Malah pada zaman atuk nenek kita, kadar penceraian, kes2 curang, penganiayaan kanak2 sangat kurang. Kenapa? Nak kata orang zaman dahulu lebih beragama? Tidak juga, kalau nak ikutkan zaman sekarang lagi ramai orang yang mempunyai ilmu kerana sudah diajar di sekolah2, malah nak mendapatkan sumber2 dan ilmu2 agama sangat mudah dengan adanya media2 elektronik seperti TV, radio, suratkhabar, majalah, buku, malah Internet, Facebook, hanya buka Youtube, taip sahaja Ustaz Azhar Idrus dah boleh hadiri majlis ilmu secara online. Orang2 dulu nak dapatkan sumber agama sangat susah, perlu cari guru dengan yang arif, berbeza dengan sekarang, nak perolehi ilmu agama sangat mudah, tapi kenapa nilai kekeluargaan orang dahulu lebih tinggi dari orang sekarang? Adakah kerana orang kini banyak ilmu tanpa amal?
Macam mana nilai kekeluargaan zaman dahulu? Orang dahulu walaupun ada sang suaminya yang tidak romantik, bermuka garang, tidak banyak cakap, tapi masih lagi isteri hormat dan sayang akan suaminya dengan sepenuh jiwa raga. Ini kerana seorang isteri benar2 menghargai pengorbanan seorang suami dan ayah dalam mencari rezeki demi sesuap nasi membesarkan isteri dan anak2. Kebanyakannya orang lelaki dahulu bekerja dengan membanting tulang 4 kerat, bekerja di ladang2, sawah padi, menjaga binatang ternakan, turun ke laut, bukan kerja seperti sekarang makan gaji di pejabat2. Seawal 3 4 pagi mereka dah keluar mencari rezeki, pulang pada waktu tengahari membawa balik rezeki yang diperolehinya pada waktu pagi untuk diberikan kepada isteri dan anak2.
Para isteri pula kebanyakannya surirumah, sementara menunggu suami pulang dari mencari rezeki, mereka menjaga dan mengurus keperluan rumah dan anak2, setia menunggu kepulangan suami mereka. So bila mereka melihat suami mereka pulang di waktu panas terik, berpeluh2 membawa beras, ikan, ayam yang diperolehi pada pagi hari untuk dijamah mereka sekeluarga, disitulah timbulnya rasa kasih dan cinta di atas pengorbanan suami mereka dalam memberi nafkah kepada isteri dan anak2, tak perlu sang suami ungkapkan kata2 cinta dan romantis, malam kalau mintak mesti dapat punya, sampai begitu sekali tanda hormat dan taat para isteri kepada suaminya. Walau kehidupan tidaklah begitu senang, tapi masih boleh membesarkan anak2 yang ramai sampai 10 orang.
Berbeza dengan zaman sekarang, biasanya dalam satu keluarga tu suami bekerja, isteri juga bekerja, di waktu siang anak2 yang kecil dihantar ke pusat2 asuhan penjagaan kanak2, tak pun dijaga oleh orang gaji Indonesia. Suami pula kerja di pejabat, isteri pun sama. Balik rumah, masing2 kepenatan walaupun kerja di bawah air-cond. Berbeza dengan dulu, isteri nampak dengan mata mereka sendiri betapa sukar dan penatnya suaminya mencari rezeki di luar, sekarang ni para isteri dah tak rasa sangat pengorbanan suami mencari rezeki untuk menampung keluarga kerana pekerjaan sekarang kebanyakannya dah tak pakai tulang 4 kerat, hanya guna otak dan komputer sahaja, so tahap rasa penghargaan pada pengorbanan suami tu berbeza. Malah isteri tak tahu pun suaminya buat kerja apa di pejabat.
So bila di rumah, bila suami baru hendak mintak buatkan air, ada isteri yang berkata, "Alah abang buatlah sendiri, saya pun kerja juga, bukan abang seorang yang penat." Pada waktu malam, si suami baru nak ajak bersenggama, si isteri menolak atas alasan penat bekerja. Dan biasanya walau duit dah banyak hasil kerja kedua2 suami isteri, tapi anak kalau boleh nak sikit je, atas alasan kewangan, berbeza sangat dengan orang2 dahulu.
Sebenarnya kenapa seorang isteri harus keluar bekerja? Mencari rezeki dan nafkah buat keluarga bukanlah tanggungjawab seorang isteri, ia adalah tanggungjawab suami. Dan rata2 aku tengok sebenarnya kat Malaysia ni ramai je orang lelaki yang mampu bekerja sendiri dan menyara keluarga tanpa isterinya perlu bekerja, tapi mungkin dah jadi budaya sekarang, isteri juga perlu bekerja.
- Kenapa isteri perlu bekerja? Kerana kemahuan yang tinggi sedangkan kalau ikut keperluan dan kemampuan sahaja dah cukup.
- Kenapa isteri mahu bekerja? Yalah dah belajar tinggi2 dapat degree dapat master takkan at the end nak jadi surirumah pula? Sia2lah belajar macam tu.
Aku tak larang pun kalau perempuan nak bekerja, dan aku juga tak suruh semua orang isteri berenti kerja jadi surirumah sebab zaman kini dah berubah, keperluan juga telah berubah, nafsu manusia pada kemahuan juga semakin tinggi, cuma pada pendapat aku, kalau nak bekerja tu boleh, tapi make sure priority pada keluarga tu lebih tinggi dari kerjaya. Walaupun kat pejabat tu mungkin anda bos, supervisor, tapi sentiasa ingat yang bos di rumah lebih utama. Adakah menjadi tuntutan agama seorang isteri itu bekerja? Ingatlah yang anda bekerja juga adalah dengan kebenaran suami, sekiranya suami tak benarkan anda keluar bekerja, maka haram anda bekerja. Malah kalau seorang isteri bekerja, banyak sebenarnya batasan2 mereka yang ramai ambil ringan seperti di sini.
Budaya kerja di negara kita pun berbeza di negara lain. Kalau di negara2 maju seperti di US selepas je lelaki dan perempuan tu berkahwin, biasanya hanya suami sahaja yang keluar bekerja, isterinya akan berhenti bekerja atau ambil cuti panjang demi menguruskan rumah dan menjaga sendiri anak2 mereka. Mereka sangat mementingkan nilai kekeluargaan atau family values, si ibu buatkan makanan untuk suami/anak2, hantar anak2 ke sekolah, jaga anak2 sendiri, dan sebab tu kadang2 tu walau sibuk mana suaminya bekerja, malam dia mesti pulang ke rumah untuk makan malam bersama2 keluarga, jarang mereka buat overtime. Hari cuti pun mereka jarang bekerja, ia lebih banyak digunakan untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Hubungan intim suami isteri juga adalah sangat penting bagi mereka biarpun usia dah semakin tua.
Kita pula kalau boleh kedua suami dan isteri nak bekerja, kerja pula kerja pejabat selama 9 jam, 8 pagi ke 5 petang, pastu bila dah petang nak pula buat overtime sampai ke malam atas alasan nak cari duit lebih sikit, atau bos yang jenis tak paham2 suruh stayback buat OT, pastu bila dah malam dah penat, masa dengan pasangan, anak2 pun kurang. Hubungan intim tu tak payah cakap la, ramai yang amik ringan dan tak peduli.
Yang tu satu, kadang2 sebagai bos2 juga ramai yang tak faham dengan family values, seperti contoh seorang pekerja wanitanya yang terpaksa ambil cuti atau produktif kerja mereka menurun kerana pregnant, atau terpaksa ambil cuti disebabkan menjaga anaknya yang sakit, kalau bos yang faham dan menghargai nilai kekeluargaan, bagi aku tidak mengapa sekiranya dia memberikan sedikit kelonggaran kepada pekerjanya itu. Tapi orang2 sekarang ramai yang lain macam, bila berlaku kes macam tu dibagi lagi kerja berat, atau dijadikan bahan sindiran, malah lagi teruk ada yang diberhentikan kerja. Come on la, kau buat kaum wanita macam tu, bini kau tu tak mengandung ke? Kalau bukan bini kau, mak kau tu tak mengandung ke nak lahirkan kau? Bertimbang rasalah sikit.
Dalam entry 2 hari lepas aku tekankan mengenai menepati masa. Bagi aku kalau dah tiba waktu balik tu, balik je lah, tak payah nak overtime, bos2 pulak kalau takde apa yang urgent sangat dan tugas tu boleh dibuat keesokan hari, bagi jelah staff tu balik terutama kaum wanita yang dah berkahwin, mereka bukan balik AWAL pun, tapi balik ON-TIME. Time datang kerja mereka dah datang sebelum masa yang ditetapkan, kenapa masa balik mereka perlu balik lewat lebih dari masa bekerja, terutama bagi kaum isteri/ibu? Bagilah mereka balik awal, mereka ada bos lain serta anak2 yang mereka perlu lebih utamakan. Para majikan sepatutnya kena faham thats how community should works.
Dan adakah nilai kapitalis dan material sekarang ini telah mengatasi nilai kekeluargaan? Seperti dalam post aku semalam, kita berbicara tentang keperluan, kemahuan dan kemampuan. Jika keperluan kita adalah kereta, kenapa kemahuan kita kereta Toyota Vios sedangkan kemampuan pendapatan seorang suami itu hanya Proton Saga? Jika keperluan kita hanya rumah, kenapa kemahuan kita rumah Semi-D sedangkan kemampuan mengikut pendapatan suami itu hanya teres 2 tingkat? Kadang2 kalau ikut keperluan, pendapatan suami sahaja sudah cukup, tapi mungkin kerana kemahuan membuatkan kedua2nya terpaksa bekerja dan mencari rezeki. Tak boleh ke kita cuba hidup tanpa kemahuan yang terlalu tinggi? Berapa ramaikah wanita yang sanggup menjadi surirumah dan hidup sederhana hanya dengan kemampuan suami?
Kalau semua pun menghargai nilai kekeluargaan dari suami, isteri, ibu, bapa, anak2, majikan, pekerja, maka amanlah dunia ni.
tags: nilai kekeluargaan family values suami sayang cinta kasih beri nafkah isteri taat setia ibu bapa anak orang zaman dahulu dulu atuk nenek moyang beza vs orang sekarang kini keluarga kerja career man woman girl husband wife workaholic hukum halal haram bekerja tugas asal syarat realiti kebenaran kapitalis capitalisme materialistik keperluan kemahuan kemampuan tepati masa on-time pregnant mengandung hamil budaya kerja senggama jimak setubuh hubungan intim
jawapan dia senang jer bro...semua orang nak hidup senang. nafsu manusia bro..
BalasPadamtak banyak yang sudi hidup macam rasulullah, macam ghandi semua tu.
Agreed..when they have drown with the so called perfection in materialism and modern secularism that mostly ridicule spiritual insights and morality, it is hard for them to turn back with "lame" religious or at least humble way of live.. Sadly, they actually have lost the built in perfection that God have given them even since they were not yet born. Yet, they sacrifice the god given perfection with the most despicable low-value way of life-(secularism and materialism). We (those who realise the reality) pray that this is not indication of the of time, because living in such time is the greatest test of all and dying at that time would be the painfullest die..
PadamThehell.. bende ko merepek ni sial!!
PadamBhai Noob...
BalasPadamGua tak tergolong dalam kriteria yang lu citerkan tue... hahaha....
kitorang disini semua sudah sedia maklum mengenai kehidupan shumul en.C++.tidak perlu diingatkan.
PadamAlhamdulillah kehidupan c++ baik..jgn lupa bersyukur!
PadamBanyak isteri yang keluar bekerja sebab kos kehidupan semakin meningkat tak seiring dengan peningkatan gaji. Boleh nak harapkan suami seorang tapi tak ramai yang sanggup hidup cukup2 makan - sederhana.
BalasPadamMoney as the root of this problem! cost of living is directly proportions with the modern economic slavery due to devaluation of the value of money over times. Resulting inflation and diminishing purchasing power.
Padammodern economic slavery dictates that we have to work in order to housed and feed ourselves, whilst in the traditional slavery we are housed and feed in order to work..If you see the difference, invoke your intellectual to see the reality and not wasting time with secularism, modernism materialism and capitalism. As Muslims the hereafter is our goal..
Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang unik. Mereka diberikan akal, ilham dan pilihan. Dan manusia itu perlu memilih menggunakan panduan wahyu dan akal yang sihat kerana setiap pilihan mempunyai natijah yang tersendiri. Rabb (Maha Pendidik) telah mengajarkan manusia untuk mengenal jalan ketaqwaan dan jalan kefasiqan, kerana natijah daripada pilihan itu ditanggung oleh manusia sendiri.
BalasPadam'Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa.' [asy Syams 91:8-9]
ok
Padamsaya tag awak dalam entry ni http://ohgadisitu.blogspot.com/2012/10/lelaki-ini-lelaki-semalam-dan-poligami.html
Padamdari guwa bukan ustazah.
BalasPadamSekarang ni pun kebanyakan nak beli rumah pun kena combine loan beb.mana cukup gaji sorang. mana ada harga rumah la ni lepas kelayakan loan sorang.tu sebab kebanyakannya dua2 kena kerja.
BalasPadamI agree with this one..
Padamhai
BalasPadamhoi
Padam1- kos dan cara hidup adalah berbeza.
BalasPadam2- nilai mata wang yang membutakan manusia.
3- nafsu kebendaan melebihi segalanya.
4- sikap iri hati dan cemburu.
5- kurang perhatian kepada anak.
first..lulz
BalasPadamcop tempat dulu nanti baru komen..
1st??? wkakakakakakakkakaka
Padamlulz la..
Padamwalaupun ada internet dan media sosial bagai, aku tengok benda yang sepatutnya digunakan untuk dapatkan ilmu mengeratkan hubungan kekeluargaan disalah gunakan..
sebab media sosial dan internetlah :
-kes cerai menjadi jadi
-bila ada gathering family semua dok makan lepas tu ngadap gajet masing-masing..
makin lama tak ada interaksi pun dalam keluarga tu, macam mana nak rasa nilai kekeluargaan..
dan selebihnya, aku setuju dengan artikel tu..
Butohlah noob..komen blog org promote blog pantat haram jadah anjing kurap ko..kasi booo sama dia...!
BalasPadamBooo...
Padamboooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Padamdua-dua ekor ni budak sekolah ni..comfirm!!
Padam==" gilo
Padamkutuk-kutuk pun,masuk blog noob jugak
Padamzaman berubah.taraf pendidikan pun da berubah.bagi aku aku keje untuk minat n apa yg aku nak capai,in the same time tanggungjawab aku kat mak bapak aku.lelaki ada parents yg nak kena tanggung gak,same as woman.tanggungjawab tu x semestinya pada diri sndiri atau femili sendiri,it may extend to third or fourth party,depends la,setiap orang ada cerita sendiri.psl nilai kekeluargaan,comparison dgn 'org dulu2' ada point nyer,tapi who's to say that suami muka garang bini dgr cakap and deep inside diorg betul2 heppi? Back to my point,everyone has their own story
BalasPadamsesungguhnya,tanggungjawab kepada ibubapa itu memang benar.bagi lelaki,seumur hidup syurga itu dibawah kaki ibunya.tapi bagi perempuan,setelah berkahwin,syurganya adalah dibawah tapak kaki suami.jgn lah kita nak menilai semua perkara guna akal fikiran kita yg kita rasakan sudah cukup pandai kerana arus kemodenan.Islam dah ajar semua tu.sbb itulah perempuan amat mudah masuk syurga,dan amat mudah masuk neraka.
Padamkerana perlu patuh pada suami sahaja,dan kewajipannya hanya untuk melayani suami.kerja2 seperti menjaga anak,mengemas rumah,dan memasak..itu merupakan amalan pahala kerana dikira sebagai bakti.sepatutnya suami memberi ganjaran dengan memberi apa yg dikehendaki isteri.jika suami tak mampu sekiranya apa yg diminta isteri itu mngkin terlalu mahal,dan jika isteri menghalalkan baktinya..maka isteri mendapat pahala yg sangt besar.
tapi semua itu tak penting bg sesetengah org.tak perlu nak ikuti kuliah ustaz azhar..dengar nasihat dan tunjuk ajar.sbb zaman sekarang hukum agama,dunia akhirat dah tak penting.yg pentingnya dunia sahaja..agama pulak ialah akal fikiran.."kalau aku rasa logik,aku ikut..kalau tak logik hukum tu,aku tak ikut".
isteri patuh pada suami,masuk syurga.tapi suami pulak wajib kena patuh ibubapanya,wajib jaga isterinya,anak-anaknya,wajib cari nafkah sara kuarga.itu lah bezanya.bagaimana pula maksud "perempua pun mudah masuk neraka"?.disebabkan perempuan itu hanya perlu patuh pada suami,tapi dia membangkang kerana ego,sudah berduit,tidak melayani suami,alasan ibubpanya lebih penting dari suaminya,sibuk melayani kawan2 dan lain2.
suami tidak sama tanggungjwb dengan isteri.cuba fahami maksud sebenar akad nikah.disitulah terletaknya janji seorang suami terhadap isterinya dan keluarganya.kerana itulah lelaki pun mudah masuk neraka.tapi kenapa rasulullah mengatakan perempuan lebih banyk dineraka?kerana perempuan2 seperti sekaranglah.
As in feminism (or feminist revolution) states that women can also do what all men can do. It is logic but is it appropriate? When all women can do what men can do then there is no gaps between men and women, so women become men. Imagine if there is 2 men (since women become men) in a family as similar analogy of 2 leaders in a nation. The nation would be in chaos and war if there is 2 leaders, similarly if 2 men in a family, it is not gay but the family structure will be distorted.. AND THIS IS LOGIC! and not that the gaps between men and women is some sort of discrimination and that is consider as Logic. It is indeed WRONG!
Padami agree that feminism is logical thinking from maybe some egoist female who have been discriminated(?!) i'm not sure,i didnt look deep inside it,and not sure where it came from,probably from non-muslim who didnt see the beauty of islam and the guidelines of islam for muslimats.im against feminism,and personally i would not want to do what men was supposed to do.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamerrr..korang ni cakap bm boleh?sy ni bodoh sikit bahasa omputih sekolah x tinggi
PadamBtw, sorry if you're a bit stupid. Maybe your mom work and didn't give you enough attention?
Padamomputih ni satu komunikasi, bukan untuk menunjuk..cuma kebanyakan buku ilmiah dan isu semasa sekarang ni dalam omputih. Jadi yang kekurangannya di sini adalh diri aku sendiri yang kurang arif untuk menterjemah isu yg ditulis dlm omputih kepada melayu..nanti kalau diterjemah lagi kepeningan dibuatnya
Padam@Hime s, I believe that the original purpose of feminism was never to seek any equality in gender rather it was more focusing on feminine rights as the rights not to be discriminated by any sort of oppressions neither from men nor any individual or society. But, seemingly when the feminine rights outspoken across the world, majority of women tend to misinterpreted the actual purpose, also exacerbated by support from politicians that agree on the issue of feminism as an issue of gander equality..so damage has been done and it become a norm today..
PadamOoo...
Padamoh gosh so many typos and grammatical errors my eyes are burning lolz!
Padamkecik hati setipa kali terbaca knp org perempuan kna keja...hmm....sy keja jugak.
BalasPadambila pulak dia mengenakan pompuan... di menegur mentealiti sesetengah org, kalau bukan anda jadi anda tidak perlu lah terasa :)
Padampada pendapat aku, salah satu benda yang sangat ketara yang membezakan zaman dahulu dengan sekarang ialah teknologi. dengan kemajuan teknologi yang ada di tangan kita sekarang, kita semakin dahagakan teknologi yang terkini. kita kemudian akan membentuk keinginan untuk mengejar/membeli apa saja teknologi yang terbaru di pasaran.
BalasPadamkeinginan untuk mendapatkan teknologi/material yang terbaik/terkini/terhebat/termahal/terhot untuk diri sendiri kemudian menular pada aspek kehidupan kita yang lain (rumah - nak mansion/kereta - nak mclaren mercedes slr/awek - nak kim kardashian/balak - nak cristiano ronaldo/dll).
kesibukan kita dalam mengejar teknologi/material atau apa saja keinginan yang bersifat duniawi menjadikan kita leka dan alpa lalu mengabaikan terus nilai2 kekeluargaan yang sepatutnya di pupuk bersama suami isteri dengan anak2. apabila anak2 atau salah satu suami/isteri merasa terabai dalam jangkamasa yang lama, maka nilai2 kekeluargaan malah nilai2 moral akan mula terhakis.
dari situ kita akan mula nampak gejala sosial akan berlaku, bermula dari ponteng sekolah, hisap rokok, hisap ganja, extramarital affairs sampailah ke seks luar nikah dan pembuangan bayi. ini pendapat peribadi aku.
i'm a working lady with children, i drive a viva and with my salary i can only afford to rent a small flat tho' i have a bachelor's degree.
BalasPadamI wish i could stay at home and take care of my children, and the only reason i had to work becoz I never received any alimoni from my ex-husband.
so, rather than you asked us ladies to obey the husbands and 'kangkang' when requested, why dont you ask your fellow bros to be more responsible, more loyal & be a good khalifah & leaders to us women~
Agree!!! They want us to obey them but never appreciate our presence.. so many irresponsible what so called 'man' outside there. Empty promises.
PadamOk, kalau u jumpa a better one, u akan quit your job? I mean pay all the bills, your splurge and everything? Tak jugak kan...nnt duduk rumah jaga anak boringgggg.......tak berkembang..Sorry your ex-husband memang perangai celaka.....memang patutlah u dumped him...
Padamnot all men are like that. there are husbands that really care about their wives' & children's well-being. and these husbands also appreciate their wives very much. maybe you haven't found the right guy yet. kena la banyak doa pd Tuhan.
Padamaku pilih jaminan hidup dari cinta.
PadamTanpa Nama 10 Oktober 2012 10:05 PG,
PadamHave u tried staying at home & look after your family's affairs for just a day? How could you say staying at home 'tak berkembang'..?
To have the nikmat of seeing your children growi in front of your very eyes is priceless! To be able to cook, feed, bathe and comb their hair, help them with homeworks, tuck them into beds & listen to their stories on daily basis is very fullfilling & irreplaceable joy, babe!
Compared to going out to office, put on some lipsticks & eye shadows, wear tight outfits and let every guy feasting their eyes on you is more 'berkembang' to you? And guys usha-ing new fresh grad chicks oogling and fantasizing on their assets are more 'berkembang' to you?
and owh, haven't you heard? They have internets at home these days too, dear!
Pfft~
-Ms IT-(previously known as Tanpa Nama 10 Oktober 2012 9:50 PG)
Been there... done that sister..this is what the articles all about..sibuk nak kejar target..for better living..apa jadi pada anak2? U boleh pergi kerja, have a career, tapi mesti ada priority..tutup aurat, jaga batasan...bukan blame all the guys for your failed marriage..kan?
PadamPfft...old argument....
-Coca-
Yes that's true, but since wroking women has becomes norm in our society or even across the world, we cannot put the blame solely on the women since I believe that most moms want to spend as much time with their kids and husbands at home..It is just the conditions nowadays that do not permitted this kind of life..The obvious reason of why this happening is that why women forced to work is the mass-mentality that every individual be it man or woman thinks that without working nation would not be develop..you can see the 3rd world countries where they still stick with to non-working women are in deep destitutions. So do you want to be like 3rd world country. Of course not! But the underlying issue now is that underdeveloped nations are not cause by non-working women (or few workforce) rather there are plenty other issues that cause such scenario eg..modern economic slavery, liberalisations and etc.
Padamhoi beruk! cakap bm xboleh ka? bajet omputih sangat apahal?
Padamtak da hal..
PadamSuruh beruk bercakap?lagi la bodo
PadamNoob. kalau aku x kerja,aku nak makan apa? Dah besaq ni malu nak minta duit kat abang kakak..jd harus bekerja..dh bekerja ni, mesti nak beli kereta dan rumah sebagai keperluan. Pastu dah beli semua tu katalah aku dah jumpa pasangan hidup. Kalau dia mampu nak bayar semua bil aku, dengan gembira aku resign kot. Tp kalau dia tak mampu nak bayar, nak tak nak kene kerja juga.Contohnya, bil tetap aku sebulan untuk kelangsungan hidup dlm 2K tak termasuk makan minum. Ehem3! Sape sanggup?sila angkat tangan.. sebab tu aku mungkin kena kerja juga kalau lepas kawen pun. aaargghhh~ baru berangan nak tidur makan urus rumah dan bersenggama jer. Kah Kah Kah!
BalasPadam2K..saya sanggup
PadamBerapa harga kelangsungan hidup kau? 10 K ?
PadamTanpa Nama = Tanpa Keberanian. Cakap boleh la.. 2K tu celah gigi jer untuk orang kaya. Tp orang kaya biasa nak yang kaya juga. Lgpn orang kaya sibuk duk belanja minah sundal lain. Tak nak aku! Bek aku cari laki sederhana..tp tu pun semua orang dah kebas. So, cari la yang lagi lagi lagi 'sederhana' taraf2 aku jer.. Dah tak mampu nak tanggung aku pulak dah~ alamak..so, kene keje juga akhirnya. Hahah..
PadamJangan risau..saya bukan kaya..tapi 2k + mkn minum tu saya mampu..
Padamsaya letak 2.5k.up sikit!.
Padambetul tu len inouie...takkan la kita nk suh asben kita yg byq suma hutang kita tu...cm sy,tau tahap kemampuan suami sy,jadi,takmo bebankan dia dgn apa2 yg kita duk bayaq sebelum kawen,jadi kita keja la..
PadamYeppp! Harus adil membahagikan tugas. Suami pun manusia juga. Bukan mesin ATM ataupun kilang duit.. macam tak adil jer suruh dia bayar semua. termasuk bagi belanja kat mak.. adik2.. ha..
Padamand ye Tanpa Nama.. cakap boleh la. Ramai lelaki cakap jer besar..cakap besar macam galaksi bimasakti tapi buat kecik lagi kecik dari telur dia. :)
hmmm perbincangan hangat dah ni. aku komen secara general sahaja utk beberapa komen2 di atas.
BalasPadam- aku faham akan keperluan kaum wanita perlu bekerja zaman sekarang dan tak la nak kata perempuan tak boleh bekerja, cuma aku tgk zaman sekarang ramai perempuan yang lebihkan kerjaya daripada keluarga sendiri. kalau keperluan terlalu mendesak, pergilah bekerja dgn keizinan suami, tapi haruslah memberi priority kepada suami dan anak2 agar suami tak ada rasa kecil hati kalau isterinya melebihkan kerjanya daripada suaminya.
- dan aku juga bersetuju dgn komen kat atas, si suami ni pun satu ada yg jenis tak sedar diri dan ambik kesempatan. kalau dah rasa nak kawin, mereka patut boleh menyediakan asas2 keperluan seperti tempat tinggal, makan minum2, pakaian, etc. keperluan tu harus disediakan oleh suami, bukan isteri. so bila ckp pasal nak beli rumah terpaksa combine loan, pemikiran ni salah. sepatutnya nak sediakan tempat tinggal tu haruslah dgn pendapatan suami sahaja. kalau pendapatan suami hanya layak dan mampu buat loan beli apartment, beli apartment. kalau hanya layak buat loan beli rumah teres, beli rumah teres, tak perlu buat combine loan nak beli semi-d. seorang isteri seharusnya tidak perlu susah payah cari duit utk sediakan keperluan asas keluarga, tanggungjawab tu patut hanya dipikul oleh suami. tapi sekarang ni ada juga yang suami menyuruh isterinya juga bekerja untuk tampung duit rumah sama2, makan minum sama2, sepatutnya tak bolehlah. tapi kalau isterinya sendiri rela dan sudi bekerja untuk bantu suami, tiada masalah, as long dia mendapat keizinan suaminya dan tahu batasan2nya, tapi at the end, tak boleh jadikan alasan bekerja tu untuk tidak mengutamakan suami dan anak2.
sebab tu aku cakap semua kena main peranan masing2, kalau semua benar2 faham tanggungjawab dan peranan masing2, aman dunia.
tu la, ak fhm maksud ko, tp rmi komen sini rata2 cam tak fhm kadang2 terEMO lebih.... yg noob tegur beberapa benda...nak ak terangkan, bodoh ke apa suruh terangkan tu la manusia mcm2 pendpt tp taknak hormat pendpt org...
PadamAku terase part emo tapi aku respek opinion org len even ade yg aku betah
PadamBagi aku, as long as lelaki tu boleh sediakan rumah yang layak digelar rumah (bukan setinggan) dan boleh bagi pakaian dan makan minum kat anak isteri. Serta memberikan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada keluarga. Tu dah cukup. Rumah ridak semestinya banglo, baju tidak semestinya Armani. HArus bersyukur dengan apa yang ada sebab duit tidak akan pernah cukup. Kemahuan tidak pernah berhenti. Lebih baik utamakan keperluan dan lebihkan bersyukur.
Padamnak brenti keje jugak...lg suke dok umah..tp mase blom mnegizinkan...opsyen 56 eehhhhh...huh...
BalasPadamskang option da naik smpai umo 60 da cik lina weh...
PadamManusia ni mempunyai banyak buah fikiran,dan akal..'kalau'lah semua benar2 faham maksud ko ni, faham je tak cukup bro..tapi kena buat baru betul..hidup ni mmg macam ni, manusia hanya akan faham apabila dah gagal..tanpa kegagalan tak ada kemajuan dan perubahan..utk lebih baik
BalasPadampatot ar blog ko noob. tulis panjang sangat
BalasPadamHahaha.. dan hanya noobs yang baca post seorang noob. Heheh..tak nak ngaku?
Padam1st of all, kalo noob ko bc apsal? And just because awek@tunang@bini ko camtu, jgn expect org lain cmtu. Want your wife to stay home? Fine, earn more, stkt cukup2 mkn bail xyah.
BalasPadamYes, tanggungjawab isteri pd suami tapi islam ajar jage tanggungjawab sbgi manusia
si bodoh tak fhm
Padamaku lagi sedih kalau isteri nak minta wang belanja rumah, suami herdik2.. macam nak minta sedekah. lagi aku bengang, bila suami nak/benarkan isteri kerja, tapi suami nak isteri tanggung belanja rumah, tapi duit suami cuma gi kat rokok, kereta, hobi dia dan kawan2 dia. isteri minta duit tampung pampers, pun kena marah, kata tak reti berjimat. ni realiti bro. ni juga penyebab kenapa isteri tak hormat pada suami. suami sekarang terlalu manja.
BalasPadamsorg lg si bodoh tak fhm
Padamsorg tanpa nama terasa/emo dgn perempuan kurang bernasib baik telah dikesan...kesian bini/bakal bini kau...
PadamPade yg guna agama sbgi argument yg isteri perlu duduk rumah mengurus rumahtangga, brape ramai sgt yg jlnkn tsnggungjawab suami, bukan stkt tau bg duit ngan wat ank je?
BalasPadamYea, syurga bwh tapak kaki suami. Suami yg tak ignorance akn tahu nape isteri perlu keje etc dan merestui. Again, you're unable to manage your family, don't assume others as well
gila ada lagi si bodoh tak fhm
PadamXpe le..memasing nk berpendapat..lari tajuk pun xpe la..bole gak tgk pemikiran memasing
Padambontot dia terbakar sgt dah tew, sbb tu butthurt lelebih ngan komen2 pompuan yg dikatanya 'bodoh' tew...kesian lak aku nengok kah kah kah...
Padamsape ade lighter?pinjam sat.
BalasPadamyaaaayyyy sape yg nak amik isteri tak bekerja? meh sini aku perkenankan. tp semua bende2, bil2, loan rumah, loan api, loan keter, keperluan anak, yuran anak, semua sila tanggung ya. tak payah dah nak upgrade2 keter, modify keter semua tu.
BalasPadamokey la. senang citer, dulu tak banyak cerai berai, boleh la happy ever after. tp skrang, skit2 cerai, tak sampai 10 tahun cerai, tak smpai 5 tahun dah problem rumahtangga. mane la pmpuan zman skrang tak risau. Ade isteri bekerja sbb nak ade simpanan sndiri, skurang2 nya kalo cerai, takdelah duit tu kosong dlm poket kalo laki tknak bagi nafkah.
eee baik aku diam skrang kalo tak kena cerca.
tp apsal aku rase entry ni mcm berbaur lebih ke arah 'menyalahkan' kaum isteri haa...?
MAK-EKAU
husband: ayg.. tolong buat air. baru balik kejer ni...
BalasPadamwife: ayg baru balik dr keje gak ni.. apa kate kiter buat air same2 nak? saya pi buat air ayg pi beli pisang goreng tp tepi jalan tu ekkkk
alangkah bahagianya kalo kedua-dua sama2 pi dapur. ni tak, si lakinya tngk tv bace surat khabor.
hidup suami isteri ni kena kerjasama, dalam al-quran tak kata tugas memasak, basuh baju tu tugas isteri. tu sumer adat dan kebiasaan je. tp lagi bnyk pahala dan baik kalo buat same2.
ada paham.
Noob, ko dah kawin lum? Aku rasa ko dah sesuai berumah tangga sekarang ni. InsyaAllah...
BalasPadamhak bermain hak suami
BalasPadamSatu describe yg tepat...tapi PON perempuaan skng dgr jer..pastu bila dtg bulan, xingat tu semua...kdg pn, ada gak suami yg bangang...yg penting, kedua tu kena saling menghormati dan tahu planning for hepi sebelum mati.
BalasPadamAnon blog lebih berakal dari blogserius...haha
BalasPadamoh alangkah indahnyer kalau dapat kawen dan duduk rumah belajar jadi isteri yang solehah tanpa perlu bekerja di luar..ermmmm..TAPI..ada ke lelaki yang sanggup tanggung bayarkan pinjaman pelajaran saya ke luar negara yang ratusan ribu ringgit malaysia ni? MAKA, terpaksalah kerja sampai langsaikan hutang dengan kerajaan dulu baru kawen dan berhenti kerja. erkkk?...hehehe
BalasPadamRamai yang berkebolehan menjadi PEMIKIR.. Tapi tak ramai yang mampu menjadi PELAKSANA.. Ingatlah, banyak menangis kerana urusan dunia akan menggelapkan hati. Banyak menangis kerana dosa akan bertambah cahayanya..
BalasPadamsaya belum berkahwin lagi.... tsk....
BalasPadamAku pernah tengok abah aku pakai baju lusuh, topi sawah dengan saputangamdi tengkuk, berpeluh2bua kerja kontrak.Menitik air mata. Selama ni tau tadah tangan mintak duitja, kat rumah abah pakai smart-smart.
BalasPadammelambung rasa sayang dan kasih kat abah.
*Ya Allah, kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku diwaktu aku kecil.
Noob:"Malah pada zaman atuk nenek kita, kadar penceraian, kes2 curang, penganiayaan kanak2 sangat kurang. Kenapa? Nak kata orang zaman dahulu lebih beragama? Tidak juga, kalau nak ikutkan zaman sekarang lagi ramai orang yang mempunyai ilmu kerana sudah diajar di sekolah2, malah nak mendapatkan sumber2 dan ilmu2 agama sangat mudah dengan adanya media2 elektronik seperti TV, radio, suratkhabar, majalah, buku, malah Internet, Facebook, hanya buka Youtube, taip sahaja Ustaz Azhar Idrus dah boleh hadiri majlis ilmu secara online".
BalasPadamAku: Zaman dulu teknologi maklumat limited dan etika kewartawanan berbeza dan lebih berhati2 apabila menulis news artikel suratkaba. Kes cerai, incest, pedo, dera, homo bagai dh ada dari zaman moyang lg, (sbb setan dah wujud lbih awl dr mnusia dan dendam sama manusia), cuma tidak dilaporkan sja dek teknologi maklumat yg limited serta bnda2 tu dianggap taboo ya amat utk even disebut, apatah lg nak dilepaskan ke dlm artikel suratkaba utk bacaan umum. Yg mangsa tu terus mnjadi mngsa smpai mati sapa pon x tau dia kena mcm2 bnda 'taboo' tu ms dia idup dlu. Bnda 'terpencil' tu akn jd 1 rahsia hitam yg bsr dlm kuarga tu, biar mati anak jgn mati adat, biar putih tulang jgn putih mata.
Noob: "Orang2 dulu nak dapatkan sumber agama sangat susah, perlu cari guru dengan yang arif, berbeza dengan sekarang, nak perolehi ilmu agama sangat mudah, tapi kenapa nilai kekeluargaan orang dahulu lebih tinggi dari orang sekarang? Adakah kerana orang kini banyak ilmu tanpa amal?"
Aku: Teknologi ni umpama pisau 2 mata, depan blakang dia tajam. Bnyk bnda baik boleh dpt dr teknologi, bnyk jugak bnda buruk bleh sebar dan kongsi sama2. Pendek kata ilmu 'pandai tapis/amik yg baik buang yg buruk/menilai dan membezakan mana baik mana jahat' tu tidak didalami n diajar di sekolah2 dgn berkesan selari dgn berkembangnya teknologi yg dh mnjdkan dunia tanpa sepadan skang ni. Mcm ko katalah, mnusia skang sgt bersifat materialistic. Dunia skang bertuhankan material dan wang, mn ada masa nak pikir psl 'nilai kekeluargaan dan ganjaran akhirat', no money no talk, kata mereka...
perempuan bekerja sbb kalau bila dh khwin nnti ..laki ceraikan..tak bg nafkah..atleast nnti perempuan tu still blh survive bila dia ade kedudukan kewangan yg stabil agar dapat menyara kehidupan dia dan anak2 dy kelak tanpa suami disisi.
BalasPadamyeaaaay betullllllllllllll
Padampastikan juga acc.bank yg hak persendirian itu kekal private n tidak diketahui kewujudannya oleh lelaki itu mahupun keluarganya. bila2 masa dia boleh berubah dari seorang manusia sihat akal n mentalnya, ke seekor beruk jadian yg bnyk akal jahat dan endless plot evilnya..
Padamsediakan payung sebelum hujan
mai la join affiliate kita quairra dot com, tq
BalasPadam