnya teramatlah bosan, maka perlu spice it up dgn memalukan org lain...atau motifnya boleh jd juga utk balas dendam, mcm2 ada...
PadamBagaimana pula dengan segmen 'CUBAAN' oleh ustaz Akhil Hay di Astro Oasis?
PadamAdakah menguji tahap bacaan doa Qunut dan Iftitah boleh menjatuhkan maruah seseorang juga?
tapi noob, just for laugh tak sama dgn wakenababun tu
Padamjust for laugh sedang2 saja tak extreme bagai
extreme kat aurat ja kot
tak la sampai kopek keluar peribadi org lain
tak la sampai nangis merambu ramba tepi jalan siap rekod & upload youtube
bukan nak sokong sangat just for laugh tu
tapi tapi tapi..
banyak alasan aku
tapi memang just for laugh lain sikit dari versi malaysia nih
simple2 tapi ranum nyaman
segmen cubaan tu aku pernah tgk berapa kali je, tapi pertama sekali tujuannya bukan untuk bagi orang gelak ketawa, tapi lebih kepada memberi pengajaran, dia pernah menyamar jadi orang miskin mintak sedekah nak tgk siapa yang akan tolong org miskin tu. benda tu kalau kita tengok pun kita tak gelak. cuma mungkin ia boleh diperbaiki sikit, macam aku pernah tgk rancangan yang lebih kurang sama dari arab kat tv Al-Hijrah, diorang buat2 ada org terjatuh dompet, kalau ada orang kutip dan pulang balik mereka paparkan muka dan bagi cenderahati, tapi kalau ada orang yg kutip lepas tu buat harta sendiri, mereka rakam dan tarbiah tapi muka diorang censoredkan, so penonton tak tahu siapa orang tu dan tak la nampak mcm menjatuhkan maruah mereka sangat di samping org tu dapat sedikit pengajaran.
Padambab just for laugh tu mmg kita nampak ok sbb yang buat tu org barat, mmg itu budaya dia, so aku pun tak la kondem rancangan tu sangat, cuma aku kondem org kita yang meniru rancangan tu, contohnya kalau kat just for laugh tu ada satu babak makcik tengah sapu sampah, lepas tu orang yg lalu kat situ makcik tu pukul bontot orang2 tu dgn penyapu tu, orang lain pelik tapi boleh gelak2 lagi. benda yg sama kalau diapply kat malaysia, aku rasa mau makcik tu kena maki.
segmen tu nama asalnya law kana bainana..lagu temanya cukup menginsafkan..
Padamtq apaneraka, bacaan lanjut - http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1021&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
Padamsama2 :)
PadamLaw Kana Bainana sangat bagus. Kita hayati bersama-sama yer. dah lepas ni PON kena buat artikel pasal Law Kana Bainana plak biar kasik orang insaf skit.
Padamberlawak memang x salah.. tapi ada adab2 dia. Islam dah tunjuk guideline kan?
BalasPadamwalaupon ramai yang anggap memalukan orang untuk berlawak tu benda yang remeh je.. tapi x bagi orang yang dimalukan tu.
ntah, aku pon dah lama x dengar panggilan hangit dan seangkatan dengannya tu..
April fool pun salah satu darinya..baik yg muslim pun terikut-ikut sama.
Padamni mesti yang kes nak sita rumah tu ek... siap bunyik chainsaw lagik... mula-mula mcm kelakar. pastu kesian pun ada kat akak tu sampai nak nangis pasrah. laki dia yg request rupanya
BalasPadamkdg2 smpi mengkantoikan bnda yg memalukan.. ade penah terdengar panggilan prank kt satu stesen radio, drpd jln cerita, mmg kantoi orang tu sorokkan brg yg dia tak bayar dlm umah.
BalasPadamnk prank bole tapi jagan keterlaluan. boleh bikin membunuh
BalasPadamsekali sekala menceriakan suasana apa salahnya
BalasPadamKLIK rasuah, tamak punca agenda Melayu gagal
BANYAK LA KO PUNYE CERIAKAN SUASANA
Padamada stngah org takleh trime tau
Nasib baik makcik tu tak ada sakit jantung, kot~! Mcm tak ada cara lain nak bergurau. Sampai buat org nangis teresak2, marah sgt2. Tak patut sgt la mcm ni...
BalasPadamha ah la..x patut kau jahhhh~~~
Padamyang fida kena dalam bang bang boom tu paling teruk.
BalasPadamkankankan....
Padamkan fida kenakan mamat tu balik.
Padamfida tu dalang lah..pengacara tu yg kena prank..tu semua dah d set up baik punye. kalau fida terasa pun, tv3 tak perlu nak tayang, tu pun bkn live show
Padamtakpe,last2 dua2 merasa terkena.adil la.hahaha.ade pulak boleh bawak memain bab2 meminang anak org.kalau wat cmtu kat luar..dah lame bapak si prmpn kejar ngn parang.
Padamdorang prank gila2.
BalasPadamsebab tu kalau ada rompakan dekat KL org wat tak kisah.hehe
ingtkan bang bang boom.
lepas ni perompak kalau kantoi bule la dia buat alasan kat polis
Padam"eh encik polis, sy nak prank jer, bukan nak merompak pon
sporting la skit encik polis hehehe"
kalau perumpak kena tangkap, dia cakap "encik jangan tangkap saya, saya ada masa depan yang cerah ni..."
Padam"saya nak prank dan saya merupakan atlet negara.lagipun saya hanya curi 2 tin air gatorade"
Padamboleh terima tak ? hehehehe
LoL!! XD
Padamhehehe
Padamsetuju jugak dengan kenyataan tu...
BalasPadampandangan yang bagus
mmg dah lame dah tak suke prank2 ni. Islam kan tak ajar kenakan orang smpai cmni, malukan orang, pstu kalo dah gelabah sngat, sumer bnde keluar dr mulut org yg kena prank tu. kalo nak buat prank pn, mcm Just For Laugh tu pn dah ok. aku suke yg tu.
BalasPadamtp kalo la dah nak kenakan org sangat, pilih la org yg ko rasa tak kisah dikenakan, lg bagus kalo org tu pn slalu kenakan org gak, biar die terasa skit. Tp ni kalo kenakan kt org yg nak bergurau pn tak pandai, lurus bndul, sensitif pasal bnde2 cmni. haaa, tunggu la nnti kena pulau dgn dia dan kena kutuk dan silap2 haribulan boleh putus kawan.
aku takut kalo asik prank2 je, org dah tak kisah bile dgr kejadian tu btul2 berlaku. cm citer budak peniup gembala kambing tu tipu kambing dia kena makan tp last2 org dah tak caye dah.
XOXO
eh silap, budak penipu, bukan peniup.
Padamtakpe2,peniup pun boleh.huruf dah betul..cuma susunan lari sikit je.heheh
Padamhaha! ok2 boleh je hehehe...
Padamaku x dengar segmen2 prank di radio. tgk rancangan prank kt tv pun jarang. sebab aku rasa 'lame'. aku x setuju kalau stesen radio tempatan buat prank call sampai macam tu sekali. bila dah masuk soal maruah seseorang, bg aku itu dah melampau. kalau xde idea nak kenakan org, x payah buat segmen panggilan hangit, gotcha, etc.
BalasPadambla skali buat..dpt smbutn mula org nak korek rahsia org tu tuk di buat pnngilan hangus huhu...tp kdg kecian kdg mnymph kdg bengong...nth...aku paling tak suka lau aku yg kena sbb tu aku xpnh niat nk buat cm tu dgn org2 sekeliling cz xpsl2 gaduh..pdn muka huhu....
BalasPadamnak biskut?
BalasPadamx nak..noharom...
Padamhuahahahahahhaa
Padamkorang tak da offer oreo?
Padammemang bukan semua benda boleh dibuat lawak.. so sebelum nak melawak, tolong fikirkan kesannya yeeee...
BalasPadamSetuju dgn entry kAli Ni..
BalasPadamaku setuju, aku sgt2 x boleh terima bila aku dengar nak kenakan mak bapak ko ke, suami ke isteri ke...
BalasPadamaku rs nak lempang je bile dengar...
alah...jgn amek terlalu serius la korg...
BalasPadampaling best yg tetamu khas panggilan hangit tu.Fbi prank pkcik tu,gtau baju raya yang pkcik tu tempah ade masalah.seluar silap potong.fbi bagi cadangan ganti dengan seluar track warne oren sbb baju melayu warne oren.pkcik tu tak marah langsung.dia siap gelak sampai terbatuk-batuk.si fbi tu pulak yg tak jadi prank pastu tergelak sama.haha.
BalasPadamyang tu betul kelakau dengan sempoi..aku pun gelak habis sebab pokcik tu yang lawok..bahaha
Padamsempoi pkcik tu..dok dgr gak suara bini dia dalam tepon..mst bini dia pelik pehal suami dia gelak tak benti2..
Padamyg ni kalo pakcik tu nak marah pn, aku paham dan aku takkan panggil dia tak sporting. yerla, pnyer la dah penat2 beli kain pstu salah potong, apahal? dah brape tahun jahit baju ni? pstu dah la raya nak dekat. mula2 mmg la jgn heran kena leter skit, tp kalo pakcik tu baik, dia mngkin akan suruh ganti, tu jer.
Padamoowh..aku mmg menyampah dengan prank yg mcm ni. stesen2 radio ni nak publisiti yg tahap sampah. bukan semua org tu sporting silap2 kena saman malu.
BalasPadamaku pernah kena prank dgn mereka. anak murid sendiri punye keje. seriously rasa macam nak terajang jek -_-
BalasPadameee kalo aku aku ugut dia kang bagi dia F je trus slagi tak jadik kuli aku slama sebulan. tp ugut senyap2 arrr.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsatu topik yang setuju 100%...kita lupakan tu semua semata2 atas tiket hiburan, ibarat kata orangla... 'ketawa tu penawar duka'...tapi bagi yang mengelak bukan yang digelak...nice post.
BalasPadamaku ingat aku sorang je tk setuju
BalasPadamJgnlah bergurau yg melampaui batas..nati salah bergurau maruah seseorang itu akan trcalar
BalasPadamWalaupun isu da basi dan mungkin takkan ada da yang akan reply. Aku suka nak kongsi satu cerita kat satu stesen radio tentang anak nak kena kn kapak dia. Disebqbkan bapak dia tak dapat dihubungi oleh pihak stesen radio. Mereka pun berpakat kena kan budak tu. Kind of plot twist. Haha..
BalasPadam