Halaman

Rabu, 10 September 2014

Soalan bocor UPSR ada di sini

PANASSS!!! Gua malas nak cakap banyak. Sekarang ni gua ada soalan bocor untuk peperiksaan UPSR. Jangan tanya kat mana gua dapat, gua ada ramai kaki kat Kementerian Pelajaran. Sekarang kat gua ni ada soalan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kalau nak scroll ke bawah dan download cepat sebelum kena remove.


Start dengan soalan Sains dulu:



Alamak dah bocor pulak soalan UPSR yang gua ada ni. Yang lain2 dalam simpanan gua pun macam ni jugak, kena makan dengan anai2 kot. Takde rezekilah korang yang ada anak2 nak ambik UPSR tahun ni dapat soalan bocor. Nampaknya gua hanya mampu nak ucapkan Selamat Maju Jayalah pada korang semua MUAHAHAHAHA...

Oh ya, ini adalah lawak ulangan 2 tahun lepas. Masa itu hanya lawak, tapi kali ini, soalan UPSR bagi matapelajaran Sains memang benar2 bocor, menyebabkan ujian UPSR bagi matapelajaran tersebut ditangguh pada 30 September 2014.
Kertas peperiksaan subjek Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan esok terpaksa ditangguh kerana didapati soalannya bocor.

Lembaga Peperiksaan dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan, tarikh baharu bagi peperiksaan kertas Sains 018, 028, 038 adalah pada 30 September 2014.

Berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

"Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," menurut kenyataan itu.

Kertas peperiksaan subjek Sains itu sepatutnya diduduki pelajar tahun enam pada jam 8.15 pagi sehingga 9.30 pagi, esok.

Sumber Sinar Harian.

Disebabkan soalan bocor dan penangguhan ini, murid2 tahun 6 jadi stress, ingat dah boleh merdeka esok. Cikgu pun tertekan sebab ingat dah boleh bercuti dah. Mak bapak pun turut bingung. Orang yang menyediakan soalan pun pening sebab kena buat soalan baru. Kerajaan pun terpaksa keluar duit lagi untuk mencetak set kertas soalan yang baru dan mengurus sesi ujian lain.

Tidak tahu siapa dalang yang membocorkan soalan tersebut, kemungkinan orang yang berkaitan yang mempunyai akses dan capaian terhadap soalan2 tersebut, tapi disebabkan perbuatannya yang selfish, tamak, tidak amanah dan pentingkan diri itu telah membuatkan ramai orang susah. Mungkin mula2 dia nak bagi soalan bocor kat anak2 dia, lepas tu dia kongsi kat kawan atau sedara mara dia yang ada anak ambil UPSR juga dan kemudian membentuk satu rantaian yang tidak terkawal di Whatsapp dan media sosial.

Harap siapa yang tak amanah dan pentingkan diri tu puas hati kerana telah menganiaya dan menyusahkan ramai orang. Semoga anda berjaya diberkas dan dikenakan hukuman yang sewajarnya dengan perbuatan anda.




tags: soalan upsr 2014 bocor kertas subjek sains matematik bahasa melayu inggeris english tangguh sekolah rendah kebangsaan kementerian pendidikan 

59 ulasan:

  1. Shrek is love,Shrek is life10 September 2014 pada 11:00 PTG

    ffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssstttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua salah UMNO-BN.. Ahli UMNO-BN yang membocorkan soalan UPSR dalam kronologi konspirasi yang seterusnya..

      Sokong Wan Azizah jadi MB Selangor & PM Malaysia yang ke-7!

      Padam
    2. Shrek is love,Shrek is life patut dapat kedudukan tempat no.1 dalam senarai list top komentar walaupun komen dia mmg mcm celake

      Padam
  2. pegawai gomen yg bocorkn soalan ni mesti macai fuckatan rakyat pencinta nuar berahim & dapigs yg jd talibarut & musuh dlm selimut yg sengaja nk memburukkan imej kerajaan persekutuan... org2 mcm ni patut ditangkap & dihumban dlm ISA je... dhlah x amanah, menyusahkn org, memburukkan nama gomen, tp xmalu pula makan gaji dgn gomen... celaka btul

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau hati dh busuk tu ayt ngan perbuatan pun nmpk busuk....... proooooooooooooottttttttttttttttttttttt cretttttttttttttt cerrrrrrreeeeetttttttt
      argh legaaaaaaaaaa~

      Padam
    2. Memang benar. Ramai kakitangan kerajaan (kedua-dua kerajaan pusat dan negeri) yang mempunyai masalah disiplin. Tetapi mengapa mereka masih kekal menjadi pekerja kerajaan.

      Sepatutnya orang yang mempunyai masalah disiplin dan membuat kesalahan dipecat sahaja, tak perlulah disimpan-simpan. Membazir wang negara sahaja dan membawa banyak masalah.

      Padam
    3. korg bckp macam senang2 jer kan... korang ingat senang ke kerajaan nak amik pekerja.. sebab tu adanya SPA badan khas utk benda2 mcm tu. nak amik seorang pekerja tu macam2 proses nak kena buat. nak kira bugdet tahunan lagi. pencen lagi. urusan2 lain lagi yang melibatkan pekerja spt ruang, meja, kerusi, peralatan pejabat, pc, penggunaan air dan elektrik.. semua tu ada kira2nya..

      kalau suka2 buang macam tu.. nak ganti org baru macam2 proses..

      daripada buang masa lalui proses tu.. kerajaan sudah ada kaedah yang lebih baik utk dilakukan pada mereka yang langgar disiplin ni.. ada tindakan yang mereka dah tentukan... korang tak payah nak tunjuk pandai sangat buat itu buat ini.. inilah masalahnya bila rakyat hanya tahu mengomen jer..

      Padam
    4. Tanpa Nama11 September 2014 3:01 PTG,

      Proses anda nyatakan itu adalah bagi jawatan baru diwujudkan. Jika kekosongan jawatan baru hendak diwujudkan, memang perlu disediakan yang puan dinyatakan itu. Tetapi jika jawatan itu sudah sedia ada, dan sudah diisi, perkara yang perlu dilakukan ialah penggantian orang yang menjawat jawatan tersebut sahaja.

      Tidak perlulah lagi hendak mengira-ngira bajet, ruang, pencen dan sebagainya kerana semuanya telah sedia ada.

      Proses penggantian mereka yang bermasalah ini adalah sangat penting, kerana ia melibatkan perjalanan urus tadbir dan perlaksanaan tugas dan peranan suatu institusi kerajaan. Mereka yang mempunyai masalah disiplin perlu disingkirkan kerana mereka boleh menjejaskan peranan institusi, membazirkan wang, tenaga dan masa ramai pihak. Malah ia menjatuhkan kredibiliti.

      Contoh yang jelas dan terkini adalah kes soalan bocor ini.

      Terlalu banyak masalah disiplin kakitangan kerajaan, mereka yang bermasalah disiplin dan tidak komited dalam menjalankan amanah wajib dibuang sebelum membarah menjadi korupsi.

      Padam
    5. nak buang orang memang senang tapi nak buang kakitangan yang tidak komited dan isu disiplin tu bukan senang. sebab kakitangan kerajaan sudah terlampau ramai yang tidak komited dan ada masalah disiplin.

      kalau isu soalan bocor, kita nak buang dia pun atas dasar kesalahan dia tu sudah beri malu besar pada kerajaan. bukan atas sebab utama iaitu langgar disiplin bocorkan soalan.

      sebab kalau atas dasar isu utama, maka banyaklah kakitangan awam kerajaan yang akan dibuang. tengok je la senarai kat bahagian tatatertib dan keutuhan kat JPA sana. sepatutnya berapa ramai yang dah patut2 sangat kena buang.. malah jenayah yg mereka buat lebih teruk dari sekadar bocorkan soalan.. tapi kenapa masih diberi peluang berkhidmat?

      sebab tu aku cakap, bukan senang nak buang macam tu jer.. mesti ada something yang membuatkan kerajaan berfikir semula kesan jika mereka2 yang menyusahkan kerajaan ni bila dibuang nanti.

      Padam
  3. Nampaknya gua hanya mampu nak ucapkan Selamat Maju Jayalah pada korang semua MUAHAHAHAHA...

    Oh ya, ini adalah lawak ulangan 2 tahun lepas. Masa itu hanya lawak,


    * noob sendiri buat lawak bodo, sendiri gelak . pathetic sungguh noob

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni aku setuju lawak bosan , selfish dan troll puihhh

      Padam
    2. sirosli mmg xde adab. kejar top komentar kat blog orang pastu kata orang tu membosankan.

      Padam
    3. dia tu set2 budak xtau malu

      Padam
    4. kalau budak tu nak cari glamer sbg top komentar pun tak salah. itu hasil usaha dia. kenapa nak pertikaikan. kurang2 dia komen walaupun nampak bodoh dan kebudak2an. masing2 ada rezeki bila masing2 berusaha. untungnya dia sebab dia berdaftar dan kedua sebab dia suka mengomen.

      Padam
  4. 1 mslh. Beratus ribu calon tambah tetekan. Ni byk network nk kena siasat ni. Jaga2 dalang2 semua..anda sdg d buru..

    BalasPadam
  5. Tahun lepas, area KL boleh kata bocor juga. Cuma tak meluas. Sbb tu Kementerian teruskan juga exam ni. Beruntung anak sedara saya, dpt 5A senang2. Kedua ibu bapanya adalah guru. Bila ditanya, mmg anak tu sendiri mengaku dpt kelima-lima paper hampir sehari sebelum exam. Boleh siap rehearse lagi satu malam sebelum exam.

    Sapa ibu bapa yg tak mau soalan bocor sebegini. Bohonglah.Tambah2 lagi anak cikgu sendiri. Dah la mereka banyaknya menonjol dalam kelas, dapat pula soalan awal sehari berbanding pelajar lain.

    Lantaklah anak2 orang asli di pendalaman. Pergi mamposlah kanak2 di sekolah luar bandar dan kampong. Janji anak aku dapat masuk sekolah-sekolah terbaik bagai.

    Masyarakat kita hari ini sudah 99% rosak. Tiada integriti. Hampir tiada jalan pulang ke pangkal jalan. Talk the walk mcm kapla vutoh is bery chip.haha..Bertaubat bagai. Dengar UAI hapa bagai.. ini sumer ayat2 agama untuk pendinding diri saja nak cover bila kantoi bersalah.

    Jagalah diri sendiri dan keluarga dulu saja. Bila susah, jsngan haraplah orang lain akan bantu lagi. Adik beradik keliling pinggang pun belum tentu ada saekor boleh istiqamah bantu. Zaman ini zaman wang! Duit adalah Tuhan yg Maha Penting. Nilai kecil besar adalah penting untuk kelangsungan hidup. Sesiapa yg lambat mempertuhankan duit, minta maaf cakaplah. Hidup dia takkan kemana2.

    Proot..argh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa masalahnya kalau dia dapat 5A pun.. bukan dia nak bersaing dengan budak2 pendalaman dan budak2 asli.. dia cuma nak bersaing sesama rakan kelas sahaja. lagipun ini memberi kesan baik terhadap nama sekolah dan ibubapa sendiri..

      kalau dia berjaya, lebih mudah diorang boleh masuk sekolah asrama atau sekolah yang lebih baik. masing2 ada perjuangan untuk diri dan keluarga.

      kalau ibubapa dia cikgu, itu untung dia dpt soalan bocor. kalau ibuayah dia JPJ, itu untung dia tak kena saman. kalau ibubapa dia menteri, itu untung dia tak kena apa2 tindakan. kalau ibubapa dia petani, itu untung dia dapat makan sayur segar terus dari ladang. setiap orang ada untung masing2. belajar2 la bersyukur.

      Padam
    2. Komen plg bodoh. Kalau mak bapak dia tak amanah, rezeki dia makan rasuah ke? Sblm ckp, belajar dulu bang. Dosa ckp mcmtu sbb dah mcm memfitnah tuhan

      Padam
  6. Ramai dari kita bila dengar soalan bocor, semua terus menjangkakan ada pihak yang membocorkan atau menyebarkan benda tu. Base on maklumat yang aku dapat dari mulut guru yang membuat soalan sebelum berlakunya kes soalan bocor 2014 ni, yang ini dapat aku simpulkan.

    Setiap guru yang menjadi pengubal soalan akan menyediakan 5 atau lebih set soalan yang kemudiannya akan dinilai dan dipilih oleh kumpulan guru pakar. Dieorg berbincang mengenai soalan yang disediakan dan menyusun berdasarkan tahap kesusahan dan topik. Bila keluar tu hanya Lembaga Peperiksaan saja yang tau.

    So dieorg ni dah leh follow soalan apa yang dah keluar dan belum keluar. Maka dari situ mereka sudah boleh menjangka jenis soalan yang akan keluar. Tidak semestinya soalan yang sama, tetapi boleh jadi dari topik yang sama. Sekurang-kurangnya anak murid mereka tidak terkejut dengan soalan exam tersebut.

    Peluang tuk soalan bocor 100% tu agak mustahil kecuali ada pihak yang koyak bungkusan keselamatan soalan tu atau masa percetakan lagi dah bocor. Tu sebab kita masih dengar ramai yang anggarkan peluang tepat 75%, 50%, 40% kerana hanya merujuk kepada jenis soalan yang telah keluar pada tahun sebelumnya.

    Mengenai last minit baru dapat soalan bocor, pihak yang berjaya mengenal pasti soalan yang mana keluar sudah pasti akan sebarkan last minit. Jika awal, akan jadi seperti tahun ini, soalan ditukar dan peluang mereka ditahan/soalsiat juga tinggi. Jika perkara sudah selesai, tiada pihak dapat menuduh atau dakwa dengan alasan kebetulan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu andaian ko jer base on cerita2 cikgu yang ntah betul ntah tidak. sebenarnya memang berlaku kes soalan bocor sebiji2 soalan yang akan keluar pada hari peperiksaan nanti. sebab tu jadi kes.. setakat soalan jangkaan, mmg berlambak siap jual kat kedai2 buku lagi. ini soalan yg tepat2 sama. sbb tu jadi kes.. apa daa

      Padam
  7. Bhai..solan UPSR print satu set aje ke? Biasa ade Banyak Set? Kalau set no 1 bocor, kuar Set no 2. Jika No 2 pun Bocor, kuar Set no 3. Ingat tak dulu masa periksa SPM tiba2 dapat Kertas saolan Warna Putih bukan Biru macam kebiasaanya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalahnya yg bocorkan tu dia bocorkan sampai 3 set. ko apa tau. ko bukan duduk kementerian kes bocor soalan ni

      Padam
  8. Malaysia, dalam proses menjadi korea utara junior

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila masa korea utara ada soalan bocor utk budak2?

      Padam
  9. UPSR je kot...poyo sungguh si pembocor soalan tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau peperiksaan ptd nak masuk kerja kerajaan baru best dpt soalan bocor

      Padam
    2. Hhaha.. tu la pasal... poyo tul...

      Padam
    3. Dgr citer yg bcorkn tu cikgu sndri.ade motif klu cikgu yg bcorkn.sblm ni rmai cikgu trtekan bila result b.i n sains jatuh,cikgu akn dperslhkn ble bdk2 skolah x score.jd,integriti mula hilang ble sistem pndidikn itu sndri ada mslh.domino effect.

      Padam
  10. kita kena faham apa sebab dia bocor. tak boleh suka2 tuduh kata org tu nak bagi soalan bocor kat anak dia. kita tak tau pun itu kerja siapa. ini yg dikatakan blogger lebih cepat menghukum walaupun polis tak siasat lagi.

    pasti ada sebb soalan itu dibocorkan. mereka mahu anak2 tu lebih yakin bila nak jawab periksa nanti. lagipun mana sempat budak2 nak study dlm masa sehari kalau ada soalan bocor pun.

    bila ada soalan bocor, senang budak2 nak fokus nak belajar part yg mana utk jawab periksa. kalau ikut logik pun, benda yg tak masuk periksa buat apa nak study.

    fikirlah.. bila budak2 tu jawab dgn cemerlang.. siapa yang bangga? sekolah dapat nama.. ibubapa bangga... kementerian pun dpt nama.. banyak pihak akan gembira.. jd jgn sempitkan sgt fikiran tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai orang meLAYU...LAYU sungguh otak kau. Bodohnye

      Padam
  11. kewakk betul English UPSR kena re-seat.. carik culprit bangang yang bocorkan tu cepat.. kesian bebudak yg mmg clean ni tak pasal pasal stress kena re-seat..

    BalasPadam
  12. Tolong paparkan muka culprit tu besar2 front page newspaper. tak mustahil semua kena re-seat balik.. batalkan je laa UPSR tahun ni.. results amek avg performance kat sekolah je.. abes cerita.. apa jaminan re-seat tak bocor kalau mangkuk tingkat yg bocorkan tak kena tangkap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kan kan...bukannye kite kiasu anak mesti dpt 5A but i hate the thot that benda ni x setel2..dah plan holiday cantekkk pon kena kensel...mmg vongoks la sape yg dajjal sgt ni!!

      Padam
  13. Setiap tahun bocor.

    Soalan lebih penting, kenapa ada ibu bapa yang syok share soalan-soalan bocor sesama rakan?

    Tidak yakin kepada anak sendiri agaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Supaya anak berjaya dan boleh jadi modal berborak, "Anak aku dapat 12 A. Anak kau ado A?"

      Padam
    2. Nope. Sebab bila anak dapat UPSR 5A bolehlah dia berlagak dengan kawan-kawan dia.

      Ataupun dia taknak diperlekehkan oleh kawan-kawan dia bila anak orang lain dpat 5A tetapi anak dia tidak.

      Padam
    3. Kumpul dosa utk kesenangan anak di masa hadapan...agaknye....

      Padam
    4. kecil2 sudah diajar menipu, dh besar jd bapak kepada segala penipu... tahniahlah melayu

      Padam
    5. tak bleh imagine perasaan budak2 kena re seat...kesiannya

      Padam
    6. kecik-kecik dah menipu.. besar boleh jadi ahli politik. kalau tak berjaya, boleh jadi blogger

      Padam
    7. nak jadi blogger kena pandai n ori.. jadi ahli politik boleh la, sebab skill menipu diasah dari kecik lg..

      Padam
    8. blogger yg berjaya semua yang tak ori.. yg ori2 ni kita curi idea dia jer dan sumbat kat blog kita yg tak ori.. blogger yg tak ori macam ahli politik jugak yg untung.. yg ori ni syok sendiri jer..

      Padam
    9. Bila tiada amanah pada yg menjaga amanah, impaknya pada anak2 yang sudah mempersiapkan minda peperiksaan,mencalar emosi ibubapa,mencabar kredibiliti pihak kementerian....

      Harap tindakan sewajarnya diambil dan tidak akan pernah lagi berlaku masalah kebocoran pada peperiksaan yang mendatang...

      Padam
  14. Cerita sedih utk hari ini....kat bank td jumpa sorang makcik br baik kena stroke....2 bulan tlantar skrg baru boleh jln guna tongkat tu pun guna tongkat 4 kaki....dtg bank nk tukar kad....dlm tempoh 2 bln ank menantunya keluar semua duit pencen dlm bank....lps tu hantar makcik ni blk kg..ank menantu dh xnak jaga katanya.td dia check akaun tinggal seratus lbh je...mujur ada pencen kalau tak tentu dia dh duduk kaki lima katanya....sayu hati saya....dh la kebetulan hari ni birthday arwah emak saya....tanpa sedar mengalir air mata nie rindu arwah mak sgt200....semoga mak ditempatkan dikalangan org yg soleh dan solehah...last story sy ckp dgn makcik nie kalau la xde org nk jaga makcik tolong cr sy di sungai siputeh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo.. persoalannya..makcik ni ke atau aruah mak nko yg bocorkan soalan exam?

      Padam
  15. siapa lagi kalau bukan tukang buat soalan yg bocorkan. macam2 hal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. natang guh pegawai tadbir menda bodo gini. dah wat nape dia penat2 buat soalan, dia gi bocorkan pastu soalan yg dia buat tu sume sia2.

      Padam
    2. Cikgu Sekolah Menengah11 September 2014 pada 5:33 PTG

      dah tentu la PTD yg kat kementerian pendidikan yg kononnya cerdik pandai sgt buat dasar tu yg bocorkan... sbb anak2 diorg bodoh2 belaka, mak bapak sbg Pegawai Tadbir malu la kalau anak xdpt 5A, maka diorg pun pi la bocorkan soalan kat geng2 PTD... kewak tol

      Padam
  16. sume org nak soalan bocor tp kalau nak bocorkan pn kne pandai laa.. Jgan sampai kantoi.. Kesian ak tgok bdak2 upsr nie.. Exam kne tgguh.. Kalau ak da frust kot n stress gler.. Macm2 hal laa.. Dah laa cousin ak 3 org amek upsr thun nie..

    BalasPadam
  17. otak kite orang dah kosong semua ilmu dalam kepala dah turunkan kat kertas soalan kelmarin,semalam and hari ni jadi lepas ni kalau kite orang x dapat 5A jangan kutuk tau!!!!!!!!!

    BalasPadam
  18. Soalan kena hack.. hahahaha... 1 lagi sejarah negara...

    BalasPadam
  19. bnda dh lama... cuba korang tgok soklan ramalan skolah2 yg top result UPSR dia stiap thn... PMR n SPM pn sama... cba tgok rmalan skolah2 brasrama pnuh.. kluar sbijik... Then mreka2 ni nnti akn pgng jawatan trtinggi dlm krajaan... bnda akn brulang.. klu brjaya dgn cara ni jgn dok harap la negara nak maju...!

    BalasPadam
  20. Untuk mengatasi masalah sebegini berulang pada masa hadapan, saya mencadangkan supaya :

    Sistem penilaian dirombak supaya murid-murid tidak terlalu terbeban kerana mengikut sistem sekarang 100% markah adalah daripada peperiksaan UPSR. Rombakan yang saya maksudkan ialah kita bahagi-bahagikan markah iaitu 10% untuk public speaking, 10% untuk communication, 10% untuk projek, 10% untuk tugasan, 10% untuk kuiz, 10% untuk aktiviti kelab dan persatuan, 10% untuk aktiviti sukan dan permainan, 10% untuk aktiviti unit beruniform dan 20% untuk UPSR. Dengan ini murid-murid tidaklah terlalu tertekan kerana sekurang-kurangnya 80% markah telah dikumpul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuan, PT3 buat benda macam ni
      dan dapat respon yg kurang baik

      Padam
    2. respon kurang baik mcm mana tu?

      sila jelaskan

      Padam
  21. Kalau kat negara Jepun/Korea, menteri berkaitan terus letak jawatan...tp bukan di malaysia. Tp bukan kita galakkan menteri selalu letak jawatan, cuma sedih pihak lain yg x bersalah selalu di kambing hitamkan utk jaga kepentingan diri sendiri.

    BalasPadam
  22. sangat bad itu anai!!!!!

    BalasPadam
  23. Kamu semua yang bocorkan soalan kantoi!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.