Namun bila ada seorang penulis berita di Utusan menulis artikel bertajuk Saman sekat kebebasan media, aku rasa cam diperbodohkan je.
Baca selanjutnya di sini.
Sebelum ni aku pernah mengkritik pasal kredibiliti suratkhabar Utusan Malaysia menulis berita dengan mengambil sumber dari blog sahaja serta lebih mengutamakan berita pasal pembangkang seperti di sini.
Di akhir artikel tersebut tertulis:
"Pengamal media yang baik tidak takut untuk mempersembahkan berita berdasarkan fakta. Mereka berani kerana melaporkan kebenaran. Mereka tidak takut dikritik mahupun menerima kutukan.First sekali kenapa kena isu saman wujud? Dah tentulah sebab berita yang ditulis terhadap seseorang tu fitnah, palsu dan tidak benar. Sapa yang tak bengang sekiranya orang melaporkan berita yang tak betul pada dirinya yang boleh mencemar nama baik dan menjatuhkan maruahnya? Dah tentulah tindakan undang2 di ambil untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan fitnah tu. Dah tu orang yang difitnah tu pulak selalu menang kat mahkamah manakala pihak media kalah, so siapa yang salah? Lepast tu buatla permohonan maaf kat media kerana telah menyiarkan berita yang tidak tepat.
Namun apabila mereka diancam dengan saman demi saman apatah lagi apabila nilainya mencecah jutaan ringgit, tangan mereka seolah-olah diikat ke belakang dan mulut mereka disumbat. Mereka tidak mampu menulis sedangkan menulis adalah kerjaya mereka. Mereka disekat daripada bersuara sedangkan menyampaikan suara (walaupun hanya daripada sekelompok kecil rakyat) itu tanggungjawab mereka.
Tindakan saman ke atas media yang semakin menjadi-jadi di negara ini, secara tidak langsung telah menyekat kebebasan media malah lebih teruk lagi, seumpama cubaan membunuh kerjaya kewartawanan yang sah dalam landskap profesionalisme.
Agak malang, apabila mahkamah yang sepatutnya menjadi tempat untuk menegakkan keadilan atau membuktikan kebenaran dipergunakan untuk tujuan politik, bagi mengekang kebebasan media melalui kaedah undang-undang."
Artikel tu tulis "Pengamal media yang baik tidak takut untuk mempersembahkan berita berdasarkan fakta." Kalau berita yang ditulis tu benar2 berdasarkan fakta dan mempunyai bukti yang kukuh, takde siapa pun yang nak saman. Dan bila dah kena saman dan naik mahkamah, kenapa boleh kalah kes? Kata berita berdasarkan fakta, mestilah ada bukti yang kukuh.
Nampaknya artikel itu telah tersalah tafsir erti Kebebasan Media yang sebenar. Kalau menulis dan melapor berita yang betul dan secara berhemah, ada ke orang nak saman? Kebebasan media bukan bermaksud KEBEBASAN MEMFITNAH serta kebebasan menulis berita2 palsu. Ini sumber pun main rembat je dari blog Papagomo apa cerita? Kenapa blog Papagomo serta blog distraction SuaraPakatanRakyat yang fake tu je yang sering menjadi sumber rujukan utama? Kamon la kalau blog SuaraPakatanRakyat tu blog PR takkan la dia tulis semua artikel2 provokasi yang boleh dijadikan sasaran kepada PR dan kemudiannya letak banner "Anwar - Pemimpin Paling Suci", "Ambiga - Srikandi Negara" dan "Karpal Singh - Hero Rakyat"? Agak2 la kalau nak menipu pun. Kalau aku create satu blog kononnya pro-BN lepas tu aku buat banner "Najib - Pemimpin Paling Suci", "Rosmah - Srikandi Negara" dan "Chua Soi Lek - Hero Rakyat", rasa2nya blog aku ni blog pro-BN ke?
Mungkin lepas ni Utusan boleh tulis berita yang sumbernya diambil dari blog Buasir Otak ke, Blogserius ke, Ben Ashaari ke, AmenoWorld ke, Uncleseekers ke, lepas tu buat berita utama dan jangan lupa letak tanda soal '?' kat belakang tajuk headline seperti "Prince of Noob blogger paling hensem?" atau "Buasir otak blog paling ohsem?". Mungkin bila ada tanda soal '?' tu berita ditulis atas dasar "MUNGKIN" so takde la dikira sebagai fitnah ye tak, walau ia sangat berbaur provokasi.
Setakat ni yang aku nampak suratkhabar yang ada kredibiliti dan sedikit bebas hanya Sinar Harian je, kerana ia lebih straight to the point dalam melaporkan berita dan isu2 semasa, jarang sekali ia pandai2 keluarkan artikel yang berdasarkan andaian dan pandangan sendiri sehingga boleh menimbulkan fitnah. Namun secara keseluruhannya kebebasan media di Malaysia masih ditahap yang sangat teruk.
Selagi media2 massa bercetak dan elektronik di bawah pengaruh kuasa politik, selagi tu media tidak akan bebas walau suatu negara mengamalkan sistem demokrasi.
tags: saman sekat kebebasan media akhbar press freedom cetak elektronik suratkhabar newspaper berita news television tv internet radio fitnah palsu tipu tuduh dakwa utusan kena saman blog papagomo suarapakatanrakyat baca utusan terbalik world ranking rating free not free
well said!
BalasPadamsaid well!!!
Padamsay wut...
Padamsay nak biskut?
Padamencik said
Padamstanding setara Russia...heheheh.. Indon pun coklat tak merah.... Singapore...
BalasPadamwah3 ada beruk baca newspaper..respek giler ah...
BalasPadamberuk sekarang sudah msuk tadika..
Padamberuk nak biskut?
Padamdah masuk eid al-adha, kita masih lagi melupai gologan yg kelaparan, daif dan kebuluran dgn jumlah nya mencecah 1 billion seluruh dunia, yakni 1/7 manusia di muka bumi ini. Tengoklah diri kita, apabila tiba hari kebesaran ini, kita meraikannya dengan pembaziran terutamanya dgn pesta-pesta makan. Memang bukan semua, dan ada jg bertujuan utk bersedekah sesama saudara, malah yg penting lagi untuk tujuna berkorban. Tapi berapa ramai yg sedar semua tu malah yg lebih penting utk isi perut sendiri dulu sepenuh-penuhnya. Olh itu ambil pelajaran, kalau nak offer biskut sekalipun offer kat org yg betul2 memerlukan. sekian.
Padamberuk berkias tu, dia nak pizza sbnarnya...
PadamSelamat hari raya eid adha ^^
e.eh macam tau2 pulak..selain pizza kalau ada spaghetti kukus masak lomak cili padi kuah sambal blacan ala nusantara lagi molek..
PadamSlmt eid al-adha ^_^
utusan memang la (apa bebal la noobie nih), cuba baca sinar harian, dia tak menyebelah mana2 pun
BalasPadamheh... ini pasal utusan malaysia asyik kalah dalam hampir semua kes saman. (sapa suruh kekalkan peguam tak guna tu lagi, pegi court utk kalah je)
BalasPadampastu keluar artikel saman sekat kebebasan media, mmg duk cerita pasal situasi diri sendiri la tu.
layan baca jelah , selamat hari raya aidiladha juga ye
BalasPadamundi pemerintahan yang adil
BalasPadamkalau ada pun yg adil takan bertahan lama..mcm pak lah.
PadamAdil ke paklah tu..?
PadamSistem demokrasi la sangat....
BalasPadamX bebas jugak
tak ada kebebasan mutlak dalam semua aspek hidup hatta kewartawanan sekalipun..sebab tu ada ethic/adab yang jadi barrier..kalau yang ni pun semua nak langgar, sebab tu makin senang orang buat artikel/tindakan yang abnormal (bodoh mungkin?) atas nama ke"bebas"an..
BalasPadamdah nama kerajaan..ni lah salah satu cara diorang nak hasut fikiran rakyat..
BalasPadamAku lebih suka baca dari banyak pihak. Baca > kemam > hadam > luah. ;)
BalasPadambaca semua boleh jadi gila oww
Padammana bukti baca bole jadi gila? cakap2 org xleh dikira bukti
Padamdia dah gila, macam mana nak bagi bukti.
Padamwow...baca paper terbalik...style~ XD
BalasPadamatarashii no jutsu kamo shiran no? 'baca paper terbalik' no jutsu! XD
あなたは何について話している?
Padamあなたが理解しない何か ^^
Padamsat, nak google translate..owhhhhhhhhhhh? tak baik tauuu.. :P
Padamわからへん!
Padamtibe2 slang kansai
BalasPadam.
BalasPadamsunyi sepi apbila nak tiba hari raya korban..Slmt hari raya smua! muah muah muah...
BalasPadamrase mcm nak korbankan beruk...
Padamnaharom samdol
Padam
BalasPadam
Padam
panjangnya -.-" patutla ta jumpa tempat na komen
Padamkalau dah jumpa tempat nak komen, takan nak komen panjangnya -.-" patutla ta jumpa tempat na komen aje. sila komen yg anda terfikir nak komen sebelum anda komen panjangnya -.-" patutla ta jumpa tempat na komen.
Padamsengal..ha3
Padamdrpd rujuk papagomo baik rujuk mangga,
BalasPadamKLIK PA geng sendiri dah muak
baca harakah. :)
BalasPadamzaman sekarang ni.. kalau pun cerita keburukan sesuatu tokoh tu keluar akhbar.. kalau dia salah pun dia boleh saman akhbar. duit ada.. hire lawyer- lawyer yang mahir dan pandai putar belit.. untung sabut timbul. ye tak?
BalasPadamSabut mmg sah2 timbul.
PadamKnapa untung sabut timbul ?
Kalau jumpa sabut yg tggelam, barulah untung !
Peribahasa pun x relevan.
Ni smua politik ni !
BalasPadamno such thing as total freedom... mati adalah pasti.. akhirat menanti..
BalasPadam