Halaman

Ahad, 26 Oktober 2014

Wanita suka tayang kebahagiaan berbanding lelaki

Aku ada ramai kawan di Facebook yang aku kenal di dunia nyata, maksud aku, Facebook peribadi aku. Ada saudara mara, kawan sekolah, kawan universiti, kawan kerja, dan kenalan yang pernah berkenalan sekejap di event2 tertentu. Ada lelaki, ada juga perempuan, ada yang masih bujang, ada yang dah kahwin, ada yang tiada anak, ada yang sudah ada anak, ada yang kaya, ada yang miskin. Namun apa yang aku perhatikan, lebih ramai kaum wanita yang suka menunjuk dan show off kebahagiaan mereka di Facebook berbanding lelaki.


Antara kebahagiaan yang kaum wanita suka kongsikan di Facebook, Instagram dan media2 sosial mereka adalah gambar2 bayi mereka, aktiviti2 mereka di rumah, di pejabat dan di mana2, gambar tengah pergi bercuti sakan dengan keluarga, gambar tengah melancong, gambar makanan yang diorang masak atau beli kat restoran, gambar selfie tengah memandu kereta sambil tunjuk logo jenama kereta kat stering, menyambut ulang tahun perkahwinan atau hari kelahiran, gambar rumah baru dibeli yang sedang direnovate, kejayaan anak dapat straight A dalam peperiksaan dan lain2 lagi kegembiraan serta kebahagiaan.

Mengapa ramai kaum wanita memang gemar menonjol dan memaparkan kebahagiaan mereka di media sosial? Perlukah sebenarnya berkongsi kebahagiaan kita dengan orang lain di media sosial? Adakah kita sedar yang ia sedikit sebanyak menyemai budaya riak dan takbur tanpa disedari?

Berikut antara sebab2 lebih ramai kaum wanita yang suka show off kebahagiaan mereka dan suka orang lain tahu akan kebahagiaan mereka berbanding lelaki:
1. Sudah menjadi naluri wanita mahukan perhatian. Ramai kaum wanita memang mahukan perhatian daripada kaum lelaki, orang yang tersayang, boyfriend dan suami. Tidak cukup dengan itu, mereka juga mahukan perhatian rakan2 dan kumpulan masyarakat agar mereka tidak rasa yang mereka tersisih dan ketinggalan.

Orang lelaki pula kebiasaannya mahukan perhatian juga daripada orang yang tersayang, tapi mereka tak peduli sangat nak dapatkan perhatian daripada orang sekeliling.


2. Kebanyakan wanita memang mempunyai sifat suka ambil tahu hal orang lain dan kisah pasal benda2 remeh temeh. Diorang kisah jiran pakai kereta apa, cat rumah warna apa, TV besar mana, kawan sepejabat pakai baju baru, berapa banyak gelang kat tangan kawan, beg tangan jenama apa, kasut pakai warna apa, warna baju tak matching dengan tudung, tudung Fareeda yang orang tu pakai ori ke tak dan macam2 lagi.

Berbanding orang lelaki, biasanya diorang tak peduli pasal orang lain. Malah kalau kawan pakai kereta buruk dan pakai baju yang sama pergi pejabat tiap2 minggu pun diorang tak peduli.


3. Semua wanita mahukan kebahagiaan, dan kebanyakannya mahu orang lain tahu yang mereka sedang bahagia. Sebab itu mereka suka kongsikan kebahagiaan mereka di media sosial sehinggakan benda2 yang terlalu peribadi pun diorang selalu kongsikan, bukan sekali dua tapi berkali2. Dan kebanyakan cerita dan gambar kebahagiaan mereka tak penting dan perlu pun untuk orang lain tahu. Orang lain tahu atau tidak, tak menimbulkan apa2 kesan pun pada diri mereka.

Namun jarang pula mereka berkongsikan penderitaan mereka di media sosial, kerana mereka tidak mahu orang lain tahu yang mereka sedang menderita dan tidak bahagia.

Manakala orang lelaki pula, mereka juga mahukan kebahagiaan tapi jarang berkongsi cerita kebahagiaan mereka di media sosial kerana bagi mereka, kebahagiaan adalah untuk dikongsi bersama orang tersayang dan mereka yang rapat dengan kita, bukan dengan orang jauh yang ntah sapa2 kita add jadi friend kat FB.


4. Orang perempuan amat kisah, dan terlalu kisah mengenai apa yang akan orang lain fikirkan tentang mereka. Mereka kisah jika orang lain kata badan mereka sudah berisi, selalu pakai baju yang sama, beg tangan tak berjenama, tudung tak matching dengan baju, muka dah ada seketul jerawat, pakai kereta murah, dapat pakwe selekeh, suami tak kacak macam suami orang lain dan lain2.

Berbeza dengan orang lelaki, kebanyakannya tak peduli apa orang nak cakap pasal diri diorang, yang penting diorang minat, pakai selesa, hidup lebih simple, berfikiran lebih realistik dan takde masa nak fikir apa orang lain fikir pasal diorang sebab yang penting kita tak kacau hidup orang lain.

Faktor2 di atas merujuk kepada wanita2 yang suka menunjuk dan menyiarkan kebahagiaan mereka di laman2 sosial, dan ia juga relevan dengan orang lelaki yang berperangai seperti itu. Namun jika anda bukan wanita seperti itu, maka sebab2 di atas tidak relevan kepada anda.

Ingatlah...
Kebahagiaan kita tidak semestinya kebahagiaan kepada orang lain,
Dan di sebalik kebahagiaan kita, mungkin kesedihan bagi orang lain.




tags: show off menunjuk menonjol berkongsi memapar menayang kegembiraan kebahagiaan di facebook wanita perempuan lelaki

28 ulasan:

  1. Jgn lupa, showoff susu perah. Taulah susu badan banyak. Pastu kondem org yg bg anak minum susu dlm tin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ya, jgn lupa showoff baby pictures byk2x juga. Taulah subur, kesian ke puak bini binu lain yg asik keguguran jer, projek amal siang mlm mcm mne pun x lekat. Meroyan x sudah.

      Padam
    2. Shrek is love,Shrek is life27 Oktober 2014 pada 1:04 PTG

      Perempuan mcm ni mmg bangang & kaki capub. Dia ingat dia dpt anak dah cukup bahagialah tu

      Padam
    3. Shrek is love,Shrek is life27 Oktober 2014 pada 1:07 PTG

      Aku haritu ada ex-member post dia punya susu tet*k yg di susun dlm peti ais.aku dlm hati apa ke bangang post benda mcm tu

      Padam
    4. Shrek is love,Shrek is life27 Oktober 2014 pada 1:09 PTG

      Apasal skrg kl nak komen kena buktikan diri bukan robot? Byk sangat ke robot dtg blog buasir otak ni

      Padam
  2. Teringat kisah kawan yg asshole yg hang tulih dulu-dulu noob. Pompuan skrg mmg asshole. Kat opis aku, yg wujud hanyalah perempuan yg asshole.

    Ko buleh bukak tajuk bagus ni. Pompuan skrg mmg asshole.

    Dulu aku ada pensyarah pompan yg cun. Apa yg ditayang kat facebook tak menunjukkan statusnya yg sebenar. Dalam FB mmg rumahnya gempak, suami muka mcm tongkang pecah pun (almaklomlah dekan U) sikik2 update gempak pegi simposium sana sini mcm besok dah nak diangkat nak jadi malaikat..yg anak murid pun menggatal komen suami hensem.. adoyai..

    Nak nuek camana, dah circle derang mcm tu..kalo lecturer pun dah mcm asshole.. lagikan pulak yg gedik2 spm tak lulus ni..sumernyer nakkan perhatian..

    BalasPadam
  3. .+””+..–.
    ( |=O==,======:::+
    ‘+..+”‘–”



    BalasPadam
    Balasan
    1. Noob yg nie lak kategori apa? Anon bapok gay yg dahagakn perhatian ko ke?ke mmg pompuan??

      Padam
  4. aku taklah mcm pmpuan2 yg dimaksudkan. aku lbih kpd perangai 'lelaki' yg dinyatakan dlm artikel ni.
    tp adakah lelaki akan tertarik dgn pmpuan yg mcm tu? huhu cm tak je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lelaki x kisah sgt pompuan yg jenis suka perhatian @ tak yg penting pompuan tu lawa berdesup dia nak gi ngorat =.= xde kaitan ngan pompuan yg hari2 suka update status

      Padam
  5. Ya, kebahagiaan kita tidak semestinya kebahagiaan kepada orang lain,
    tapi apa yang semestinya, di sebalik kebahagiaan kita, adalah kesedihan nyata bagi musuh kita yang sentiasa mengharapkan kita menderita :)

    BalasPadam
  6. Trima kasih sebab lawat and follow page saya Noob :)

    BalasPadam
  7. Sy ada bandingkn kebahagian sebenar n kebahagiaan FB..org yg betul2 bahagia dgn hidup dia jrg update FB, sbb mereka dah jumpa kebahagiaan yg mereka nak..asalkn xde niat show off. Tp klau kita perasaan ada user yg selalu tunjuk kebahagiaan mereka di FB, hmpir kebanyakan mereka sbnrnya x bahagia sepenuhnya dlm dunia sebenar. Mereka x cite benda negatif, asyik share positif je..so sharing benda positif dlm dunia FB adalah kebahagiaan org skrg.

    X perlu taksub dgn dunia fb..sbb byk melahirkn sikap riak, iri hati, phd dlm diri manusia n suka banding sesama sendir dr konsep sebenar menyatukan semua org.

    BalasPadam
  8. Bahagia itu ibarat pelangi;
    Selamanya di atas kepala orang, tidak pernah di atas kepala sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahagia itu suatu ilusi bg mereka yg x prnah rs brsyukur dgn sgala kebaikan yg tuhan berikan kpd mereka, krna apa yg mereka nmpk hnyalah kekurangan sndri n kelebihan org lain.

      Padam
  9. kadang aku unfollow je status... aku perempuan gak... tapi sebelum update, aku fikir gak ada orang tak bahagia dan mencari bahagia.... kadang terlanjur gak update... ye aku perempuan -_-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shrek is love,Shrek is life27 Oktober 2014 pada 1:01 PTG

      Berapa kali ko nak bagitau yg ko ni perempuan? Tengok gambar ko duckface pun org dah taula

      Padam
    2. orang jumpa ko kat luar,diorang ingat ko lelaki ke?payah gak nak kena explain slalu yang ko ni perempuan

      Padam
  10. Mostly yg update status bangang ada lah pempuan. & aku mmg annoyying dgn puak2 ni duk jaja satu dunia mcm la dia sorang je ada laki. Suma perkara nk bgtau tgh mkn tgh bercuti apasal kau xupdate laki ko tgh berak dlm jamban...

    Yg ada baby lg la duk update mcm la kau sorang ada anak dlm dunia ni. N i dont give a shit what the faq are u doing with ur baby...

    Tu yg dh kawin, status budak2 nak up lg pening kepala ...

    Manusia mcm ni aku unfriend je senang...

    BalasPadam
  11. Ada jgk jnis updet status stail mintak doa kat tuhan, Ya Allah kau kuatkn lah smngat aku bla bla....pelik aku, bukankh hal mintak doa ni spatutnya bnde yg private atr ko n tuhan? Perlu ke gne media sosial sbg medium perantara atr ko n tuhan? Ke drama je lbih nk tgk brapa rmai yg like doa fb ko tu...? Hai rosak2.

    BalasPadam
  12. aku tak tau pasal benda nih sebab aku cuma allow kawan pompuan kat sekolah aje...Alhamdulillah tak ada pulak kawan-kawan aku nih show off apa-apa ke,even anak baru lahir pun setahun lepas tu baru aku tau itupun terserempak kat shopping mall...yang aku tau depa tak aktif, jarang update wall lepas tu kalau ada benda penting aje baru update aku...ha ha ha! jenis kawan-kawan aku semua beradab sopan huhuhu! tapi kawan-kawan wife aku...ha ha ha...ni dia! gambaq pisang keju pun masuk ha ha ha!

    BalasPadam
  13. apa yg aku nampak.. kebanyakkan perempuan ni... berpikir dipengaruhi dengan emosi.... perempuan lebih emosional... kebanyakkan lelaki pulak... berpikir dengan rasional....

    BalasPadam
  14. Hahaha..
    Kelakar pun ada..
    Saya pun pmpuan..
    Tapi takla sampai mcm tue nak show off..
    Ala apa susah, rasa mcm tak suka nak baca atau terbaca ke unfren je atau tak folllow kan..
    Senang..
    hehehe...

    BalasPadam
  15. amik selfie bogel sendiri pastu upload pn ramai....

    BalasPadam
  16. abg noob. i xmacam tu.
    i just want your attention.
    let's get married nak ?

    BalasPadam
  17. ak rasa post noob lebih tertumpu kpd lingkungan umur dia je (perempuan je minat update), sbb ak rasa budaya tgkap2 gmbr bahagia , update status2 ni golongan remaja (lelaki & perempuan) pn buat & lagi teruk cara dorg tunjuk bhagia .. *source KHK

    "I fear the day when the technology overlaps with our humanity. The world will only have a generation of idiots." - Albert Einstein

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. تعمل شركة صيانة كاريير على توفير أفضل الكفاءات البشرية المتخصصة في تصليح جميع أنواع التكييفات بكل خبرة و مهارة و ذلك لأن توكيل كاريير يعتبر توكيل مميز تحرص على إرضاء عملائها دائما و الشركة تعمل بكل جهد لكي ترضي جميع عملائها


    http://www.carriermaintenance.com/

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.