Halaman

Isnin, 24 Mac 2014

Semua kawasan perlu PRK baru selesai masalah

Tahniah diucapkan kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili PKR kerana telah memenangi PRK DUN Kajang dan mengekalkan kerusi PKR di Kajang dengan majoriti 5,379 undi mengalahkan calon daripada MCA (BN) iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun. PKR mendapat 16,741 undi manakala BN pula mendapat 11,362 undi. Seramai 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil Kajang.



Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN Kajang sebagai bukti keberkesanan strategi 'Langkah Kajang'. Menurutnya, kemenangannya hari ini "lebih manis" kerana majoriti kemenangan disumbangkan oleh pengundi dari muda daripada saluran 5, 6 dan 7.

PRK Kajang ini menyaksikan perlawanan antara MCA (BN) dan PKR, namun masa berkempen untuk BN, dilihat lebih ramai penyokong Melayu daripada UMNO yang beria2 berkempen dan tidak ramai dilihat penyokong Cina daripada MCA yang berkempen. Manakala Pakatan Rakyat pula dilihat hanya penyokong PKR sahaja yang galak berkempen dan tidak ramai penyokong PAS dan DAP yang turut serta, tapi kita masih lagi boleh lihat yang paling ramai adalah kaum kaum Melayu. Gaduh2, ejek mengejek, caci mencaci, kutuk mengutuk antara macai parti politik masa kempen tu perkara biasa, so aku malas nak komen, korang tengok je la gambar2 (kredit Sozcyili) dan video kat bawah ni.














Apa pun, Kajang Move yang dikatakan pada mulanya adalah laluan untuk DS Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor baru untuk menggantikan TS Khalid Ibrahim, kini Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata pula Azizah mampu menjadi MB Selangor. Ingatkan perancangan nak gantikan MB Selangor ni dah takde lepas Anwar tak dapat bertanding kerana disabitkan bersalah dalam kes liwat 2?

Cuma sempena PRK Kajang ini, PKR telah melancarkan manifesto khas yang menyatakan 4 teras utama iaitu membanteras jenayah dan meningkatkan keselamatan, menangani masalah kesesakan lalulintas, pembangunan anak muda dan usahawan kecil serta pembangunan dan penyenggaraan perbandaran.





Sebenarnya aku pun tak tau, apa point sebenarnya diorang buat manifesto2 kajang nih? Nak kata sebelum ini DUN Kajang BN yang pegang, diorang jugak yang pegang. Habis tu selama ini DUN Kajang yang diwakili oleh wakil rakyat PKR, banyak masalah yang tak boleh nak setel ke seperti masalah masalah kutipan sampah, kesesakan lalu lintas dan jenayah sampai perlu buat PRK baru? So sebelum PRK Kajang ni, masalah2 ni still tak boleh setel walau DUN Kajang PKR yang pegang? Bukan sahaja PKR, malah negeri Selangor yang dipegang oleh Pakatan Rakyat ni masih tak boleh nak handle masalah2 kat Kajang sebelum ni ke sampai perlu buat pilihanraya baru dan keluarkan manifesto khas untuk kawasan Kajang sahaja?

Macam mana pula masalah2 yang sama yang juga berlaku kat DUN2 lain seperti DUN Bangi, Batu Tiga, Meru, Bukit Antarabangsa, Balakong, Seri Kembangan, Seri Serdang, Damansara Utama, Pelabuhan Klang dan lain2? Takkan perlu buat pilihanraya kecil baru masalah2 tu nak selesai?

Kalau macam tu, aku harap wakil rakyat kat tempat aku yang sekarang ini dipegang oleh PKR dan lain2 kawasan yang diwakili Pakatan Rakyat letak jawatan secara berperingkat untuk buat pilihanraya kecil baru dan lancarkan Langkah Bangi, Langkah Balakong, Langkah Seri Kembangan dan lain2 lagi Langkah. Aku juga nak manifesto khas kat kawasan aku agar korang berjanji untuk selesaikan macam2 masalah setempat terutama masalah kesesakan jalanraya yang bertahap celaka dan kes pecah rumah yang tak sudah2.

Dan aku juga mahu sebuah pasukan bola sepak yang bertaraf JDT untuk kawasan DUN aku.




tags: keputusan prk pilihanraya kajang n25 dun adun wan azizah menang pkr kempen bomoh manifesto langkah kajang move pasukan bola sepak liga malaysia

20 ulasan:

  1. hahah..dengan kangkung,teropong,karpet terbang, buah kelapa..dah mcm pesta apa je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat Kajang semua penyokong saling ejek mengejek. Di DUN Balingian, bendera PKR dan BN diikat bersama, depan rumah ada bendera PKR dan BN sebelah menyebelah. Lori sawit kibarkan bendera PKR dan BN sekali kat satu lori. Inilah politik sihat yang kita nak. Sokong masing2 punya selera, tapi masih bersatu sebagai rakyat malaysia.

      Padam
  2. Papepun rakyat kajang dah bersuara n tunjang kemenangan PKR byk disebabkn undibciba yg sgt kuat kpd PKR. walau PKR x bg apa2 manifesto pun ttap PKR menang. Undi org muda jugak byk beralih kpd PKR sbb protes harga brg naik yg byk memberi kesan dlm hidup seharian mereka.

    Papepun semua yg berlaku ada hikmahnya. ..dgr cite ada MB baru pasni, tgk la nanti

    BalasPadam
  3. Dr wan azizah wan ismail

    Dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura , ketika itu Singapura masih sebahagian Tanah Melayu. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi . Di universiti, beliau dianugerah pingat emas 'MacNoughton-Jones Gold Medal'. [1]

    Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Beliau telah berhenti daripada kerjaya beliau dalam tahun 1993 apabila suaminya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.


    YB umno ado?

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am)

    Fb page Nurkedepan
    Twitter #nurkedepan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba tengok pendidikan Mat Sabu. Macam dia boleh naik jadi Timbalan Presiden PAS dengan latar belakang "degree" dia tu..

      Padam
    2. ingt pemimpin umno sume bodo ke? ahmad maslan cgpa 3.85 apa. btw aku tak peduli pun segala sejarah & kebijakan jijah, kerana langkah kajang pd asalnya semata2 utk anwar, bukan jijah. bila anwar xdpt bertanding, bg aku pilihanraya ni sgt sia2 dan pointless

      Padam
    3. aku nak komen hentam mamat kedepan ni panjang giler..sampai tak larat nak tulis hujah aku. last2 aku padam semua..aku ringkaskan "FUCK YOU"

      Padam
    4. oklah wan azizah dr chaw mei fun yg taktau bukit jalil duduk bwh selangor @ kl. aku luar selangor pun tau

      Padam
    5. nenek doll

      tu pasal anuwar cari cinadoll

      Padam
    6. parti anak beranak..
      lepas ni adik beradik ijah boleh bertanding gak kat kawasan lain bila geng PKR letak jawatan

      Padam
    7. Lepas ni, cucu Jijah pun boleh bertanding di DUN kajang..

      Padam
  4. Konklusinya saya rasa antara calon PKR dan BN, pengaruh yang lebih besar adalah Raja Bomoh Sedunia VVIP. Mohon Datuk Shaman King turut bertanding!

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia tu memang tak boleh disangkal lagi dah.populariti dah tahap internasional. menaikkan nama malaysia di mata dunia sebagai sebuah negara yang mentaliti tahap batak kuno.

      Padam
  5. PRK kajang - PRK yang tak ada makna..yang sengaja diada2kan untuk selera politikus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Calon bn tu pulak nak mkn pun xde selera dah sbb kalah

      Padam
    2. politikus gila kuasa

      Padam
  6. maaf menegur PON...bukan Datin Seri Wan Azizah ye, tapi Dato' Seri Wan Azizah...hhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya tak salah guna Datin Seri sebab banyak akhbar utama pun guna Datin Seri juga seperti di sini dan sini, tapi di perenggan kedua tu dah ditulis Datuk Seri untuk beliau.

      Padam
  7. bomoh bodoh dulu kata kapal terbang di lautan china selatan padahal kat lautan hindi. sape agaknya yang bawak bomoh bodoh ni

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.