Halaman

Selasa, 8 Julai 2014

Usaha macai yang tidak dihargai pemimpin

Selepas panglima bazaar Ramadhan bersusah payah memperjuangkan kesucian bazaar Ramadhan pada minggu lepas, nampaknya usaha mereka hanya sia2 setelah Ketua Pemuda UMNO Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat menyelar tindakan panglima2 ini yang menghalau Ahli Parlimen Kluang dari DAP itu kerana tiada surat kebenaran untuk memberi derma buah kurma, malah beliau turut menjemput Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong untuk sama-sama melawat bazar Ramadan di Bandar Kluang dan bersama2 mengedar buah kurma dan bubur lambuk kepada pengunjung. Kasihan para panglima, kejayaan mereka menghalau cina cauvanis langsung tidak dihargai.


Itulah, siapa suruh memandai2 buat peraturan sendiri siap halau mintak surat bagai? Kadang2 macai ni pulak yang lebih sudu dari kuah. Pemimpin2 korang relaks je siap ajak musuh politik minum sekali, pergi bazaar Ramadhan sekali. Diorang penat2 bersusah payah nak cipta imej baik dan matang dalam politik, tapi korang pulak yang hancurkan imej diorang.




Sama je dengan fanpage2 media sosial macam Friends of BN dan Suara Rakyat, kadang2 nak mengampu punya pasal sampai keluar status2 merepek yang mengarut dan fitnah. Adakah korang rasa dengan buat macam tu akan menambah sokongan orang kepada anda? Tidak, malah orang makin benci ada lah.

Kepada macai2 sekalian, sebelum tulis atau buat apa2, pastikan ia tidak akan membusukkan nama dan memalukan pemimpin dan parti korang. Kalau bos korang tak cakap apa2, jangan pulak korang yang lebih2 dan memandai2. Sebab kalau korang salah buat, jangan harap la diorang nak backing korang. Diorang akan cakap, "perbuatan itu tidak mewakili menggambarkan pendirian parti kita, sebaliknya itu adalah di atas kapasiti individu itu sendiri".

Korang penat2 buat kerja, last2 diorang tak hargai dan backing korang pun. Kesian kan? Tak rasa macam bodoh je kan? So lain kali jangan nak memandai2 sangat, dan berhentilah jadi macai. Jadilah penyokong yang matang dan berilmu.

Macai mungkin juga meminati:




tags:macai politik panglima abang long telinga capang bazaar pasar ramadhan kluang johor ketua pemuda umno datuk khairul anwar ahli parlimen liew chin tong

14 ulasan:

  1. Bulan puasa ni janganlah buat hal
    kurangkan kontroversi, banyakkan ibadah
    btw 1st

    BalasPadam
  2. Jom jadi Sahabat UMNO, sama-sama kita maju ke arah negara yang aman, harmoni dan bersatu padu.

    Bersatu teguh, bercerai roboh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hang ni posa ke tidak? Tak payah la posa..org gila tak diwajibkan posa.makan ja..kami tak kisah

      Padam
  3. cai mali cai ho hoi

    BalasPadam
  4. Politik malaysia..semua buat sbb nak dpt nama/survival politik. Ikut hati jgn harap nak tolong lg2 berbeza kaum. Kat bazar sibuk promosi diri, tp bila minta bantuan kat pejabat YB, belum tentu dpt tolong 1 sen pun...xpun tunggu bertahun2 baru dpt (kalau ada)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bior je la yob, dosa diorang tanggung sendiri. kita ni mangsa keadaan je.

      Padam
  5. org2 politik ni bukan boleh caya sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami pun tak percaya ko

      Padam
    2. peduli apa ko caya ke tak

      Padam
  6. pgikut macai la sgt tp habuk pn x dak.. P daa,. Mksod ak kt sni mcm noob ckp laa,, sia2 je jd pgikut macai nie,bkan dpt pe2 pun.. Buang mse je.. Kes aritu la ak xtahan, bdk laki tu laa,. Fikir hbat ke? ! Dah laa.. Macai gebang je lbih..

    BalasPadam
  7. Time ni la macai2 hilang..tenggelam dalam kegelapan. Tak muncul2 walaupun seruan dtg. Mana macai2 yg membela panglima bazaarrrrr itu?..

    BalasPadam
  8. Moral of story:
    Janganlah jadi MACAI..
    Jadilah pengundi sahaja.
    Pangkah calon, bukan pangkah parti..

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Tengok Tuan Khairul goreng koeyteow tu nampak macam menarik terus rasa petang ni mau cari koeyteow lah bukak posa lagi 11 jam

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.