Halaman

Isnin, 24 Mac 2014

Penerbangan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Najib berkata, kedudukan itu dikira pembekal data satelit, Inmarsat, dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom menggunakan analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seumpama itu.


"Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, ke barat Perth.


"Ini adalah lokasi yang terpencil, jauh daripada sebarang kawasan mendarat. Maka dengan rasa sedih dan berat hati, saya mesti memberitahu anda bahawa berdasarkan data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata pada sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi. - Sumber Berita Harian.


Kini segala spekulasi, teori konspirasi dan persoalan di mana hilangnya MH370 telah pun terjawab, namun untuk mengetahui punca kejadian hanya akan terjawab setelah kotak hitam berjaya ditemui. Harap tiada lagi yang masih mahu buat lawak bodoh dan mempersendakan isu ini lagi.

Sedih dengan perkembangan ini terutama mengenangkan ahli keluarga penumpang dan krew MH370. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku sendiri tak boleh bayangkan kalau aku berada di tempat mereka. Namun walau apa yang berlaku, semoga kita semua dapat menerima dan redha dengan ketentuan Ilahi. Dalam masa yang sama, semoga kita semua mendapat pengajaran daripada peristiwa ini dan lebih berjaga2 di masa akan datang agar ia tidak berulang lagi.

Takziah dan Al-Fatihah.




tags: pesawat mh370 disahkan terhempas lautan hindi indian ocean debris serpihan kapal terbang sidang media tergempar khas video ucapan najib razak press conference pm

24 ulasan:

  1. Balasan
    1. ooo.., jadi teori Rosmah yang berkonspirasi dengan Barrack Obama untuk menjunam pesawat MAS ke Laut China Selatan telah terbatal sama sekali. Jahat betul teori tu..

      Padam
  2. Selagi kotak hitam tak jumpa susah nak ckp...tapi sekurang-kurangnya "pakar aviation" bidang terjun boleh tutup mulut dah hehehe

    BalasPadam
  3. 1st!!!!

    Takziah kpd waris penumpang, tp sy fikir pencarian kotak hitam lg payah sbb even jumpa serpihan kapal terbang pun maybe dah hanyut jauh dr tmpt dia terhempas. Maybe take years urk cari punca kejadian. Jgn pas2 ada org disable signal ke kotak hitam pulak.

    Tp sy xnak salahkn kerajaan sbb kelemahan radar..even radar antarabangsa jugak xleh trace real time..ambil masa beberapa minggu smpi skrg baru boleh conform dah gi ke lautan hindi. Even negara lain spt Indonesia, india, Australia jugak x dpt kesan dr awal from their radar, just depend guna radar cari serpihan sahaja.

    Persoalan demi persoalan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Td xde sapa komen..tulis pjg sgt smpi xleh jd 1st pegomen.huhu

      Padam
    2. berita2 sedih mcm ni pun nk main 1st lg... bodo punya ayam

      Padam
    3. ayam bodo. kira 123 pun taktau. first konon

      Padam
  4. Balasan
    1. Dah baca alfatihah ke sebelum taip perkataan alfatihah kat blog ni?

      Padam
  5. pintu misteri dan kebenaran baru nak terbuka..kalau realistik, dengan mh370 berakhir kat lautan hindi, lautan terpencil yang bergelora dgn gray bagai..2 minggu tak ada bekalan makanan minuman..hampir mustahil untuk ada yang hidup..

    AlFatihah..sedih untuk keluarga mangsa ;-(

    BalasPadam
  6. al-fatihah...sebak bhai...

    BalasPadam
  7. takziah utk ahli keluarga mangsa. penantian yang lama dan menyedihkan. kami seluruh rakyat malaysia mendoakan kesejahteraan mangsa dan ahli keluarga.

    BalasPadam
  8. sadness all over the world...
    Alfatihah..terlalu sedih untuk kita..apatah lagi untuk keluarga mangsa..
    words seem not enough.

    BalasPadam
  9. sekarang nak retrive balik mungkin ambik masa berbulan?

    BalasPadam
  10. Maaf mungkin sy tak berapa faham ungkapan. Tapi, ungkapan Dato Seri hanya ckp "Lokasi terakhir adalah di Lautan Hindi". Beliau takda mention sama ada MH370 tu terhempas atau tak, dan hanya akan buat PC pada bila2 masa.

    Mungkin sy terlalu positif, tetapi sy masih berharap agar ada berita baik yang akan dikeluarkan. Ya, agak mustahil utk kelangsungan hidup di Lautan Hindi, tetapi selagi tiada bukti dan berita selajutnya, kita masih mampu berharap dan doa yg terbaik. Di sebalik 'confident' dgn cerita kematian shj.

    P/S : tlong fhm dgn ayat Dato Seri utk tdak mengganggu perasaan keluarga yg terlibat. Tetapi kenapa wartawan masih tak faham!?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pun perasan...dia kata "pesawat MH370 berakhir kat Lautan Hindi", dia x kata terhempas kat lautan Hindi. Ayat dia agak subjektif. Samada terhempas teruk atau selamat mendarat kat atas laut even kemungkinan besar boleh tenggelam jugak selepas beberapa hari. Mereka dpt teknlogi dr europe dgn menggunakan PING utk detect pergerakan terakhir kapal terbang pergi..even pada asal x dpt pasti lokasi samada koridor utara atau selatan, dgn teknologi yg terbaru tp belum digunakan secara umum, mereka boleh detect lokasi terakhir PING yg dimaksudkan..ia ambil masa lama sehingga skrg hanya boleh announce. Hopefully dr lokasi tepat signal terakhir PING diterima sehingga ke serpihan kapal terbang ditemui, mereka boleh buat SAR di perimeter berkaitan.

      Pd pndapat sy, dgn jarak kapal terbang pergi dgn kapasiti minyak yg ada tanpa refill fuel, ia seperti terbang smpi kehabisan minyak. Samada dia jatuh ke laut secara menjunam atau slowly mendarat, kita x tau. Persoalan paling besar, kenapa smpi pergi ke sana n motif kejadian?

      Padam
  11. Lokasi terakhir di lautan Hindi adalah bahasa halus. Tiada serpihan dijumpai setakat ini jadi tidak boleh mengesahkan pesawat itu terhempas. Tp PM dh nyatakan yg ia adalah lokasi terpencil dan jauh dr kwsn mendarat. Di tengah2 lautan hindi. Adalah mustahil utk seseorg itu survive selepas 2 minggu. Dgn cuaca sejuk, laut yg sgt dlm dan bergelora serta tiada bekalan mknan..

    BalasPadam
  12. Mati. suma org akan mati cuma cara kematian
    berbeza. gua cuma rasa hairan kenapa ramai
    bersedih, sedangkan hari2 ada org mati
    yg jatuh gaung, accident kereta xda plak org
    nak bersedih..

    Hari ni 529 org saudara kita pejuang ikhwan al
    muslimin dihukum bunuh oleh as sisi. walaupun
    xramai yg bersedih .. lets pray
    for them

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni lagi sekor ni...puak2 muslimin akhiruzaman...ko ingat dalam mh370 xde muslim ke? sedih betul tengok org2 begini....di myanmar pun muslim disiksa dan dibunuh tp ko x peduli....ko pilih untuk peduli yg kat arab je....double standard...sori bro...

      Padam
    2. Its ok bro. kita semua adalah double standard(walaupun lu xngaku n ckp gua yg dabel stended kat komen bwh)
      Nak sedih pun kena pilih. wa phm prasaan lue. kalo nak kira tragedi trajis sepatutnya ari2 kita bersedih ...

      Padam
    3. midnight.. kat bo ni mmg ada ramai mamat/minah sengal, biol dan asshole.. mereka mmg payah nak terima perbezaan pendapat dgn org lain.. tapi ada hati nak komen kat blog orang..

      Padam
  13. speechless.... moga2 deme ditempatkan dalam golongan oghang yang berimannn... Amin

    BalasPadam
  14. Skrg ni 529 ahli Ikhwan Muslimin dihukum mati oleh Mahkamah Mesir....better kita share perkara ni n mintak perhatian di mata dunia, ramai org muslim yg mati atas kezaliman di Mesir. Kita dah buat yg terbaik utk MH370. Kita fokus utk selamatkn org Islam di sana sebelum hukuman dilaksanakn kelak.

    #PRAY & SAVE FOR 529 IKHWAN MUSLIMIN MEMBERS

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.