Halaman

Jumaat, 24 Oktober 2014

Penutur Ale Uto golongan kurang kasih sayang

Benarkah individu yang gemar menutur frasa yang dianggap lucah merupakan golongan yang kurang kasih sayang?

Apakah ini 'trend' golongan remaja dewasa ini?

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, orang muda yang sering menuturkan perkataan ini boleh juga dianggap mahu menagih perhatian daripada masyarakat.


"Sudah jadi 'trend' sekarang. Dari segi isunya ia memang masalah individu yang mahu perhatian.

"Dia buat, dia rasa seronok, bila dia sudah seronok, dia sanggup buat apa sahaja untuk tunjukkan kepada masyarakat tentang perangainya itu," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.

Dr Abdul Jalil mengulas 'trend remaja yang suka mengungkap perkatan berunsur lucah 'ale uto' (yang merupakan singkatan kepada perkataan yang membawa maksud lucah) di dalam perbualan seharian mereka.

Ia menjadi 'viral' di media sosial dan turut dirakam oleh seorang remaja dari Pantai Timur dalam sebuah video pendek yang telah dimuat naik di laman YouTube.

Menurut Dr Abdul Jalil, pelaku berkenaan juga dianggap cuba menjadi 'hero' atau 'heroin' masyarakat dan mengalami masalah sikap.

"Ia sama juga dengan mereka yang memuat naik gambar makanan di laman Facebook. Apa motif sebenar kelakuan itu, dari segi jati diri memang tiada, cuma dia tunggu orang lain kata dia hebat," jelasnya.

Dalam pada itu, kata Dr Abdul Jalil, masalah itu turut berpunca daripada ibu bapa yang menganggap anak mereka sudah matang sebelum masa.

"Anak-anak seawal darjah lima atau enam sudah dibiarkan 'berdikari' tanpa dikawal ibu bapa. Mereka bebas bergaul termasuk tiada sekatan di media sosial, akhirnya pengaruh negatif akan meresapi mereka.

"Budaya timur sudah semakin terhakis, apabila masyarakat sendiri menganggap itu satu norma sehari-hari. Apa yang penting keseronokan diri sendiri," jelasnya.

Jelasnya, selain menjadi kegilaan orang ramai, aktiviti yang dilihat menjengkelkan itu menjadi petanda kepada masalah psikologi.

Dalam pada itu, pakar psikoterapi Azman Shah Aziz melihat situasi yang terjadi berpunca daripada keterbukaan internet masa kini.

"Mungkin dahulu cara remaja menunjukkan 'perangai' adalah dengan menunggang motosikal dengan laju, dan amalan itu sudah berubah kini.

"Sekarang ini keterbukaan dan pendedahan kepada internet di kalangan remaja terlalu luas. Bukannya mereka ini tidak diajar apa yang baik atau apa yang buruk, mereka tahu semuanya.

"Jumlahnya juga bukan majoriti tetapi segelintir itu memberi kesan yang sangat negatif kepada seluruh masyarakat," katanya.

Jelasnya lagi, remaja yang berpelakuan demikian juga berpunca  'peniruan' daripada unsur-unsur negara Barat.

Azman bagaimanapun menafikan tingkah laku itu merupakan masalah psikologi namun menganggapnya lebih kepada nilai kehidupan.

"Mungkin mereka akan dilihat mempunyai masalah emosi jika terlebih maki. Tetapi mereka ini bukan dalam kelompok yang kurang kasih sayang.

"Remaja sekarang lebih liberal, persoalannya kini bagaimana kita hendak menguruskan mereka?" jelasnya.

Sumber Astro Awani.

Nak tahu siapa lagi golongan yang kurang kasih sayang? Anak2 kita yang kurang perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa, lantas mencari perhatian, kasih sayang dan fake relay terlarang di luar dan di media sosial.

Sumber

Oh, termasuk juga budak2 yang mengemis Like pakai Auto-Script kat Facebook.


So ibu bapa di luar sana, jagalah anak2 anda dengan baik, kenali dengan siapa dia berkawan dan pantaulah aktiviti2 mereka di luar dan juga di Internet.




tags: penutur ale uto golongan kurang kasih sayang perhatian orang tua ibu bapa anak trend moral isu semasa batak menagih perhatian pengemis like popular famous hot stuff

23 ulasan:

  1. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/09/28/malaysia-has-to-do-more-in-mental-health-care/

    BalasPadam
  2. ale otak bdak bru nak up

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. buasirnya otak aku baca artikel ni..blurghhh...

    btw, salam awal muharam semua:)

    BalasPadam
  5. Ale otak tul la budak2 ni.

    BalasPadam
  6. zaman remaja adalah zaman genting di mana mmg dorang ni mmg akan cuba buktikan diri tu hebat, akan cuba sedaya upaya utk menagih perhatian orang lain. sumer bende nk dibuatnya, sumer benda nk dirasai, kalo x buat dorang akan disisih oleh kawan2 yg lain.

    oleh itu mohon jaga elok2 anak2 tu lbih2 lg zaman skrang ni.. dan pada masa sama doa la bnyk2 supaya kita dan anak2 dilindungi di bawah jagaan Allah...

    selamat menyambut tahun baru islam.. moga2 kita akan jd lebih baik dr sblm ni...amin

    BalasPadam
  7. aleee ubooooooorrr

    BalasPadam
  8. zaman bebudak memang laa cenggitu, minta perhatian...esok dah ada tanggungjawab dah ada anak berubah laa dia! takkan dia nak terus cenggitu aje...biasalah zaman muda darah muda...semua nak try...

    BalasPadam
    Balasan
    1. klu mcm ni la gaya jwpn ko,mslh ni xkn slesai smpai bila2..esok dh ada tanggungjwb dh ada ank berubah laa dia ko kata?lps tu ank2 dia pulak buat perangai sama mcm dia mse dia bdk2 dulu,pstu org lain tegur woi ank2 ko perangai mcm sial la ko x pantau ke?pstu dia pn bg jwpn mcm ko gak kt org tu..generasi tahi terus berkembang pesat,tahinah

      Padam
    2. tak per aku tak harap kau faham, sebab aku rasa kau nih klon manusia sempurna yang tiada cacat cela...

      kau dikeluarkan di kilang mana huh? aku tabik kau! jarang aku jumpa manusia sempurna macam kau...

      karang aku keluar nas Tuhan tak layak laa pulak kan? aku cuma pemuzik jalanan yang suka kepada kelalaian...

      tak per aku faham, kau manusia sempurna pasti kau tahu didik diri kau dan anak-anak kau nanti...

      tahi-kembali

      Padam
    3. Ketahian berterusan dgn eddeved.

      Padam
  9. Pada saya, slps umur 10 tahun, anak2 patut dibiarkan berdikari. Pergi sekolah dah tak payah bagi duit poket lagi. Sbb skrg apa yg ibu bapa cakapkan pun, bukannya derang nak dengar sangat. Mereka berlagak mcm dah pandai berdikari. Semua dah nak buat keputusan sendiri. Hormatkan guru pula melebihi hormat kpd ibu bapa. Hampir semua arahan guru dipatuhi , manakala apa yg ibu bapa suruh dibuat acuh tak acuh pekak badak jer.

    Jika dapati anak anda begini, biarkan dia berdikari saja. Tak payah hulurkan lagi duit belanja. Pergi mampos sama dia. Mmg merugikan (tambah2 lagi dgn keadaan sekarang, harga semua barang naik kecuali kangkung dan cendol) dan duit lebihan tu bolek beli rokok atau beli KFC bagi monyet makan, ada jugak rasa seronoknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni mcm mak/bapak yg tertekan je anak2 perangi mcm tu sabor la mak@bapak memang akn ada perangai mcm tu bagi masa ckp sket ngan dia 1by 1 ckp lek lok klu x bagi masa mcm tu ngan anak2 memang sikit ari lagi akan naik lemak dn lebih lagi melampau... dan klu boleh bagi masa hujung minggu lepak ngan anak2 bukan 24jam keje2 keje2 keje2 last anak kenal mkn bapak ngan function untuk mintak duit.. bukn nyer "berkawan" :)

      Padam
    2. Masalahnya mak bapak mcm ni ikut sgt cara didikan org kapir mat saleh tu. X leh sentuh anak lngsg. Bg penerajang la skit anak2. Alang2 dah jd bangsat kn. Hahaha.

      Padam
    3. 731.. kenapa nak terajang pulak.. nanti tak pasal-pasal disabitkan mendera, kene penjara dan bayar denda 8000 pulak kat gomen. Ini betul-betul kerja bodoh. Ada baiknya dibiarkan berdikari. Untung-untung jadi mcm TEGAR, dia buleh jadi femes mcm WEEZER. Zaman sekarang, anak-anak tak boleh dikongkong dan disentuh apa-apa lagi. Ada baiknya juga disuruh berdikari dan cari rezeki sara hidup sendiri. Kan lebih bagus begini. Ibu bapa pun taklah terasa beban hidup sangat nak bagi makan anak-anak. Asal cukup saja 7 tahun, boleh saja suruh keluar rumah pergi cari kerja. Kat Indonesia, perkara begini dah lumrah dah. Apa salahnya diapply kat Malaysia. Untung sih..

      Padam
  10. Ulasan ini juga telah dialihkan keluar oleh abang noob sayang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shrek is love,Shrek is life25 Oktober 2014 pada 2:35 PTG

      Ko gay dgn noob ke?

      Padam
  11. trending jugak ale uto ni..banyak blog top sentuh topik ni

    BalasPadam
  12. Ale ana ale uto ale itok. Ish ish ish.

    BalasPadam
  13. Timbalan Pengarah ni pun sudah sakit jiwa. Dia tak paham ale uto tu satu trending. Untung2 anak dara akan dapat kepala butuh secara percuma. Bagi lelaki pulak, mungkin dapat penerajang percuma. Ini trending yang kita mahu, gaduh..gaduh..gaduh dan terus gaduh...saling mengkepalabutuhkan masing-masing adalah adab hidup melayu. Waktu berdepan gigi pun lembut dari lidah. Bila kat belakang, biasalah saling mengkepalabutuhkan sesama sendiri. Ini sudah menjadi piawaian hidup bermasyarakat orang melayu.. lihat.. masih rukun damai jer.. takder berperang mcm kat Afghanistan dan Syria pun.. masih aman dan teruskan membayar cukai walaupun harga barang naik mencanak..

    Jelas trending ale uto atau kepala butuh ni dipandang serong oleh orang-orang tinggi gomen. Jagalah habuan duit poket dari kutipan cukai drpd orang ramai sendiri dari menyibuk soal moral akhlak orang lain.

    BalasPadam
  14. chop.
    1. ini adalah sebentuk freedom of expression
    2. ini adalah sebentuk subculture
    3. ini adalah sebentuk creative art

    jadi ini diatas jika kita pandai handle dan develop, ianya akan dapat memberi sesuatu yg positif.

    bagaimana?
    1. tak payah lah nak letak stigma negatif: tak cukup kasih sayang? sebagai doktor, anda should know better to call a fragile vulnerable stage at face value. shame on you.
    2. this is still at early stage, develop it properly to avoid another frustrated generation. boleh?
    3. kepada pengamal ale uto pula , idea ada, tetapi tahap kreativity masih lemah. kalau nak spread our own sub-culture art or expression, look up la for something yg original adn carry global weight/ values.

    so, para para pengkritik generasi muda, take a chill pill, easy on the remarks or you also will be labelled as one of the Ale Uto, which this generation will have no qualms labelling whomever they want.

    kita nak depa ikut or kita nak depa rebel? choose.

    biar nipis tapi bertapis
    dari tebal tapi bebal

    BalasPadam
  15. Budak zaman sekarang kreatif tak bertempat...
    Cuba laa kreatif cipta sesuatu yg bermanfaat sikit, ni cipta mesin dosa buat hape...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.