Itulah luahan hati seorang jurugambar, Nixon Lim yang mendakwa gambar beliau telah diguna pakai dalam laman sesawang Universiti Sains Malaysia (USM) sejak tujuh bulan lalu tanpa kebenaran atau persetujuan hitam putih antara dua pihak.
Nixon bertindak menghubungi pihak USM tetapi jawapan yang diterima agak mengecewakan, malah mengatakan gambar tersebut bukan milik nixon pada awalnya.
“Kemudian mereka menyuruh mengeluarkan surat saman kepada penasihat undang-undang, Encik Khairul Anuar Che Azmi, untuk tindakan lanjut,” jelasnya.
Gambar milik Nixon yang dipecayai diguna pihak USM |
Menurut Nixon lagi, gambar tersebut telah diubah suai, namanya juga telah dibuang oleh kakitangan USM yang bertanggungjawab menjaga laman tersebut.
“Saya pasti tidak membiarkan perkara seperti ini terjadi, kerana mereka bersikap tidak profesional dan telah mengubah suai dengan tanpa izin, bagi saya mungkin pereka web mereka bermasalah,” tambahnya lagi dengan perasaan terkilan dan marah terhadap apa yang berlaku.
Nixon juga, mengunakan medium laman sosial untuk menuntut kebenarnya dan akhirnya pihak USM telah membuat satu temujanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Apa yang dibangkitkan beliau bukan untuk memburukan atau memalukan mana-mana pihak, tetapi untuk menyedarkan pihak yang tidak bertanggungjawab memakai karya orang lain untuk tujuan rasmi.
“Seharusnya perkara ini boleh dibincang, tidak perlu mencuri karya orang lain, malah setiap jurugambar ada menyimpan gambar asal (RAW), kita boleh tahu itu adalah karya kita,” katanya lagi.
Seharusnya perkara seperti ini tidak harus terjadi kepada jurugambar kerana mereka mencari rezeki dalam kerjaya ini, seharusnya pihak lain jika mahu perkhidmatan perlu berunding dahulu, semoga banyak pihak buka mata dalam isu seperti ini.
Sumber New Malaysian Post.
Aku pernah tulis isu plagiat ni dulu kat sini, tapi yang ni lebih serius kerana ia melibatkan badan kerajaan dan perkara rasmi. Kalau institusi pengajian tinggi sendiri pun plagiat hasil kerja orang, jangan marah kalau student buat assignment copy paste dan upah orang lain buat projek tahun akhir dan akhirnya melahirkan graduan cap ayam.
Walaubagaimana pun pihak USM sudah pun memohon maaf kerana menggunakan foto/karya tanpa kebenaran tersebut. Di harap isu ini dapat dijadikan pengajaran agar lepas ni semua pihak lebih peka terhadap isu plagiat ini.
Kalau budak2 mentah baru nak up curi gambar buat profile FB walaupun kurang etika tapi boleh tahan lagi sebab ia bersifat peribadi dan tidak bersifatkan keuntungan. Tapi kalau rembat gambar orang lain kat Internet, crop dan buang watermark dia dan gunakan untuk sesuatu yang bersifat rasmi seperti website kerajaan, institusi pengajian tinggi atau sesuatu yang bersifat keuntungan dan mendatangkan profit seperti website syarikat, profil syarikat, portfolio, iklan dan sebagainya, maaf cakap tapi bagi aku perbuatan ini memang sangat keji.
Macam mana sesebuah negara maju itu boleh maju? Sebab diorang ada kesedaran yang tinggi terhadap isu2 plagiat ni. Diorang amat peka tentang isu hakcipta dan harta intelek (IP). Malah diorang nak copy paste saja2 pun diorang rasa malu. Mereka lebih suka menghasilkan sesuatu dengan usaha sendiri. Kalau nak guna karya orang lain, diorang sanggup bayar untuk beli karya tersebut. Lagipun undang2 mereka memang ketat dalam memelihara hakcipta dan harta intelektual.
Berbanding orang kita, kalau ada peluang nak ciplak, ciplak sahaja. Ada peluang nak cetak rompak, cetak rompak sahaja. Kalau ada benda yang boleh dapat free, ambil sahaja. Malas nak usaha lebih, malas nak keluar duit lebih.
Serious, takde rasa malu dan bersalah ke mengambil keuntungan atas usaha dan hasil karya orang lain?
Btw bagi orang yang komen "Apa salahnya orang guna gambar tu, bersepah la kat Internet", "Pasal gambar pun nak kecoh, gambar je pun, orang lain pun boleh ambil gambar tu apa?", "Kalau tak mau orang guna, jangan la upload gambar kat Internet", anda sama ada memang jenis yang suka plagiat hasil kerja orang lain, atau anda memang tidak pernah menghasilkan apa2 karya yang asli dan original dengan hasil usaha titik peluh anda sepanjang kehidupan anda.
tags: jurugambar terkilan gambar diguna pakai tanpa kebenaran nixon lim website laman web elearning usm universiti sains malaysia apex photographer minta izin kredit isu plagiat copy paste tiru ciplak lanun cetak rompak pirate hasil karya original asli paten watermark kredit credit
C1TAK salah satu bukan projek nasional yg kita nasional oleh macai sejati yeah first!
BalasPadamtapi guane pulak c1na yg kaki cetak rompak kat malaysia ni? diorang tokey no1 kedua india 3 malays guane tu? xde pun sapa2 claim sama c1na ip ap jadah hak cipta, elok je... ke guane?
Padamapa yg ko cuba sampaikan sebenarnya ni dh mcm org mabuk ketum aku baca.
Padampersoalanya kenapa org cina suka guna nama omputih nyampah aq, pr00000000oootttT! kt muka seriosly! arghh! leganya!.
BalasPadamni sekor lg mabok ketum. dh ada org cina anut agama kristian sbb tu dia ada nama omputih. nama org2 melayu skg pun bkn nama melayu pun tp nama arab, xde pulak org ckp kenapa org melayu suka guna nama arab nyampah aq
PadamPersoalannya sekarang..kenapa nasik kandar beratur tu ramai org? Biasa ja padahal.siap kotor lagi tempat tu.pakai jin kah?
BalasPadamnasik kandaq tu ramai beratur xheran sgt, yg aq heran knp kat perlih ramai melayu jakun beratur pjg kat mekdi
PadamAdakah hanya Cina sahaja dibenarkan makan di Mekdi?
PadamSay no to plagiarsm
BalasPadamByk lukisan dlm blog aku adalah dr reference google image.
BalasPadamDr gmbar sebenar, aku lukis balik guna ke bentuk lukisan.
Adakah itu juga dilabel plagiat?
tak, itu cuma model atau reference untuk melukis.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKalau copy gambar dari Google kemudian letak kat blog sendiri, tu kira plagiat tak...?
BalasPadamkira plagiat kalu ko ckp gmba tu ko yg punye, tp kalu ko ckp amik dr google, kira ok la..yg pnting jgn ckp ko yg punye..
Padamselama ni banyak giler idea2 dan aktiviti2 dari UMNO, PR plagiat, UMNO tak kecoh pun.. UMNO ada puteri, sibuk PAS pun nak ada muslimah pas.. umno ada pemuda, pas, pkr pun nak ada.. tapi hampeh.. rafizi ke, nasaruddin ke.. dua2 xleh pakai..
BalasPadamcuba tengok kat banner tepi jalan yang banyak kat selangor sekarang ni... sibuk orang politik pr nak cetak banner setakat nak cakap, selamat menyambut ramadhan.. pastu diletaknya gambar ketupat, gambar masjid, mcm2 gambar.. tapi semua gambar rembat internet.. memalukan..
BalasPadamnoob, apa pendapat kau pasal kes kartunis ujang? karya dia dinafikan hak sbb rakan kongsi (pd masa tu) patenkan kartun yg dia lukis. so ujang tak boleh berkarya wpun dia yg cipta watak tu.. klu x silap aku kes ni naik mahkamah tp ujang kalah..
BalasPadamdah tulis dulu kat sini - http://buasirotak.blogspot.com/2013/06/nasib-pelukis-dan-industri-komik.html
Padam