Seperti yang sedia maklum, aku bukanlah seorang penggemar demonstrasi jalanan (kali ni buat kat stadium bukan jalanan), tapi aku tak memperlekehkan mereka yang akan berhimpun demi apa yang mereka percaya, dan aku juga tak pula memperkecilkan anggota polis yang dikerah ke tempat perhimpunan demi menjalankan tugas yang diarahkan. Aku cuma harap semua yang terlibat selamat pergi dan selamat balik ke rumah. Nak cerita panjang pasal isu ni kita tengok lepas perhimpunan esok.
Cuma sekarang aku bukan nak cerita pasal perhimpunan tu, tapi lebih kepada sikap penyokong2 parti politik yang memberi nama busuk kepada parti dan pemimpin mereka. Seperti contoh kalau nak tulis blog politik tak kiralah pro-BN atau pro-PR, jagalah imej parti yang anda sokong tu, jangan disebabkan penulisan anda yang bodoh tu membawa imej buruk kepada parti kesayangan anda dan boleh menjadi bahan kepada musuh untuk serang parti kesayangan anda.
Disebabkan penyokong parti politik ni kebanyakan terlalu taksub, so bila ada blog pro-PR tulis entry "Artis terkenal juga turut bantah AES", pasti pihak musuhnya akan berkata, "PR memang suka buat fitnah dan syok sendiri dari pemimpin sampai pencacai", atau bila ada blog pro-BN tulis entry "Gambar bogel ustazah segera PAS", maka pihak musuhnya akan berkata "UMNO ni memang parti lucah dari pemimpin sampai pencacai". Mereka akan menganggap apa yang ditulis dan dituturkan oleh setiap penyokong pihak lawan adalah suara yang mewakili parti mereka. Kalau mereka tak beradab, parti mereka sekali akan terkena tempias dan dilabelkan tak beradab.
Seperti contoh sebuah blog yang secara terbuka dilihat cenderung menyokong BN iaitu http://apple-biru.blogspot.com/, tulis banyak isu politik yang menghentam Pakatan Rakyat, tapi kat dalam tu disisipkan juga macam2 entry yang berbaur lucah yang langsung takde kaitan dengan politik. Tu belum blog Papagomo lagi yang dapat no. 4 dalam ranking Google Zeitgeist 2012. So bila penyokong PR memberi gelaran "UMNO porno", "UMPORNO", "UMNO lucah" kepada UMNO, mereka marah, tapi mereka sendiri yang memberi imej sebegitu kepada umum. Korang suka ke busukkan nama dan beri imej buruk kepada parti yang korang sayang dan sanjungi?
Di atas tulis sokong mufti perak, tapi penuh artikel berbaur lucah |
Oleh itu kepada semua penyokong parti politik, please BEHAVE! Ingat korang tu membawa suara dan imej parti yang anda sokong serta pemimpin yang anda sanjungi, jangan busukkan ia dengan sikap busuk anda.
Sebab tu aku mengekalkan pendirian neutral dan tidak menyatakan sokongan kepada mana2 pihak. Aku bebas menyatakan pendapat dan boleh mengkritik apa juga isu yang melibatkan mana2 pihak, dan yang paling penting suara aku tu adalah suara aku, tidak mewakili mana2 parti politik. So kalau ada yang rasa tulisan aku bangang, akulah yang bangang, bukan mana2 parti politik.
Oh, ada beza antara neutral, atas pagar dan lalang, baca lagi di sini.
tags: perhimpunan himpunan kebangkitan rakyat 12 januari 2013 kl112 dataran stadium merdeka bukit jalil shamsidar halang jadi saksi mahkamah kes anwar nalla pakatan rakyat pr pas dap pkr demonstrasi jalanan aman demo baju kuning oren hijau merah anti lynas bersih spr tuntutan selamatkan anak felda royalti minyak kelantan polis pdrm provokasi barisan nasional bn kerajaan penyokong pencacai cacai umno porno mca mic taksub bawa suara imej parti politik pemimpin nama busuk zizan razak raja lawak sokong bantah aes pelesit jalanan superbike motor besar konvoi diana amir ustazah segera pas gambar bogel seksi dulu blog lucah behave neutral atas pagar lalang
nice word mcm noob cakap setiap org ada benda percaya and boleh suarakan pendapat asalkan jaga perangai
BalasPadam-black bladerz
Maaf, PKR tiada pencacai, tetapi penyokong setia reformasi. Apa-apa pun, semua yang berlaku ialah salah UMNO.
PadamAnda adalah pencacai PKR.....
Padam100% agreed.
BalasPadamkalau nak menulis, biarlah menulis dgn berhemah, seimbang la semua entry. ni kejap normal kejap porno pe kejadah.
lebih prefer kepada neutral.Malaysia ni serabut jugak, dari dulu sampai sekarang masalah politik je memanjang. Semua pakat dok hentam sana sini, bila nak habis entah.
Wtv it is, yang penting kita berpegang pada kitab yang satu, Rasul yang satu, kiblat yang satu (sama) dan jangan sesekali berpaling dari-Nya.
aku turun #HKR 112 sebagai rakyat Malaysia yang anti lynas dan Royalti for Kelantan.
BalasPadambukan atas kapasiti mana-mana parti politik. kepada korang anak kelate dan yang cintakan alam sekitar, jom turun sama-sama. :D
Ya, sokong. moga Lynas menjadi milik DAP selepas ini..
PadamHidup Cina.. kita naikkan ekonomi orang cina malaysia..
Padamtanpa nama kat atas ni contoh terbaek apa yang noob tulis.
PadamYa..semoga Lynas milik sesiapa yang percaya kepada kapitalisme
PadamYa, DAP ialah kapitalis malaysia.
PadamKenapa orang cina DAP sahaja yang nampak "menentang" Lynas ni? Gebeng kan kawasan melayu.. rasanya diorang tak bersetuju kilang tu ada kat gebeng, patut letak kat Pulau Pinang atau selangor.. beru diorang tak tentang Lynas ni..
Padamalahai...aku pun melayu gak. saudara-saudara aku, kawan-kawan aku pun melayu gak. kami semua tentang lynas.
Padameven aku tinggal di bandar, aku tak nak saudara-saudara aku di gebeng terima kesan buruk akibat lynas.
kalau ko setuju dengan lynas, ko ikutlah mana-mana demo yang sokong lynas. takde sape nak halang. kita kan demokrasi.
aku pelik la cacai umno ni.dah tentu orang2 cina dap bantah lynas,apahal nak ckp mcm lynas tu wujud kat malaysia salah dap?sapa yg beriya2 lulus dan sokong lynas?dah tentulah umngok,bongok
PadamRamai jugak sedara ko kat gebeng tu ye mecha? Sedara belah mak ke belah bapak?
Padamalahai.. term saudara tu luas la bang. orang orang melayu cina india tu saudara senegara la maksud aku.
PadamTengok status pungpangpungpang pasal nakkan negara islam, kerajaan tak comply syariah blablabla.
BalasPadamtengok dia like page apa kat facebook, "gadis melayu seksi", "gadis melayu bertudung seksi" dsb. puiii
"tegakkan islam dalam dirimu dulu, tak payah nak tunggu islam tertegak dinegerimu." versi aku
Salah UMNO-BN. PKR-DAP-PAS tak bersalah langsung..
PadamPAS-DAP-PKR juga bersalah....
Padamsume sama,, da name mnusia... 1 jari tuding kat org, lagi 4 jari 2 tuding kt diri sndiri..
Padamsemoga semua urusan berjalan lancar. pihak penganjur dan pihak polis tolong main peranan. kalau new year eve, himpunan sejuta belia boleh berjalan lancar, diharap #HKR KL112 pun boleh berjalan lancar. peace!
BalasPadamYa.. moga berjalan lancar seperti DAP rancangkan.. Moga ekonomi cina terus maju dengan pengambil alihan Lynas dari Pahang hantar ke Selangor. Kita patut berbangga apabila orang cina terus maju dalam ekonomi dan pendidikan
Padamhehe. lawak lah ko ni bro..orang nak tutup kilang lynas tu. ko nak bawak g selangor apehal? :D
PadamDAP minat sangat kilang Lynas ni bro mecha.. ko tak tau ke? Kalau DAP dapat ni, diorang boleh jadi pengeluar kedua terbesar di dunia nadir bumi ni selepas China. Ko tak tau ke DAP ni pejuang ekonomi orang cina malaysia ni?
PadamTanpa Nama11 Januari 2013 10:34 PG,
Padamko punya statement ni boleh masuk maharaja lawak melayu.
dengar BFM untuk maklumat ok, jangan asyik layan era dengan hot fm jer.
:D
cacai umno,sejak bila dap nak ambil alih lynas?diorang lg bantah suruh tutup kilang adalah.yg luluskan kilang lynas tu umngok.kilang lynas tu pun org australia punya,dekat celah gigi mana yg dikatakan penubuhan kilang lynas utk memajukan ekonomi org melayu?bodoh punya lembu cacai umporno
PadamNice entry noob. aku juga akan turun kesana atas nama keadilan + kembalikan hak royalti. jumpa di sana yer.
BalasPadamHak apa? Hark tuih?!
PadamHai ahmad?
PadamMasalah.. bila menulis denganemosi maka orang provoke jadi marah bila marah emosi meluap keluar pelbagai sumpah seranah dan benda yang tak baik..
BalasPadamBoleh lihat bila pemimpin berdebat takda point nak menjawab atau menyoal paling mudah ialah serang peribadi.. Maka muncul pelbagai soalan atau kenyataan berbaur fitnah dan emosi..
Semuanya dari hati agak susah nak mengawal hati sentiasa konsisten.. dan tidak dipengaruhi emosi.. dipihak benar apalagi dipihak salah sebab emosi ini permainan iblis dan syaitan..
Peduli apa ko benar atau salah.. di pihak Bn ka PR atau atas pagar atau siapa pon.. bila beremosi dan bergaduh itu yang mereka mahukan.. merek yang tewas dengan hati dan emosi mereka kemudian menjadi agen yang jadi penghasut.. yang meniupkan kemarahan.. persengketaan.. kebencian..
Saya melihat penyokong2/blogger pro-bn ke pro-pr bila terlampau taksub yang terlampau beremosi mereka berubah menjadi agen yang membinasa.. perkataan keluar tanpa budi bicara.. mereka mahu menang dengan pelbagai cara.. dan tak kira cara.. bersih atau kotor mereka harung.. dan bukan parti lagi tetapi kepuasan hati sendiri.. Seakan puas melebel atau menjatuhkan orang.. mengutuk dan mencerca..
jadi tenang dan matanglah jauhi segala bentuk emosi yang tidak menguntungkan.
bersuara dan bertindak dengan penuh bijaksana dan budi bicara.
Memang kadang payah juga hendak bersabar.. bila semuanya dah ok campur tangan seseorang jadi Flip flop lagi.. Kebenaran berkumpul di Stadium merdeka ditarik.. Stadium bukit Jalil pulak.. tu pon tak pasti..
BalasPadamyang penting noob bersuara mewakil parti bersatu buasir..eh, ke lain nama parti kau noob aku tak ingat heh heh..
BalasPadami'm neutral.
BalasPadamnoob, aku rasa ko kena masukan satu jenis golongan lagi selain polticalfag, neutral, atas pagar, lalang.
BalasPadam=ignorance.
apa benda berlaku dalam negara pun tak tahu. langsung tak peduli. yang tahu KPOP, sinetron, melodi.
hehe
Berkaitan perkara di atas, teringat last week 'RM1juta money drop'...ada gak peserta x tau tema Hari Kebangsaan tahun lepas (2012). Mungkin leh bg alasan diaorg pramugari & pramugara, dduk flight je..tp mmg x ambik port langsung pasal politik. Dah la tema 2 jd sensasi termasuk logo 2...pun xtau gak. Nak kasi penampar kat peserta 2 pun nak gak.
PadamLaporan dari Utara
BalasPadamPolis telah membuat RoadBlock dan telah menyebabkan kesesakan selepas tol masuk Juru menghala ke KL.
Saya jangkakan hinga ke esok.
Harap maklum bagi sesiapa dari utara yang hendak menghala ke KL.
p/s: Mana tak sesak dari berberapa line jadi 1 line saje.. ditambah dengan kenderaan berat.. kemungkinan kesesakan teruk akan berlaku tengah hari atau waktu puncak bila orang balik dari kerja nanti.
Kamu tak tau ke? Ini semua salah polis perkakas UMNO-BN!
Padameh.. bukan roadblok nak cari banduan terlepas ke???
Padamso true.. sokong kamu...
BalasPadamsedey bila blogger tu bukak2 ain diana amir yg lama tu
BalasPadamOrg melayu mmg beremosi bila politik, cite bende sensitif cikit dah melenting, bwak org kampung buat bantahan depan pejabat dan jalan.
BalasPadamYg paling untung bila org melayu bergaduh ialah org Cina. Negara M'sia dah semakin hampir menjadi S'pura.
Malaysia - Malay + Asia...kalau yg dikuasai ialah org Cina, Jd la Cinasia - Cina + Asia kelak.
Sy just nak harapkan negara yg aman makmur. Pssal org politik mkn rasuah, 2 cerita dia dlm kubur. Mau pemimpin yg boleh bg keamamanan kepada negara malaysia yg berbilang kaum antara Melayu, Cina dan India.
antara yang paling emosi ngo perkasa, geng silat apa bagai, pekida, geng pijak kepala lembu. nak demonstrasi pun demo la secara aman. ini mengugut dengan cat merah lah, kencing lah, macam lah hero sangat.
Padam~~ lelah tgk politik kat malaysia nih...dari kedai kopi sampai coofe bean...pungpangpungpang...bile tnyer..kamu da daftar undi...????80% yg aku terima...aku x mngundi sbb aku x percaya ngn pentadbiran kat malaysia nih...hurmmm....da tuh yg ko bising2 kenape......deyyyyyy...haha ;p
BalasPadamdia bising tanda dia care juga dengan apa yang berlaku. cuma dia tidak mengundi sebab dia hilang kepercayaan kepada sistem politik yang ada.
Padambest...aku suka pda yg x sblh mna2..yg pnting kita jujur dan ikhlas
BalasPadam