Halaman

Jumaat, 18 Januari 2013

Setuju atau tidak guna kalimah Allah dalam Bible?

Sebelum ini timbul isu DAP menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak seperti di laporan Sinar Harian ini.


Sumber
Rentetan dengan isu ini:
  • Majlis Fatwa telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible. 
  • UMNO mengingatkan DAP agar tidak lagi mendesak kalimah ALLAH dibenar dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu kerana dibimbangi menimbulkan ketegangan dalam negara.
  • PERKASA, Pembela, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Majlis Belia Selangor dan Isma membuat demonstrasi aman untuk pertahan kalimah ALLAH.
  • Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut kata mereka yang membenarkan penyelewengan penggunaan kalimah Allah boleh jadi murtad dan perlu bertaubat dengan segera.
  • PAS ada yang bersetuju orang bukan Islam boleh guna kalimah Allah seperti Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi Awang manakala ada yang tidak bersetuju seperti Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman. Majlis Syura PAS kemudiannya memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu, namun berpendapat "kalimah ALLAH ini kalau orang bukan Islam nak guna dalam urusan harian seperti kalau dia bertemu dengan orang Islam, dia nak bagi salam kepada kita dan sebagainya, Majlis Ulama tidak buat satu ketetapan".
  • Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertitah bahawa kalimah ALLAH yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam. 

  • Dr. Asri telah memberikan pandangannya sebelum ini pada tahun 2010, namun bersuara semula di Twitter beliau bila isu ini dibangkit semula dan turut berkata kerajaan boleh larang (penggunaan kalimah Allah) atas pentadbiran, bukan kerana Islam mengharamkan bukan Muslim sebab tiada arahan khusus dalam Islam tentang hal ini. Bible di negara Arab semua sebut Allah.

Aku bukanlah seorang ilmuwan agama, namun kalau tanya pendapat aku, aku tidak bersetuju perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak atas alasan, TIADA KEPERLUAN.

First sekali tak boleh samakan situasi Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Ini kerana di Sabah dan Sarawak, terdapat banyak kaum dan suku yang telah didakwahkan dengan agama Kristian menggunakan Bahasa Melayu sejak sekian lama kerana tidak mahir berbahasa Inggeris.

Kedua, sewaktu pembentukan persekutuan Malaysia di antara Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura dahulu, negara2 ini bersetuju kepada beberapa perjanjian seperti Perjanjian 20 Perkara Sabah dan 18 Perkara Sarawak yang mana sekarang ini sedang hangat diperjuangkan oleh orang2 Sabah dan Sarawak. Dan di dalam perjanjian tersebut mengikut Perkara 1 berkaitan Agama (sumber):
Point 1: Religion
While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in Borneo (Sarawak & Sabah), and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to Borneo.
Perkara 1: Agama
Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus tiada agama rasmi Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya tidak boleh diguna pakai di Borneo.
Ini bermaksud agama Islam bukan agama rasmi negeri Sabah dan Sarawak, dan peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaysia tidak boleh diguna pakai di kedua negeri tersebut. Sebab itu orang Kristian menggunakan kitab Bible yang diterjemah dalam bahasa melayu (Indonesia) iaitu AlKitab yang juga menggunakan kalimah Allah di dalamnya kerana ianya sah berdasarkan undang2 yang dah dicipta sekian lama oleh tok nenek moyang kita.

So bila ada cadangan untuk membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu untuk digunakan di Semenanjung, first sekali ia diterjemah untuk siapa sebenarnya? Di dalam Perlembagaan Malaysia yang juga dicipta oleh tok nenek moyang kita:


Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 160(2):
"orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu, dan-

(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) zuriat seseorang yang sedemikian
Seperti yang aku pernah cakap dulu pasal isu perempuan singapura murtad ni serta isu pendapat Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama, dari segi undang2 tak boleh wujud Melayu Kristian, Melayu Buddha, Melayu Hindu, Melayu Atheist dan lain2. Orang Melayu adalah Islam, full stop. Tak kira engkau Islam sejati, Islam luaran sahaja, Islam tapi tak tutup aurat, Islam tapi tak solat, Islam tapi makan rasuah atau Islam atas IC sahaja tapi hakikatnya sudah murtad.

So siapa yang lazimnya bercakap Bahasa Melayu? Sudah tentulah Melayu. Orang Cina dan India ada bahasa ibunda mereka sendiri, malah realitinya mereka lebih prefer untuk menggunakan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu walau duduk di Malaysia. So untuk apa terjemah Bible dalam bahasa Melayu di Semenanjung, apatah lagi mahu menggunakan kalimah Allah di dalamnya? Untuk siapa sebenarnya? Siapa yang nak baca, orang Melayu atau orang bukan Melayu yang beragama Kristian? Anda boleh terjemah dalam bahasa Cina, bahasa India, atau guna sahaja Bahasa Inggeris, tetapi kenapa hendak guna yang diterjemah dalam Bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia? Aku tak nampak apa sebenar tujuannya selain nak diedar dan suruh orang Melayu baca.

Mengikut Perlembagaan Malaysia lagi berkenaan Kebebasan beragama:
11. (4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.  
Bermaksud mengikut undang2, segala apa jenis pengembangan dan dakwah kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam adalah salah dan pihak berkuasa boleh menyekat kegiatan tersebut.

Kenapa di negara Arab dalam Bible menggunakan kalimah Allah? Dah tentu Allah bermaksud Tuhan dalam bahasa Arab. Kenapa negara lain ada je Bible menggunakan kalimah Allah, kenapa negara kita tak boleh? Sebab negara kita belum ada suasana yang kondusif untuk itu selain daripada menjaga sensitiviti orang2 Melayu di Malaysia.

Nak jugak guna kalimah Allah dalam Bible di Semenanjung? Ia hanya boleh dilakukan sekiranya Perlembagaan Persekutuan digubal semula. Nak haramkan kalimah Allah dalam Bible di Sabah dan Sarawak? Gubal semua perjanjian 18/20 Sabah dan Sarawak. Bak kata Dr Asri "kerajaan boleh larang (penggunaan kalimah Allah) atas pentadbiran", namun kerajaan juga boleh benarkan atas pentadbiran juga.




tags: isu guna kalimah Allah dalam kitab bible alkitab injil terjemah bahasa melayu dap setiausaha agung dap lim guan eng cadang mohon minta gesa benarkan kerajaan pihak berkuasa keputusan majlis fatwa umno perkasa pembela ppim majlis belia selangor isma ibrahim ali hasan ali nooh gadut nik aziz nik mat hadi awang setuju majlis syura pas tidak sokong sultan selangor akur mb khalid ibrahim dr asri maza twitter syeikh dr yusuf al-qardhawi ustaz zaharuddin dr ahmed deedat book what is his name perlembagaan perseketuan perjanjian 18 20 perkara sabah sarawak pembentukan malaysia tanah melayu malaya definisi orang melayu tiada keperluan lagu negeri ubah versi agama lain

165 ulasan:

  1. Balasan
    1. salah PAS salah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PASsalah PAS

      Padam
    2. Assalamualaikum
      Long time no see :)

      My first thought about this matter was, ok it seemed legit, but when I used my so called “common sense” there were some problems in and of this matter. Sincerely I was not at all interested in this matter before but for the sake of this article written by Mr noob, I was inclined to comment. Btw Mr noob, common sense is a powerful tool in shaping our thoughts and judgements, but when people used emotion or influenced by self interest, people would most of the time make wrong judgements. So these are some of the points for the “problems” I previously mentioned:

      1. For muslim, this is not our priority. Know and address our priorities first. If people want to mingle themselves in this matter then that is their own problem. I believe when muslim truly realized what must be prioritized (such as solat, zakat, aurat, dakwah, social obligations, adhere to His commandments etc) this matter would clearly becomes irrelevant.

      2. It contradicts the notion of Dakwah, for it is not right to simply dictate what should or should not be put in others’ holy scripture without first being critical to the subject and follow the virtues and teachings of Rasulullah with regard to dakwah.

      3. Al-Quran has taught us to RESPECT, RESPECT, RESPECT, so many times, given that we are not being oppressed or harmed..So does this matter reflect on how we should respect our non-muslim friends and citizens who live among us in peace?

      4. This will inflame hatred between muslim and non-muslim. I thought that the 1 Malaysia and living in unity are what we are pursuing for, so how can this matter be a subject of unity or peace?

      5. When people put politics above religion, this kind of problem will arise. Do you think in our politics today there is “us” in it? Nope, it will always be about “them “ all the way. Did it ever occur to you about the notion of duality, that when we are not BN we must be PR or vice versa. Or when BN says this is right PR will says it is totally wrong or vice versa. Do they really think about the betterment of the society when they make decisions? With this sickness called duality in politics, they will only work and think for their own interests.

      6. When we are talking about religion, it should be based upon our faith and humility but not our ego and emotion. Do you think that Allah belong to us? No..we belong to Allah..Allah does not need us but we are all in need for Allah..so know where we stand in this world and always be humble in our thoughts and judgements..

      7. Apart from humility, patience is the key to a true muslim. Do you remember when our dear prophet got ridiculed by the enemies of Islam? What is supposedly our true stand? Being patient or went out furiously rioting and bashing down public properties, or loudly saying “we’ll kill you? Sometimes what made Islam bad in the eyes of the non-believers is the action of the muslim themselves. Now with regard to this matter, how should we react, my stand is to let it be the way it used to be, be patient, since highlighting or inflaming this matter will only bring more harm to our dear religion and to the mukmin. Allah knows best.

      Anyhow, please correct me if I’m wrong.
      *dah lama tak mengkomen, so panjang2 skit tak pa ye

      Salam

      Padam
    3. tak sangka berukthehell@pandahewhew ni sebenarnya seorg yg berilmiah.selama ni ingt dia budak2 yg cuma suka merapu meraban.tp yg pelik ahmad skandallxxx lgsg xjoin perbincangan ni.too much for him barangkali

      Padam
    4. Sekadar berkongsi ini pendapat ISMA

      Nampaknya bukan ALLAh je tak boleh guna ada 40 perkataan yang dah dicopyright di Pulau Pinang rupanya. Aku pun tak tau.

      ---------------------------------
      BANGI, 7 Jan. – Pokok perbincangan isu kalimah Allah bukan melibatkan persoalan bolehkah orang bukan Islam menyebut kalimah Allah, akan tetapi berkaitan persoalan bolehkah mereka dibenarkan untuk menamakan tuhan mereka dengan kalimah Allah.

      Demikian kenyataan Naib Presiden 2 ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni yang melihat isu ini timbul atas desakan pihak Kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah menggantikan nama tuhan mereka dalam kitab Injil Bahasa Melayu.

      “Isu besar yang berkait dengan maslahah ummah sebenarnya adalah bolehkah orang Kristian menamakan tuhan mereka dengan Allah? Maknanya dalam Bible mereka ada perkataan God, bolehkah God itu ditukar perkataannya kepada Allah. Dalam Bible mereka ada Jesus, ataupun Indonesia dia sebut Yesus, bolehkah itu ditukar perkataannya kepada Allah?

      “Bolehkah tuhan mereka yang triniti tu, ditukar perkataannya kepada Allah? Sebab isu ini sebenarnya adalah merupakan satu isu yang timbul hasil daripada permohonan untuk membenarkan Bible menggunakan Allah menggantikan perkataan tuhan dalam Bible.”

      Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah maghrib tentang isu kalimah Allah di Surau Bangi Perdana Ahad lalu.

      Menurutnya, isu pokok ini perlu difahami supaya mana-mana pihak tidak silap membuat kenyataan membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam.

      Dalam kuliah tersebut, Ustaz Fauzi menjelaskan dengan terperinci asal-usul nama tuhan orang Kristian dan Allah bukanlah nama tuhan mereka.

      Menyentuh kenyataan seorang ahli politik yang membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam berdasarkan dalil ayat Al-Quran, Ustaz Fauzi menolak pandangan tersebut kerana tidak mengikut kaedah bahasa Arab dan tafsir yang betul.

      Sebagai contoh dalam Surah Al-Hajj ayat 40, telah disebut perkataan Allah dalam masjid dan rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan Kristian, namun ketika itu agama tersebut masih belum diseleweng.

      “Jadi bila kita tengok tafsir itu, dia sama ada akan diterjemahkan berdasarkan kepada pandangan Ibnu Abbas bahawa nama Allah itu hanya disebut di masjid sahaja, ataupun berdasarkan pandangan ahli tafsir lain yang mengatakan nama Allah itu disebut di semua tempat ibadat itu tetapi tempat ibadat yang disebut dalam Al-Quran itu adalah tempat ibadat sebelum berlakunya penyelewengan agama tersebut.”

      Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sempena Hari Krismas akhir tahun lalu mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Bible berbahasa Melayu sepertimana yang dibenarkan di Malaysia Timur sejak 50 tahun lalu dan telah digunakan ribuan tahun di Timur Tengah.

      Ustaz Fauzi menolak hujah Lim Guan Eng dengan berkata, sekalipun ia telah digunakan sekian lama, namun hukum syarak menolaknya, maka perkara itu perlu ditolak.

      Padam
    5. “Adakah apa yang berlaku di Sabah Sarawak dan Indonesia itu betul lalu kita kata boleh guna? Jawapannya tidak, sebab di sana ada satu kaedah syarak, al-urful fasid la yughaiyiru haqaiqas syar’ie.

      “Maknanya uruf yang rosak tidak akan mengubah hakikat syarak yang merupakan suatu yang ditunjukkan di dalam Al-Quran.

      “Mana-mana penggunaan, uruf ataupun kebiasaan tetapi kebiasaan yang merosakkan tetap tidak akan mengubah hakikat syarak. Jadi walaupun telah diamalkan selama 10 kurun tetapi kalau syarak kata tak boleh, maka tetap tak boleh,” jelasnya.

      Katanya lagi, memang benar orang Arab Jahiliyah menggunakan kalimah Allah tetapi penggunaan itu merujuk kepada maksud yang sebenar iaitu zat yang Esa berdasarkan dalil Surah Luqman ayat ke-25.

      “Dalam konteks ini, mereka berhujah orang Arab dulu guna kalimah Allah, jadi maknanya kita boleh kias orang Kristian pun boleh menggunakan kalimah Allah.

      “Arab dulu dia guna kalimah Allah merujuk kepada zat yang tunggal di dalam penciptaan dan mentadbir alam, tetapi mereka mensyirikkan Allah SWT dari sudut hakimiyah dan perundangan.

      “Tetapi orang Kristian bukan begitu, bila dia sebut Jesus nak tukar kepada Allah, bila dia sebut God nak tukar kepada Allah, ataupun Lord nak tukar kepada Allah, dia merujuk kepada tuhan yang memang dari awal lagi adalah merupakan triniti.

      “Jadi dia nak namakan yang ini Allah. Maknanya kita tak boleh kias penggunaan orang Arab dengan penggunaan orang Kristian sebab digunakan dalam konteks berbeza.”

      Ustaz Fauzi yang ditemui wartawan ISMA selepas kuliah tersebut berkata, kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kerana ia merujuk kepada zat yang Esa dan tidak boleh ditafsirkan kepada perkara lain.

      “Perkataan Allah itu bukan satu perkataan yang boleh merujuk kepada itu atau ini, tapi telah digunakan oleh orang-orang Islam untuk merujuk kepada zat yang tunggal, yang Esa.

      “Jadi tak boleh nak ditafsirkan kepada tafsiran-tafsiran yang lain. Mereka tidak ada hak untuk mengatakan bahawa Allah itu bermaksud sekian sekian.”

      Beliau juga meminta semua pihak menyokong fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2008 yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

      “Memang majlis fatwa ketika membuat fatwa tersebut faham tentang implikasi bila digunakan kalimah Allah untuk menggantikan nama-nama tuhan Kristian, berdasarkan pengalaman yang boleh dilihat di Indonesia, Sabah Sarawak dan seumpamanya.

      “Sebab itu pada saya fatwa itu adalah merupakan satu fatwa yang memang sepatutnya kita kena sokong.”

      Selain Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Mufti Pulau Pinang telah mewartakan 40 perkataan yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam termasuk kalimah Allah, haji dan masjid.

      Padam
  2. Balasan
    1. X sempat nk study lagi bab ni so no komen...
      biarlah pakar2 agama yang tentukan....ok?
      secara logiknya sy sokong pendapat anda Noob...

      Padam
    2. Sebenarnya perkara ini menyatukan org melayu tetapi~~~~~~

      Ahli Politik + Batu Api + Bara Api + Kambing Hitam = ??

      Fikirlah Jawapan Anda..

      Padam
  3. aku serah pada pihak berkuasa jer..kuasa ada di bawah menteri di jabatan perdana menteri yang menjaga undang-undang di KDN. ape ape hal roger sana.

    aku bising bising pun bukan ada autoriti. lain lah sultan ketua agama islam malaysia, menteri agama, jakim, majlis fatuwa, alim ulama cam maza, dr zahazan, dr zakir naik ker..

    tapi kalau setakat yang bising macam ahli perkasa, ibrahim ali, hasan ali, tak payah lah. buang karan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tetapi tangungjawab kita menerangkan kepada orang yang tak paham walau Nabi Isa nabi pesuruh Allah tetapi ajaran Kristian bukan la ASLI seperti yang dibawa kerana adanya konsep TRINITY yang mendakwa adanya TUHAN, NABI ISA itu tuhan dan ROH yang keluar dari JASAD nabi ISA itu juga tuhan.

      Quran JELAS menerangkan dan menemplak agama Kristian ini. Kalau dah ALLAH kata dalam quran macam tu kenapa nak guna nama ALLAH dalam injil dan bible lagi? Adakah nanti Allah itu akan jadi 3? Sedangkan Dia ALLAH yang maha agung itu hanya satu esa tungal dia beranak dan diperanakan yang tiada bermula dan berakhir.

      Wallahualam.

      Padam
    2. aku suruh ko masuk dalam link link noob bagi ko tak nak. alim ulama dah settle isu ni. ko jer tak baca. kalau malas pergi youtube tengok zakir naik kata ape bab nama allah nih. bukan dalam bible jer ada. dalam rig veda pun ada.

      iQRA! jangan asyik soal jer.

      Padam
    3. oh tentang apa zakir naik kata pasal rig veda, boleh hang simpulkan apa yg dia kata?



      malam karang nanti ku tgk video dia.

      Padam
    4. Thank you aku dah masuk semua link tu...
      Memang aku tiada kuasa tapi pendirian aku tetap seperti PAS

      Jika Allah tanya aku kelak aku tetap mengatakan aku mengatakan bedasarkan apa yang aku paham dalam Al-Quran yang mengatakan Allah itu esa tiada beranak dan diperanakan.

      Kalau dalam injil menyebut sembah tuhan tu Allah yea Allah dan memberi Isa kitab tu Allah tetapi kalau dah menyamakan Isa tu Allah, itu salah sama sekali dan jika tuhan itu yang dimaksudkan saya sama sekali tidak bersetuju itu Allah. Kerana ianya telah mendustakan siapa itu Allah dan saya tidak sama sekali akan bersetuju.

      Terpulang lah kamu nak memakai hujah mana.
      Terpulang kepada kamu juga kalau kamu ada kuasa nak membenarkan atau tidak.

      Padam
    5. biskut18 Januari 2013 6:03 PTG

      pencerahan dari zakir naik tu aku tengok dalam tv al hijrah. aku cuba cari video zakir naik tapi aku jumpa lagi sebaliknya video gurunya ahmad deedat yang aku dapat. same explaination or even better.

      the name of God is Allah even in bible

      Padam
  4. sebuah penulisan yang baik ^^

    kebetulan.. pendapat noob memang sama dan selari dengan pendapat aku dlm hal ini.. itu je komen aku.

    BalasPadam
  5. dari apa yang aku baca, ada beberapa isu pasal nama Allah ni.

    1. terjemahan Allah kepada God.

    2. penggunaan nama Allah oleh bukan Islam menurut al-quran

    3. penggunaan nama Allah oleh bukan Islam dari sudut perundangan.


    untuk kes pertama: Terjemahan nama Allah kepada God

    aku bersetuju dengan ustaz ustaz yang kata terjemahan Allah kepada God adalah tidak tepat. antara yang kata tak tepat termasuklah maza sendiri, majlis syura pas, dr. zakir naik(tengok dalam tv al-hijrah dll lagi. sila google)

    kes kedua: bukan Islam menggunakan Nama Allah.

    pendapat peribadi aku, aku lebih suka pandangan maza yang mana selari dengan penjelasan oleh ustaz zahazan iaitu kerajaan boleh halang penggunaan nama Allah dalam terjemahan bible 'wasiat baru' seperti yang di guna disabah sarawak atau yang di import dari indonesia tapi bukan atas hujah al-Quran melarang penggunaan nama tersebut secara mandatori. dalil bagi hujah nih ada dalam link-link yang ko dah letak tu noob. untuk lebih mudah, aku direct kopi ke sini.

    "Jelas dari dalil-dalil ini menunjukkan nama Allah sebagai TUHAN TIDAK EKSKLUSIF kepada orang Islam sahaja, cuma orang Islam adalah eksklusif pada pandangan Allah kerana menggunakannya dengan betul dan tepat"-ustaz zahazan.

    kes ketiga: penggunaan nama Allah oleh bukan Islam dari sudut perundangan.

    tanya menteri di JPM dato seri mohamed nazri aziz. jangan retorik bai.

    semua orang tahu ko ada sebut non muslim sabah, sarawak, wilayah dan p. pinang boleh guna kalimah Allah.

    har har har

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kalau belajar bahasa Arab.

      ALLAh tu tuhan yang esa dan satu TETAPI dlaam injil ada konsep TRINITY tuhan tu 3 iaitu Bapa tuhan, Nabi ISA dan Roh Kudus...

      Jadi kenapa mereka beriya-iya nak guna nama ALLAH kalau bukan untk mengelirukan umat Islam yang lemah imannya.

      Padam
    2. soalan trinity telah selesai. semua umat islam maklum itu mengarut.

      bab kenapa orang kristian nak guna nama Allah, ada lagi beberapa persoalan, guna untuk sendiri atau untuk sebaran dalam 'al kitab wasiat baru'?

      kalau diguna untuk sendiri, macam maza ulas dan macam lain lain ustaz ulas. bukan sekadar kristian di malaysia, yahudi dan kristian telah lama guna sebelum kelahiran nabi muhammad 570ad. dalam quran sila lihat ayat ayat berikut.

      Al-'Ankabuut - ayat 61
      "Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: ""Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?"" Sudah tentu mereka akan menjawab: ""Allah"". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?"

      Az-Zukhruf - ayat 9
      "Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:"" Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?"" Sudah tentu mereka akan menjawab: ""Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui""."

      Luqman - ayat 25
      "Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: ""Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?"" Sudah tentu mereka akan menjawab: ""Allah"". Ucapkanlah (wahai Muhammad): ""Alhamdulillah"" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik)."

      kedua, jika untuk sebaran seperti dalam terjemahan 'al kitab wasiat baru', ada beberapa sebab jelas untuk umat islam jaga-jaga. antaranya sudah pasti untuk menyesatkan pemikiran umat islam melayu. tambah-tambah melayu islam amat suka hiburan dan malas membaca. isu kristian nak sesatkan umat islam bukan timbul tahun ni yer. dah lama disebut dalam al-quran.

      sebenarnya aku tak layak hujah benda benda ni. aku takda autoriti. sebab korang malas nak masuk dalam link noob bagi, aku kopi paste masuk ke sini.

      Padam
  6. noob, kalau ko bimbang orang melayu baca bible dan terpengaruh, hujah ni maza dah kilas lagi awal.

    anak muda melayu jangan kata bible, terjemahan al-quran pun malas baca. nak terpengaruh macam mana?

    btw pengaruh tv, internet, majalah mangga, urtv dll lagi kuat dalam kepala anak muda melayu.


    har har har

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang~ pegang bible lagi dorang tak berani~ takut ter-murtad automatik jika pegang bible~

      apepon, tak ada sebab nak terjemah bible ke dalam bahasa melayu MELAINKAN untuk berdakwah pada orang melayu (yang mana dilarang dalam perlembagaan)~
      kalau nak bagi cina atau lain2 kaum, dorang prefer bible english walaupun bible BM ada dicetak~
      baca bible dalam hebrew lagi layan kot~ wakakak~ baca bible dalam english ni macam baca novel pula~ tak terasa langsung 'kesucian'nya~ maaf jika kenyataan ini menganggu emosi warga kristian~ ini adalah pendapat jujur saya sahaja~ anda boleh mencuba membaca bible dalam hebrew semoga Yesus Kristus sentiasa membantu anda memahami bahasa suci~ amen!

      Padam
    2. Malas baca la masalah hanya dengar esok paderi cakap kita sama-sama sembah Allah mari la pergi ke gereja macamana?

      Ramai celebrity pengikut agama kami sama-sama sembah Allah. Agama kami tidak menyusahkan seperti agama Islam.

      Huh apa korang nak cakap.. Sekarang ni pun banyak agama sesat seleweng ajaran Islam dan nama Allah.. Nak tambah satu lagi Ajaran sesat?

      Esok adakah agama kristian boleh disenaraikan sebagai ajaran sesat jika nama Allah? dan bolehkan JAKIM ambil tindakan ke atas agama Kristian? ajaran sesat yang ada pun payah nak banteras dengan undang-undang sedia ada jadi sebelum parah cantas awal-awal.

      Padam
    3. maza dah cakap, didik iman dalam diri anak anak melayu bagi mantap. bagi ilmu. bukan bagi tengok idola kecil, tengok maharaja lawak jer tiap minggu, tengok af, tengok hiburan itu ini.

      aku pun layan hiburan gak ok, tapi taklah bodoh sangat sampai paderi ajak pergi sembah di gereja pun nak ikut.

      adik aku di borneo sekolah dari nursery kindergaten under church. sekolah darjah 1-5 sjkc. dia pun tak bodoh nak sembah allah dalam gereja atau sembah tokong cina.

      inb4, laungan azan sana sini, budak melayu buat derk jer. langsung tak terpengaruh ker?

      Padam
    4. Akidah ni susah nak cakap sebab anak pak imam pun boleh murtad tau
      takan pak imam tak bagi didikan agama dah tentu sudah mengaajar dan memberi didikan agama.



      Padam
    5. Tanpa Nama18 Januari 2013 6:45 PTG

      betul ker akidah dalam Islam ni susah nak cakap?

      maza kata akidah paling mudah dalam mana mana agama adalah Islam.

      tauhid=wahid, satu, one.

      allah takkan menyusahkan manusia untuk memahami agamanya.

      kebenaran itu mudah. kebatilan, kelentong, menipu, itu yang susah.

      jika umat islam sendiri keliru dengan faith dorang, macam mana non muslim nak faham akidah islam?

      Padam
    6. Sorry maksud aku akidah hidayah :) kalau Allah tak buka walau senang macamna pun belum tentu boleh dapat.

      Kalau difahami memang senang dan kalau perasan syahadah pengakuan kita tentang kebenaran Allah ni kita perbaharui setiap hari sekurang-kurangnya 9 kali sehari. Kenapa kita perlu mengucap 2 kalimah sampai 9 kali sehari? yea 9 kali kita mengucap sehari semalam dalam solat.

      Pernahkan kita berfikir dan menghayatinya serta memahaminya?

      walalahualam

      Padam
  7. kesimpulan peribadi:

    kristian nak guna-aku tak larang.

    kristian tak nak guna-aku tak suruh.

    #isu ni yang ramainya nak gain political mileage. bukan nak cari kebenaran sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. agree. personally, I DONT CARE about christians want to use Allah or whatever God's name they want.

      kalau kita kata kristian ni sesat, sesatlah mereka wpun mereka guna nama Allah dlm konsep trinity.

      apsal meleis risau sangat? inferiority complex? siege mentality?

      Padam
    2. Rasanya bukan risau pasal risau pasal agama kritian

      Kalau belajar psikologi
      biasanya orang akan kisah kalau ada rasa memiliki
      biasanya orang akan kisah kalau ada rasa sayang
      dan bila adanya ganguan mereka akan rasa terancam
      macam orang hina keluarga hina bangsa hina agama

      Kerana nama Allah sudah dekat dengan hati orang Islam sedikit sebanyak mereka rasa gusar, it's normal.

      Mengunakan nama Allah di bible seperti menghina sama macam orang guna nama kau dalam buku lucah takda rasa apa ke?

      Padam
    3. oh kamon...

      Allah x perlu kita utk bela dia la. Dia sudah berkuasa utk membela diri sendiri.

      nama aku eksklusif sangat ke utk diguna dalam buku lucah? ramai je yg ada nama mcm aku. lgpun, aku x layan buku lucah. aku xtau diaorang pakai nama apa.

      Padam
    4. Betul, Allah tu tuhan yang satu yang berkuasa dan menguasai sekalian Alam. Dia akan menunjukan mana yang benar mana yang batil. Mohon hidayah dan petunjuknya. Takda isu pun sebenarnye tapi kita malas nak membaca mengkaji termasuk kita selalu diperdaya dan ditipu.

      Padam

  8. 'Sebab negara kita belum ada suasana yang kondusif untuk itu selain daripada menjaga sensitiviti orang2 Melayu di Malaysia.'

    hujah ni macam biasa dengar la noob. klise

    'rakyat malaysia belum bersedia dengan open debate'- ahli politik ....


    bagi aku macam merendah-rendahkan nilai ilmu yang di miliki rakyat 1malaysia plak. tapi ada kebenaran jugak kat situ, sesetengah rakyat 1malaysia ni bila tak boleh counter hujah, dia mula lah dengan maki hamun.

    BalasPadam
  9. sejak isu ni dibangkitkan, dalam kepala otak aku sentiasa terfikir; kenapa mesti nak buat bible dalam bahasa melayu?

    kalau nak buat sangat bible bahasa melayu, why not pertimbangkan sekali buat kitab agama buddha dengan hindu sekali dalam bahasa melayu? barulah nampak adil dan saksama. tak gitu?

    by the way aku tak menyokong perkataan Allah untuk digunakan dalam bible bahasa melayu. dan rasanya tak perlu bible bahasa melayu diterbitkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tolong jawab soalan kenapa nak buat bible dalam bahasa melayu:

      1. nak sebar ajaran kristian kepada orang melayu.
      2. ada orang melayu kristian nak baca(jawapan kedua ni adalah kemungkinan sahaja)

      Padam
    2. Ye betul tu. Saya pun fikir macam tu juga. Ada le tu agenda diorang....

      Padam
  10. Alhamdulillah, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bibble untuk terjemahan kepada God atau Lord. Memang power majlis syura ni, cuma agak lambat mengeluarkan kenyataan.Kenyataan rasmi Majlis Shura Ulamak 13.1.13
    1. Hukum asal memang HARUS orang non-Muslim guna kalimah Allah. Ustaz Zaharuddin (UZAR) pun kata HARUS dan ramai ulama lain kata HARUS seperti Yusof Qardhawi dan Dr Wahbah Zuhaili.
    2. Persoalan orang non-Muslim guna kalimah Allah adalah persoalan cabang (furu') bukan persoalan akidah yang membatalkan iman. Jadi perbezaan pendapat adalah dibenarkan.
    3. Memandangkan ia adalah perkara cabang, hukum guna kalimah Allah guna berbeza mengikut masa, tempat, keadaan dan budaya ('uruf). Jadi kalau tahun lepas hukumnya HARUS, tahun ini mungkin HARAM.
    4. PAS kali ini berpendapat hukumnya adalah HARAM. Tapi 2/3 tahun lepas PAS kata boleh. Tunggu pula tahun depan, apa hukumnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. keputusan majlis syura pas nih valid untuk seluruh 1malaysia atau semenanjung sajer?


      Padam
    2. Sabah serawak dah terlepas kot mungkin orang dulu terlepas pandang.
      Memang Nabi Isa itu pesuruh Allah tetapi dia BUKAN tuhan seperti yang pengikut agama kristian dakwa. Selama ini kat Malaysia tuhan dalam bible dia pangil apa? begitu banyak agama dan nama tuhan kenapa nak guna nama Allah jugak?

      Padam
    3. Nik Aziz, Hadi, Khalid Samad dll bersetuju dalam dasar bersama PR 8 jan 2010 bahawa ALLAH untuk semua, so pakatan akan guna pakai Allah untuk semua, PAS jangan jadi keling tiba-tiba buat U turn sebab desakan UMNO!

      Padam
  11. yup,setuju pendapat kat entri nie..untuk ape bible di tanslatekan ke dalam bahasa melayu kalau bukan untuk sebarkan ajaran kristian...bahaya nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang telah maklum yahudi dan nasrani akan sentiasa berusaha akan bawa umat islam untuk ikut dorang. apa yang paniknya, dalam quran pun dah sebut. lol

      betulah kata maza, orang melayu nak baca terjemahan quran malas, jauh lagi la nak baca 'al kitab wasiat baru'.

      orang melayu takut bible, tapi tak takut pengaruh hedonisme di tv, internet, majalah, filem.

      ironi.

      Padam
    2. ironi tak sentiasa menepati apa yg anda katakan mungucap leps anda menulis bynk2 ye :D

      Padam
    3. ic..adakah saya telah terkeluar islam dengan statement di atas?

      Padam
  12. Yang korang nak takut buat ape? Kalau pegangan agama dalam diri korang memang kuat depa hantar arch bishop pun iman takkan lucut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pakai nama Allah pun kristian telah berkembang makin banyak gereja dalam malaysia. Sampai katanya ramai orang melayu pun dah masuk kristian seperti didakwa Hasan Ali.

      Nak pakai nama Allah buat Apa lagi kan Kristian Menafikan Al-Quran?
      Sampai istimewa nama Allah tu nak guna jugak dalam Bible?
      Selama ni pakai nama tuhan apa dalam bible? yang dah ada dalam Bible tak cukup lagi ke? Kalau Bible dah suci mulia kenapa nak ubah nama tuhan dalam tu jadi nama Allah pulak? Bukan dah itu mengubah nilai Injil & Bible itu sendiri?

      Setakat hujah Allah = God tidak memadai kenapa tak carik nama tuhan lain yang boleh guna dalam Injil? Nak juga nama Allah?

      Padam
    2. masih menunggu injil solar dari hasan ali.

      Padam
    3. Iman kita bukanla kuat mana pun... ini kerana kita hanya pandai sebut 'ALLAH' sahaja, tapi adakah kita kenal sepenuhnya 'ALLAH' itu... carila ilmu, dan kenal la ALLAH tu sepenuhnya, ini kerana kita hanya pandai sebut, kenal pun tak, sebab itu iman kita tak kuat... dan ingatlah pabila kiamat hampir tiba, pabila dajal dah merosakkan bumi, kenal yang sebenar kenal pada ALLAH S.W.T sahaja akan menyelamatkan akidah kita...

      Hal-hal berkaitan ALLAH S.W.T serta keesaanNYA, zatNYA, namaNYA, marila kita tanya pada mereka yang mempunyai ilmu... yang pada hatinya hanya ada ALLAH S.W.T... kita mungkin boleh berfikir logik tapi pada penghujungnya, kene mencari orang yang sesuai dalam membimbing agar kita tidak sesat...

      Padam
    4. so siapa yang rasa2nya sesuai membimbing kita tu? tok guru nik aziz? mufti perak? dr. asri? ustaz fathul bari? ustaz azhar idrus? ustazah mashitah?

      Padam
    5. mereka pun ada berlainan pendapat,x pasti nak pakai yg mana,tapi ustaz don daniel cakap kat tv alhijrah, daging ulama' ni umpama racun,maksudnya jangan makan daging ulama' (jangan mengata/memburuk2kan mana2 ulama'),nnt buruk padahnya.sekian......

      Padam
    6. @tanpa nama 2012-1-18 4.53pm

      rasanya hanya diri sendiri tahu siapa guru yang paling sesuai dengan diri sendiri~ mulakanlah perjalanan mencari, mohon padanya semoga ditunjukkan jalan & pimpinan~ mulakan dengan mengenal diri~ & melalui diri, Allah akan menunjukkan jalan....

      Padam
  13. (Malaysian People): en. noob, just wan to share with u, im sarawkian, but in b4 i was studied at kelantan, as u know(or u even not knowing) kelantan have the church itself at this state, u probably don't know, not all the church member was Chinese/ Indian, 30% of them was the borneorian who working as the army serve to malaysia,(not including the student, because this group not permanent resident)this group was using the bahasa Malaysia(not bahasa melayu as u mention after merdeka like u said). it is already mention, bahasa melayu was changeable into the BAHASA MALAYSIA used by all malaysian people. in my religion, it is faith to my religion that hold me not be able to convert to any other religion, as b4 i was the only 1 non muslim guy in my college, and during that time, actually i was been asked to join all ur courses such as kursus solat, kursus jenazah, kursus haji, i know what is the purpose that somebody is force me to join, but it is my faith that hold me. I hope all my muslim fren know wat im trying to say. If i want to done some research for u about the use of word "Allah" even in google u can find out it is used by the christian in arab, even b4 the tanah melayu merdeka. so as a malaysian it is our own faith(akidah) to our religion, that hold u to something that u believe. this is just my 2 cent as i'm really respect other people believe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masuk akal juga penjelasan kamu. kalau kristian dari sabah sarawak di benarkan guna 'al kitab wasiat baru' di negeri mereka, macam mana dengan kristian sabah sarawak yang berada disemenanjung?

      hmm bab bahasa melayu dan bahasa malaysia ni pun boleh jadi turning point jugak. kelihatan ada asasnya.



      Padam
    2. Dey macha. Let me story u. Christian came from Jesus right? Jesus was a Jew right? Jews use 'Yahweh' when referring to God right? Then IMO u Christians should use 'Yahweh' instead of 'Allah' la. Ada paham ka?

      Padam
    3. corrrect. btw u forget one thing. christian not jew.

      Padam
    4. egg from chicken, but we not calling chicken is egg neither nor egg is chicken right?

      Padam
    5. Jesus mmg jew, dan jesus bukan org arab.So kenapa nk guna nama Tuhan dlm bahasa arab?

      Padam
    6. lol...sebabnya mudah jer. sebab ada orang arab di mekah dan madinah dari kalangan penganut kristian dan yahudi disamping yahudi asal di madinah dari bani quraizah dan bani qainuqaq sememangnya dah lama guna word Allah sebagi maksud tuhan. sebelum datang Nabi Muhammad saw 570ad bang.

      sila ke youtube dengar penjelasan Dr maza ok. untuk bukti bertulis, sila bro baca dalil quran dari ustaz zaharudin nih:



      Al-'Ankabuut - ayat 61
      "Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: ""Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?"" Sudah tentu mereka akan menjawab: ""Allah"". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?"

      Az-Zukhruf - ayat 9
      "Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:"" Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?"" Sudah tentu mereka akan menjawab: ""Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui""."

      Luqman - ayat 25
      "Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: ""Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?"" Sudah tentu mereka akan menjawab: ""Allah"". Ucapkanlah (wahai Muhammad): ""Alhamdulillah"" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik)."

      Padam
    7. Aku paham & aku x ambil kisah langsung kalu Christian & Jew itu berbeza. Point utama aku skrg ialah Jesus itu adalah Jew.

      Melayu Islam terima adat orang Arab kerana Nabi Muhammad itu adalah Arab. Jadi pendapat aku org Christian patut terima segala adat Jew kerana Jesus itu adalah Jew.

      Ada paham point yg aku ingin sampaikan?

      Padam
    8. BTW aku gune nick Yahweh dlm komen atas tu utk tarik perhatian.

      Padam
    9. bro..analogi ko tu bersandarkan akal semata-mata (aku terima apa yang ko faham) sedangkan seperti ustaz ustaz yang ulas isu nih sebut, tidak dinyatakan secara mandatori dalam kitab suci al-quran bagi menghalang penggunaan nama Allah oleh orang kristian seperti larangan-larang yang jelas di sebut macam hukum mencuri, hukum minum arak, hukum berzina, hukum menutup aurat dan lain-lain. sebaliknya al-quran secara jelas ada menyebut orang kafir pernah memanggil Allah adalah tuhan mereka malangnya dorang berlaku syirik. (yang Allah marah syirik, bukan guna namanya)

      so, perbezaan pendapat dalam isu ini tidak ada masalah kerana bukan isu pokok. so, terimalah dengan lapang dada seperti hasil keputusan syura ulama pas yang di sebut cik lin pipi merah:

      2. Persoalan orang non-Muslim guna kalimah Allah adalah persoalan cabang (furu') bukan persoalan akidah yang membatalkan iman. Jadi perbezaan pendapat adalah dibenarkan.

      kepada yang memurtadkan aku, menyuruh aku mengucap dan sebagainya aku anggap ini sebagai teguran ikhlas dari korang. terima kasih. i rest the case.

      Padam
    10. Mecha,

      Sebab persoalan di sini ialah membenarkan yang sebelum ini tiada.
      Takda masalah kalau memang dah ada.

      Kitab bible yang diterjemah ke ARAB mungkin menyebut ALLAH sebagai tuhan kerana orang arab mengenal Allah sebagai tuhan dan mungkin kitab bible arab ini yang diterjemah di sabah & serawak.

      Tetapi dalam kitab BIBLE asal tiada menguna nama Allah sebab dalam bahasa yahudi (jews) dan kita yang diterjemah dari bahasa yahudi ini diterjehmah dalam Bahasa ingeris sebagai God dan kitab bahasa ingeris ini diterjemah dalam melayu sebagai tuhan.

      Persoalan Gagak Hitam kenapa Orang kristian nak guna nama Allah nak ikut Arab merujuk kepada tuhan yang kebiasaannya disebut di Arab?

      Padam
    11. salam. menurut pemahaman saya, perbincangan isu nama allah ni nih terbahagi kepada dua polemik utama. atau mungkin lebih. saya sebut dahulu.

      1. terjemahan Allah kepada god.

      2. hukum penggunaan nama allah oleh non muslim menurut al quran.

      3. hukum undang undang malaysia tentang penggunaan nama allah.

      saudara nak mula yang mana? actually ketiga tiga persoalan tu dah di ulas oleh ramai ustaz. contoh paling mudah faham adalah uzar siap dengan kesimpulan. link noob dah sedia. saya tak dapat masukan link. online tru hp.

      #aku tak paksa korang setuju dengan apa yang aku faham. dan aku juga boleh tidak setuju dengan apa yang korang nak aku faham.

      Padam
    12. hairan macam mana Tanpa Nama 18 Januari 2013 5:10 PTG , begitu yakin kitab injil sama ada yg asal ataupun versi lain tiada mengunakan nama Allah? cara hg cakap macam bible ni hanya ada dalam versi english je.

      camtu Mel Gibson buat cerita Passion of Christ dimana Jesus sebut Allah tuh bersandarkan sumber apa?


      kenapa Orang kristian nak guna nama Allah nak ikut Arab merujuk kepada tuhan yang kebiasaannya disebut di Arab?

      Sudah tradisi bahasa orang2 semitic panggil tuhan mereka Allah (arabic), Eloah (hebrew) dan Elah (aramaic). Gagak Hitam dan tanpa nama ini kenalah pertimbangkan linguistik sesuatu masyarakat.

      Padam
    13. Bagus soalan tu..

      Jadi kenapa mereka tidak guna Allah terus instead GOD atau LORD?
      Kenapa terjemahan universal kepada GOD? FATHER?

      Kalau dalam injil sudah diterjemah atau mengunapakai ALLAH tak perlu la minta kebenaran lagi kan sudah tentu dalam ijil berbahasa ingeris SEPATUTNYA ALLAH bukan GOD.

      Padam
    14. Biskut,

      Bila aku baca semua tentang ini aku semakin keliru.. Aku bukan pakar bahasa.. Tetapi apa motif tuhan ingin diterjemah kepada ALLAH?

      Yang menjadi tanda tanya aku kalau dalam hebrew dalam arab dalam injil mana pun ada nama ALLAH. Kenapa perlu diterjemah sebagai tuhan? Bukan ke ALLAH tu nama Khas macam HITLER dalam bahasa mana pun disebut HITLER tidak diterjemah sebagai Manusia. Nama manusia pun dihormati kenapa nama tuhan tidak dihormati malah diterjemah sebagai god atau lord?

      Padam
    15. motif? tak tahu. tapi adakah telah diterapkan sebagai tradisi bagi penduduk nusantara yang beragama kristian memanggil salah satu nama tuhannya, Allah? Ya mmg sudah jadi tradisi, sila rujuk Munshi Abdullah.

      ku tak tahu kenapa nak diungkit HITLER disini tapi dia sebenarnya ada banyak nama. Hitler juga dipanggil fuhrer, grofraz, adi, ade, hisser, hiedler, hidlar. Sebutan nama & ejaan bertukar2 bergantung pada tempat, masyarakat, organisasi dan masa. kalau ikut logik kamu, nama dia pun tak dihormati gak.

      Nama manusia pun dihormati kenapa nama tuhan tidak dihormati malah diterjemah sebagai god atau lord?

      Tradisi penggunaan nama 'god' & 'lord' iaitu tuhan, masih relevan buat zaman ini.

      okeh berikut cara muslim-muslim menyebut nama tuhannya (mengikut sejauh pengetahuanku) :

      muslim di malaysia : Allah, Tuhan, Rabb, 99 nama Allah

      muslim berbahasa inggeris : Allah, God, Lord

      muslim di China : Allah, Shang-ti, Tao

      muslim di Eropah : Allah, God, Theo, Dio, Gott


      perkataan2 seperti God, Lord, Shang-ti, Tao, Theo, Dio dan Gott juga diguna untuk agama2 lain untuk merujuk kepada tuhan. Dan kenapa warga borneo kristian menggunakan nama Allah untuk merujuk kepada tuhan adalah disebabkan oleh satu orang ini, Munshi Abdullah, dan dia adalah Melayu Islam.

      Padam
  14. Mereka yang bersetuju ni tak BACA Al-Quran ke?

    Aku pelik la memang betul Nabi ISA nabi suruhan ALLAH yang kita tahu dia bukan tuhan seperti yang dikatakan dalam Bible

    Allah telah jelaskan dalam Quran penyelewengan dalam agam Kristian juga Yahudi

    Persoalannya
    1) Kenapa nak pakai nama Allah jika mereka tidak dengar dan patuh ayat-ayat ALLAH dalam Al-Quran?
    2)Bukan ke bible/injil telah diselewengkan, Jadi adakah mereka yang mahu nama Allah ni dibenarkan mahu nama ALLAh turut diselewengkan?

    Sedangkan agama Islam yang sekarang ni pun kadang banyak kekeliruan dan agama sesat. Nanti anak-anak kita tanya tuhan kita kan sama kenapa kita tak sembayang dalam gereja? Korang nak jawab apa?

    BalasPadam
  15. bro..agak-agak lah soalan ko. takkan plak ustaz-ustaz tu tak baca quran. aku takut ko yang tak baca quran, dan link link dari noob bagi tu pun ko tak buka dan baca dulu sebelum komen kan? soalan-soalan ko dah dijawab ustaz zaharudin.
    jenis malas nak baca lah ni.(belum suruh baca the book of mormon another new testament of jesus christ lagi nih)

    takpe, aku tolong kopi bawak masuk sini untuk ko baca.

    jawapan kepada soalan 1.

    lihat Surah az Zumar ayat 3:
    terjemahan maksud: "Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya". Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar. "

    PENJELASAN oleh ustaz zaharudin: Ini jelas menunjukkan mereka menyembah berhala kerana ingin dekat kepada Allah. Justeru mereka sedar Allah itu Tuhan. Dan nama Allah itu telah digunapakai oleh mereka sejak dari dulu. Ayat ini menunjukkan situasi di waktu itu dan juga membawa implikasi hukum keharusan kerana Allah tidak membantah kafir memanggilnya sebagai Allah. Walaubagaimanapun, di dalam ayat ini dan ayat-ayat yang lain, Allah SWT membantah tindakan mereka menyekutukanNya. Sekiranya penggunaan itu salah, pastinya Allah akan menafikan perkataan kafir tadi dan mengelakkan dirinya dikait dengan keyakinan sesat kafir musyrik.

    untuk kefahaman lebih menyeluruh, ko kena baca sampai habis ulasa UZAR.

    ah....dasar pemalas, bagus ko masuk link noob bagi dan hadam. baru komen.


    jawapan kepada persoalan 2:

    sebelum kelahiran nabi muhammad 570ad lagi kristian dah sesat yang di bawa st. paul. tapi kenapa dalam quran orang kafir masih menyebut Allah tuhan mereka bila merujuk kepada tuhan?

    Al-'Ankabuut - ayat 61
    "Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: ""Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?"" Sudah tentu mereka akan menjawab: ""Allah"". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?"


    ok, sekarang sila baca sendiri.
    http://gimmebucks.asia/tafsir/ayats/search?q=siapakah%20yang%20menciptakan%20langit%20dan%20bumi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang jika kamu HANYA baca SATU ayat saja tetapi dah baca keseluruhan ayat dalam Al-Quran mengenai agama Kristian?Bagaimana mereka kata Nabi ISA itu tuhan dan konsep TRINITY yang JELAS salah dan bercangah dalam Quran?

      Selama ini agama kristian dibenarkan diamalkan atas nama kebebasan beragama dan kita hanya membenteras mengawal ajaran sesat yang muncul dari ajaran Islam. Bagaimana nak menangani agama Kristian jika nama Allah dibenarkan? kerana secara automatik ianya telah jelas satu ajaran sesat perlu kan satu klausa khas untuk agama kristian? Nanti ajaran sesat lain akan mempertikaikan status mereka.. Parah..

      Padam
    2. jap, aku tak nak bahas bab trinity kat sini. itu jelas mengarut ok.

      bab ko cakap aku hanya baca satu ayat tu merujuk ayat ape? tolong sebut jap.

      Padam
    3. Menafikan satu ayat dari Quran boleh jadikan engkau murtad. maka bacalah keseluruhan ayat di dalam Al-Quran jangan ambil satu ayat saja. kenara bila ambil satu ayat saja maka kamu mungkin menidakan ayat yang lain.

      Kalau ikut Quran dan guna nama Allah, Agama Kristian itu obsolete tidak boleh diguna pakai. Sebab nabi Isa bukan tuhan tetapi hamba Allah.


      Sila baca ayat An-Nisa 172.

      (Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah) dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta dia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya.

      Padam
    4. sudah. ayat ape aku nafi? aku dah murtad ker?

      Padam
    5. Takda kata ko nafi cuma bila baca Quran kena baca semua
      TAK BOLEH ambik satu ayat kemudian cakap boleh sebab ayat ni kata boleh.

      Kena baca keseluruhan ayat dalam Al Quran carik semua sekali baru buat kesimpulan.

      Kalau dah nabi isa tu dikatakan sebagai tuhan Ia sudah menyalahi kepercayaan kita ALLAh tu satu dan esa seperti dalam Quran. So kalau begitu tuhan yang Kristian Sembah BUKAN ALLAH.

      Maka aku aku membantah ALLAH tu digunakan dalam injil bagi mengatakan ianya tuhan mereka.



      Padam
    6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    7. apa bukti aku hanya ambil satu ayat dan aku buat kesimpulan?
      cuba ko tengok link aku post kat atas tu. hujah hujah dr zaharudin sebut kronologi nama Allah di guna non muslim sejak zaman dulu lagi. banyak ayat quran dia petik.

      bab nak buat kesimpulan, aku tak layak. tapi aku berpegang dengan ulama-ulama dalam majlis syura pas seperti yang di paste cik lin pipi merah kat atas tu:

      2. Persoalan orang non-Muslim guna kalimah Allah adalah persoalan cabang (furu') bukan persoalan akidah yang membatalkan iman. Jadi perbezaan pendapat adalah dibenarkan.


      adakah aku murtad dalam bab ni? hehe

      Padam
    8. Agama aku agama aku, Agama kamu agama kamu

      Pandangan kamu juga pandangan kamu aku hanya berpihak pada pendapat Allah tidak boleh bila memikirkan akan kekecelaruan dan masa depan masyarakat Islam awam hari ini di Malaysia.

      Jika hanya aku fikir diri aku saja maka aku benarkan sesiapa pun pakai Allah tu. Kekalkan je apa yang dah kita pakai.

      Padam
    9. Kerana mereka guna dalam kitab injil yang melibatkan akidah maka aku lebih berpihak kepada tidak boleh kerana ianya tidak menguntungkan kepada sesiapa kepada kristian juga kepada Islam dan masyarakat. Aku melihat lebih kepada perpecahan dan kecelaruan.




      Padam
    10. kepada tanpa nama yang dihormati, sejak zaman nabi muhamad lahir lagi dan juga telah dibuktikan dalam al quran, bahawasanya mmg wujud konsep trinity dalam agama nasrani malahan waktu itu pun terdapat pelbagai mazhab kristian dimana terdapat salah satu mazhab yang menolak ajaran trinity (sekarang mazhab ini dipanggil unitarian, namun ada mazhab2 lain juga menolak trinity). bahkan orang2 arab menyembah berhala ketika itu pun memanggil tuhan-tuhan berhala mereka Allah atau al-ilah.

      Nabi ismail menyembah tuhan yang maha esa, Allah. Namun keturunannya boleh pula syirik kepada Allah dengan menyamakan berhala-berhala lain sebagai tuhan. Maka muncul Nabi Muhamad untuk memimpin mereka kembali ke jalan yang sebenar iaitu untuk menyembah tuhan yang satu, Allah.

      Walaupun terdapat sesetengah nasrani berpegang kuat pada konsep trinity pada zaman nabi muhammad, namun dinyatakan didalam al-quran mereka tetap ahli kitab.

      Padam
    11. Biskut:

      Saya kenal Allah dari AL-Quran kerana saya umat nabi Muahmamad S.A.W.

      Kamus dan panduan saya Al-Quran jadi ini pegangan saya panduan saya tentang Allah. Juga tentang agama lain seperti kristian (NAsrani) juga Juisdm (Yahudi). Tidak sekali-kali saya akan dustakan Al-Quran demi mengiyakan kamu atau rujukan kamu.

      Jika kamu tak suka terpulang kepada kamu.
      Kalau kamu hendak guna kitab mereka kamus mereka juga sebagai rujukan dan pegangan kamu saya juga tidak kisah.

      Untuk saya agama saya dan untuk kamu agama kamu.

      Padam
    12. kalau dah tak kisah, patutnya takde permasalahan untuk mereka guna nama Allah bagi tuhan mereka, kan?

      Padam
    13. Untuk membenarkan bukan di tangan saya tetapi kalau ianya di tangan saya kerana saya Islam jawapan ialah TIDAK.

      Padam
  16. Bagi je guna kalau nak lepas tu senaraikan dalam senarai ajaran sesat yang perlu dibenteras tengok apa mereka nak kata, kan katanya Malaysia ni negara Islam membenteras agama sesat dan menyeleweng kan salah satu tangungjawab.

    Wallahualam.



    BalasPadam
  17. baca komen bola - politik
    baca komen agama - politik
    baca komen isu semasa - politik
    baca komen artis - politik
    baca komen bangsa - politik


    aku tak rasa ahli politik LGE ke hapa ka kesah sangat benda ni..
    motif politik semata...nak cari kebenaran jauh sekali..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju.aku pun nampak isu ni boleh buat modal raih pengaruh dikalangan ahli politik.

      umno main isu ni dapat pengaruh di kalangan melayu yang butthurt.

      dap main isu ni dapat pengaruh dari kristian terutama kristian sabah sarawak.

      Padam
    2. ianya boleh dijadikan modal aku melihat benda ni pro dan kontra

      Ianya boleh menimbulkan keraguan pada pengikut kristian juga Islam kera merujuk kepada Allah yang sama.

      Mungkin kalau digunakan boleh menarik orang kristian yang ingin mencari kebenaran berhijrah kepada Islam kalau mereka benar-benar mencari jalan kebenaran.

      Tetapi juga akan menarik golongan islam sederhana yang tidak faham sepenuhnya agama Islam kepada agama kristian yang nampak mudah tak perlu solat sembayang dan sebagainya..

      Dari sudut lain.. akan menimbulkan kecelaruan mungkin akan jadi seperti di Indonesia.. atau muncul satu agama baru yang mengabungkan kedua-dua agama islam dan kristian..

      Segala kemungkinan ada.. bagi mereka yang berfikir jauh..

      Dalam melihat Masyarakat Islam Malaysia sekarang aku rasakan baik kekalkan apa yang ada kalau takda sebelum ini boleh je kenapa sekarang nak bolehkan pulak?

      Padam
  18. setuju dengan Muzakarah Jwtnkuasa Fatwa Kebangsaan..
    namun ada 1 persoalan, Jika Majlis Fatwa menyatakan kalimah Allah tdk boleh digunakan oleh bukan Islam, jadi bagaimana pula dgn lagu2 negeri sprt Negeri Johor & Selangor serta jata/lambang PDRM yang digunapakai oleh polis (termasuk yg bukan beragama Islam)..
    Adakah mereka turut tidak dibenarkan memakai/menyanyikan lagu tersebut???

    ** Maaf, lack of knowledge,minta pandangan saudara yg lebih arif..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ianya selaras dengan Rukun negara agama rasmi Islam.

      Masalah di sini ialah menyamakan ALLAh tu sebagai tuhan mereka dan ianya SALAhH sama sekali.


      Padam
    2. bro...tak sama ker tuhan yang menciptakan kita dengan tuhan yang menciptakan orang kafir?

      Padam
    3. Sama dari segi general tetapi kalau ko belajar akidah ianya tidak sama..
      Sila belajar akidah dan dalami akidah ko untuk mantapkan iman ko.

      Aku berpegang kepada Al-Quran.

      Kalau ko nak berpegang kepada general silakan itu hak anda

      Padam
    4. tuan yang mantap akidah dan iman, apakah perbezaan tuhan yang menciptakan orang islam dengan tuhan yang menciptakan orang kafir?

      mohon pencerahan.

      Padam
    5. Kalau tuhan tu merujuk satu yang maha pencipta sama tapi bila ko samakan tuhan tu dengan manusia macam nabi Isa maka ianya telah batil.

      Akumalas nak berdebat islam vs kristian di sini kalau ko nak sila pergi ke forum lain.

      Allah tu satu tiada beranak dan diperanakan dan dalam Quran mengatakan nabi Isa itu manusia persuruh Allah.

      Aku pegang Al-Quran sebagai rujukan UTAMA.

      Kalau ko nak gunakan kamus general silakan la.. ianya tak apply untuk aku sebagai umat Islam sebab rujukan aku Al-Quran dan sunnah.


      Padam
    6. Mecha,

      kalau ko Islam dan kata tuhan tu sama..
      - apasal ko tak sembah berhala?
      - apasal ko tak pergi ke kuil sama?
      - apasal ko tak pergi saja ke gereja?

      kan tuhan tu sama..

      Padam
    7. saudara masih belum menjawab perbezaan antara tuhan yang menciptakan orang islam dengan tuhan yang menciptakan orang kafir sebaimana saudara dakwa ada perbezaannya.

      Padam
    8. LawakBetul18 Januari 2013 10:25 PG

      adakah disebabkan saya kata tuhan yang menciptakan orang islam dengan tuhan yang menciptakan orang kafir tuhan yang sama, maka saya kena sembah berhala?

      Padam
    9. Tanpa Nama18 Januari 2013 10:18 PG
      Kalau tuhan tu merujuk satu yang maha pencipta sama tapi bila ko samakan tuhan tu dengan manusia macam nabi Isa maka ianya telah batil.

      Akumalas nak berdebat islam vs kristian di sini kalau ko nak sila pergi ke forum lain.

      Allah tu satu tiada beranak dan diperanakan dan dalam Quran mengatakan nabi Isa itu manusia persuruh Allah.

      Aku pegang Al-Quran sebagai rujukan UTAMA.

      Kalau ko nak gunakan kamus general silakan la.. ianya tak apply untuk aku sebagai umat Islam sebab rujukan aku Al-Quran dan sunnah. ...



      ~~ AKU SUKA JAWAPAN NI...KLAU BERDEBAT ISLAM VS KRISTIAN MMG SAMPAI BILA PON XKAN ABES....TP DR SEGI AKIDAH....YUP..ITU YG MEMBEZAKAN....

      Padam
    10. bab akidah terang teranglah berbeza. even in islam we had 73 divisions and only one True jamaah.

      persoalannya adakah dengan mengatakan Tuhan yang menciptakan muslim adalah tuhan yang sama menciptakan orang kafir itu salah sama sekali?

      for me no big deal on this issue. tuhan kita Allah, jika dorang kristian nak mengaku tuhan dorang Allah silakan. cuma dorang berlaku syirik dengan mempercayai trinity.

      same goes to melayu muslim. sebagai contoh: percaya tuhan kita Allah swt. tapi mempercayai hanya UMNO saja boleh menjaga masa depan orang melayu itu syirik bagi saya. sedangkan Allah cakap sebaik-baik penjaga bagi orang yang beriman adalah Allah. bukan UMNO.

      Padam
    11. Mecha,

      Mecha adalah manusia tetapi adakah manusia tu mecha?
      tentu ada perbezaan yang membezakan kau dari manusia lain..

      Ya Allah tu tuhan yang menciptakan sekelian Alam
      Tetapi dalam Quran juga jelas menyebut Tuhan tidak beranak dan diperanakan menyangkal nabi Isa itu tuhan atau anak tuhan yang jelas dia telah diperanakan melaui siti mariam. Ayat itu juga menyangkal Siti Mariam itu tuhan seperti angap sesetengah penganut kristian.

      Aku tak mahu menyentuh pasal agama Kristian sebab takan habis cuma tentang nama Allah kerana Rujukan aku Al-Quran yang menerangkan siapa Allah. Aku katakan tuhan yang dikatakan dalam konsep agama kristian Bukan Allah.

      Jadi kalau aku katakan Allah itu seperti yang mereka katakan? iaitu Isa atau kosnep trinity mereka aku menyangkal Kamus ASAS aku iaitu Al-Quran maka siapa pula aku sekarang? Bukankah aku sama seperti mereka?

      Wallahualam..


      Padam
    12. Berbalik kepada Al-Quran baca keseluruhannya kemudian kamu fahami.
      Insya'Allah kamu tidak akan sesat.


      Padam
    13. Mecha,

      for me no big deal on this issue. tuhan kita Allah, jika dorang kristian nak mengaku tuhan dorang Allah silakan. cuma dorang berlaku syirik dengan mempercayai trinity

      Maaf mula-mula aku juga tidak kisah tetapi bila aku dalami 2 kalimah syahadah maka aku kisah kerana jika aku bersetuju dan aku zahirkan, maka aku telah dustakan ayat-ayat Al-Quran. Jadi sama sekali tidak sama-ada dalam hati atau di luar.

      Kalau nak benarkan untuk diguna terpulang dengan keputusan itu tetapi bagi aku dari dalam hati dan luar aku katakan tidak sama sekali.

      Padam
    14. adakah terbatal syahadah jika membenarkan umat kristian menggatakan Allah yang umat islam sembah itu tuhan mereka juga?


      Padam
    15. Mecha, Chilled..

      Yang aku faham pada pendapat/pandangan dia kalau kau membenarkan maka kau mengiakan atau bersetuju bahawa Allah tu seperti yang Kristian katakan atau gambarkan. Kau membenarkan penyelewengan sedangkan engkau tahu penyelewengan itu.

      Bukan bermakna tidak bersetuju mereka sembah tuhan yang sama tetapi makna tuhan atau definisi Allah itu yang diselewngkan atau disalah ertikan.

      Padam
  19. Buku pertama aku baca adalah Bible. Buku terjemahan bahasa Indonesia..
    Tuhan yang aku kenal adalah Allah jugak.
    Masa umur 13 tahun,aku study kat Kelantan.
    Nama Allah jugak yang disebut-sebut.

    TAPI! TAPI!tapi~ Aku tak kompius pun Allah mana yang nak dimaksudkan.

    Bagi aku, dunia ni memang macam ni.
    Ada macam-macam benda yang akan datang untuk menduga kepercayaan.

    The point is: Tak semua benda kita boleh kontrol. Yang paling penting mulakanlah dari diri sendiri. Jangan sampai tak kenal siapa Tuhan yang kita sembah.

    Peace no war.
    respect is the key.

    Pray for peace is better.


    BalasPadam
    Balasan
    1. +10. Saya pun tak pernah confuse Allah dalam Bible, dan Allah dalam Al Quran.

      Padam
  20. Katakanlah (wahai muhammad) Tuhanku adalah Allah yg maha esa. Dia lah Tempat tumpuan segala makhluk. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Tidak ada sesuatu pun yg setara dgn Nya. (al ikhlas)

    Tuhan dlm kristian tak sama dgn Allah. Allah itu satu. Bukan Tiga. Tidak Beranak dan tidak di peranakkan.

    Pengunaan nama Allah dlm bible bleh menjadi suatu penyelewengan jika ada ayat dlm bible menyebut Allah Itu Ada isteri dan anak.

    dan aku xnampak apa rasional diorg ganti dgn nama Allah. pd hal sudah berkurun kitab injil guna istilah god.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku melihat kepada ini..

      - mula-mula nak guna nama Allah dalam Injil kita benarkan
      - kemudian mereka challenge kata mereka betul sebab agama kita baru (nabi muhammad)
      - kemudian mereka mahu allah di padam dari Al-Quran..
      - kemudian korang berdebat la mana betul mana salah kitab mana yang betul asli..

      go on and go on.. aku nampak ramai orang buthurt so perdebatan semacam ini akan lebih banyak berlaku bila Allah dibenarkan.. sekarang ni pon ramai dah.. buthurt..

      Padam
  21. Sebenarnya benda ni no issue in Negara Islam, cuma bila ada masyarakat Majmuk dan kemajuan IT, ramai org mengutarakan pandangan masing2. Mungkin pandangan ini dah lama berlaku, tp xda medium utk mereka utarakan.

    The worst part, bila benda ni masuk isu politik, haru biru dibuatnya...bg sy, biarlah ketua agama kita, Agong buat keputusan. Apa dia putuskan kita terima dgn hati terbuka. Nak harapkan pemimpin BN atau PR semua ada kepentingan masing2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang no issue hanya akan menimbulkan kekeliruan pada mereka yang tidak faham demi mengaut keuntungan politik.

      Kalau semua umat Islam akidah mantap sila la guna tapi kalau keadaan sekarang tengok orang salah kiblat pon dah meracau tak tentu hala nanti sumber injil pun orang melayu guna untuk meghalalkan apa mereka buat sebab semua dah ada nama Allah.

      Apa bezanya pergi ke masjid dengan pergi ke gereja.. takda beza kan sebab sembah Allah juga.


      Padam
    2. RAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAMAI nak berpendapat masing2 smbil mcm2 bukti....hot topic

      Padam
    3. isu nama Allah S.W.T. dibangkitkan pastu reda dibagi hiburan bynk2 lagi pastu bangkit kekeliruan lagi pastu reda bagi lagi hiburan dan bangkit lagi kekeliruan reda lagi bagi lagi bhiburan smpi masanya DAM! kau betul kau salah kau semua kena sakit tau sakit.....

      Padam
  22. noob, isu ni da lame. agamawan pun da buat keputusan macam cik lin pipi merah sebut. no harm anymore. bagus ko up isu RCI di sabah. isu kerakyatan aka maruah negara yang di jual kat sana.

    ramai budak budak melayu tak tahu lagi nih. hot topik yo

    BalasPadam
  23. Kesian Tuhan. Dia hanya satu tapi anak-anaknya mempersoalkan namanya pula. adik-beradik bergaduh pasal nak panggil daddy, ayah, bapa, papa

    BalasPadam
  24. good info...thanks PON...

    BalasPadam
  25. Ini pegangan aku kalau kamu tidak suka itu terpulang kamu ada hak kamu sendiri.

    2 kalimah penting asas dalam Islam iaitu syahadah:

    أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ
    Maksudnya:
    “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan/pesuruh Allah”.


    Soalan:
    Siapa Allah dan kena perlu nama Muhammad? Sedangkan di ajar dalam Quran Allah telah ajar dari agama ini dari Nabi Adam, Nabi Nuh, Musa, Isa?

    Jawapannya:

    Ianya adalah untuk menjelaskan bahasa Islam agama terakhir yang membatalkan dan membetulkan segala agama yang terdahulu yang juga datangnya dari Allah. Kerana agama terdahulu hanya bersesuaian dengan keadan masa terdahulu dan agama Islam terakhir sesuai dari zaman nabi muhammad hingga ke kiamat. Dan nama Nabi Muhammad S.A.W dalam kalimah kedua menjelaskan yang tiada nabi atau rasul lain akan datang membawa agama baru.

    Dalam Al-Quran jelas menyebut tentang penyelewengan agama ini sila buat rujukan sendiri tentang ini dan mengapa Muhammad diutusan untuk seluruh umat di dunia.

    Mengakui Allah satu-satunya tuhan yang disembah dan segala yang Nabi Muhammad bawa adalah benar. Ini juga disebut dalam hadis bila Nabi S.A.W mengatakan baginda ibarat bata yang memyempurnakan agama yang telah diturunkan Allah didunia.

    Jadi nama Allah memang dan mungkin ada digunapakai sebagai rujukan tuhan kerana agama yang satu datangnya dari Allah. Yang membezakan ialah ketulenan dan konsep yang mungkin telah diselewengkan oleh pengikut2 agama tersebut. Allah menyebut jelas tentang ini dalam Al-Quran.

    Jika anda berpegang kepada Al-Quran and perlu jelas Allah itu satu esa tidak beranak dan diperanakan, kekal ada tiada bermula dan berakhir.

    Wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah juga memelihara kitab Al-Quran, pergi la kemana-mana sahaja Al-Quran tetap satu dan sama sahaja ini jelas berbeza dengan kitab-kitab lain yang diturunkan sebelumnya.

      Kalau anda lebih percaya kepada panduan lain daripada AL-Quran terpulanglah.

      Agama aku agama aku agama kamu agama kamu.

      Padam
  26. Inilah teknik orang yahudi nak menyesatkan orang islam atau lebih2 lg melayu yg berasa dirinya pandai sgt....knp sebelum2 nie xde masalh untuk mereke mnggunakn bible dlm bahasa inggeris atau lain2 selain melayu???knp skrg tiba2 nak tukar bhsa???fikir2kn lah wahai melayu...perancangan yahudi bukan untuk 2-5 tahun ttp untuk jangka masa yg lama jgn bila dah tergadai agama dan bangsa baru orang melayu nak menyesal dah x guna...bangsa di syiria dan palestine lebih lama mendalami Islam dari org melayu tp tgk apa dah jadi pada mereka???adakah anda nak kate mereka itu x mengamalkan islam yg betul???adakah anda nak kata mereka kekurangan ilmu agama???Fikir2 kn lah melayu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang Yahudi bukan semua yang Kristian. So your point is?

      Padam
  27. Aku orang Kristian tak takut pun tengok Al-Quran diterjemah kepada Bahasa Inggeris. Yang penting, didik anak dengan betul. Tak perlu guna taktik stereotypekan agama-agama lain.


    "Sebab negara kita belum ada suasana yang kondusif untuk itu selain daripada menjaga sensitiviti orang2 Melayu di Malaysia."

    Orang Melayu secara default terbuka sebenarnya, politik yang mengekstrapolasi dan memanipulasi definisi 'isu sensitif'. Kalau soalan-soalan yang susah tapi valid pun nak dilabel sebagai 'kontroversial' dan 'sensitif', tentulah anak-anak semua akan mencari jalan sendiri untuk menemui jawapan.

    Also, the question is: Adakah anda MAHU negara kita mempunyai 'suasana yang kondusif' seperti yang dikatakan di atas?

    Kalau jawapannya tidak, then sorry but that line is irrelevant and unnecessary.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kata kamu.

      Aku juga baca pernah baca bible aku juga pernah masuk gereja holy city di Italy. Maaf, aku tak nampak nama Allah dalam bible yang aku baca juga di dalam gereja disana atau aku mungkin aku yang tidak perasan.

      Juga maaf sebagai orang Islam pegangan aku Al-Quran tentang Allah.
      Segala pendapat aku adalah bedasarkan Al-Quran.

      Padam
    2. Adakah anda mahu Negara Malaysia menjadi seperti negara Amerika dimane kaum peribumi merempat seperti yg saudara ini mahu???Fikirlah melayu

      Padam
  28. Khutbah Jummat pun ada menerangkan psl nih hikmah sungguh :D Alhamdulillah....

    BalasPadam
  29. salam...saya org baru kat sini,x sangka byk betul perbincangan ilmiah kat sini.tapi satu je nak ckp,org melayu mmg ramai yg terlalu sensitif,senang sgt nak butthurt.

    BalasPadam
  30. Noob setahu aku la kan perkara 1 tu dah dipinda sendiri
    Oleh kerajaan Sabah & Sarawak pada era 70-an. Tapi stil xfollow perlembagaan persekutuan. Maknanya boleh revert balik

    BalasPadam
  31. Kalau DAP bijak sepatutnya tidak mempermainkan ISU ini untuk PRU13.

    Saya sokong dan bersetuju dengan PAS walau isu ini mungkin akan melagakan DAP dan PAS dan mungkin mengugat PR untuk menang.

    Walaubagaimana pun seperti saya PAS tiada kuasa penuh dalam "Membenarkan" atau "Tidak membenarkan" ianya tertaluk kepada budi bicara yang dipertuan Agong dan parti pemerintah.

    Pendirian saya sejajar dan selari dengan pendirian PAS.

    ---------------------------------------------
    PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan

    PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.

    Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal. Manakala menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.

    PAS melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

    Harus diingat, bagi umat Islam, nama Allah merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.

    Sehubungan itu, permintaan untuk menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada God samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.

    Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasara), tetapi keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik.

    Ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama, seperti kalimah Dua Shahadah dan Allah, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini.

    Tuan Ibrahim Tuan Man
    Ketua Penerangan PAS Pusat
    26 Disember 2012

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu yang aku ingin katakan dari dahulu kala... si pembangkang ni nak menang ke tak?

      dah tau undi orang melayu main peranan besar untuk tentukan kerajaan persekutuan, pembangkang boleh pergi gatal main isu kalimah Allah & LBGT pulak.

      haish...

      Padam
    2. Mungkin nak menang dengan taktik lain mungkin kalau cukup kerusi MCA akan keluar BN & DAP akan kelaur PR dan bergabung :)







      Padam
    3. terbaik lah tanpa nama, entry ni RAAAAAAMAI tanpa nama menulis dengan berilmiah alhamdulillah:)

      Padam
  32. Sesetengah perkara terdapat juga pandangan kedua, ketiga dan sebagainya. Saling hormat menghormati pandangan yang lain adalah jalan yang lebih harmoni. Seperti yang ditunjukkan pada entry kali ini. Perbincangan yang baik.

    Apa yang noob tulis tu adalah pandangan kedua. Peganglah dengan mana-mana yang kita cenderung selagi ia tidak melanggar akidah.

    Setelah meneliti beberapa perkara yang terhasil dari isu ini, setakat ilmu saya yang cetek ini, saya sama seperti beberapa rakan yang lain, cenderung kepada pandangan pertama, yang telah digariskan ulama.

    BalasPadam
  33. Ini hanya pandangan aku,

    Membiarkan nama Allah diguna dgn sewenangnya ibarat redha dgn nama Allah diseleweng. sanggup ke kita biarkan nama Allah dimanipulasi mengikut ayat dlm bible?

    aku nampak isu ni cuba di mainkan oleh Tv utk alih tumpuan rakyat mengenai isu kelemahan BN dlm mentadbir kerajaan. All about politics utk mengheret parti lawan masuk dlm perangkap mereka. setidak tidak nya berjaya alih perhatian rakyat. siap ada demo lagi.

    If nak demo sgt baik pergi demo dkt genting bhai. pusat maksiat judi arak yg terang2 adalah najis kotor dari amalan syaitan seperti yg dinyatakan dlm surah almaidah.

    Dan aku rasa tak perlu pun nak.buat bible dlm bahasa melayu guna perkataan Allah melainkan utk dakwah melayu islam utk murtad. utk bg dkt umat melayu yg lemah akidah supaya mereka keliru.

    Kalam al quran xkan berubah walaupun satu huruf satu ayat. kalau bible nak tuka huruf guna Allah nampak sgt bible ni x ori(walaupun hakikatnya mmg x ori lg byk di tokok tambah)

    kenapa xguna saja bible versi mat saleh. Melayu kan cerdik2 semua..

    -akuinsanfakir-

    BalasPadam
  34. okla juga isu mcm ni timbul.. yg xsolat yg xpena selak Al-Quran mula da tbuka jiwa raga..nk mempertahankn kalimah Allah,, kalau da tau akidah lemah..kuatknla akidah tu...jgn dok menyalak tpi xsedar2..lapisan generasi tu sapa yg teruskn..kalau bukn generasi muda...? ha ha ha ha

    BalasPadam
  35. Saya tidak mahu mengulas tentang boleh atau tidak atau membenarkan kerana saya tiad akuasa langsung dalam hal ini cuma menyorok perbincangan ke arah perlu ke ALLAh dalam Injil? dan mengapa ianya perlu dalam injil Melayu?

    Kerana saya muskhil mari kita berfikir..

    Persoalan : Ada ke Allah dalam Bible? (Sila rujuk Ini dahulu)

    Kalau sekadar mengatakan Allah ada dalam bible sabah/serawak atau Arab tidak menguatkan hujah sedangkan dalam Bible umum di dalam bahasa Ingeris tiada langsung? Paling dekat ALLAH ditemui di kitab injil berbahasa hebrew/yahudi yang menyebut alah bukan Allah. Lagipun Injil mana yang menjadi ASAS dalam mengatakan Allah tu ada? yang mahu diterjemahkan tuhan kepada ALLAH. kalau ALLAH itu ada sepatutnya ianya telah lama ada dalam injil kerana ianya lebih lama dari agama Islam itu sendiri?

    Jadi perlu ke Allah disebut dalam Injil Melayu? walau merujuk kepada tuhan yang satu?

    Satu lagi soalan - pemusatkan agama kristian ialah memuliakan JESUS sebagai penyelamat atau AL-Masih/mesiah. Kenapa Allah diperjuangkan penganut kristian di Malaysia sedangkan Penganut agama kristian lebih menekankan JESUS sebagai penyelamat yang akan datang menyelamat? Sudahkan asas kristian ini berubah sama sekali? Sekarang mengakui bahawa ALLAH itu yang akan menyelamat dan bukan JESUS?

    Sebagai manusia saya muskhil adakah perkara ini semata-mata diadakan untuk bergaduh dan berpecah belah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya saya da tak nak masuk campur lagi isu ni.

      banyak rakan-rakan kat sini menyatakan bantahan penggunaan nama Allah oleh pihak kristian di dalam al-kitab wasiat baru dengan pelbagai hujah. namun bila saya teliti, bukan disini saja, di website website lain yang membincangkan isu sama membawa hujah bersifat prevention kerana takutkan akibat buruk penggunaan nama Allah di dalam kitab tersebut.

      namun kaedah ini juga di sedari oleh ramai pihak alim ulama islam seperti perbincangan majlis fatwa, majlis syura ulama pas, ustaz-ustaz yang berauthoriti dan sebagainya. bila saya buat pencarian kaedah penentuan hukum dalam islam, saya temui kaedah ijma di kalangan muslim scholars, qiyas dan 'uruf(keadaan umat islam disesuatu tempat) adalah antara kaedah untuk define/istinbat sesuatu hukum yang tidak jelas disebut dalam al-quran atau al-hadith seperti kes nama Allah ini.

      maka,selepas di teliti keputusan majlis fatwa kebangsaan, saya mula faham mereka berauthoriti dalam perkara ini bagi menghalang penggunaan nama Allah oleh orang kristian disebabkan mereka adalah penjaga urusan umat islam diMalaysia dan lebih memahami uruf disini. perlu di ingat, ulama di luar dari malaysia tidak semestinya memahami condition umat islam di malaysia dengan baik.

      begitu juga dengan keputusan majlis syura ulama pas. mereka juga berauthoriti dalam menentukan hukum samada boleh menggunakan ataupun tidak. tapi bagi saya keputusan majlis syura pas tidaklah begitu kuat authoritinya seperti majlis fatwa kebangsaan even in certain cases pihak kerajaan ada juga mengkesampingkan keputusan yang telah di buat oleh majlis fatwa kebangsaan. tapi itu cerita lain

      justeru, bila keputusan telah dibuat, seharusnya semua umat islam dimalaysia menghormati keputusan tersebut. dan pihak kerajaan malaysia melalui KDN harus segera kuat kuasa perkara ini(malangnya kita di malaysia, urusan umat islam juga boleh di lawan di civil court).

      dan tak lupa juga, kepada yang bersetuju, atau yang berpendirian nak guna nama Allah pun takpe, taknak guna pun tak mengapa, jangan pula kita memandai-mandai menghukum kafir, murtad, terkeluar Islam, melebih ulama-ulama pula. sebagaimana keputusan syura ulama pas sebut, isu nama Allah adalah isu cabang. bukan isu pokok yang boleh membatalkan keislaman seseorang seperti syirik berjumpa bomoh. dan tak perlulah kita nak exaggerate cth: jika benar kristian guna allah, samalah kita membenarkan Allah itu trinity.

      semoga kita dapat hormati hujah hujah yang dibawa oleh kedua dua pihak dikalangan ulama-ulama islam. itu lebih penting.

      Padam
    2. Tanpa Nama19 Januari 2013 7:43 PG

      soalan anda: Injil mana yang menjadi ASAS dalam mengatakan Allah tu ada?

      sama seperti soalan dari golongan kristian yang bertanya: injil mana yang menyebut ahmad itu ada dalam injil?

      inb4 baca kisah waraqah bin naufal, sirah ibnu hisyam.

      Padam
    3. Pertayaan Noob lebih kepada setuju guna.. maka
      Ramai yang menyatakan pendirian masing-masing

      Saya faham pada bersetuju atau tidak.

      Memang suatu yang dijangkakan kalau salah kiblat pon boleh diragui keimanannya apalagi kalau bersetuju atau tidak tentang ALLAH khalimah yang suci dan mulia asas penting dalam agama Islam. Khalimah shahadah yang disanjung ini diguna oleh agama lain yang selama ini tidak mengunakannya.

      Mungkin method penekan akidah dan pengajaran agama Islam yang berbeza di Malaysia menyebabkan pemikiran yang sebegini? contoh Penerapan pembelajaran di sekolah pondok di utara dan sekolah agama di selatan? Juga pembacaan yang luas dari internet yang juga dari pelbagai cabang dan pandangan.?

      Corak pemikiran manusia juga berubah dan berbeza-beza. Rasanya tiada yang mengatakan orang lain akfir atau kufur tetapi lebih menyatakan tentang pendapat peribadi mereka sendiri yang mereka faham dan kita seharusnya memahami dan menghormati padangan masing-masing.

      Masing-masing ada kefahaman, kepercayaan dan keyakinan masing-masing maka saya rasa terpulang lah. Masing-masing akan menjawab di akhirat kelak.

      Memang betul kata antara komenter di sini ini adalah perkara samping yang UTAMA ialah ibadah diri sendiri. betul? cukup atau tidak.

      Saya lebih berminat mengenal dan memahami manusia dan tuhan dari bertelagah jadi saya lebih berminat mengkali pokok asal sesuatu Isu iaitu asal kalimah Allah ini.

      Kalau memang ada dalam Bible/Injil rasanya tiada masalah. tetapi kebenaran yang dibangkitkan ialah meterjemah? tuhan kepada Allah bukan menterjemah Allah kepada tuhan.

      Maka saya lontarkan persoalan adakah Allah memang ada dalam Bible/Injil?



      Padam
    4. Tanpa Nama19 Januari 2013 9:20 PG:

      adakah Allah memang ada dalam Bible/Injil?

      ini jawapan dari Ahmad Deedat.

      the name of god is Allah even in bible-Ahmad Deedat

      Padam
    5. Jika dah ada maka tak perlu la minta kebenaran kerana memang ada?
      Kebenaran ni kalau benda yang tiada.

      Padam
    6. Bunyi agak sama mungkin slang yahudi dan slang arab.

      Tapi betul juga persoalan kawan kita kenapa nak guna slang Arab -> ALLAH sedangkan Slang Yahudi asalnye ialah alah? elah? Bukan kah Kitab Asal Injil asal dalam bahasa hebrew?



      Padam
  36. memandgkn aku tgk ramai ustaz2 kt sini,so aku nk tya,nama Allah tu bermaksud Tuhan dlm bahasa arab.kita sbg org melayu kita juga selalu mengucapkn Ya Tuhan yg merujuk kpd Allah.org muslim di barat jg menggunakan God yg merujuk kpd Allah.org cina,india,jepun,yahudi dan lain2 bangsa yg beragama islam jg memanggil Allah dgn mggunakan perkataan Tuhan dlm bahasa mereka.malah Allah sendiri ada 99 nama seperti Ya Rahman Ya Rahim,kita jg boleh guna Yang Maha Pemurah,Yang Maha Pengasih,Yang Maha Esa,dan boleh jg guna dlm english spt The Almighty dn lain2.so apa yg aku nmpk skrg ia hanyalah isu yg berkaitan dgn masalah bahasa,bkn masalah akidah smpai ada yg ckp boleh jadi murtad kalau biarkan agama lain guna kalimah Allah.hrp korg2 yg cerdik pandai ni boleh beri sedikit pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun nak tanya ustaz boleh ke mengucap tanpa sebut nama Allah?

      Padam
  37. Stop dulu dengan isu kalimah Allah kerana penyelesaian sudah ada kerana ia cuma sub-topic. Main topiknya adalah sejauh mana kita memelihara Allah dalam kehidupan kita. Cukupkah solat kita? Tanya lagi & lagi.

    Setahun berapa kali kita dapat khatamkan Quran? Tapi ada yg lagi dasyat iqra 4 pun merangkak nak mempersoalkan Bible versi melayu?

    Tunaikan dulu fardhu ain sebelum fardhu kifayah. Tegakkan Islam dalam diri sebelum Islam di "luar diri"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf cik lin saya kurang bersetuju sedikit

      Saya diajar untuk menyampaikan kebenaran walaupun satu ayat
      Saya juga diajar untuk saling ingat mengiatkan..

      Terpulanglah orang mahu terima atau tidak kerana itu tidak penting bagi saya yang penting ialah diri saya sendiri kerana yang paling dekat bila saya sampaikan sesuatu yang baik ialah hati saya diri saya.

      Saya harap dengan menyampaikan kebaikan Allah memberi saya kebaikan.

      Kalau saya perlu sempurna baik baru hendak menyampaikan kebaikan saya rasa saya tidak akan sampaikan sampai bila-bila kerana saya tak pasti bila saya akan sempurna.

      Wallahualam.

      Padam
    2. Tapi insyaallah kalau anak melayu kita terdidik dengan Islam yg syumul, bacalah kitab Bible versi melayu atau kitab hindu versi melayu, kitab budha versi melayu, insyaAllah mereka tak tergugat.

      Apa yg Tanpa Nama 19 JANUARI 2013 10:02 ptg nyatakan ni juga penting, tapi ada yg lebih penting untuk diterapkan. Terima kasih ^_^

      Padam
    3. Sebab Al-Quran dalam bahasa Arab yang penting sebenarnye belajar dan fahami bahasa Arab. Kalau orang Islam ada Ilmu dan memahami bahasa Arab hujahnye senang saja dalam khalimah shahadah dan tauhid kita.. Mari kita fahami khalimah tauhid kita..

      ASHADUAL LAILAHA ILLALLAH

      Dalam Arab, biasanya kita faham dalam bahasa melayu ialah tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH. tetapi yang lebih jelas ialah Tiada tuhan yang disembah melainkan tuhan yang satu atau yang tungal. Al dalam bahasa arab kalau diterjemah ialah tungal, satu, Esa dalam bahasa Melayu. ALLAH menerangkan Tuhan sekalian alam. Jadi tiada isu kalau Kristian nak guna tuhan dalam Arab mereka tidak boleh guna AL sebab menafikan konsep dan asas agama mereka mungkin kalau mereka nak guna mereka boleh guna "lah" saja. Ini kerana nama ALLAH ialah ringkasan padat tentang ALLAh yang tungal, yang esa, dan yang satu tiada beranak dan diperanakan.

      Alhamdullilah kerana Allah menyedarkan saya tentang ini.
      Hanya sekadar berkongsi.

      Padam
  38. Haha betull ckp cik lin. Aku cuma nak komen tang gambar demo je dgn baner kami love Allah segala mak nenek bagai.

    Tapi disebalik demo kain rentang. adakah dlm kehidupan kita praktik amalan yg membuktikan kita betul2 syg Allah. betul2 syg rasulullah?

    Aku risau disebalik "we love Allah tu majlis maksiat makin bleluasa. pub nighclub dangdut masih jd makanan harian. kasino judi zina xpyh ckp la dkt genting bapak maksiat dkt situ.

    Apa yg kita buat biarlah mencerminkan sapa diri kita. jgn jd munafiqun beriman pd ptg ari kufur pula pd mlm ari. tgk pd kain rentang mcm hebat tapi bila Allah suruh berhukum dgn hukum quran xnak. malah ada yg hina plekeh hukum quran.

    Hidup kita byk yg xkena. sama2 perbaiki diri kearah yg lebih baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara, Kerana Allah itu memahami manusia ciptaanNya.. kerana kekuatiran itu Allah mengajar dan mewajibkan kita bersolat 50 waktu sehari semalam tetapi ianya telah dikurangkan kepada 5 waktu sahaja. kenapa solat itu diwajibkan?

      Kerana dalam solat kita mengucap 2 kalimah sahadah sebanyak 9 kali sehari semalam. Ini memperbaharui Iman dan akidah kita semoga kalau kita kufur samaada sengaja atau tidak semasa diluar solat atau kehidupan kita.

      Jadi jagalah solat kita fahami dan hayati solat kita dan terjemahkan dalam setiap kehidupan kita, di dalam perbualan kita di dalam percakapan kita di dalam perbuatan kita dengan erti kata lain didalam kehidupan kita.

      Padam
  39. Lirik Lagu : Allah Peduli – Agnes Monica

    Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
    Mengapakah harus terjadi
    Di dalam kehidupan ini
    Suatu perkara yang
    ku simpan dalam hati
    Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

    Allah mengerti
    Allah peduli
    Segala persoalan yg kita hadapi
    Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
    Sebab Allah mengerti

    Allah mengerti
    Allah peduli
    Segala persoalan yg kita hadapi
    Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
    Sebab Allah Yesus ku mengerti

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn sampai terpesong akidah dengar lagu ni

      Padam
  40. sesungguhnya orang kafir, ahli kitab(yahudi, kristian), musyrikin penyembah penyembah berhala tempatnya di neraka dan kekal pula di dalam nya dulu kini dan selamanya..

    na uzubillahimin zalik

    BalasPadam
  41. ironninya hati kita walau sebut nama Allah setiap hati tetapi kadang ada juga masanya yang masih tidak memahami tidak menghayati dan tidak mengasihi

    Semoga Allah membuka hati kita untuk lebih memahami lebih menghayati lebih mengasihi.

    Ampunilah hamba-hambamu yang lemah ini Ya Allah kerana masih belum dapat menunaikan lafazku setiap hari yang solatku ibadahku hidupku matiku dan segalanya hanya untukMu.

    BalasPadam
  42. sekadar pengkongsian dan pencerahan utk rakan2 sila klik SINI (layakkah mereka menggunakan perkataan Allah)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ingat nak copy paste je tapi panjang sangat tak lepas utk ruangan komen hehehe.

      Padam
    2. Kerana umat Islam sudah meletakan nama Allah dekat dalam Hati? atau sudah menajdi adat? mereka mereka begitu takut dan risau nama Allah ini diseleweng. Alhamdullilah kalau itu yang dirisaukan walau bagaimana pun tuhan yang satu itu Allah menjadikan sekelian Alam jadi setiap hambanya berhak mengunakan namanya dan terpulang pada tafsiran individu atau agama. Kerana walau silap dan salah tafsiran tentang Allah itu tetap sama dan satu. Mereka akan dipertangungjawabkan di akhirat kelak atas setiap sesuatu termasuk menyeleweng dan membuat salah tafsiran sengaja atau tidak. Saya yakin akan Allah itu maha Adil Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui setiap sesuatu.

      Kalau Allah dibenarkan untuk diguna saya yakin Allah itu tetap satu tidak beranak dan diperanakan semoga penganut Kristian mendapat hidayah dan kebenaran yang sejati jika mereka mahu mencari kebenaran.

      Saya percaya bila penganut kristian menguna nama Allah dan menyebut Allah SELALU dan bukannya JESUS, saya memohon agar Allah dapat memberi hidayah kepada mereka dalam mencari kebenaran tentang Allah juga kepada orang Melayu yang masih tercari-cari dan belum mengenal Allah. Tidak lupa juga saya kepada semua umat manusia. Saya katakan ini kerana kita semua dari satu dan bertuhankan yang satu. Allah itu maha besar pengasih dan penyayang.

      Padam
  43. saya baru tahu negeri saya ni takde agama rasmi ..

    BalasPadam
  44. Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang.

    Buat saudara-saudaraku.. tidak kira Islam atau kristian atau mereka yang bukan Islam atau Kristian.. kerana kita semua dari bani Adam yang satu yang diciptakan oleh tuhan yang satu dan sama. (Kecuali la anda mungkin alien atau makluk asing :) )

    Sebenarnye kita kena saling memahami dalam semua situasi bagi mengelakan ketegangan dan salah faham. Jangan terperangkap dalam niat jahat mereka yang memanipulasikan Isu ini untuk kepentingan politik sempit atau emosi..

    1) Perlu difahami kenapa ramai orang Islam membantah Allah diguna oleh orang kristian. Pada kebiasaannya/kelaziman Allah tidak diguna di Semenanjung Malaysia amnya oleh penganut Kristian. Kita tidak tahu mengapa atau dari mana sejarahnya yang saya tahu Kristian lebih memuliakan dan menyangjung JESUS. Jadi timbul prasangka buruk di sini. Ini normal sebagai manusia akan timbul persoalan dan keraguan jika suatu yang baru ditimbulkan dari norma kebiasaanan.

    2) Juga timbul keresehan dan persoalan kerana ianya hanya untuk injil bahasa Melayu? Kenapa tidak semua jenis Injil berbahasa Cina, Tamil, Melayu dan Inggeris mengunakan nama Allah. Adakah terdapat niat jahat di sini dalam mengambil peluang kekeliruan umat islam sekarang? Ini bukan tuduhan tetapi suatu yang menjadi persoalan bila suatu yang tidak lazim diguna. Jika terjemahan Injil melayu dari Injil berbahasa Ingeris maka god sepatutnya tuhan bukan Allah. God ialah rujukan benda sama seperti merujuk manusia. Manakala Allah ialah nama khas seperti nama Ahmad, muhamamd dsb. Kenapa kitab Injil tidak mengunakan nama tuhan dari awal?

    3)Kerana kelaziman yang tidak digunakan dan kerana juga Malaysia telah mempunyai suasana Melayu Islam turun temurun adalah menjadi tangungjawab komuniti atau peranan badan agama dalam menentukan dan menjaga umat Islam di Malaysia. Mereka telah mengambil kira banyak perkara dalam membenarkan dan tidak dan lebih memihak kepada tidak. Kalau Kristian sedar umat Islam seperti juga umat kristian mempunyai cabang dan pemahaman yang berbeza-beza. Membantah dan tidak membenarkan perkara ini adalah demi untuk mengelakan kekeliruan yang selama ini telah menjadi lazim dan norma dalam masyarakat.

    4) Seperti JESUS, Allah telah menjadi suatu kalimah keramat bagi umat Islam dan Melayu amnya. Telah dididik untuk menghormati Kalimah Ini. Ianya tidak boleh diletakan dimerata-rata tempat apatah lagi dipijak-pijak atau diletakan dalam gereja apalagi bible yang selama ini tiada. Jika Kritian menghormati dan memuliakan JESUS sila fahami bahawa Umat Islam amat cinta dan sayangkan Allah. Mengunakan nama Allah di dalam bible mengundang keresahan yang selama ini telah diajar bahawa Allah itu Esa tidak beranak dan diperanakan. Ianya sama juga kalau umat Islam guna JESUS dan katakan dia hanya manusia sedangkan Kristian mempercayai sebaliknya.

    4) Perlu juga memahammi kenapa yang membenarkannya juga tidak salah. Kita menyembah tuhan yang sama dan yang satu maka tiada hak bagi sesiapa menafikan ini juga mengunakan nama tuhan iaitu Allah. Walau apa pun tafsiran Allah pada individu dan agama lain memang umumnya tiada larangan keatasnya kerana Allah sendiri yang menjaga namanya dan setiap hamba-hambanya berhak mengunakan namaNya. Walaubagaimanapun di Malaysia kerana ianya tidak menjadi kelaziman ianya telah memberi hak kepada kerajaan dalam memnentukan atau membenarkan (point 1 di atas)

    Ini adalah apa yang saya fahami dari umat Islam Malaysia dan Kristian.
    Saya hanya menyampaikan kebenaran dan pandangan jujur saya. Jadi umat Islam dan Kristian fikirkanlah jika kamu fikirkan tentang tuhan kamu.

    BalasPadam
  45. Isu ini tmbul asal nk cover isu lain,yg timbulkan lim guan eng dlm ucapan khismesnya(dia bkn umno). Majlis ulama kebangsaan dh tegaskan larangan pgunaan kalimah Allah ni,asal nk ddebatkan lg?majlis syura pas pon sama.skrg karpal singh nk msk campur,lu sapa?amat sedih bl azmin ali mnyanggah kptsn ni. Asal klw bab skolah jenis kebangsaan mcm nk hapuskan bhs malaysia,nk bhs ibunda msg2,time bible nk bhs kbgsaan? Indon diorg xckp bhs lain slain bhs indon,sbb tu bible bhs indo.

    BalasPadam
  46. Memang Isu politik aje.. DAP ni pun bebal nak PRU sabar la sikit pi bangkitkan isu bahasa dan terjemahan ni ni nampak sangat kebengongannye..

    Kalau dari segi bahasa yang aku belajar sedikit sebanyak bahasa Arab, Al bermahsud yang satu, yang tunggal. Kalau Kritian nak guna ALLAH dah jadi tidak tepat terjemahannya. Sepatutnya kalau nak terjemah ke arab konsep trinity, 3 tuhan tu Tallah kot.

    Dalam Quran sebab banyak disebut ALLAH maka ianya telah menjadi seakan nama khas jadi biasanya tidak diterjemahkan sebagai tuhan yang satu. Lebih dikenali sebagai ALLAH sahaja. Memang Allah tu tungal yang satu tiada beranak dan diperanakan. Jadi ALLAH tu lengkap dan ringkas menerangkan sifatnya.

    Mari kita belajar bahasa arab dalam memahami setiap patah perkataan dalam Al-Quran.

    BalasPadam
  47. Aku jadi pening bila baca semua komen korang

    BalasPadam
  48. semoga ALLAH bagi aku petunjuk,nak bantah rasa salah nak sokong lagi rasa salah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah maha berkuasa nama Allah itu sendiri telah melindungi dirinya dari disalah tafsir.

      Hanya mereka yang sesat saja yang tidak memahami dan tidak mengaku bahawa makna Allah itu ialah tuhan yang satu yang esa dan tungaal tidak beranak dan diperanakan.

      Padam
  49. Aku sebut nama Allah setiap hari aku terus terang aku rasa kurang senang dengan permintaan ini. Nak gunakan nama Allah dalam Bible Bahasa Melayu?

    Aku consufuse kerana sebab mereka sendiri yang tak hormat nama Allah dalam bible sekarang nak gunakan pulak? berhujah 1) hanya kerana nama Allah ada dalam injil Arab dan yang dicetak di Sabah & serawak. 2) Kita menyembah tuhan yang sama? Adakah sama kalau tafsiran mereka dah berbeza? Bukan Kristian lebih memuliakan Jesus sebagai anak tuhan dari tuhan itu sendiri? Seperti mana puak Syiah memuliakan Saidina Ali?

    rujuk http://www.copticchurch.net/cgibin/bible/index.php?r=Genesis+1&version=SVD&btn=View

    فِي الْبَدْءِ خَلَقَ اللهُ السَّمَاوَاتِ وَالارْضَ
    -ayat 1, Genesis, Injil Arab
    diterjemah ke bhs English menjadi:
    In the beginning God created the heavens and the earth.

    Ada pakar bahasa Arab boleh terangkan? rasanya agak biadap, kenapa nama tuhan Allah perlu diterjemah/ditukar sebagai God pula? Ini bermakna Allah yang digunakan/sebutkan tadi bukanya Nama khas tetapi merujuk kepada tuhan sahaja bukan nama Khas Allah. Tiada dalam mana-mana penterjemahan bahasa menukarkan nama khas kepada nama umum atau nama lain.

    Jika meneliti Al-Quran http://www.allahsquran.com/learn/ In the name of Allah.

    Terjemahan Al-Quran ke dalam Bahasa ingeris tidak langsung menukar makna Allah ini sebagai God, ini menunjukan Allah ialah nama Khas di dalam Quran.

    Jadi persoalan yang saya lemparkan perlukah bible guna nama Allah hanya kerana ada perkataan Allah dalam bible Arab atau Sabah/Serawak?

    BalasPadam
  50. Untuk orang ISLAM sila betulkan dan kuatkan akidah kita jangan ikut jalan yang tak betul..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.