Sejak tragedi kehilangan MH370 ini, ramai orang bersedih. Semua orang Islam disaran buat solat hajat dan berdoa kepada Tuhan. Ramai orang hadir ke masjid dan surau untuk program solat hajat. Dalam radio juga banyak diputar lagu2 berbentuk ketuhanan dan juga lagu2 nasyid, malah berpuisi dan bersajak mengagungkan kebesaran Tuhan yang menunjukkan kekuasaanNya melalui malapetaka dan bencana alam. Tak dinafikan memang ianya bagus, namun aku harap ia tidak berhenti setelah isu MH370 semakin reda dan kita akan terus diperingat agar mengingati Tuhan, mendekati agama serta patuh kepada perintahNya, bukan hanya ketika sedang bersedih dan berduka sahaja.
Menjadi lumrah manusia sewaktu kita gembira dan sedang mengecapi kebahagiaan, kita jarang ingat Tuhan, namun ketika kita menerima ujian, kesedihan dan kekecewaan, barulah kita mencari Tuhan.
Dan setelah beberapa ketika kita sudah pulih dari duka, kita kembali
kepada yang asal dan sering alpa kepada perintahNya. Al-Quran tidak dibaca, doa tidak lagi ditutur,
suruhanNya tidak lagi diikuti, masjid dan surau kembali lengang, pembaca berita dan pengacara2 program di
TV tidak lagi mempromosikan agar kita berdoa dan solat hajat, radio2 tidak lagi
memainkan lagu2 ketuhanan dan nasyid, pakaian artis kembali singkat.
Tidakkah kita terfikir, waktu gembira seperti ketika perkahwinan, banyak larangan Tuhan kita langgar, buat majlis besar2 untuk menunjuk2, memakai pakaian yang tidak menutup aurat, ketat2 dan seksi yang tidak mengikut ajaran agama. Namun waktu sedih seperti sewaktu penceraian, pergi mahkamah tau pula menutup aurat ikut perintah Tuhan.
Saat2 gembira sewaktu menunggu kelahiran anak, kita ambil gambar perut tayang kat orang, ikut budaya barat buat parti baby shower untuk meraikan kelahiran anak yang baru lahir. Namun waktu sedih seperti berlaku kematian, barulah kita nak ingat Tuhan, melawat kubur tutup aurat, baru nak baca Al-Quran, surah Yaasin dan sebagainya.
Jarang aku baca atau lihat kat mana2 saat negara kita mendapat kejayaan dan kebahagiaan, kita disaran agar berdoa dan ucapkan syukur kepada Tuhan, buat program solat syukur bersama2 di masjid dan surau, menyatakan yang segala kejayaan datang dengan izinNya juga. Yang aku dengar dan selalu lihat, masing2 berbangga dan klaim seolah2 kejayaan dan kebahagiaan itu datang daripada mereka semata2. Adakah kebesaran Tuhan hanya dilihat ketika berlaku malapetaka dan bencana? Kenapa sewaktu memperoleh kejayaan, jarang kita mengagungkan kebesaranNya? Agama ini hanya untuk digunakan ketika waktu bersedih sahajakah?
Semua yang berlaku adalah Qada' dan Qadar, sama ada yang baik mahupun
yang buruk. Namun aku harap kita semua (termasuk aku juga) tidak akan
melupakan Tuhan pada saat2 kita memperolehi kejayaan, kesenangan dan kebahagiaan. Mana2
perkara, amalan, program baik serta promosi agar sentiasa memperingati Tuhan yang biasa dilakukan pada waktu kita susah
dan sedih, adalah baik jika ia diteruskan juga pada waktu kita sedang
senang, gembira dan bahagia.
tags: mengingati tuhan bukan hanya ketika waktu sedih duka gembira bahagia kejayaan senang agama islam suruhan perintah larangan halal haram pray for mh370
First...
BalasPadamkepada yg buat parodi bomoh tu...
Padam"Perlakuan bomoh di KLIA itu bukan kelakar. Ia merosakkan aqidah dan sepatutnya disambut dengan istighfar serta nahi munkar. Tiada kelucuan.."
Quoted Sejarawan Umat
Melawak atas perkara kurafat ini tidak kelakar. Mereka mencemar agama tapi kita tengok dan ketawa?.Not to mention pada yang buat video parody.
Andai Rasulullah s.a.w masih ada will he be happy with us? This is obviously not Islam, dan ada sebab kenapa Allah labelkan kita, setiap yang muslim ini dengan title Khalifah. Play our role tak dapat go big pun at least show that you're a muslim....please la
Perlakuan seperti dalam gambar ini rasa-rasa dapat dekatkan orang pada Islam?
copy from facebook..
Betul tu noob..suka entri ni.. Mcm kata2 almarhum tok guru aku, jangan jadikan Tuhan itu keperluan bermusim..
BalasPadamSusah nak cari manusia yg still ingat Tuhan terutama time senang, Sbb 2 kdg2 kala kita diuji pelbagai dugaan supaya kita akan sentiasa berharap kpd Allah swt. Even kita pelik kenapa org kaya raya nmpk spt x ingat Tuhan, ini merupakan ujian bg mereka. Pernah dgr satu hadis mengatakan org kaya n berharta x ramai berada di syurga, yg ramai ialah org yg susah n daif tp still x lalai lakukan kewajiban kpd Allah swt.
BalasPadamBersyukur apa yg ada, ingat Allah selalu dgn melakukan perkara wajib sambil berdoa n sentiasa berniat melakukan sesuatu perkara kerana Allah swt.
Standard la sbg manusia.. x payah la nak eksyen2 yg kita ni mcm nabi dan rasul pulak.. time susah mmg nangis2 minta itu ini.. time senang, ingat gitu2 jer..
BalasPadamMmg semua spesis manusia begini.. apa kita nak malu pulak.. mengaku jela.. "JGN SAMPAI LUPA DARATAN" sudah la.. takat lupa tu biasa la..hehe..
org tulis nk bg sedar, dia ckp jgn eksyen mcm nabi dan rasul.. hbs tu xboleh ke nk contohi nabi dan rasul utk menjadi yg lebih baik?
PadamLagi sorang spesis mamat yg terlebih open minded.golongang mcm ni la yg kalau smpi ajaran sesat..dia diantara yg awal ikut ajaran sesat tu. Aku pun bukan kuat agama..tp aku xde la smpi tahap nak ckp standard la lupe tuhan..ingt ala2 kadar.tu dah mcm karat abis dah imannye tu
Padama good reminder noob, thanks :)
BalasPadamiman sokong!!!
BalasPadamKembalikan degree berasaskan kepandaian.
BalasPadamSPM 5A > degree dan guru
4A - 3A diploma
2A - 1A sijil
0A buruh, pembantu rumah dan pekerja am
siapa2 yang sudah terlepas SPM & nak ambil degree kne ambil spm calon persendirian & wajibkan skor 5A,
Dengan ini tiada lagi perebutan jawatan degree dan kurang kebergantungan kepada PATI untuk kerja buruh dan pembantu rumah. Degree juga akan kembali dihormati. Adil buat semua.
Sokong KEDEPAN. Ada kebenarannya kenyataan anda. Sila buka fb pages utk dapatkan sokongan.
PadamFb page, Nurkedepan
PadamTwitter #nurkedepan
nilah manusia. manusia itu sikapnye pelupa. hanya yang beriman sahaja yg tetap beriman, tak kira la dalam keadaan senang atau susah..
BalasPadamSokong KEDEPAN...
BalasPadamdi sinilah kepentingan tv alhijrah untuk menjernihkan fikiran kita :)
BalasPadamSebab tulah islam ajar kita supaya tidak perlu berasa kasih akan dunia..basically,mengejar kebahagian di dunia akan menyebabkan kita lalai dari mengingati Allah..In this case,kita perlulah bersikap qana'ah means that kalau kita berasa miskin,ramai lagi yang hidup susah daripada kita then kalau kita berasa kaya,ada yang lebih kaya serta maha kaya daripada kita..
BalasPadamsalah tu bro..mne ada islam ajar tak perlu berasa kasih kat dunia. mungkin mksud yang ko nak sampaikan tu betul,tapi ayat macam tak kena.
Padamjgn letakkan dunia tu dihadapan letakkan yang kita perlu letakkan hadapan adalah agama...
Padam"letakkan yang kita perlu letakkan hadapan"
Padamhidup presiden! "KEDEPANkan AGAMA"
PadamSewaktu kita gembira dan sedang mengecapi kebahagiaan, kita jarang ingat Tuhan, namun ketika kita menerima ujian, kesedihan dan kekecewaan, barulah kita mencari Tuhan. Dan setelah beberapa ketika kita sudah pulih dari duka, kita kembali kepada yang asal dan sering alpa kepada perintahNya.
BalasPadamsob sobs ;'-(
Media arab dah keluarkan tajuk beritanya " Malaysia guna sihir sebagai jalan terakhir untuk mengesan pesawat yang hilang". aku rasa nak pelempang je bomoh tu.memalukan negara la
BalasPadamwas about to say the same thing....
BalasPadamSentiasa ingat mati, otomatik akan ingat tuhan. manusia bila sakit atau dalam situasi maut baru mau ingat tuhan..
BalasPadamByk sgt lagha kat malaysia ni cam maharaja lawak, jom heboh, siaran tv buka aurat, media memaparkan artis2, blog murahan blablabla. Apatah lagi jika kita promosikan benda2 ni, dpt sama la saham... Tu blm lg kira lg kilang arak, rumah urut, kedai no ekor, tak laksanakan hukum Allah
BalasPadamno komen tapi mau komen
BalasPadamNoob.sila letak video bomoh klia tu cabar KJ.menarik tu noob.rangking: roftlmao
BalasPadam#KEDEPAN cari kami di Twitter
BalasPadamKalau kita hanya ingat tuhan ketika susah dan sedih, maka kita layak hidup dalam keadaan susah dah sedih untuk selamanya. Jika kita ingat tuhan ketika kita senang, maka memang kita layak hidup dlm kesenangan.
BalasPadamKorg, TRY BACA NI...
BalasPadamTak paksa nk pcaya atau x.
Just nk share.
http://www.mazeermohamad.com/2014/03/mh370-teori-konspirasi-rampasan-pesawat.html
http://www.mazeermohamad.com/2014/03/mh370-operasi-false-flag-kenapa.html
Ada beberapa point yg logik.
Wallahualam...
buasir otak ni ulamak ker ?
BalasPadamular dlm semak
Padam