Hanya 5 kumpulan yang tinggal untuk finale iaitu Jozan, Jambu, Shiro, Boboi dan SayWho. Tema malam ni adalah "Muzikal" dan "Freestyle". Tema Muzikal pernah dibuat pada minggu ke-5 dengan aku memilih Jambu sebagai peserta yang membuat persembahan terbaik dengan lagu Malique & Black Teman Pengganti nak pergi jamban pun bersama. Untuk tema Freestyle (bebas) pernah juga dibuat pada minggu pertama dan aku juga memilih Jambu masa tu sebagai persembahan terbaik. So seperti yang aku tulis di ulasan minggu ke-9, Jambu merupakan pilihan aku untuk jadi juara malam ni, tapi menang kalah adat pertandingan, sapa2 yang menang pun dah memang rezeki dia, yang penting aku harap semua peserta dapat all-out dan buat yang paling terbaik malam ni kasik semua pecah perut.
Seperti insiden cabut pagar stadium minggu di Kuala Terengganu dan juga insiden penonton tak puas hati kerana tiket dalam Stadium diberi pada kroni di Ipoh minggu lepas, minggu ni tengok takde berlaku sebarang insiden yang tak best waktu nak ambil tiket kat JB ni, orang ramai beratur dengan teratur dan tersusun.
* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...
- HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.
Kedudukan sebelum persembahan bermula:
1. Jozan
2. Jambu
3. Shiro
4. SayWho
5. Boboi
Pusingan 1: Freestyle
1. Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Zizan masih lagi solo minggu ni dan buat lawak tiru watak UAI macam minggu ke-8, jadi ustart enjin untuk hoskan rancangan bual bicara "Nampak samo tapi bukan dio". Tapi sekali Johan buat kejutan dengan muncul semula kat atas pentas jadi Justin Bieber Malaysia, Awie dengan talk show dia "Tunggu, ini semua poyo" dan diorang berdua terus berebut program. Antara punchline yang kelakar, "Saya dah lama tak pukul orang berjanggut ni" hahahaha gila.
2. Shiro (Laugh-O-Meter: LMAO)
Adakah membuat persembahan di negeri sendiri dapat memberi kelebihan kepada Shiro? Sketsa diorang menampilkan sekali lagi watak Nasir Bilal Khan dalam cerita Tanah Kubur nasihat seorang peragut beg tangan seorang makcik yang meragut tepi kubur. Paling lawak masa patung makcik tu jatuh dan Shahrol cakap punchline yang buat penonton kat studio semua ketawa terbahak2, malangnya kena censored. Bagi aku walau persembahan baik tapi tak banyak punchline lawak.
3. Boboi (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Diorang bawak sketsa berlatarbelakangkan China jadi Kakak Hang Lipo yang dah kena hantar ke Melaka, Harun jadi Hang Liwa, Nabil jadi Hang Linge, dok gaduh dah tua baru nak kahwin, susukan anak dengan yogurt. Afdlin jadi bapak diorang, cari Limot. Antara punchline yang lawak, bagi 5 contoh buah2an - Langsa, Limau, Luku, Lurian, Lukisan (sebuah lukisan) dan Lisa (buah hati Yusly). Yang tak tahan siap mock video viral Listen! Listen! Listen! dan cerita masalah haiwan hahaha. Dan kelebihan Boboi diorang boleh bahan Harun orang tua.
4. Jambu (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Lawak diorang memang sempoi habis. Tauke dengan Yus naik pentas dengan mahkotanya nak bagi ucapan, Tauke mulakan dengan kata2 aluan kepada Dato Seri, Puan Seri, Tan Seri, Puan Seri, kumpulan Search, Wings, Lipan Bara, mekanik motor, polis bantuan, budak tadika, orang makan nasi, penyokong jambu, guru PIBG, pemain kriket, ahli gusti dan macam2 lagilah, kata 1Malaysia habis disebut semua hahaha gila. Lepas tu Yus takleh kawal diri meroyan sampai Tauke takleh nak habiskan ucapan dia. Memang lawak merapu habis.
5. SayWho (Laugh-O-Meter: LMAO)
Dora dan Leonardo dah besar datang klinik Dr. Rozmey, sakit takleh buang air besar sebab takde tandasnya. Antara punchline yang lawak, "Masa check dada keluar bunyi kuda, bapak ini kecil2 nafsunya besar ya", "Baca dalam magazine merokok membahayakan kesihatan, sebab tu saya dah berhenti baca magazine". Lawaklah jugak cuma lawaknya macam biasa mereka, tiada elemen kejutan sampai tahap meletup.
Pusingan 2: Muzikal Komedi
1. Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Zizan jadi Mohd Sapa bin Breakfast bawak kereta sambil dengar radio, Johan mula2 jadi DJ radio India bukak lagu Najwa Latif Kosong bahasa Tamil, lepas tu radio Cina main lagu Noraniza Idris Padi Huma versi cina, lepas tu buat segmen teka bunyi Era dan segmen karaoke sambung lagu. Masa persembahan ada orang hantar microphone kat diorang tapi aku rasa aku dengar je suara diorang. Bagi aku untuk sebuah persembahan terakhir lawaklah juga plus dengan ending lagu tema Upin Ipin Sahabat Selamanya yang mungkin simbolik kepada persahabatan Jozan.
2. Shiro (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Sharol baru balik kampung jumpa bini yang tengah mengandung. Antara lagu2 yang digunakan lagu raya Balik Kampung, abang dah pulang mak buat cucur dan Sesaat kau datang Ramlah Ram & Sleeq, Shahrol siap rap. Banyak lawak ayat2 romantik, dan persembahan diakhiri dengan tarian zapin over macam minggu ke-9, memang layak dipanggil persembahan terakhir yang best.
3. Boboi (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Boboi buat rancangan "Yuna mencari pengganti" untuk audition cari pengganti Yuna untuk bawak lagu Yuna Terukir di Bintang untuk sebuah pertandingan lagu. Gila lawak sindir tajam nih, habis Yuna kena bahan. Mula2 kak Ning buat audition, lepas tu Hafiz AF, pastu Harun jadi Ella, masuk pulak Bandi Amuk, Zainal Abidin pun masuk jugak dan last sekali kumpulan Rabbana (Rabbani). Untuk sebuah perembahan terakhir mereka, bagi aku amat best.
4. Jambu (Laugh-O-Meter: LMAO)
Diorang buat sketsa Yus jadi bapak tengah tunggu anak perempuan dia Zila yang tak balik2 lagi lepas tu bergaduh dengan menggunakan lagu2 seperti Stacy, Hafiz Awan Nano, Amy Search Aku dah bosan, Kata omak den, Malique & Jamal Abdillah Maafkan aku dan lagu2 lain lagi. Persembahan muzikal komedi kali ni boleh la lawak dia, tapi jujurnya aku lebih suka persembahan pertama, dan persembahan muzikal komedi mereka masa minggu ke-5 dulu. Untuk kali ni tiada elemen kejutan dan tidak diduga, serta tiada elemen "Persembahan Terakhir".
5. SayWho (Laugh-O-Meter: LMAO)
Sebagai persembahan penutup kepada MLM2012, SayWho membuat sketsa pasal kahwin dan cinta. Mula2 start dengan lawak Jambu nak kicap. Lagu2 yang digunakan seperti Rossa Ku Menunggu, lagu apa ntah selalu dengar tapi tak ingat tajuk serta lagu dan tarian zapin. Banyak punchline menarik cuma macam lawak2 biasa SayWho sahaja tapi tak boleh dipanggil sebuah persembahan penutup.
Ranking aku untuk persembahan peserta minggu ini:
Pusingan 1: Freestyle
1. Jambu - ROTFLMAO
2. Jozan - ROTFLMAO
3. Boboi - ROTFLMAO
4. Shiro - LMAO
5. SayWho - LMAO
Pusingan 2: Muzikal Komedi
1. Shiro - ROTFLMAO
2. Boboi - ROTFLMAO
3. Jozan - ROTFLMAO
4. Jambu - LMAO
5. SayWho - LMAO
Dan seperti yang aku dan ramai dah boleh jangka, keputusannya seperti dibawah:
JUARA (RM500,000 + Trofi): Jozan
Naib Johan (RM250,000 + Trofi): Jambu
Tempat Ke-3 (RM150,000 + Trofi): Shiro
Tempat Ke-4 (RM50,000 + Trofi): Boboi
Tempat Ke-5 (RM15,000 + Trofi): SayWho
Kesimpulan:
Akhirnya Maharaja Lawak Mega 2012 telah pun melabuhkan tirai dengan Jozan menjadi Juara yang sebenarnya dah boleh diagak sejak awal MLM2012 ni lagi kerana mereka dah jadi favorite team dengan kedudukan undian mereka langsung tidak pernah turun dari no. 1. Tidak dinafikan populariti Zizan dan Johan yang kedua2nya pernah menang Anugerah Pelakon Komedi Lelaki Popular ABPBH menjadi faktor kemenangan mereka.
Namun kemenangan Jozan kali ni sebenarnya merupakan kemenangan pertama mereka secara berkumpulan dalam mana2 pertandingan setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia lawak sejak menyertai Raja Lawak tahun 2007 dulu. Sebelum ini mereka dah banyak kali meraih kemenangan tetapi secara individu, malah dalam Super Spontan sebelum ini, Zizan mendapat tempat pertama dan Johan tempat kedua.
Adakah Jozan menang kerana populariti? Ya. Adakah Jozan layak menang? Juga ya, kerana prestasi mereka dalam MLM2012 bukanlah teruk malah amat baik sekali, dan portfolio mereka di luar pentas Maharaja Lawak juga sangat tinggi. So walau aku pilih Jambu untuk jadi juara, tapi aku tiada bantahan bila Jozan jadi juara kerana mereka memang berhak menang.
Prestasi kumpulan2 lain iaitu Shiro, Boboi dan SayWho juga sangat bagus, dan mereka semua sememangnya layak beraksi di pentas final. Aku harap mereka akan terus sukses dalam dunia komedi dan terus berkarya, terutama SayWho kerana bagi aku mereka boleh pergi jauh di Malaysia, so harap2 mereka dapat diberi peluang untuk mengembangkan karier mereka di Malaysia.
Apa2pun, masa menanti keputusan Juara tu, masa tengok Johan, Yus, Zizan dan Tauke atas pentas, teringat aku masa Raja Lawak musim pertama dulu. Mereka semua adalah finalis masa tu yang memenangi tempat pertama hingga ke-4, serius nostalgia habis, yang takde cuma Angah je. Harap persahabatan mereka akan kekal sampai bila2.
Dan dengan tamatnya MLM2012, maka berakhirlah segmen yang telah berlangsung selama 10 minggu ini. Di kesempatan ini aku juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan selama ini dan juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang aku buat ulasan dan live review ini ada mengguris hati serta menimbulkan rasa tidak puashati pada mana2 pihak.
Sekian, jumpa lagi dalam entry yang lain. Teruskan menyokong BUASIR OTAK!
* Kredit: Video oleh wwwguatvdotcom2012.
tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2012 2011 mlm jambu jozan shiro boboi sabon balas bandung jokers r2 saywho da di du pmai peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri awie wings lisa surihani wulan guritno najip ali video penuh live stream direct download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 10 final finale akhir
1st lagi.....untuk kali kedua....tadi komen aku didelete......
BalasPadamsorry bro, aku delete sebab komen takde kaitan dengan entry.
Padamxpa...aku paham....aku saja2 je komen.......
Padamhanya SEPAH berjaya kalahkan JOZAN n JAMBU..
PadamSEPAH dah bersepah jadi sepatu eh Sepahtu
Padamjozan
PadamMaksudnya, Maharaja lawak 1 tu yang paling berkualiti..
Padambaru harini dpt baca ulasan Psychic Zero utk last week dan sgt setuju dengan ulasan.Wlaupun ramai yg xpuas hati dgn kemenangan JOZAN,tp sy rasa mereka layak menang(sy bkn peminat tegar JOZAN).Wlaupun sy suke dgn lawak BOBOI yg lebih brmesej,tp penonton hanya mahukan hiburan yg boleh membuatkan mereka ketawa sama jugak dgn sy. Lawak BOBOI mungkin boleh diketengahkan dlm program TV tp tidak utk masuk pertandingan maharaja lawak yg mana stp peserta dinilai mengikut 'lawaknye' persembahan tersebut.
PadamWlaupun lawak JAMBU merapu xde content tapi,YA...JAMBU mampu buat sy ketawa,wlaupun xpaham ape yg diorg cuba smpaikan.Lawak slapstik mmg sentiasa kelakar, mcm lawak2 Mr. Bean.
jil
BalasPadammmg skrg ni box video tu gelap ea? nak try guna ni tgok...
tadi ok, tapi sekarang ada yang dah tak dapat masuk, mungkin server live streaming tu berat sangat atau dah full limit dia. tapi takpe video akan diupdate dari masa ke semasa.
Padamok bro... sedih aku xdpt tgok...warghh...
Padamcmner nk tgk ney syik loadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnngggg jewk !!!!!!!!!!!!!
Padamok je tgk pagi ni
Padammemang x boleh bukak ea?
BalasPadamtrbaik..jozan juara
BalasPadamx boleh la plak..td ok je
BalasPadamnasib aku dah bukak awal2 tadi antara org terawal view
Padamvideo just rolling2 as ball only ;(((
BalasPadamtungu upload la ... ssh betul nk tgok ;( asyik terputus2
BalasPadamHUHU.X DPT TGOK
BalasPadamtk upload lg ker
BalasPadamknp syik loading jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa bengang betol laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
BalasPadamboboi bleh mng tp dpt nombor 4 plak
BalasPadamok la tu,nak nombor berapa lagi.dpt masuk final pun dah cukup bagus
Padamboboi ni up and down..
Padammungkin sebab lawak diaorang bawakan sesetengahnya out of the box
bukan lawak tahap umum..
kt pusingan muzikal komedi, SHIRO mmg TERBAIK!! lg best dr jozan...
BalasPadamjozan the bestt.. foreverrr...
PadamNi musti jenis suka yang romantik2 lol..
Padambukan tmepat 1st dpt 500 ribu ke?
BalasPadamBoboi heart 1st round, Jambu 2nd round. Yet Jozan maintained for both round. Shiro very difficult to judge when dibayangi jepp sepah; & sepah is marbeles to compare with them. Both shiro & say who has the same type composition since week 1; type lawak Q&A. For me, both Jozan & Jambu deserved to win due to their consistency, creativity & spontaneous.
BalasPadamboboi final je best tpy sebelum tuu........................
Padamtpy jozan very best.. 'sahabat selamanya' =)
Lagik satu, the best jury adalah najib Ali. Very precise, constructive comment & sgt kaya with bahasa. Good job..shud get him again to become a jury ..
BalasPadamNajib Ali ni memang educated type Singaporean
Padamfor tonight, i like boboi better. especially, the musical part.
BalasPadamLepas ni maharajalawak dah tamat. Entah apa nak buat malam jumaat minggu depan?????? Anyway tahniah kpd semua pemenang....................................................................
BalasPadambuat kerja amal
PadamMaka, berakhirlah kehidupan seorang insan yang bernama Psychic Zero......
BalasPadamjom nangis ramai2..........
belum berakhir dia akan buat segment rm200 :)
Padamitu bukan psikik zero tp pop-soul la.mohon janji ditepati
PadamOh yeah betul juga
Padampsikik zero ni bukan pon ke? lol
atau id yang khusus untuk hiburan? masih banyak lagi rancangan realiti nak cover up.. aisyeh..
Yeah habis dah.
BalasPadamBagus orang JOHOR ni :)
BalasPadamtak berebut2
listen listen tu lawak kampungan dan outdated
BalasPadamtapi masih boleh buat orang gelak bagi mereka yang memahami la
Padamtakda orang buat lawak budak singapore yang dapat MC 5 hari tu?
boleh juga buat modal punchline
at least better than 1 lg kumpulan tu..asyik tiru jambu je...time mggu muzikal dlu jambu nyanyi "amboi sedapnya", next group tu tiru amboi sdpnye gk..mggu lps jambu wat sketsa mkn ns ngan kicap, mggu ni dorg tiru gk..lgpn, tiap2 mggu bkn ade bhn sgt,asyik membahan fizikal ahli grup die je...rsnya group ni lg outdated and kampungan..
Padammasih blum tgok vdeo2 mlm final semata2 nak baca entry ulasan dr buasir otak dulu. hehe tq.
BalasPadamtrivia jozan -
BalasPadam1.lepas habis persembahan muzikal komedi kump.jozan,zizan cium pipi johan.
2.selepas diumum juara,masa bagi ucapan johan & zizan msg2 berterima kasih kpd peminat "saya",bukan "kami"...pelik
naper dah tak leh tengok nih??? kesian la kat kami yg tak dak astro nihh..tolonglah Psychic Zero kasik leh tengok balik video final mlm nih..:((
BalasPadam-insan yg tak dapat tengok final mlm-
cuba tengok kat sini https://www.youtube.com/user/MaharajaLawakMegaFNL/feed?filter=2
Padamdiorg da delete da... semua video xde dalam youtube.. aku saspek astro yg dengki xbagi org tengok n donload,..bullshit!
Padamthank saiko sebab komited buat entri ini sampai tamat siap statistik spss lagi:)
BalasPadambagi yang dah tak dapat tengok kat sini, boleh bukak :
https://www.facebook.com/wwwguatvcom
aku selalu tengok kat situ..
aq download semua MLM 2012 dari minggu 1st sampai skarang....bagi aq semua best cuma JOZAN memang dijangka menang dari 1st week lagi...tapi kali nie aku tersasar aq jangka JAMBU tapi MLM2012 milik JOZAN....TAHNIAH JOZAN
BalasPadamPROMO BLOG JAP
http://hazimteritory.blogspot.com/